CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eva

psychological war..black radio n s*x bomb

[Copy link]
Post time 1-7-2004 09:33 PM | Show all posts
hmm... rasa-rasanya eva ni salah faham kut???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2004 09:34 PM | Show all posts
Originally posted by antaboga at 1-7-2004 05:20 PM:



Kalau tak tau mana nak censor, tanya sama co Mod TIN!!

:bodek::bodek::bodek:



errkkk.... saya tatau apa pun. mod Jazim lebih sesuai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2004 09:59 PM | Show all posts
Originally posted by tin at 1-7-2004 13:33:
hmm... rasa-rasanya eva ni salah faham kut???

takderla.. ;)
eva gurau je
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2004 11:42 AM | Show all posts
Originally posted by SangSaka at 1-7-2004 03:08 PM:



Hmmm.... aku sendiri tak klasifikasikan penerangan aku dalam insiden Sauk sebagai ''RAHSIA'. Ada sahabat yang menasihatkan aku supaya jangan berbuat demikian dan aku akur dengan pandangannya  ...



tragedi SAUKGATE :cak:
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2004 12:30 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 2-7-2004 11:42 AM:



tragedi SAUKGATE :cak:



Agaknya ler tu.... aku cuma mengulas psywar semasa tragedi Sauk.... bukan asal usul cerita berkenaan.... dan aku tahu apa yang diklasifikasikan sebagai Rahsia Besar, Rahsia, Sulit, Terhad dan sebagainya.... dan aku tak nak tarik ia dalam bab politik... sebab ini mod untuk army dan policeman.....

so...sorry once again.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2004 02:37 PM | Show all posts
takper laa SS....maaf di terima oleh semer org.....ok , back to the topic...black radio...akak EVA...ader maklumat terkini???
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-7-2004 07:01 PM | Show all posts
jap battle... tengah mencari nie :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2004 05:29 PM | Show all posts
SEJARAH PERKEMBANGAN RADIO DI MALAYSIA

   SEJARAH radio di Malaysia bermula pada 1921 apabila seorang jurutera elektrik kerajaan Johor, Al Birch, membawa set radio pertama ke negara ini.

Beliau kemudian menubuhkan Persatuan Wireless Johor yang memulakan siarannya melalui gelombang 300 meter.

Ini diikuti penubuhan persatuan seumpamanya di Pulau Pinang dan Persatuan Wireless di Kuala Lumpur.

Pada 1930, Sir Earl dari Lembaga Pelabuhan Singapura melancarkan siaran gelombang pendek setiap dua minggu sekali sama ada pada Ahad atau Rabu. Usaha itu kemudian diteruskan oleh Persatuan Wireless Malaysia, yang melakukan penyiarannya dari Bukit Petaling, Kuala Lumpur melalui gelombang 325 meter.

Ini diikuti usaha Sir Shenton Thomas yang membuka Studio Perbadanan Penyiaran Britian dengan pemancarnya di Caldecott Hill, Singapura pada 11 Mac 1937. Perbadanan Penyiaran Britian Malaya kemudian diambil alih oleh Negeri-Negeri Selat dan menjadi sebahagian Kementerian Penerangan Britian yang lebih dikenali dengan nama Perbadanan Penyiaran Malaysia.

Berikutan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan tamatnya era pemerintahan Britian di Singapura pada 1942, Jepun mengambil alih dan memperkenalkan saluran radio di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Seremban dan Singapura untuk menyiarkan propaganda mereka.

Bagaimanapun, pada 1943, Britian kembali berkuasa dan mengambil allih semula stesen radio itu. Pada 1 April 1946, Jabatan Penyiaran dibentuk di Singapura.

Pembangunan perkhidmatan radio dilihat bertambah penting apabila darurat diisytiharkan pada 1948. Pada awal 1950-an, penyiaran di Malaya beroperasi secara sementara di Jalan Young ( sekarang dikenali Jalan Cenderasari ) di Kuala Lumpur dan kemudian pada 1956, berpindah ke Rumah Persekutuan Kuala Lumpur. Di sini, bidang penyiaran di Malaysia berkembang dan beberapa stesen kemudian diwujudkan termasuk di Sabah dan Sarawak. Pada 1960, buat pertama kalinya iklan komersial disiarkan di radio.  Ia menjadi antara sumber pendapatan kerajaan.

揑nilah Radio Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2004 05:35 PM | Show all posts

S.K. Shiiba - seorang peniaga Jepun sebelum perang, kemudian menjadi pegawai ketika pentadbiran Jepun.

