CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3109|Reply: 18

Wanita dalam politik dunia

[Copy link]
Post time 23-2-2019 03:43 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hello, here is another sleepless thread.
Thanks but no thanks to kopi Aik Cheng.

Ok let us dwell & be fascinated by powerful woman that rule thier country (if not the world).

I am lucky to witness few of powerful woman.
The woman that i vividly remember are Indira Ghandi, Margaret Thatcher & Benazir Bhutto.

My personal fav is always Indira Gandhi, i cant remember y i like her. But let us look siapa wanita ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2019 03:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noraidil_06 at 23-2-2019 04:00 AM

Indira to date is the only lady prime minister that rule India.

Anak kepada Jawaharlal Nehru, yang juga Perdana menteri India & sgt iconic dlm sejarah India modern (hopefully ada yg sudi bercerita tentang beliau)

Indira dilahirkan padaNovember 19, 1917, di Allahabad, India. Nama penuh beliau adalah Indira Priyadarshini Nehru dan anak tunggal kpd pasangan   Kamala dan Jawaharlal Nehru.

Ayah beliau Nehru adalah pejuang kemerdekaan Indian dn ahli  Indian National Congress. Akibat dari perjuangan beliau, dipenjarakan beberapa tahun.

Indira mempunyai lonely childhood. Mak beliau meninggal akibat TB dlm tahun 1932.
Indira bersekolah asrama dr kecil di Swiss Boarding school.  
Beliau kemudiannya belajar sejarah di Sommerville College, Oxford.


Photo: Indira & Mahatma Gandhi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana nama TPM kita!?

Wanita gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2019 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 23-2-2019 10:40 AM
Mana nama TPM kita!?

Wanita gak

Satu-satu la.
N sy bukan peminat dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 23-2-2019 10:42 AM
Satu-satu la.
N sy bukan peminat dia

Saya pun tak minat dia dan isteri dan anak beliau
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua perdana menteri bangladesh bersilih ganti selama 30 tahun tu tak masuk list ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-2-2019 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 23-2-2019 01:45 PM
Dua perdana menteri bangladesh bersilih ganti selama 30 tahun tu tak masuk list ke?

InsyaAllah. Ikut giliran ye. TT listkan fav TT je.
Harap2 ade forumer blh menyumbang cerita
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 03:10 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 23-2-2019 02:49 PM
InsyaAllah. Ikut giliran ye. TT listkan fav TT je.
Harap2 ade forumer blh menyumbang cerita

dua org tu among the worst politician
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2019 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Faberet Pokchik...

Baroness Margaret Thatcher..

Nak fahami dia...cuba tenguk Bio-film dia...Iron Lady..

* Anekdot Maggie
Dia yg memerintahkan Armada Diraja membuat serangan balas terhadap Tentera Argentina yg menakluki Pulau Falkland kepunyaan British pada awal 80an.. dalam beberapa minggu tentera dan armada British berjaya menawan kembali pulau tersebut. Sehingga kini tiada lagi percubaan dari Argentina untuk merampas pulau itu. ( Pulau Falkland lebih dekat dengan wilayah laut Argentina dari UK yg beribu batu jauhnya)

** Duke of York Prince Andrew merupakan antara juruterbang helikopter Tentera Laut British yang berjuang menentang Tentera Argentina semasa Peperangan Falkland ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp ntah la, klu pmpuan jd leader msti ada something wrong. Cth ang suuk yi , nobel prize konon tp haram buat derk kt rohingya. Yg south korean ex president terpalit kes rasuah. Ada rambut pintal2 kt east europe pun kes rasuah. Megawati,xhalang org minum air kaki dia, muka bangga lak tu. Thatcher pun org uk kurang minat kata nya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2019 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian replied at 23-2-2019 05:29 PM
Tp ntah la, klu pmpuan jd leader msti ada something wrong. Cth ang suuk yi , nobel prize konon tp ha ...

To some extend sy bersetuju dgn u.
Jgn kata memerintah, moderating a bod pun perempuan blh jd emo.ekekek.

Aun san su Kyi antara pemimpin yg sy harap, sy akn kupas. If not hrp2 ade org lain sudi bercerita
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian replied at 23-2-2019 05:29 PM
Tp ntah la, klu pmpuan jd leader msti ada something wrong. Cth ang suuk yi , nobel prize konon tp ha ...

