CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 794|Reply: 5

[Tempatan] 17 - 1 : score bola piala FA malaysia

[Copy link]
Post time 22-2-2019 07:46 PM | Show all posts |Read mode


gila la kalah besar

mesti team ph ni

sprm boleh siasat ni


Semalam pada 17 Februari 2019, terciptanya rekod gol luar biasa ini.

1 double hatrick
3 hatrick
1 brace
2 Penalti (geram agaknya)

Adakah ini dimaksudkan sebagai bola sepak sebenar?





Menang 17-1, Batu Dua FC lakar sejarah

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Kelab Liga Selangor, Batu Dua FC melakar sejarah tersendiri dalam saingan bola sepak Piala FA apabila menang besar 17-1 ke atas Rawang City FC pada perlawanan pusingan kelayakan di Stadium Majlis Perbandaran Ampang Jaya, di sini, malam tadi.

Bekas pemain kebangsaan, Abdul Manaf Mamat muncul wira pasukan yang berpangkalan di Kuala Selangor itu apabila meledak enam gol, bermula dengan sepakan penalti pada minit keempat.

Pemain berusia 31 tahun itu menambah lima lagi gol iaitu pada minit kesembilan, 45', 57', 67'-penalti dan minit ke-84'.

L'Imam Seydi dan Mohd Rizua Syafiq pula menjaringkan tiga gol, masing-masing pada minit ke-14, 36' dan 65' serta minit ke-52', 70', 81'.

Lima lagi gol Batu Dua FC dijaringkan oleh Mohd Fakhrurazi Musa pada minit ke-33, Badrul Hisyam Morris (42'), Mohd Faizal Abdul Aziz (44'), Mohd Izzad (76') dan Azidan Sarudin pada minit ke-79 manakala gol tunggal pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Zhafiran Ahmad Zamri pada minit ke-30.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/b ... 43222#ixzz5gGAOdVQ5
© Utusan Melayu (M) Bhd



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
main bola ke hapa ni..natang....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 08:17 PM | Show all posts
ganaih betui..wakakakakakakaka

padia rawang dah jadi sawang la lagu ni..wakakakakakka
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 08:26 PM | Show all posts
Nasib baik dia main 17hb, score 17 biji, kalau main pada 28hb, 28 biji dia score.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya... futsal pon tak byk gini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:19 PM | Show all posts
ni main bola ka...main takraw
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.060790 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list