CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2281|Reply: 14

Pagi Hantar Ke Rumah Pengasuh, Petang Jemput Di Balai Lepas Ditemui Merayau

[Copy link]
Post time 22-2-2019 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Akibat kecuaian pengasuh, anak jagaannya ditemui orang ramai berkeliaran di tepi jalan, jam 12 tengah hari semalam.


Harian Metro melaporkan, mangsa kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu kemudian dibawa ke Balai Polis Pedas.




Kredit foto: Harian Metro




Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, pada pagi kejadian itu, ibu kanak-kanak berkenaan yang juga guru di sebuah sekolah rendah di Tampin menghantar anaknya kepada pengasuhnya di Taman Chembong Jaya.

“Siasatan mendapati anak pengasuh terbabit membawa pulang kanak-kanak itu ke rumahnya di Taman Pinggiran Pedas, yang terletak kira-kira lapan kilometer (km) dari situ.

“Tanpa pengawasan, kanak-kanak itu berkeliaran dan ditemui tanpa hala tuju di tepi jalan,” katanya.


Orang awam yang menemui kanak-kanak terbabit membawanya ke balai sebelum dijemput ibunya pada jam 5.05 petang selepas dihubungi polis. Bagaimanapun, tiada laporan polis mengenai kejadian dibuat.

“Jangan disebabkan sikap cuai, malang menimpa di kemudian hari,” pesannya kepada semua ibu bapa atau pengasuh. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 06:52 PM | Show all posts
dah tak boleh percaya pengasuh zaman sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa penjelasan pengasuh
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kwn opis aku pn ada kna cmni. Pgasuh tu dh tue pangkat opah opah. Tlalai, anknye kluar rmh. Tp ingt jln balik rmh sndiri. Ms mncari jmpe kt jln nk balik rmh.. ank dia pn boleh thn aktif jg le. Mujur selamat
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
haiyoh! scarynya. Alhamdulillah Allah melindungi anak ini dari penjenayah spt pedo, perogol bersiri atau anggota sindiket van putih
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur la yg jumpa kanak2 tu org baik2, dibawanya ke balai
Kalau jumpa yg xbaik?
Ntah ke mana dah budak tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2019 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduhai nasib baik la tak jadi pape. Anak pengasuh tu umur berapa sampai boleh pergi 8km dari rumah? Pengasuh tak pantau ke budak ni betul2? Boleh pulak simply2 bagi anak bawak budak ni jauh2. Budak ni amanah untuk kau tau
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 10:43 AM | Show all posts
sib baik tak kena colek....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2019 11:25 AM | Show all posts
alhamdulillah budak ni selamat, mtk pengsuh tersebut bertanggung jawab atas apa yang terjadi...bende2 mcm ni la yg buat ibu bapa trauma nk htr anak ke pengasuh
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengasuh kdg2 cuai sgt laaa...ko xkan xpasan bdk tu keluar smpai org lain pulak yg jumpa?

Pengasuh anak akk ai suka bwk bdk tu time dating pastu balik mlm2.bila ditegur merajuk.terus xbg dtg.dah kene amik el pulak jg anak.xde rasa tanggungjwb langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam tempoh 5 jam hilang di antara pukul 12 sehingga pukul 5 tu, apa tindakan pengasuh?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 02:17 PM | Show all posts
macam anak my friend, keluar dari gate, kebetulan sangat
yang jumpa tu, pakcik dia sendiri..

syukur tak kena langgar kereta
ke apa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 03:57 PM | Show all posts
aikk pengasuh tak kan lah tak sedar anak jagaan takde kat umah berjam2..
pengasuh tak bertanggungjawab ni..nak bgt apalah kat mak bdk tu..
nsb baik bdk tu takde apa2..dah lah zmn skrg ni bahaya..syukur bdk tu
dilindungi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo mati anak org tu ko bleh ganti balik ke hanat? Takmo jaga lenkali call je mak pak suh amik
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
cuai main henpon la pengasuhni. pintu tak tutup, budak tak dipantau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.066385 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list