CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2991|Reply: 10

Bekas Pemenang Puskas Award, Faiz Subri Kini Tiada Pasukan Untuk Diwakili

[Copy link]
Post time 22-2-2019 12:51 PM | Show all posts |Read mode
Pada 3 tahun yang lepas, satu dunia bercakap tentang sepakan percuma Faiz Subri yang melawan hukum fizik sehingga memenangi anugerah Puskas Award. Sepakan lencong itu membuatkan beliau berjaya menewaskan gol cantik daripada permain ternama dunia seperti Neymar, Messi dan Ronaldo.





Namun, kejayaan itu sudah berakhir apabila Faiz tiada pasukan untuk diwakili untuk kejohanan Liga Malaysia. Setelah kontraknya tamat, pemain tengah berusia 31 tahun itu pernah menerima panggilan pasukan Pulau Pinang untuk ujian pemilihan pasukan, namun ditolak Faiz atas sebab tertentu.



Foto: Vulcan Post




Faiz Subri juga dikatakan telah memulakan bisnes dan juga merupakan duta untuk Aspada Perfume. Pemenang Puskas Award itu turut menolak tawaran daripada pasukan lain memandangkan beliau mempunyai 3 anak kecil dan berpindah ke negeri lain agak kurang sesuai buat masa ini.



Sumber Gambar: SAYS





Sumber Gambar: SAYS



Namun menurut rakannya, Faiz masih belum berputus asa dalam dunia bola sepak dan mungkin akan kembali pada masa akan datang. Pastinya ramai peminat bola sepak tempatan rindu akan sepakan percumanya itu! -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 12:57 PM | Show all posts
cari kemahiran baru sebagai modal kejayaan !!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Malaysia memang macam tu, yang berbakat dipandang sepi. Nanti bila dah takde, kehilangan xxx merupakan kerugian besar buat negara.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 02:17 PM | Show all posts
amyza replied at 22-2-2019 01:51 PM
Kat Malaysia memang macam tu, yang berbakat dipandang sepi. Nanti bila dah takde, kehilangan xxx mer ...

betull malaysia tk pandai hargai bakat2 camni, bila berjaya baru sibuk dijulang, bila dh takde apa2 dipandang sepi

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 02:28 PM | Show all posts
tp faiz subri ni mmg mcm one time wonder mcm tu..

dia bkn hebat secara keseluruhan...and konsisten
tp nasib dia baik ms buat free kick tu


lepas tu xnak pula main kat luar...nak dok penang je...
susah sket la nak maju gitu

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 02:47 PM | Show all posts
amyza replied at 22-2-2019 01:51 PM
Kat Malaysia memang macam tu, yang berbakat dipandang sepi. Nanti bila dah takde, kehilangan xxx mer ...

setuju sgt dgn hang...begitu la malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2019 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
pemain bola malaysia bila dh tua
mcm terumbang ambing lak
hri tu aku tgk tv psl pemain bola pnh main kt luar negara
tpi psukan bola smpai skrg xada, last jdi coach akademik sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 03:08 PM | Show all posts
amyza replied at 22-2-2019 01:51 PM
Kat Malaysia memang macam tu, yang berbakat dipandang sepi. Nanti bila dah takde, kehilangan xxx mer ...

rasanya kat atas tu tulisdia sendiri yang tolak beberapa tawaran
bukan orang xnk dia
dia yg xnk terima
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 03:14 PM | Show all posts
dari mula2 dulu dah kata nasib ja..org jawa kata fluke shot je
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Besarnya ronaldo nazario
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia pikir pjg le tu..
Main bola smpai bila?baik wt modal biz
Bulan income masuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.068573 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list