CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1506|Reply: 20

[Politik] Uncle Kentang janji nak bela nasib perokok

[Copy link]
Post time 22-2-2019 05:26 PM | Show all posts |Read mode
https://www.malaysiakini.com/news/465200

PRK SEMENYIH | Ketika calon lain berkempen dengan pelbagai janji dan dasar negara, Uncle Kentang mengambil pendekatan lebih sederhana.

Calon bebas itu memilih untuk menangani isu larangan merokok di tempat-tempat makan awam.

Kata Kuan Chee Heng - nama sebenar Uncle Kentang - penguatkuasaan larangan merokok itu menjejaskan perniagaan restoran serta kedai makan.

"Kedai-kedai kopi separuh mati. Peniaga rugi. Petang-petang biasanya orang Cina suka ke kedai kopi untuk sembang-sembang.

"Orang berumur macam saya suka berjumpa kawan-kawan. Mereka suka merokok sambil minum-minum, merokok sambil ambil bir," katanya seperti dipetik The Star Online hari ini.

Justeru katanya satu ruang khas untuk perokok wajar disediakan di tempat-tempat makan.

Kuan, 56, bukanlah ahli politik namun dia memang dikenali ramai kerana pelbagai kerja amal yang dilakukannya tanpa melihat perbezaan agama, bangsa, budaya dan seumpamanya.

Gigih membantu orang kurang berkemampuan, PRK Semenyih menyaksikan Kuan menyertai persaingan untuk cuba menjadi wakil rakyat di kawasan itu.

Sebelum rokok 'mati'

Walaupun bukan calon yang dianggap boleh mencabar BN dan PH, penampilan Kuan selalu mencuri perhatian ramai.

Kata Kuan dia sendiri bukanlah perokok, malah menyokong langkah kerajaan mengekang amalan berkenaan yang banyak menyebabkan masalah kesihatan.

Namun katanya pelaksanaan arahan itu menjejaskan banyak perniagaan.

"Sebelum rokok 'mati' lagi peniagaan yang akan `mati`. Kalau itu yang berlaku siapa yang menderita?

"Kita sokong larangan merokok, tapi berilah sedikit kelonggaran," katanya.

Mengikut peraturan yang dikuatkuasakan pada 1 Jan lalu, kawasan larangan merokok meliputi jarak 3 meter dari premis makanan.

Perintah itu dibuat mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang berada di bawah Akta Makanan 1983.


Larangan itu meliputi semua restoran, kedai kopi dan pusat penjaja, termasuk yang berada di kawasan terbuka.

Untuk tempoh enam bulan pertama kerajaan tidak akan mengeluarkan saman kepada mana-mana pesalah sebaliknya akan menekankan aspek kesedaran terlebih dulu.

Selepas tempoh itu seseorang yang ditangkap kerana merokok di kawasan larangan boleh didenda RM10,000 atau penjara dua tahun, manakala operator restoran atau kedai makan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara setahun.


nak jadi ADUN Selangor hang nak sembang pasai rokok ka? wakakakakkakakakakaka

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka dia ni...tolong pecah2kan undi cina
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa eh, asal terlibat dlm politik, terus yg pandai jadi bodoh.

Why this happend?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 05:32 PM | Show all posts
harizs replied at 22-2-2019 05:27 PM
Aku suka dia ni...tolong pecah2kan undi cina

masalahnya Melayu pun mungkin akan undi dia....nak2 lagi golongan millenial snowflake...wakakakakkakakaa

yang sorang tu ja yang tua tu yang mogholuk tu konfirm undi sepet ni..wakakakakaaka
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo nk merokok tu...pi la minum kopi bawah pokok.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak sokong ankel kentang tapi dia pro perokok pulak. Kensel lah. Ankel tak yah jd ahli politik. Lama2 otak pun tak betul. Tak kira kerajaan atau pembangkang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2019 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Org semenyih semua perokok
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
shi_jewel replied at 22-2-2019 05:28 PM
Kenapa eh, asal terlibat dlm politik, terus yg pandai jadi bodoh.

Why this happend?

He..he...kau buat aku tergelak....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 07:33 PM | Show all posts
uncle kentang ni pro BN la

strategy yang sesuai letak uncle kentang kat semenyih supaya pecahkan undi cina
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:28 PM | Show all posts
shi_jewel replied at 22-2-2019 05:28 PM
Kenapa eh, asal terlibat dlm politik, terus yg pandai jadi bodoh.

Why this happend?

kan...org2 politik semakin bodoh ke....tak mcm negara maju, ahli politik lagi profesional. kalau salah, diaorg letak jawatan terus
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:43 PM | Show all posts
Seeeeee??

Dia punya pendirian dah questionable dah

Demi nak dapat undi sanggup sokong perokok?

Tapi bukankah dia pejuang ambulans murah, kesihatan tu beb
Aku dah cakap he is a nice guy tapi politik akan corruptkan dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
ramai aje cina2 yg marah pasal ban merokok ni .  aku rasa uncle ni berjaya  .
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 22-2-2019 06:36 PM
Aku nak sokong ankel kentang tapi dia pro perokok pulak. Kensel lah. Ankel tak yah jd ahli politik.  ...

Kannnnnn..kita pun sokong uncle kentang ni..tapi boleh pula buat manifesto mcm ni....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Uncle uncle
I kecewa
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasni Kene gelar.uncle kencing.

Semua politaik kaki kencing
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
takyahlah buang duit utk sediakan ruang khas kat mereka2 yg tak hargai nyawa sendiri & nyawa org lain ni. baik cadangkan agar setiap perokok bila nak merokok in public kena pakai balang akuarium macam yg sandy spongebob serkup kat kepala dia tu. buat ada tingkap. perokok inhale rokok ikut tingkap. then bila nak exhale asap, cepat2 mereka kena tutup tingkap. bior org lain terlepas hazab dari kena hidu & sedut asap rokok yg dia lepaskan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2019 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg gomen jual rokok apahal siap kutip cukai plak tu..baiklah gomen upgrade jual ganja, ketum, morfin dan yg seangkatan dengannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2019 01:02 AM | Show all posts
None68 replied at 23-2-2019 12:54 AM
Yg gomen jual rokok apahal siap kutip cukai plak tu..baiklah gomen upgrade jual ganja, ketum, morfin ...

dadah musuh negara....wakakakakakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
CharlesDera replied at 23-2-2019 01:02 AM
dadah musuh negara....wakakakakakkakaka

Dah fatwa rokok tu haram..xde beza dah darjatnya dgn dadah...ke masih suci lagi mcm cerut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2019 01:21 AM | Show all posts
None68 replied at 23-2-2019 01:19 AM
Dah fatwa rokok tu haram..xde beza dah darjatnya dgn dadah...ke masih suci lagi mcm cerut

fatwa yang tak diwartakan...jadinya tak jadi undang2...nicotine tak jatuh dalam kategori dadah berbahaya.....so enjoy...wakakakakakaka
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.093985 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list