CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 949|Reply: 12

[Tempatan] KKM Perlu Lebih Ramai Penjawat Awam

[Copy link]
Post time 22-2-2019 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
JUMAAT, 22 FEBRUARI 2019 @ 7:31 PM

DZULKEFLY melawat pasakit yang ditempatkan di pusat Rawatan Harian ketika mengadakan lawatan kerja ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Turut bersama, Pakar Nefrologi Hospital Tuanku Jaafar, Dr.Lily Mushahar (kanan). - Foto Adzlan Sidek

SEREMBAN: Jumlah kakitangan awam di sektor kesihatan perlu ditambah bagi melancarkan operasi semua jabatan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata sektor kesihatan di negara ini berada di tahap ‘sangat memerlukan’ penambahan kakitangan, terutamanya pekerja fasiliti kesihatan awam bagi menampung bebanan kerja yang semakin meningkat.

“Selepas sembilan bulan menerajui KKM, saya mendapati memang ada keperluan bagi menambah jumlah penjawat awam di sektor kesihatan.

“Kita sangat memerlukan lebih ramai penjawat awam disebabkan cabaran dan bebanan yang terpaksa dihadapi oleh penjawat awam di sektor ini juga semakin bertambah,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini jumlah penjawat awam seramai 280,000 orang di sektor kesihatan masih tidak mencukupi bagi membantu memberikan perkhidmatan yang lancar dan terbaik kepada rakyat.

“Kita ada menerima sejumlah peruntukan daripada kerajaan dan sedang merangka pelan untuk menambah jumlah kakitangan. Kita memerlukan lebih ramai, bukan dikurangkan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, hari ini.

Dr Dzulkefly berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan berkata saiz perkhidmatan awam di negara ini terlalu besar dan perlu dikurangkan selaras dengan kedudukan negara ketika ini.

Dalam perkembangan lain, Dr Dzulkefly berkata kerajaan akan menanggung kos rawatan dialisis bagi pesakit dari Pusat Perubatan Mawar (PPM) sebanyak RM500,000 setiap bulan, selepas operasi pusat perubatan itu ditutup pada bulan ini.

“Seramai 138 pesakit ditempatkan di hospital kerajaan di negeri ini dan 136 pula di pusat perubatan swasta.

“Kita juga mendapat bantuan daripada kakitangan perubatan dari lima negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Johor dan Melaka yang turut turun padang bagi membantu pesakit mendapatkan rawatan dialisis,” katanya.

Ditanya mengenai pembinaan Hospital Rembau, Dr Dzulkefly berkata, projek yang dimulakan pada September 2013 dengan nilai asal RM96 juta itu dijangka siap pada Jun tahun ini.

“Kita menetapkan kerja-kerja disiapkan pada bulan ini, namun disebabkan beberapa masalah, kontraktor tidak dapat menyiapkannya mengikut jadual.

“Setakat ini, kerja-kerja sudah siap 98 peratus tetapi kita juga mengenakan denda sebanyak RM17,535 sehari kepada kontraktor kerana kelewatan itu,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pusat perubatan mawar tu apa kes? Management ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 22-2-2019 08:49 PM
Pusat perubatan mawar tu apa kes? Management ke?

Isu perlesenan. Hospital tu dijalankan tanpa lesen, dan lesen diberi hendaklah memenuhi  garis panduan KKM tp mawar medical centre ni gagal patuhi.

Senang cite dia tak ikut garis panduan untuk beroperasi sebagai private medical centre
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:13 PM | Show all posts
swastakan je hospital2

pro
- kerajaan takyah tanggung lg
- staff dpt gaji tinggi kot
- boleh hantam staff skuat hati (gaji you i bayar ok)

con
- kalau xde duit  banyak jangan sakit
- klu sakit pi jumpa bomoh/tradisional




Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 22-2-2019 08:57 PM
Isu perlesenan. Hospital tu dijalankan tanpa lesen, dan lesen diberi hendaklah memenuhi  garis pan ...

Takde company lain ke yg take over? Last2 KKM yg tanggung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi memang bidang kesihatan bagi aku tidak akan pernah cukup. Pasainya saban hari bilangan rakyat meningkat. Kuantiti fasiliti kesihatan pun masih sama seperti tahun tahun terdahulu.

Bilangan kakitangan pun lebih kurang sama macam 5-10 tahun lepas. Kalau tengok nisbah bilangan pekerja kesihatan berbanding dgn penduduk. Jelas di situ semakin tahun semakin meningkat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2019 10:04 PM | Show all posts
laaaar pulakkk....che det tuh x wat survey ke sebelom berkata2

'hospital' kt semnyih nanti dpt la tnggung 'lambakan' penjawat awam tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang lucunya. Macam mana Penang institute boleh habaq nak pakai 430k ja staff gomen. Kalau tengok jumlah kakitangan, bahagian kesihatan 280 ribu           

Guru lebih kurang anggaran 200 ribu. Itu belum badan beruniform anggaran berjumlah 450 ribu. Jumlah ni saja dah 900 ribu plus plus. Hat tu belum ambil kakitangan di kementerian2



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 11:31 PM | Show all posts
sat kata nakkurang
sat kata nak kena tambah

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
sape p hspital kerajaan..mmg nmpk kelam kabut..dgn pesakit ramai..terkeja2 doktor nurse..elok la tmbah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kewangan kita nobita. Kesihatan kita Giant, kuat buli orang. Bukan calang2 orang dia buli, pesakit2 dari kalangan orang tua dan kanak2.

Doa2 orang yg teraniaya itu mudah dimakbulkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2019 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau memang betui nak kurangkan staff. Elok di mulakan dengan lambakan pegawai khas menteri.

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Menteri2 samdol gaji puluh ribu sebulan tu yg kena buang dulu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.055972 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list