CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1758|Reply: 8

[Tempatan] Usah Telalu Mudah Haramkan Budaya Dan Adat Melayu - Budaya Melayu Punah kerana I

[Copy link]
Post time 22-2-2019 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Perbincangan kedudukan adat dan kebudayaan Melayu dalam konteks Islam perlu dibuat secara ilmiah serta toleransi hingga tidak mudah menolak atau mengharamkan sesuatu kesenian seperti wayang kulit sebelum ini.

Felo Pusat Pengajian Islam Oxford, Universiti Oxford, Datuk Dr Afifi al-Akiti berkata, ramai tidak menyedari ada wayang kulit yang melalui proses Islamisasi seperti yang dilakukan oleh pendakwah wali Songo, iaitu Sunan Kalijaga.

Afifi berkata, persembahan wayang kulit ditukar daripada boneka tiga dimensi kepada boneka dua dimensi untuk memastikannya memenuhi keperluan syariah hingga kita tidak boleh menggunakan alasan keagamaan untuk mengharamkan kebudayaan itu.

“Penting untuk kita meneliti semula fatwa atau sebarang pengharaman wayang kulit terutamanya jika ia dilakukan berdasarkan premis serta maklumat yang salah.

“Saya amat berharap generasi baharu ulama dan ilmuwan Islam di negara ini mengambil kesempatan memberi penjelasan jika terdapat kekeliruan berlaku kerana menurut pandangan di luar negara ia kebudayaan Islam yang terkenal,” katanya pada Syarahan Perdana Budaya 2019, Adat Budaya dan Islam di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic), di sini.

Yang turut hadir, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTac), Datuk Mohamaddin Ketapi; Ketua Setiausaha MoTac, Datuk Isham Ishak dan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Tan Sri Norliza Rofli.

Afifi yang juga Orang Besar Delapan Perak turut menyentuh polemik frasa ‘biar mati anak jangan mati adat’ yang menyebabkan perbezaan pandangan dengan sebahagian ulama hingga menganggap setiap adat Melayu diamalkan bercanggah dengan Islam.

Beliau berkata, dalam konteks agama Islam sebenarnya, frasa itu boleh difahami sebagai berpegang kepada sesuatu asalkan tidak melanggar hukum dan syariah Islam.

Katanya, frasa adat itu perlu difahami secara holistik merangkumi tradisi dan hukum Islam yang baik seperti prinsip yang digariskan dalam Islam.

“Islam menggariskan perkara yang boleh dan tidak boleh secara jelas, justeru dengan memahami prinsip serta falsafah itu tidak menjadi satu masalah mempertemukan adat dan agama Islam itu sendiri.

“Kita hanya perlu memastikan apa saja yang dilakukan tidak melanggar hukum atau menyebabkan kita melakukan sesuatu yang haram.

“Sebab itu urusan dalam agama Islam hukumnya halal kecuali ada dalil yang mengatakan ia haram,” katanya.

Afifi berkata, masyarakat hari ini perlu belajar untuk meyakini adat dan budaya yang dimiliki supaya dapat menjadi ‘duta’ untuk adat kita sendiri.

“Pada masa sama, kita ajarkan anak-anak mengenai makna sebenar adat dan budaya serta bagaimana ia dapat menjadi satu cara hidup,” katanya.

Beliau berkata, Oxford sebagai institusi terkemuka dunia yang mengajar ilmu sekular sendiri tidak melupakan tradisi dan adatnya sejak sekian lama termasuk pemakaian jubah oleh pelajarnya ketika menduduki peperiksaan.

“Malah mereka juga memegang papan mortar di sebelah tangan kanan dan bukan di tangan kiri yang saya melihat mortar itu inspirasi daripada mushaf atau al-Quran hingga tidak boleh dipegang menggunakan tangan kiri,” katanya.

Afifi turut menegur masyarakat di negara yang tidak mempunyai keyakinan setinggi rakyat di negara jiran yang berbangga dengan jati diri, kebudayaan serta identiti mereka.

Malah katanya, mereka di Sabah dan Sarawak nampaknya lebih yakin dengan kebudayaan tempatan dimiliki tidak seperti kebanyakan masyarakat Melayu di Semenanjung.

Menurut beliau, rasa rendah diri menyebabkan masyarakat Melayu di sini tidak berani mengetengahkan kebudayaan mereka sendiri hingga tidak banyak masjid di negara ini dibina mengikut kebudayaan masyarakat Melayu.

“Di Indonesia, masjid mereka dibina mengikut identiti dan seni bina masyarakat di sana tetapi mengapa pula kita berasa begitu rendah diri sedangkan negara kita mempunyai kekayaan kebudayaan yang sangat besar.

“Tambahan lagi kebudayaan kita ini juga tidak menyebabkan tentangan kepada kebudayaan lain dan inilah yang sangat cantik mengenai kebudayaan kita,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu nak jadi ereb
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Malaysia.Doom at 22-2-2019 12:22 AM
umbut replied at 22-2-2019 12:12 AM
Melayu nak jadi ereb


Bugis selamanya tetap Bugis.

Ewako!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 12:52 AM | Show all posts
kembalikan joget2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Malaysia.Doom at 22-2-2019 01:08 AM
ninja boy replied at 22-2-2019 12:52 AM
kembalikan joget2


Tu Budaya Portugis bukan original Melayu.

Melayu sebenarnya lebih pada Hindu Dan Buddha tu yg bergeser dgn Islam.

Berbeza dengan Bali, Jawa dan Bugis mereka anut agama nenek moyang...contoh Kejawen, Tolotang, Kaharingan dll...puak2 Arab tu terpaksa hormat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 02:35 AM | Show all posts
Aii setuju - sepatutnya mak yong, dondang sayang, wayang kulit, gazal, boria dikekalkan as warisan budaya bangsa kita. Buat slot tv mcm zaman mak ayah dulu, dia orang ckp zmn itu ada slot dondang sayang, boria, dikir barat dlm tv.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2019 03:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Joget2 spt film p ramlee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 22-2-2019 03:56 AM
Joget2 spt film p ramlee

Sila ke klub2 malam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 22-2-2019 02:35 AM
Aii setuju - sepatutnya mak yong, dondang sayang, wayang kulit, gazal, boria dikekalkan as warisan b ...

Wayang kulit dan mak yong perlu dikekalkan cuma perkara2 khurafat tu.mesti dihentikan. Contohnya puja patung wayang kulit, baca mentera, seru makhluk2 ghaib.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.419250 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list