CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4488|Reply: 50

[Jenayah] Suka shopping Online? (wajib baca) Polis nasihat waspada penipuan jualan dalam t

  [Copy link]
Post time 22-2-2019 04:43 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by sehirkedi at 22-2-2019 05:00 AM

ZULKIFLI MANZOR
21 Februari 2019 8:57 PM

PORT DICKSON - Polis menyeru orang ramai supaya berhati-hati dengan aktiviti penipuan secara dalam talian yang telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM99,533 di Port Dickson sejak Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, penipuan secara dalam talian itu termasuk melibatkan penjualan barangan dan tawaran pakej pelancongan yang tidak wujud di Facebook.

"Bermula Januari lalu sebanyak 16 laporan dilaporkan dan disiasat polis. Ia melibatkan kes penipuan pembelian secara dalam talian, penipuan pakej pelancongan dan lain-lain kes. Jumlah kerugian RM99,533.06," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, baru-baru ini seorang wanita di sini membuat laporan polis dia terpedaya dalam urusan pakej pelancongan daripada syarikat yang hanya dia diketahui melalui Facebook.

Menurut beliau, wanita itu terpedaya dengan pakej pelancongan ke Eropah pada harga murah menyebabkan dia dan dua rakannya membuat sembilan transaksi bayaran berjumlah RM12,280 ke dalam akaun syarikat tersebut.

Kata beliau, wanita itu bagaimanapun akhirnya mengetahui bahawa syarikat tersebut sebenarnya telah ditutup.

Justeru, katanya, polis Port Dickson mengemukakan beberapa tips pencegahan bagi mengelakkan orang ramai daripada menjadi mangsa kes penipuan dalam talian.

Pengesahan identiti penjual
- Pengesahan identiti penjual sebelum menjalankan urusan pembelian dengan memastikan identiti penjual adalah betul.
- Perlu mengetahui maklumat penting penjual seperti alamat, nombor telefon dan sebagainya.
- Mengambil sedikit masa melakukan semakan supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

Semakan akaun bank
- Buat semakan nombor akaun penjual dengan memastikan nama pemegang akaun bank sama dengan nama penjual atau syarikat yang menjual.
- Pastikan nombor akaun tersebut adalah milik penjual sebenar.
- Jabatan Siasatan Jenayah Komersil ada menyediakan portal untuk membuat semakan di Semak Akaun Yang Ada Repot (JSJK)
http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
Portal itu dapat menunjukkan sama ada nombor akaun / nombor telefon suspek terlibat dengan kes jenayah atau tidak.

Testimoni pembeli lain
- Lihat testimoni pembeli lain yang pernah berurusan dengan suspek sama ada melalui komen di laman sosial milik penjual atau komen di blog milik suspek.

Hati-hati dengan harga yang terlalu murah
- Elakkan membeli barang yang dijual oleh individu dengan harga yang terlalu murah berbanding harga pasaran.

Simpan transaksi atau bukti
- Simpan bukti seperti e-mel, perbualan di laman sosial dan resit pembayaran. - K! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Sakitnya hati ya bayar belas2 ribu sedebuk mcm tu kat orang lepas tu lesap

On another note, iol skarang ni sebab byk sgt kes scam2 ni,anything above 2k je iol request pay half as downpayment dulu dah done baru bayar habis. Mcm reno rumah ke servis2 apa2 ke. Travel mmg iol elak beli online. Biar la tak becuti pun janji duit tak hilang or kumpul duit sampai puas hati baru pegi dari terdesak nak kejar promo sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 07:57 AM | Show all posts
sblm buat payment google dulu account seller tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 08:05 AM | Show all posts
Yang jual handphone banyak scammer
Ko ingat aku mintak duit mak bapak ke nak beli benda tu?
Letih kerja siang malam kumpul duit nak beli barang yg diidamkan last2 kena tipu
Mmg setannnn
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 08:06 AM | Show all posts
Suka baca Thread camni


Kena alert selalu dan tau apa perlu d tengok dan d selidik dulu sblom pembayaran d buat.


Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 22-2-2019 08:05 AM
Yang jual handphone banyak scammer
Ko ingat aku mintak duit mak bapak ke nak beli benda tu?
Letih  ...

Kalau gajet better beli kt brick n mortar drpd on9...kalau sampai produk pn tp ada defect,naya gk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2019 09:20 AM | Show all posts
salmon-suki replied at 22-2-2019 09:11 AM
Kalau gajet better beli kt brick n mortar drpd on9...kalau sampai produk pn tp ada defect,naya gk

Iols suka beli dekat shopee kalau online
Sebab situ trusted seller
Then kalau tak sampai barang
Dapat balik duit

Harap2 online sellers please jujur


Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 22-2-2019 09:20 AM
Iols suka beli dekat shopee kalau online
Sebab situ trusted seller
Then kalau tak sampai barang
...

So far gajet mmg xbeli on9 lg..sbb sy lg suka tgk dpn mata n rasa dlu bnde tu...kalau puas hati baru beli. Hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
234126 replied at 22-2-2019 07:37 AM
Sakitnya hati ya bayar belas2 ribu sedebuk mcm tu kat orang lepas tu lesap  

On another no ...

aku padankan muka je org mcm ni. sebab nak murah travel pi Europe. Secara logik tkt ke Europe je dah RM2k at least. Tang mana blh dpt pakej murah 10-12 hari dgn hotel, transport dsbnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:34 AM | Show all posts
salmon-suki replied at 22-2-2019 09:24 AM
So far gajet mmg xbeli on9 lg..sbb sy lg suka tgk dpn mata n rasa dlu bnde tu...kalau puas hati ba ...

