CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2176|Reply: 29

[Tempatan] AirAsia X rugi lagi dan lagi. Kali ni rugi RM99 juta

  [Copy link]
Post time 22-2-2019 09:40 AM | Show all posts |Read mode
AirAsia X catat kerugian RM99 juta bagi suku keempat 2018
Khamis, 21 Februari 2019 11:33 PM


AIRASIA X Bhd mencatatkan kerugian bersih bagi tempoh Oktober-Disember, sekaligus menambah kerugiannya untuk suku ketiga berturut-turut dengan kos bahan bakar yang lebih tinggi dan peningkatan perbelanjaan kewangan.

Ia merupakan satu lagi tempoh yang sukar untuk syarikat penerbangan tambang murah bagi perjalanan jarak jauh tersebut.

Pendapatan jatuh sebanyak 6% kepada RM1.148 bilion dalam tempoh tiga bulan yang berakhir pada 31 Dis.

Kejatuhan itu disebabkan oleh penerbangan berjadual yang lebih rendah kerana harga tambang purata menurun kepada RM490 bagi setiap penumpang berbanding RM519 setahun lalu.

Jumlah penumpang yang dibawa oleh AirAsia X pada suku Disember pula jatuh 3% kepada 1.498 juta kerana beberapa laluan terjejas oleh bencana alam.

AirAsia X berkata, kapasiti kerusi pada suku terakhir berkembang kepada 1.911 juta, sementara lima pesawat ditambah oleh syarikat penerbangan itu.

AirAsia X kini mengendalikan sebanyak 35 pesawat.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu terus bergelut dengan kenaikan kos bahan api.

Harga bahan api purata yang dibayar oleh syarikat tersebut meningkat 29% kepada AS $ 89 (RM363) setong pada suku terakhir 2018.

AirAsia X menggunakan sebanyak 1.3 juta tong minyak dalam tempoh tiga bulan tersebut.

Bagi tiga bulan yang berakhir pada 31 Dis, AirAsia X mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM99.3 juta ke atas hasil pendapatan RM1.15 bilion.

Bagi tempoh setahun penuh, ia mencatatkan kerugian sebanyak RM312.7 juta.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu menjangka prospeknya untuk terus menggalakkan. - The Star

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 10:07 AM | Show all posts
i tolong buat kesimpulan, rugi banyak sebab peningkatan kos bahan api, laluan terjejas sbb bencana alam and penerbangan berjadual lebih rendah.

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat sedang ikat perut....Pelabur lari...ramai kena buang kerja. Lepas ni penjawat awam pun nak kena buang...sawit x laku. Getah x laku. Harga barang mencanak2 naik...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak laluan terjejas sebab bencana alam tu belah Indonesia memang teruk last year. Bencana berturut-turut
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 10:33 AM | Show all posts
Most of the airlines sekarang ni mengalami kerugian. Etihad almost dah mula retrench crew. Hongkong air pun dah kurangkan flights. Kalau ikut record pun AAX memang jarang sangat untung. Survival base on keuntungan Air asia Group.  Penumpang mostly foreigners, bukan majoriti pekebun kelapa sawit atau penoreh getah.

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 10:54 AM | Show all posts
nak kata tourist makin kurang tak gak.
maybe competition banyak kot.

incoming tourist number, malaysia top 12 dalam donia.
no. 4 tertinggi di asia, selepas china, thailand and hong kong.

https://www.thetravel.com/25-of- ... ts-cant-get-enough/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2019 11:05 AM | Show all posts
Saingan makin hebat terutama dari premium airlines yang lain.  Penumpang makin pandai bandingkan harga sekarang ni, siapa bagi harga tambang terbaik pasti jadi pilihan.  Mereka dah tak memilih sangat airline dari negara mana sekarang ni dan tak kira ianya premium atau tambang murah asalkan harga sesuai budget.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 22-2-2019 10:33 AM
Most of the airlines sekarang ni mengalami kerugian. Etihad almost dah mula retrench crew. Hongkong  ...

Ringgit dah jatuh. Rakyat berjimat. Flight keluar xde. Yg nak masuk pun xde sbb barang semua dah naik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 11:48 AM | Show all posts
byk bencana skrg ni ...............tu yg ramai kurang pi travel............
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 01:00 PM | Show all posts
tobby replied at 22-2-2019 07:12 AM
Ringgit dah jatuh. Rakyat berjimat. Flight keluar xde. Yg nak masuk pun xde sbb barang semua dah n ...

Orang dah tolong summarized dah tu sebab musabab AAX rugi, masih lagi buat andaian sendiri. Dasar macai abadi kau ni.Dulu zaman 1usd about rm4.4 pun masih juga orang travel.
Harga barang barang kat luar negara masih lagi mahal kalau dibanding dgn kat malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 01:05 PM | Show all posts

rugi pun airasia makin besar, rugi pun owners makin kaya
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 01:12 PM | Show all posts
kelana36 replied at 22-2-2019 10:33 AM
Most of the airlines sekarang ni mengalami kerugian. Etihad almost dah mula retrench crew. Hongkong  ...

bunyi2 AAX pnye staff nak kene serap ke AA tuh dah bunyi lama dah bang. since 4 yrs ago. tp still tak de pun. ari tuh rumors tuh bergoncang teruk lagik. siap dah ada plan who is going where. tp, everybody is still buat bende yg samathe plan to merge on certain dept tuh mmg dah ada. well, at least on dept yg geen duduk nih.

disclaimer utk those yg still tak tau: AirAsia X dan Airasia adalah 2 different entity ye. parents je sama. payroll lain, revenue lain, everything semua lain. kapal juga lain2 series ye




Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
geenie replied at 22-2-2019 01:12 PM
bunyi2 AAX pnye staff nak kene serap ke AA tuh dah bunyi lama dah bang. since 4 yrs ago. tp still  ...

uols ni ke yg ada poremer dulu kata keje tukang angkat beg kt LCCT dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
AirAsia X bukan Air Asia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 01:19 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 22-2-2019 01:14 PM
uols ni ke yg ada poremer dulu kata keje tukang angkat beg kt LCCT dulu?

iye.. tukang angkat beg, dan juga pernah digelar mak guard
iols "maltipurpose" yaaaahhhh (sila baca dlm nada menjerit2 si sajat)


Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
'rugi' sbb beli kapal terbang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 01:51 PM | Show all posts
tobby replied at 22-2-2019 11:12 AM
Ringgit dah jatuh. Rakyat berjimat. Flight keluar xde. Yg nak masuk pun xde sbb barang semua dah n ...

kan dah kena setepek
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila tidak mahu membayar bonus katalah rugi.  Apabila menarik pelabur katalah untung bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 02:49 PM | Show all posts
kelana36 replied at 22-2-2019 01:00 PM
Orang dah tolong summarized dah tu sebab musabab AAX rugi, masih lagi buat andaian sendiri. Dasar  ...

#pembaris betul da ma cai
#SENGAJAulangayatmahacaisebelumpru14
#damacaiLambatpaham
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 03:26 PM | Show all posts
geenie replied at 22-2-2019 09:12 AM
bunyi2 AAX pnye staff nak kene serap ke AA tuh dah bunyi lama dah bang. since 4 yrs ago. tp still  ...

Sebab tu AAX cancelled flight ke Auckland, land kat Avalon instead of Melbourne International Airport. Next I herd Hawaii pun nak cancell.
Tony nak tukar 330Neo order ke A321NEO kan, so flight yang less than 7 hours akan guna A321 tu instead of A330, to cut the operating cost.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.094611 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list