Orang-orang Jepun juga mendakwa mereka mempunyai peribadi yang lemah lembut, bersopan santun dan ramah dalam tutur kata serta tidak mementingkan diri sendiri. Kata Prof. Hidezo Tanakadate dalam ucapan memperkenalkan kebudayaan Jepun pada masa pemerintahannya di Malaya:

"We Nippon-zin are not egoistic or should I say not ego-centric or self-sacrificing
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2004 07:58 PM | Show all posts
pada ketika itu oihak jepun sering melaungkan slogan mereka ASIA FOR ASIAN, itu yg selalu di ucapkan, asia hanya untuk org asia...itu yg membuat kan ramai pejuang kemerdekaan kite tertarik dgn org jepun...tak athuhu lagi yg memang rancangan jepun nak masuk malaya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2004 06:38 PM | Show all posts
TQ HangPC :clap:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2004 06:39 PM | Show all posts
Originally posted by battleship at 3-7-2004 11:58:
pada ketika itu oihak jepun sering melaungkan slogan mereka ASIA FOR ASIAN, itu yg selalu di ucapkan, asia hanya untuk org asia...itu yg membuat kan ramai pejuang kemerdekaan kite tertarik dgn org  ...

:setuju:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2004 06:40 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 3-7-2004 09:35:

S.K. Shiiba - seorang peniaga Jepun sebelum perang, kemudian menjadi pegawai ketika pentadbiran Jepun.



may be dia antara org penting di dlm perisikan Japan ke Malaya :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2005 03:38 PM | Show all posts

Reply #93 eva's post

[B]Revealed at last, the dirt file on Hitler[/B]

[I]October 8, 2005

A 1943 psychiatric dossier aimed to humiliate and destroy the German dictator, writes Gary Hughes.[/I]



The Age
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2005 08:48 PM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Setiap negara mempunyai ATURCARA nya di dalam PROPAGANDA.
Dari dulu sehingga lah kini................pelbagai cara telah di cipta.

Semasa zaman Rasulullah saw terdapat bbrp org PENYAIR Quraish yg akan mendiklamasi sajak sajak yg memuja memuji seseorg walaupun ia pada dasar nya adalah seorg yg zalim lagi angkuh.
Sajak ataupun syair itu di olah sedemikian sehingga DIA nampak macam oghang alim, mulia dan baik peribadi nya.
Dan ada juga PENYAIR yg menghina dan mencaci cerca Rasulullah saw.

Sehingga turun lah Ayat Quran yg melaknat PENYAIR yg sedemikian. (memuji org2 yg zalim)
Dan Rasulullah saw sendiri menyenaraikan org sedemikian di dalam DEATH LIST nya semasa pembukaan KOTA MEKAH.

Mereka ini sangat merbahaya kpd Agama Islam.
Boley di ibaratkan sebagai PENULIS UPAHAN. :cak:

Tetapi PENYAIR yg menyatakan akan kebenaran tidak termasuk di dlm golongan yg di laknat. (hadis)

Di antra bbrp org yg terlibat di dlm PROPAGANDA ini ialah..Goebbels (German), Black/Japanese  Rose (Jepun, sila perbetulkan).
Kebekesanan Black Rose ini terhadap tentera G.I. amat lah besar sehingga beliau(perempuan) berada di dlm tahanan sehingga tahun 50an.

Dewasa ini.......pelbagai media yg di kawal olih pemerintah sesebuah negara juga menyiarkan PROPAGANDA berkenaan.
Di antara nya ialah BBC, CNN, AP, Reuter, RTM, TV3 etc.

Di antara CONTOH kesan penyiaran ini ialah AL JAZEERA.
Pihak Iraq yg di kawal olih US telah menarik kembali kebenaran kpd syarikat berkenaan utk beroperasi di sana kerana penyiaran nya yg bertentangan dgn prinsip US.

Setiap badan penyiaran ini akan memainkan peranan mereka mengikut ACUAN pemerintah.
Di antara nya adalah utk :
1. mengelabui mata masyarakat.
2. memberi fakta yg salah
3. mempengaruhi maysarakat secara saikoloji.

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2005 01:14 AM | Show all posts
Soalan bro!.. contoh ler kalau parti lain berjaya mengambilalih pemerintahan.. adakah media cetak & elektonik sedia ada akan mengikut acuan pemerintah yang baru? dan adakah mereka akan berhenti dari menjalankan propaganda?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2005 07:13 AM | Show all posts
Originally posted by standupper at 20-10-2005 01:14 AM
Soalan bro!.. contoh ler kalau parti lain berjaya mengambilalih pemerintahan.. adakah media cetak & elektonik sedia ada akan mengikut acuan pemerintah yang baru? dan adakah mereka akan berhenti ...


