CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2754|Reply: 29

[Tempatan] Teguran Tun M Kepada Kementerian Pertahanan

  [Copy link]
Post time 22-2-2019 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
21 Feb 2019

SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan diingatkan agar meningkat dan memantapkan lagi kawalan dalaman pengurusan kewangannya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini bagi mengurangkan risiko ketidakpatuhan yang lebih serius selain ia selari dengan pelaksanaan reformasi tadbir urus bagi meningkatkan ketelusan untuk mencegah rasuah dan membasmi salah guna kuasa.

"Dalam hal berkaitan dengan kecekapan tadbir urus dan integriti, suka saya menarik perhatian kepada Laporan Audit Negara, di mana banyak teguran telah diberikan kepada jabatan dan agensi kerajaan. Teguran ini merangkumi pengurusan program, aktiviti, pembinaan, perolehan, sistem atau teknologi maklumat dan komunikasi, penyenggaraan dan pengurusan hasil.

"Kementerian Pertahanan juga tidak terkecuali dari teguran ini. Sehubungan itu, kementerian diingatkan untuk meningkat dan memantapkan lagi kawalan dalaman pengurusan kewangan agar isu yang dibangkitkan tidak berulang serta mengurangkan risiko ketidakpatuhan yang lebih serius," katanya ketika berucap sempena lawatan rasminya ke Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.
Katanya lagi, kementerian hendaklah mengambil tindakan sewajarnya seperti memastikan pengetahuan dan kemahiran pegawai terlibat dalam pengurusan kewangan dipertingkatkan dengan memberi latihan berterusan.

"Ini kerana kerajaan pada hari ini sangat komited untuk memastikan Malaysia dikenali kerana tadbir urus cekap dan budaya integriti yang tinggi," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Kementerian Pertahanan akan membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung ketirisan hasil kerajaan yang dianggarkan melebihi RM500 juta sepanjang pelaksanaan projek ‘land swap’ kementerian itu.

Mohamad dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menerima laporan akhir siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin Buang terhadap beberapa projek kementerian termasuk land swap.

Laporan siasatan itu juga telah dibentangkan dan diterima pada Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 13 Feb lepas.

Menurutnya, hasil siasatan jawatankuasa itu yang telah dibentangkan pada 28 Jan lepas mendapati terdapat 16 projek land swap melibatkan 1286 hektar (2,923 ekar) tanah milik Kementerian Pertahanan bernilai RM4.756 bilion dan melibatkan kos projek sebanyak RM4.886 bilion.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2019 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum ini, media melaporkan Kementerian Pertahanan akan membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung ketirisan hasil kerajaan yang dianggarkan melebihi RM500 juta sepanjang pelaksanaan projek ‘land swap’ kementerian itu.

Menurutnya, hasil siasatan jawatankuasa itu yang telah dibentangkan pada 28 Jan lepas mendapati terdapat 16 projek land swap melibatkan 1286 hektar (2,923 ekar) tanah milik Kementerian Pertahanan bernilai RM4.756 bilion dan melibatkan kos projek sebanyak RM4.886 bilion.


Tegur ada makna tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Rajin juga mat sabu buat kerja untuk menjerat anwaq isu skandal 1997. Tapi barangkali dia terlupa siapa pm waktu itu.

Baguih mat sabu buat kerja sampai dia terlupa ketirisan itu berlaku pada zaman pm 4



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerugian 500 juta.
Siapakah menteri pertahanan pada ketika itu ?

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
chehh  ..  dah tentu2 atok nak kata dia tak ingat apa2  .  atok  dah tua .
kes tutup  .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Land swap: Kenapa Najib Razak bersyukur kenyataan Mat Sabu?

SEMALAM, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu @ Mat Sabu dalam satu kenyataan media, mendedahkan sedikit hasil siasatan jawatankuasa khas dipengerusikan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang terhadap beberapa projek Kementerian Pertahanan, termasuk ‘land swap’.

Jawatankuasa itu dikenali sebagai Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK).

