CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 693|Reply: 13

[Tempatan] Pendapatan Petron Malaysia Naik 16 Peratus

[Copy link]
Post time 21-2-2019 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KHAMIS, 21 FEBRUARI 2019 @ 6:09 PM

KUALA LUMPUR: Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd meraih pendapatan RM12 bilion bagi 2018, meningkat 16 peratus berbanding RM10.4 bilion yang dicatatkan pada 2017.

Ia disokong oleh harga antarabangsa yang lebih tinggi dan pertumbuhan stabil dalam jumlah jualan.

Jumlah jualan dalam tempoh itu mencapai 35.5 juta tong, naik dua peratus daripada 34.9 juta tong yang dijual pada tahun sebelumnya.

Syarikat telah menjalani penyelenggaraan berkala untuk Loji Penapisan Port Dickson pada bulan Oktober yang mengurangkan pengeluaran produk eksport Residu Sulfur Rendah dan Naphtha.

Walaupun eksport turun, jualan domestik terutama dalam sektor runcit terus berkembang dalam tempoh berkenaan.

Syarikat menyifatkan trend positif dalam jualan runcit kepada permintaan yang meningkat untuk bahan api berprestasi tinggi seperti Blaze 100 Euro 4M dan Turbo Diesel Euro 5 yang dilengkapi dengan program kad kesetiaan Petron Miles yang lebih bermanfaat.

Pendapatan bersih untuk tahun dikaji ialah RM225 juta, 44 peratus lebih rendah daripada RM405 juta pada 2017.

Penurunan ini dapat dijelaskan menerusi kerugian bersih pada suku keempat sebanyak RM26 juta, pembalikan pendapatan bersih RM100 juta yang dicatat pada tempoh yang sama pada tahun 2017.

Dari trend menaik pada bulan Julai hingga Oktober, harga Dated Brent turun secara mendadak pada November dan Disember.

Petron Malaysia menanggung kerugian inventori sehingga akhir tahun apabila harga jatuh hampir 30 peratus kepada AS$57 satu tong pada Disember daripada AS$81 satu tong pada Oktober.

Pada 2017, syarikat juga melaporkan keuntungan tidak berulang berjumlah RM65.6 juta daripada penjualan wajib stesen minyak oleh kerajaan.

Pengerusinya, Ramon S Ang, berkata walaupun persekitaran perniagaan yang mencabar, Petron Malaysia terus memberi tumpuan kepada pengukuhan segmen yang bernilai tinggi seperti runcit.

“Kami juga memberi keutamaan kepada program-program yang bertujuan untuk menjangkau lebih banyak pelanggan sambil meningkatkan pengalaman pelanggan,” katanya.

Petron Malaysia terus menambah bilangan stesennya pada 2018 kepada lebih daripada 640 stesen bersama syarikat-syarikat sekutu, Petron Fuel International Sdn Bhd dan Petron Oil (M) Sdn Bhd.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
pandai anak babah meniaga  ..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2019 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
dess402 replied at 21-2-2019 08:45 PM
pandai anak babah meniaga  ..

Beruntung dia peroleh bapak yang ber'daddykasi'
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehemdulilleh I berjaya Ni tak pakai tongkat tawwwsss, langsung tak der tongkat hehehe hehehe hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2019 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah dapat kontrak bekalan untak MAS. Pastu dapat pulak kontrak bekal bahan api untk kenderaan kerajaan

Kalau tak naik tak tahu nak habaq apa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2019 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 21-2-2019 08:50 PM
Ehemdulilleh I berjaya Ni tak pakai tongkat tawwwsss, langsung tak der tongkat hehehe hehehe hehehe

Syukur. Berkat berdiri di atas kaki sendiri. Contohi lah saya. Anak mamak yang berjaya