Saya pergi tengok depan mata
Dah selidik
Dah kenan
Terus bukak shopee
Alhamdulillah sampai dgn selamat
Dan harga lebih murah sbb nye guna voucher discount

Zaman berjimat..

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:34 AM | Show all posts
aku berani beli kat shoppe, lazada dll jer..

kalo kat fb, insta tu kena berhati2
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:35 AM | Show all posts
ramai scammer ni berketurunan nigger
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 10:16 AM | Show all posts
Apa yg aku nak ceritakan mungkin sedikit lain dari cerita TT tapi ini cerita peniaga yg boleh tertipu oleh pelanggan. Ini cerita pengalaman aku beli dari ebay dan shopee.

1. Cerita ebay
Aku order wood plane (ketam kayu) dari ebay. Seminggu selepas dari tarikh akhir penghantaran yg sepatutnya sampai ke rumah, aku contact seller dan depa bagi tarikh baru dan kalau tak sampai juga depa akan pulangkan duit. 3 hari lepas dari tarikh tu barang masih tak sampai maka aku contact seller dan mereka pulangkan duit without any question asked.

2 minggu lepas tu, wife buka peti surat dan terjumpa satu bungkusan dan bila buka ternyata wood plane yg aku order.  Fyi, kami jarang buka peti surat sebab posmen selalu letak surat kat bhg atas ruang letak surat khabar, if you all understand what I mean. Anyway, barang akhirnya sampai tapi duit dah dipulangkan. It seems that parcel was delivered and I was not around, so the courier staff just merely put it in the peti surat without me signing to receive the parcel. So, kalau aku decide tak bagitau seller dah tentu aku dapat wood plane tu secara free jer. Anyway, siapa nak guna wood plane tu secara haram kan? So I contacted the seller and asked the procedure to make the payment. They replied, thanking me for my honesty and gave new invoice which I duly paid immediately.

Selepas berlaku seperti atas aku percaya buyer pun boleh menipu seller dgn tidak sign receiving form dari courier yg menghantar parcel. Maksimun courier datang utk satu alamat hanya 2 kali jer kot, dan jika tiada orang yg menerima parcel, depa terus masukkan dlm peti surat, so secara teknikalnya anda tidak menerima parcel tersebut dan boleh claim kpd seller bahawa anda tidak terima parcel tu. Bila tiada bukti menunjukkan bahawa anda telah terima parcel itu, nak tak nak seller terpaksa refund duit just like what I had experienced.

End of story for my experience with ebay. Utk my experience with shopee maybe later sebab I think I already wrote too long a story and I'm not used to writing long stories..LOL..



Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolonglah hati2 dengan travel agent, pakej pelancongan etc. Better plan sendiri je kalau nk pergi bercuti overc..memang lah susah sikit sebab nk kena study sendiri semua benda tu...tp it worth your effort.

Plus,zaman hujung jari ni cari je lah apa2 jenis maklumat kat google, join fb group travel, study itinerary orang lain..and boleh rancang percutian yg happy2 rilex2 je tanpa ikut schedule travel agent.

Kesian kat warga emas n kids yg kena ikut tight schedule pakej pelancongan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 22-2-2019 08:05 AM
Yang jual handphone banyak scammer
Ko ingat aku mintak duit mak bapak ke nak beli benda tu?
Letih  ...

Aku pernah gak beli iphone murah2 tu,,kan tgh hot iphone refurbished time tu..pastu aku pun beli lah gak..harga rm250 jah..tp nasib aku baik time tu sebab aku dapat hp walaupun delay 6 bulan..aku rasa yg batch lepas aku memang x dapat..ramai mengamuk kat ig seller ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 11:02 AM | Show all posts
misstakkepoh replied at 22-2-2019 10:31 AM
Aku pernah gak beli iphone murah2 tu,,kan tgh hot iphone refurbished time tu..pastu aku pun beli l ...

Uish sampai 6 bulan?
Sebulan pun dah meroyan rasanye
Tak sanggup nak tunggu bertahun-tahun
Fuhhh


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Beli shopee jek.. tiket theme park pun aku beli kat shopee jek
Kalau travel pastikan well known ler
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 11:30 AM | Show all posts
meols penah kena. dekat fb yg jual voucher murah2 tu. sblm ni penah beli mase pegi bayou lagoon n  morib ok je. kali ke3 bli resort yg ade themepark kt pd tu skli mase pegi sane resort tu dh ttp. giler kau dh booking awl2 siap email n call lg. skli pegi hampeh dah ttp. buat malu je. mmg mengamuk la kt agen beli kt fb tu. katenya dia xtau resort tu dh tutup sbb bankrap. menangis jgk mase tu pegi cari hotel lain.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo pakej pelancongan ni meolls penah kena skali kt groupon dolu, skrg tukar fave.. nasib baik sempat withdraw awal2, dpt 100% refund
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sllu iklan2 menarik kat insta, fb
Ai akan check price kat shopee,lazada dulu
Koser nk beli harga yahudi personal seller
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.183514 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list