Kami mengalu-alukan pembongkaran sebarang salah laku dalam kerajaan yang menyebabkan kerugian kepada rakyat. Tak kiralah kerajaan dulu atau kerajaan sekarang. Apalagi, jika ia membabitkan keselamatan dan kedaulatan negara.

Kami juga setuju dengan pendedahan Mat Sabu atau di kalangan anak muda beliau lebih mesra dengan panggilan ‘Abang Mat’. Lagipun, rumah Abang Mat di Seksyen 19 Shah Alam tak jauh dari rumah Pedang.

Cuma kenyataan media Mat Sabu semalam – yang menjurus untuk menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan sebelum ini – bagaimanapun tidak menyebut tahun bila projek ‘land swap’ bermula. Tetapi mengikut laporan media, projek ‘tukar tanah’ Kementerian Pertahanan itu berlaku sejak 1997.

Menurut kenyataan Menteri Pertahanan kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu, hasil siasatan yang dibentangkan pada 28 Januari lalu mendapati, 16 projek ‘land swap’ membabitkan 2,923 ekar tanah milik Kementerian Pertahanan dengan nilai sebanyak RM4.756 bilion dan membabitkan kos projek RM4.886 bilion.

“JKTUPKK juga mendapati anggaran kerugian atau ketirisan hasil Kerajaan sepanjang pelaksanaan projek land swap adalah melebihi RM500 juta.” (Dalam kenyataan itu baris bermula dengan …kerugian hingga RM500 juta… ditebalkan)

Kata Mat Sabu lagi, kementerian dimaklumkan bahawa majoriti pelaksanaan projek ‘land swap’ sebelum ini adalah tidak dirancang dengan teliti dan pemilihan syarikat pemaju tidak dilaksanakan due diligence yang komprehensif.

“Terdapat juga campur tangan politik dalam pemilihan lokasi land swap tersebut yang bertujuan untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu. Keadaan tersebut telah menyebabkan sebahagian projek telah melangkaui tempoh kontrak yang telah dipersetujui sebelum ini.

“Sehubungan itu, saya akan mengarahkan pegawai saya untuk membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi-agensi berkaitan yang lain untuk menjalankan siasatan seterusnya mengambil tindakan lanjut seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang,” kata Mat Sabu.

Tetapi apakah pendedahan yang dibuat oleh Mat Sabu – yang dilantik oleh Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Menteri Pertahanan kerajaan Malaysia baharu – bertujuan menunjukkan salah laku kerajaan yang mentadbir Malaysia sebelum ini memandangkan projek ‘land swap’ itu bermula pada 1997?

Siapa Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan pada 1997?

“Saya bukan Menteri Pertahanan mahupun Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri ataupun Menteri Kewangan pada tahun 1997.” Demikian dijelaskan Datuk Seri Najib Razak, ketika mengulas pendedahan laporan siasatan projek ‘land swap’ itu.

Beliau berkata, Perdana Menteri pada 1997 adalah Dr Mahathir, sementara Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib dilantik menjadi Menteri Pertahanan dalam Kabinet Dr Mahathir pada 1991 hingga 1995. Menteri Pertahanan pada 1997 ialah Tan Sri Syed Hamid Albar (1995-1999), namun Najib sekali lagi memegang jawatan itu mulai 1999 hingga 2008. Beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 2004 hingga 2009, ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada 3 April 2009, Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-6 sehinggalah Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei tahun lalu.

“Alhamdulillah. Laporan yang mengambil masa 8 bulan ini juga telah membuktikan bahawa Tan Sri Rafidah Aziz Malaysian Citizen telah memfitnah saya.

“Beliau (Rafidah) pernah bertegas dengan sumpah “Demi Allah” bahawa ‘setiap inci tanah’ berjumlah 40,000 hektar Kementerian Pertahanan dan tentera telah diswastakan kepada tiga individu” di bawah kerajaan BN semasa saya PM.

“Fitnah ini yang digunakan untuk menaikkan kemarahan undi tentera sebelum PRU14 adalah sangat keji kerana nama Allah telah digunakan untuk melemparkan tuduhan ini,” kata Najib ketika mengulas lanjut pendedahan Mat Sabu, dalam laman Facebook beliau.