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-2-2019 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
You tahu siapa curi Negara punya wang. You pun tau. Saya kesian juga, Dr. Mahathir hari-hari marah sama saya. Antara orang yang paling takut saya jadi Perdana Menteri ialah Mahathir. Dia demam tau. Kemudian ada orang beritahu, “Mahathir, Anwar mungkin jadi Perdana Menteri. Terus dia bangun, tak boleh, kata dia haha. You tau apasal takut? Sebab harta sudah banyak. Harta anak-anak dia berpuluh puluh billion. Tengok kontrak Petronas. Siapa dapat banyak? Kencana Petroleum. Mokhzani Tun Mahathir. Semua dia angkut. Takdak melayu pandai berniagakah? Tak da Cina, Dayak pandai berniagakah? Semua anak dia punyakah?

Itu satu. Kemudian beli itu beer punya company. St Migul Filipina. Saya punya meja takdak. Carlsberg takdak. Tetapi Mahathir punya anak, Mirzan beli..beer punya company.. *Aiyoo! Kadawale*..Berapa harga? 2900 juta cash..RM 2.9 billion cash! Mana angkut (dapat duit)? Menang loteri tiap hari? Dia menang loteri, every month for 20 years. Kemudian selepas ambil *St Miguel* ini untung. Beli Esso Malaysia. Kalau tak salah kira-kira RM 1.7 billion. Tukar nama kepada *Petron*. Semalam, Malaysia Airlines. Siapa dia penasihat petronas? Mahathir. Semalam Malaysia Airlines umum, pertama sekali dalam sejarah dan ini satu syarikat penerbangan di dunia yang beli minyak untuk enam bulan ini, tiada syarikat penerbangan lain (lakukannya). Malaysia Airlines hanya akan beli dari syarikat minyak (milik) anak Mahathir, Petron - 6 bulan. SAYA MAU TANYA INI NEGERI.. BAPAK YOU *Mahathir* ATAU RAKYAT PUNYA? KALAU RAKYAT PUNYA, HENTIKAN BENDA MENGARUT INI.

Eh tertepek pulak. Pasai tetiba telinga aku terngiang ngiang pula kata kata anwaq



Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut le mcm anak babah.....
Jgn dok harap tongkat je.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeah, ini dia kampeni tokeh Melayu tak Pemalas yang berjaya hasil usaha Sundri!
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 09:12 PM | Show all posts
minyak lalu bawah tanah bak kata pope jemin...wakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
I hanya mampu hmmmm kan ajer
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 09:24 PM | Show all posts
Kat ipoh ni makin bersungguh2 naik petron.
Beso2 lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang ni dengki melayu maju ke?
































Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Firma Korea dapat kontrak bina loji diesel Petron
JUMAAT, 22 FEBRUARI 2019 @ 6:57 PM

- Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd menganugerahkan syarikat petrokimia dari Korea Selatan, Daelim Industrial Co, kontrak bagi membina loji penapisan diesel bernilai AS$132 juta (RM538.2 juta).

Memetik laporan berita perniagaan Korea Selatan, Pulse News, kemudahan baharu itu mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 35,000 tong diesel sehari apabila disiapkan kelak.

Pembinaannya dijangka siap pada 2020 dan Daelim sebelum ini terbabit dalam pembinaan loji penapisan bernilai AS$1.78 bilion di Filipina pada 2015.

“Petron Malaysia adalah rakan bersekutu syraikat penapisan minyak terbesar Filipina, Petron.

“Daelim membina loji penapisan minyak bernilai 2 trilion won (RM7.34 bilion) di Filipina pada 2015,” kata laporan itu yang menyusul selepas berita kerugian suku pertama Petron Malaysia sejak 2014.

Petron Malaysia mencatatkan kerugian sebanyak RM25.55 juta pada suku keempat yang berakhir 31 Disember 2018 daripada keuntungan sebanyak RM99.57 juta tahun sebelumnya.

Ia disebabkan oleh kerugian pegangan inventori berikutan kejatuhan mendadak harga produk akhir disebabkan penurunan harga minyak mentah hingga akhir 2018.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.073701 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list