View: 13902|Reply: 5
|
Maksud Sebenar 'Membawang', Bertindak Sebelum Terlambat
[Copy link]
|
|
Pada zaman ini, gelaran "Makcik Bawang" semakin menjadi buah mulut orang ramai di Malaysia. Gelaran ini menjadi tular pada tahun lalu kerana mereka sering berbicara hal-hal orang lain yang tidak menyenangkan mereka sendiri. Sekarang, telah wujudnya juga kumpulan "Kakak Bawang". "Kakak Bawang" merujuk kepada gadis remaja serta golongan wanita yang berusia 20-an. Apakah menjadi faktor utama kumpulan-kumpulan ini diadakan?.
Kredit foto: google.com/ mak cik bawang
Kredit foto: google.com/ mak cik bawang
Adakah ianya sekadar gurauan?. Tidak terfikirkah bagaimana perasaan orang yang difitnah secara bahasa mudahnya oleh kedua-kedua kumpulan ini? Maksud "membawang" pada bahasa asalnya ialah memfitnah. Fitnah merupakan suatu perbuatan yang tidak baik untuk semua orang mahupun si mangsa. Sasaran utama kumpulan "Mak cik dan "Kakak Bawang" ialah seorang mangsa yang mengalami sesuatu perkara yang diluar jangkaan seperti mendapat wang berjuta ringgit, tetapi disalah anggap sebagai mencuri. Haa..., itu lah makna sebenar "membawang".
Kredit foto: google.com/membawang
Kredit foto: google.com/membawang
Akan tetapi, perbuatan ini juga mempunyai implikasi lain. Contohnya, kesihatan minda terjejas, kehidupan sendiri akan dibandingkan dengan orang lain lalu menyebabkan jatuh sakit, hidup tidak tenteram dan sebagainya. Oleh itu, hindarkan diri daripada kumpulan "Mak cik dan Kakak Bawang". Jika terserempak salah satu daripada mereka, katakan kepada mereka, "Allah Maha Berkuasa, Dia mengetahui setiap kelebihan dan kelemahan para umatnya". Mungkinkah si pelaku berasa cemburu terhadap mangsa? Bagaimana pula dengan pendapat anda semua?
Sebagai hamba Tuhan, kita tiada hak untuk menidakkan keistimewaan orang lain. Kesemua orang memiliki kelebihannya tersendiri. Tidak kasihankah kepada mangsa yang difitnah oleh kumpulan " Mak cik Bawang"?
Penulis mahu bertanya, dari manakah perkataan "Mak cik bawang" mula hangat diperdengarkan sehingga menjadi trend zaman sekarang? Adakah daripada Dewan Bahasa sendiri?. Jika ada, buktikan kepada saya. Dari mana perkataan tersebut hadir ataupun dicetak di dalam kamus Dewan Bahasa Melayu, tidak kiralah edisi 1,2,3, ataupun 4. Kalau tidak ada di dalam mana-mana edisi kamus dewan, kamu semuadianggap sebagai "pencipta bahasa tidak bertauliah". Kamu tahu bukan apa akibatnya jika melanggar peraturan?
Kredit foto: google.com/ membawang
Kredit foto: google.com/ membawang
Lebih teruk lagi, murid sekolah menengah juga turut melakukan budaya "membawang" atau fitnah. Walaupun niat asal mereka hanya mahu bergurau, akan tetapi, bagaimana pula perasaan mangsa mereka?. Mereka sedih atau gembira? Pada pandangan saya, sudah semestinya mereka berasa teramatlah sedih. Apatah lagi jika mereka dimalukan di hadapan guru-guru kelasnya. Percaya ataupun tidak, ini menjadi punca, mengapa ada segelintir murid mahu bertukar sekolah atau berpindah kelas. Disebabkan perbuatan fitnah tanpa disedari si pelaku, mangsa tiada lagi semangat untuk meneruskan pembelajaran. Fikir baik-baik sebelum bergurau.
Nasihat penulis untuk para pembaca sekalian, kita semua harus sedar maksud "membawang". Secara amnya, "membawang" merujuk kepada fitnah. Setiap hari, para mak cik dan murid perempuan sekolah menengah dan wanita dewasa berumur 20-an ke atas telah memfitnah orang tidak bersalah. Jangan gunakan alasan "sekadar gurauan" menjadi titik tolak ansur dengan mangsa. Mereka ada kehidupan sendiri. Mereka tidak mahu kehidupannya diganggu oleh orang lain. Penulis mahu bertanya, kalau si mangsa fitnah pembaca, wajar atau tidak dia fitnah kamu semua?
Kredit foto:google.com/ gosip
Kredit foto: google.com/ gosip
Biar kita hidup tanpa menganggu orang lain, esok hari kita akan dihitung pada hari akhirat- CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penulis sendiri pun tak tahu ke asal usul membawang???
Membawang diambil dari perbuatan makcik-makcik prep kenduri potong bawang, masa tu lah bertukar cerita aka menggosip, teruslah melekat nama 'membawang' tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sang_Pencinta: Penulis sendiri pun tak tahu ke asal usul membawang???Membawang diambil dari perbuatan makcik-makcik prep kenduri potong bawang, masa tu lah bertukar ...
Nama pn penulis..dia tulis ja la kan padahal dia pn xtau hujung pangkal..nanti dia akan dilantik jd editor utk buku abg shahnaz hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
aktiviti mebawang memang trend sekarang sila berwaspada untuk tidak menjadi target makcik bawang. |
|
|
|
|
|
|
|
membawang sampai boleh campur tangan masalah peibadi orang lain baik fikir dulu kerana kita pun tak suka orang lain masuk campur dalam urusan peribadi kita sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Best sangat ke kecam pasal orang lain?? . Kalau cam tu,saya nak kecam orang yang komen kat sini boleh?. Kesian kat penulis . Penat dia tulis. Kecaman dia dapat . |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|