CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2896|Reply: 18

Juruterbang Dirakam Tidur Lena Ketika Menerbangkan Pesawat

[Copy link]
Post time 22-2-2019 01:04 PM | Show all posts |Read mode
Seorang juruterbang dirakam tertidur di dalam kokpit ketika sedang bertugas dan dirakam pembantunya.


Memetik Mirror, video memalukan itu tersebar beberapa hari selepas juruterbang syarikat berkenaan menamatkan mogok selama tujuh hari berhubung isu juruterbang keletihan dan waktu kerja yang panjang.




Kredit foto: AsiaWire




Sementara itu, syarikat penerbangan terbabit tampil menjelaskan bahawa klip video berkenaan dirakam sebelum kejadian mogok tersebut berlaku.


Video itu memaparkan seorang juruterbang dengan pengalaman hampir 20 tahun tidur lena ketika sedang bertugas.


Lelaki itu juga dipercayai merupakan salah seorang pengajar yang mengendalikan simulasi di Pusat Latihan Penerbangan China.




Kredit foto: Shutterstock



Dalam satu kenyatannya, syarikat penerbangan itu berkata, juruterbang terbabit berdepan dakwaan termasuk mengabaikan prosedur keselamatan dan dia akan menerima hukuman setimpal atas kelakuannya itu.


Syarikat penerbangan itu juga akan mempertimbangkan cadangan untuk menghukum pembantu juruterbang yang merakam dan menyebarkan video berkenaan kerana memilih untuk merakam daripada mengejutkan pegawai kanannya itu. - CARI




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
I thought mmg blh tidur, auto cruise
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Besar Nye badan mesti krokk krokk krokk
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 01:18 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 22-2-2019 01:17 PM
I thought mmg blh tidur, auto cruise

kene tnye abam kelana. adeh.. apakah id beliau
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 22-2-2019 01:17 PM
Besar Nye badan mesti krokk krokk krokk

Org badan besar memang cepat letih kan.....

Sbb tu elok pilih utk tak jadi besarrr.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 22-2-2019 01:27 PM
Org badan besar memang cepat letih kan.....

Sbb tu elok pilih utk tak jadi besarrr.....

Kaki pon asyik sakit je...buat seksa kaki je..dah la hodoh...termengah2 -mengah, oksigen tak cukup kat otak mula la membuta.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2019 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruk nya org yg merakam ni.....
Hati kelam.....
Konon nak tunjuk dia perfect le tu......kau pun kena ambik tindakan sekali....padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 22-2-2019 01:30 PM
Kaki pon asyik sakit je...buat seksa kaki je..dah la hodoh...termengah2 -mengah, oksigen tak cukup ...

Bljar pun payah nk masuk kannn.....
Jarang jumpa org badan besar yg genius ....mgkin sbb byk di kacau lemak yg terkumpul.....

Gemuk kurus tu adalah pilihan....bkn anugerah.....sila buat pilihan yg bijak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 02:16 PM | Show all posts
pilot boleh tak nap semasa flight. sebab semua sekarang dah auto pilot
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang boleh tidur.sorang lagi berjaga kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 02:46 PM | Show all posts
teringat cerita melayu. pilot sume herlokss2, kurus, tinggi lampai.
tapi yang ni. hmmmm....hmmmm....














Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 02:51 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 22-2-2019 01:27 PM
Org badan besar memang cepat letih kan.....

Sbb tu elok pilih utk tak jadi besarrr.....

btoi tu, kat opis aku ni ha ade sorg pemandu badan besar...mmg tgh bwk kereta dia blh tertidur, org yg duduk sebelah tu mmg kene sentiasa bersembang atau buat lawak supaya dia tak lelap...driver tu badannya mmg besar sampaikn dia tak boleh tidur baring atas katil
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi mendaratdengan selamat kan
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 03:10 PM | Show all posts
aku rasa pembantu dia ni dah fedup dengar dengkur hari2...sebab tu dia rakam
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 03:10 PM | Show all posts
JohnDeSouza replied at 22-2-2019 02:25 PM
Memang boleh tidur.sorang lagi berjaga kan

My brother kata kapten dia tidak beri tidur. So untuk hilangkan mengantuk and boring dia baca papers, tenguk langit and kira bintang2
Kata dia penat dia buat semua tu untuk tahan rasa boring
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 03:16 PM | Show all posts
Memang di bolehkan pun tidur .. sebab tu sekurang kurangnya sentiasa kena ada 2 orang dalam cockpit. Kalau sorang nak gi toilet pun , sorang cabin crew akan masuk cockpit untuk jadi peneman..   

Ini dinamakan controlled rest dalam aviation term. Lebih bagus buat macam ni, sapa ngantuk, take a rest dulu rather than dua dua keletihan dan mengantuk, lagi membahayakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pembantu pilot dengki leteww
Kot2 boleh ganti tempat main pilot
Patut just report internally if it is justified tak boleh tido
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Auto pilot bukan macam bawak kereta. Yang si co pilot ni pun nak pedajal kenapa? Kalau kerja berkaitan kapal....especially long haul, memang crew akan diberi rest hours utk tido. Pilot siap boleh tido kat business class lagi,crew change. Kalau cabin crew selalu last row seat, tu yang ada paxs kadang muka pelik2 tengok crew tido tutup mata. Crew pun manusia biasa they need nap time untuk recharge sebelum sambung kerja balik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Naya juga kalau tak boleh tidur, mesti mengantuk sangat. Kita penumpang pun kapal tak terbang lagi dah zzzzzz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.176022 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list