CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1823|Reply: 9

[Tempatan] Kereta api bawa 50 penumpang terbakar di Simpang Renggam, Johor

[Copy link]
Post time 22-2-2019 08:50 AM | Show all posts |Read mode



SIMPANG RENGGAM- Enjin lokomotif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang membawa penumpangdari Tampin, Negeri Sembilan ke Johor Bahru terbakar di Stesen KTMB Renggam disini, semalam.

Ketua PolisDaerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, dalam kejadiankira-kira jam 8.46 malam itu, kereta api empat gerabak yang membawa 50penumpang dan empat krew tersebut terbakar dan musnah di bahagian kepalatermasuk enjin.
Siasatan awalmendapati, kereta api ini bertolak dari Tampin jam 2.50 petang semalam dandifahamkan bahagian enjinnya terbakar di landasan kereta api di Kilometer 686berhampiran Kampung Cina Sungai Sayong.

“Selepas apiberjaya dipadamkan, pemandu kereta api yang berumur 59 tahun meneruskanperjalanan dan berhenti di Stesen KTMB Renggam sebelum bahagian enjin keretaapi tersebut terbakar semula dan Balai Bomba Renggam dimaklumkan berhubungkejadian”, katanya.

Menurutnya,semakan dengan Pusat Kawalan Daerah (PKD) Kluang juga mendapati ada duapanggilan melalui talian MERS999 mengenai kejadian tersebut sebelum membatalkanpanggilan tersebut kerana tindakan diambil bomba.

Semakan denganKetua Polis Balai (KPB) Renggam juga dibuat dan didapati sehingga jam 10.40pagi semalam tiada laporan polis dibuat mengenai kejadian dan KPB Renggamdiarahkan menghubungi KTMB Stesen Renggam untuk hadir membuat laporan polis
Sementara itu,Ketua Balai Bomba Renggam, Penolong Penguasa Bomba Asyraf Nur Mohd Yusofberkata, sebuah jentera bersama lima anggota dikejarkan ke Stesen KTMB Renggamselepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.45 malam.

Operasi tamatsepenuhnya pada jam 10.10 malam dan tiada penumpang atau pemandu lokomotifdilaporkan cedera dalam insiden terbabit kecuali perkhidmatannya yangtergendala seketika sebelum semuanya dalam keadaan terkawal sejam kemudian

“Tindakan pantasdiambil dengan memutuskan lokomotif yang sedang terbakar itu dengan gerabaklain. Ia menyebabkan api tidak dapat merebak ke kawasan lain. Punca kebakarandan jumlah kerugian masih dalam siasatan”, katanya.


Sumber : Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 11:49 AM | Show all posts
wow nasib semua ok....................
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini la kebaikan guna keretapi...boleh putuskan gerabak dengan kepala lokomotif.

Harap servis elok2 ye enjin keretapi tu...Kerajaan jangan fikir nak berjimat sangat utk pengangkutan Awam. Pengangkutan Awam Kat Malaysia ni ketinggalan 40 tahun, masih route yg sama pada zaman British.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 01:07 PM | Show all posts
24116 TUN KUDU

KTM Class - 24
Builder - Toshiba Electric Co., Japan
Horsepower 2,400
Introduced - 1987
Tractive Effort - 43,408
Max Speed - 120 km/h
Engine - Pielstick SP16 PA4V 200 VG
Transmission - Electric

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 01:09 PM | Show all posts
Alhamdullillah tiada kemalangan jiwa
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 01:37 PM | Show all posts
fuhh..syukur takde yg terkorban.. alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2019 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ebiet replied at 22-2-2019 01:07 PM
24116 TUN KUDU

KTM Class - 24


Dah kantoi loko Dalian semua kioq, terpaksa heret segala loko buruk Toshiba, Hitachi, Ydf india semua tuh. Blunder korupsi peninggalan Najib kepit. Rasa nak hantuk kepala bila tengok depa pakai Bluetiger tarik ketapi penumpang yg hanya 5 gerabak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas terbakar kali pertama berani pakcik tu teruskan perjalanan lagi. Syukurlah semua selamat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 22-2-2019 02:21 PM
Dah kantoi loko Dalian semua kioq, terpaksa heret segala loko buruk Toshiba, Hitachi, Ydf india  ...

Keretapi ni mengelak tol Simpang Renggam tu..tu yg terbakau. Mati2 pemandu tu ingt tol tu dh xde.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 22-2-2019 08:03 PM
Keretapi ni mengelak tol Simpang Renggam tu..tu yg terbakau. Mati2 pemandu tu ingt tol tu dh xde.  ...

Kahkahkah bolehlah pulak ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.064938 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list