If PAS memerintah Malaysia, entah laa............SEBAB ia belum terjadi.
TETAPI dari keluaran HARAKAH yg lalu...........PROPAGANDA deme pun 2 x 5 :cak:.

Sebab itu MEDIA CETAK sepatut nya berSIFAT ADIL.
KECUALI di dlm PEPERANGAN.

Sesungguh nya PENIPUAN di dlm peperangan itu di benarkan - (lebey kurang maksud hadis)

Salam
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2005 08:18 AM | Show all posts
nama 'glamer' radio jepun tu 'Tokyo Rose'...masa perang Vietnam ada 'Hanoi Hannah'
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2005 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 20-10-2005 08:18 AM
nama 'glamer' radio jepun tu 'Tokyo Rose'...masa perang Vietnam ada 'Hanoi Hannah'


Yesss.............10q alpha. :tq:

Dah luper............lameeeer weh.

p/s adakah ini tanda haku semakin tuer?? :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2005 03:10 PM | Show all posts
Mana-mana pihak pun, realitinya akan menggunakan saluran media untuk menyebarkan propaganda...... dan itulah yang
berlaku di dalam dunia hari ini..... Dan sejarah jugak membuktikan, dalam kutbah-kutbah semasa zaman peperangan antara
Syaidina Ali RA dengan Muawiyah pun digunakna sebagai alat propaganda. Barangkali bolehlah ditafsirkan bahawa
komunikasi dan propaganda adalah satu perkara yang sama.

Dalam konteks politik di Malaysia pun, kita boleh lihat penggunaan media dalam menyebarkan propaganda. Bekas TPM juga
sebelum mengambil keputusan melawan Tun Ghaffar pada 1993, membeli akhbar-akhbar arus perdana sebagai persediaan
untuk menjalankan propaganda untuk beliau. Jesteru itu, semasa pemilihan agong UMNO 1993, Tun Ghaffar, Pak Lah dan
Sanusi tidak pernah mendapat ruang dalam akhbar utama di Malaysia.

Pada 1998, perkara yang sama berulang. Pengarang yang diarahkan oleh Anwar pada 1993 telah dipecat dan digantikan
dengan pengarang baru sebagai persediaan yang semua dari kita tahu apa yang berlaku pada tahun itu. Walaupun ada
yang tidak mahu mengaku, sesiapapun menggunakan media untuk mengekalkan pemerintahan. Anwar pernah
menggunakannya dan dikenakan semula.

PAS pun serupa. Pada 1998, doktrin penyebaran fitnah melalui internet amat berkesan. Ramai orang percaya bahawa ada
pemimpin UMNO ada simpanan di Bank of Israel. Ada yang percaya Tun Mahathir menyimpan patung besar dan berpakaian
seperti sami buddha setiap maghrib. Ada yang percaya berita yang entah apa. Dan berita seperti ini, mempunyai langkah
yang sama seperti yang pernah dibuat oleh PKM pada tahun-tahun 1960an. Antaranya,  runtuhkan kepercayaan kepada
pentadbiran negara, runtuhkan keyakinan rakyat kepada sistem kehakiman, runtuhkan kepercayaan rakyat kepada
pemimpin. Lagakan hubungan antarta polis dan tentera. Mengutuk polis dan memuji tentera atau sebaliknya. Dan kutuk
pemimpin, sistem, kehakiman, undang-undang secara tidak demokratik dengan menyebarkan fitnah. Ini bentuk propaganda
yang berlaku pada zaman-zaman komunis satu ketika dulu.

Dan tiada satu bentuk media pun yang boleh kita sifatkan sebagai ADIL. Dalam Al Quran, ada ayat yang menyeru orang
beriman supaya berhati-berhati dengan orang munafiq yang menjadi pembawa berita. Dunia hari ini, baik sesiapapun
yang menguasai media, tidak mungkin berlaku adil. Begitu juga dengan PAS.

Maaf, ini bukan kelas sejarah media dalam politik. Tetapi penjelasan saya perlu menjuruskan kepada persoalan yang sama,
jika propaganda yang diambilkira. Dalam dunia hari ini, semua pihak ingin menguasai minda. Tetapi DASAR KERAJAAN yang
kadangkala kita dok kutuk inilah, yang memberi ruang dan peluang kepada kita untuk berusaha menguasai ilmu. Berusaha
menjadi orang celik dan peka kepada teknologi dan maklumat. Dan sementara bangsa asing sudah berupaya untuk
memetik bulan dan bintang, kita masih gemar mengutuk dan mengeji orang yang sebangsa dengan kita.

Akhirnya, kebodohan kita menjadi alat kepada propaganda yang musuh ingin kita lakukan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 12883 Replies : 3
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.489923 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list