Isu ‘land swap’ membabitkan tanah Kementerian Pertahanan timbul selepas Rafidah mendakwa pemilikan lebih 40,000 hektar tanah kementerian itu dipindahkan kepada sebuah syarikat milik tiga individu tanpa tender terbuka. Dakwaan itu dibuat menerusi satu surat terbuka yang ditujukan kepada Najib, 8 April tahun lalu – sebulan sebelum PRU14.

Beliau mendakwa semua tanah berkenaan dipajakkan selama 40 tahun kepada syarikat berkenaan untuk dibangunkan dengan pelbagai projek komersial. Antara hartanah yang disebut oleh Rafidah dalam surat terbuka itu adalah Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi dan Kem Majidee di Johor Bahru.

Najib sudah dikira menjawab pendedahan Mat Sabu mengenai projek ‘land swap’. Sekarang, yang kena jawab ialah Dr Mahathir, Anwar, Syed Hamid, Abdullah dan Rafidah, kerana projek itu bermula pada 1997.

Sebenarnya, jelas lah terdapat mainan politik di belakang kenyataan media Mat Sabu mengenai projek ‘land swap’ ini. Fikirkan ‘gelombang’ yang sedang berlaku sekarang dalam PH.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-2-2019 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dess402 replied at 22-2-2019 12:19 PM
chehh  ..  dah tentu2 atok nak kata dia tak ingat apa2  .  atok  dah tua .
kes tutup  .

Dalam pada tak ingat sempat juga menggelabah kerana skandal 97 hampir di londehkan oleh menteri nya sendiri

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
NGO gesa siasat ketirisan projek ‘land swap’ kementerian pertahanan

20 Feb 2019, 4:38 petang (Dikemaskini 20 Feb 2019, 5:51 petang)


A A
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa menyiasat ketirisan hasil kerajaan yang dianggarkan melebihi RM500 juta sepanjang pelaksanaan projek ‘land swap’ di Kementerian Pertahanan.

Presiden Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara (GMPN) Mejar (B) Razali Zakaria berkata pihak berkuasa harus menyiasat secara terperinci individu yang terlibat dalam projek berkenaan dan menyalahgunakan kuasa serta campur tangan politik.

“Pihak polis tanpa prejudis harus menyiasat dan bertindak segera terhadap maklumat yang terkandung dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan semalam.

"Melalui kenyataan itu jelas ada unsur melibatkan jenayah rasuah yang wajib disiasat polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dalam satu kenyataan media memaklumkan berlaku ketirisan hasil kerajaan yang dianggarkan melebihi RM500 juta sepanjang pelaksanaan projek ‘land swap’ di Kementerian Pertahanan.

Maklumat berkenaan diperolehi selepas siasatan dijalankan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan oleh Ambrin Buang terhadap beberapa projek kementerian.

Mohamad dalam kenyataan itu juga menyebut terdapat campur tangan politik dalam pemilihan lokasi projek itu atas kepentingan politik pihak tertentu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan polis berkenaan.



Alang alang mat sabu dah siasat tu. Kasi siasat habis habisan la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepala perompak menasihat menteri yg bertahun2 gelar dia kepala perompak supaya basmi rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 22-2-2019 12:14 PM
Kerugian 500 juta.
Siapakah menteri pertahanan pada ketika itu ?

Jeng jeng jeng....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Skandal 1997

PM atuk
TPM anwaq
Pertahanan syed hamid

Menarik dak ?
Sila duduk dan jangan lari
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 12:39 PM | Show all posts
rindu plak nk tgk mat sabu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 12:42 PM | Show all posts
abe mat mabuk ketum kot..sendiri jerat gang sndri..abe mat2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah alang alang tu kan. Masa ni la kementerian ni yang paling banyak penyelewengan tanah & kelengkapan pertananan. Cepat lah dedahkan sabu oi. Rakyat nak tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
patriot mana patriot?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 22-2-2019 12:20 PM
Land swap: Kenapa Najib Razak bersyukur kenyataan Mat Sabu?

SEMALAM, Menteri Pertahanan, Mohamad  ...

kemain bang mat nak tunjuk konon dia reti buat kerja
ujung2 hasil outcome keje bang mat ialah madey ,nuart, nek pidah sume kene game
kene game dgn kebodohan bang mat sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2019 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 22-2-2019 01:25 PM
kemain bang mat nak tunjuk konon dia reti buat kerja
ujung2 hasil outcome keje bang mat ialah mad ...

Mungkin otak dia dah ada sedikit berfungsi. So cuba la tunjuk hasil kerja yang gempak. Apa apa pun terima kasih la mat sabu atas pembongkaran ini. Setakat ni, Ini pencapaian hang yang boleh dibanggakan

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 02:54 PM | Show all posts
boleh buang dah jumlah askar2 kita tinggal separuh klu ikut kajian DAP



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Siasatan 'land swap' perlu adil: Hishammuddin

MOHAMAD NORZAHARUDDIN KASIMON | 22 Feb 2019

Hishammuddin (tengah) sewaktu Mesyuarat Berkelompok Cawangan dan Sayap-Sayap Umno Bahagian Sembrong .
A A
KLUANG - Tindakan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu Sabu yang menimbulkan isu berhubung dengan 16 projek urus niaga tukar tanah (land swap) yang bermula sejak tahun 1997 sehingga sekarang hanya sekadar mahu mengalihkan pandangan masyarakat terhadap kegagalan kerajaan menunaikan janji.

Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau turut mengalu-alukan siasatan terhadap dirinya namun kerajaan juga perlu berlaku adil dengan turut melakukan siasatan sama kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ketika itu.

"Sebenarnya, perkara seperti ini bukan isu baharu kerana ianya sudah pun digembar-gemburkan sebelum PRU14 lagi dan apa yang menjadi persoalan, kenapa isu ini dibangkitkan semula selepas 10 bulan kerajaan PH memerintah?

"Saya tak akan menghalang siasatan terhadap saya tetapi kerajaan harus mengotakan janji mereka untuk membela nasib veteran dan anggota tentera seperti dijanjikan pada kempen PRU14 dan semua ini tidak boleh diabaikan malah sebagai menteri atau timbalan menteri mereka harus bertanggungjawab melaksanakannya," katanya.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Berkelompok Cawangan dan Sayap-Sayap UMNO Bahagian Sembrong di Dewan Komuniti Parlimen Sembrong di Taman Seri Lambak, di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak yang membuat laporan ini juga harus menyiasat beberapa transaksi yang dikeluarkan pada masa pemerintahan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri keempat kerana semua perancangan kelulusan pembinaan kem tentera pada waktu itu di bawah tanggungjawab beliau.

Semalam, Hishamuddin melalui portal Facebook miliknya menyatakan tiada apa-apa perkara yang mahu disembunyikan olehnya malah mengalu-alukan siasatan terhadapnya berhubung dakwaan urus niaga tukar tanah (land swap) sehingga menyebabkan Kementah mengalami kerugian sehingga RM500 juta.

Sebelum ini, Mohamad Sabu mendedahkan urus niaga melibatkan Kementah mengakibatkan kerugian lebih RM500 juta dan ianya didedahkan dalam laporan penelitian khas Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan bekas ketua audit negara, Ambrin Bujang.

Kesemua 16 kem yang disebutkan dalam laporan berkenaan adalah termasuk pembinaan sebuah kem tentera yang dibina untuk menempatkan Markas Rejimen ke-33 Artileri atau lebih dikenali sebagai Kem Paloh di Jalan Kluang-Mersing yang juga berada di dalam kawasan Parlimen Sembrong.

Mohamad juga mendakwa, kementeriannya dimaklumkan terdapat campur tangan politik dalam pemilihan beberapa lokasi projek ‘land swap’ bagi tujuan kepentingan politik pihak tertentu.

Katanya, keadaan itu menyebabkan sebahagian projek melangkaui tempoh kontrak yang dipersetujui sebelum ini termasuk kualiti kualiti pembinaan yang tidak memuaskan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Persoalannya adakah mat sabu ini terlepas pandang atas isu pembongkaran Ini ataupun Ini salah satu cara halus untuk menjatuhkan atuk. Di bawah arahan siapa lagi

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.299399 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list