Citer sikit bab Ibu Mega tuh....Dalam bacaan Pokchik tak penah pula cross bab minum air basuh kaki tu...
Interesting nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2019 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noraidil_06 at 23-2-2019 06:37 PM

Sambungan Indira Gandhi.

Indira tidak ada kaitan dgn Mahatma Gandhi tp memperoleh surname Ghandi dr perkahwinan beliau dgn Feroze Ghandi (ejaan asal Ghandy tetapi ditukar kepada Ghandi kerana sgt memuja Mahatma Gandhi).

Perkahwinan Indira & Feroze tidak dipersetujui oleh bapa Indira kerana Indira masih muda.Mereka tetap berkahwin pd  26/3/1942

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2019 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Indira & suami

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 23-2-2019 05:59 PM
Citer sikit bab Ibu Mega tuh....Dalam bacaan Pokchik tak penah pula cross bab minum air basuh kaki ...

Nk ltk gmbar x pndai, x tau info fitnah ke x ni copy paste ayat cerita tu
" TRIBUNNEWS.COM- Dunia maya sedang heboh mengobrolkan fenomena minum air bekas cuci kaki Megawati Soekarnoputri, Ketua Umum partai banteng, PDI perjuangan.

Rata-rata tidak habis pikir, mengapa masih saja ada orang yang percaya dengan khasiat berkah meminum air bekas cuci kaki seseorang yang dianggap tokoh?

Dalam foto tampak kader partai banteng bernama Cecep Ondon Iskandar (68), meminum air bekas membasuh kaki Megawati.

Pria kelahiran Tomo, Kabupaten Sumedang itu, sebagaimana dikutip sebuah situs berita, mengatakan tidak jijik melakukan hal itu.Cecep justru bertekad, sebelum meninggal, dirinya ingin membasuh kaki Megawati, lalu air bekas basuhan kaki itu diminum dan dibasuhkan ke wajahnya.

Kini, impian itu kesampaian dan Cecep sangat lega!

Tapi aksi Cecep mengundang heboh obrolan di dunia maya. Di kaskus, aksinya menjadi trending topic obrolan banyak orang.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2019 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak mencari mood utk update adalah sgt merengsakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2019 01:27 PM | Show all posts
sambaldurian replied at 24-2-2019 12:20 AM
Nk ltk gmbar x pndai, x tau info fitnah ke x ni copy paste ayat cerita tu
" TRIBUNNEWS.COM- Dunia ...

Aduhhh.. kok sanggup mencecep air basuhan kaki buk mega dongggg

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 01:37 PM | Show all posts
Since benang ni berkaitan dengan wanita dan politik, i nak share info berkenaan  Tun Fatimah Hashim. Beliau merupakan wanita pertama di Malaysia yang dilantik menjadi Menteri Kabinet.




Tun Fatimah Hashim ialah Menteri Kebajikan Am Malaysia pada 20 Mei 1969 hingga 28 Februari 1973. Beliau merupakan wanita pertama di Malaysia yang dilantik sebagai Menteri Kabinet Malaysia.
PENDIDIKAN
  • Sekolah Melayu Lelaki Parit Keroma, Muar
  • Sekolah Melayu Perempuan Mersing
  • Mempelajari bahasa Inggeris dari seorang guru Sekolah Convent Johor Bahru.
KERJAYA POLITIK
  • 1947 – menyertai UMNO ketika berusia 21 tahun. Beliau menganggotai Pergerakan Kaum Ibu (UMNO) Cawangan Kampung Nong Chik, Johor Bahru sebagai Bendahari. Setiausaha Kaum Ibu Cawangan Johor Bahru.
  • 1956 – Menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu Negeri Perak dan  Ketua Bahagian Ipoh.
  • 11 September 1956 hingga 1972 – Menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu Malaya menggantikan tempat Khadijah Sidek. Menyandang jawatan Naib Yang Dipertua UMNO Malaysia dan mendapat kerusi dalam Jawatankuasa Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
  • 1959 – Menjadi calon pilihan raya bagi kawasan Jitra-Padang Terap dan telah memenangi kerusi Parlimen bagi kawasan tersebut sebanyak tiga kali berturut-turut.
  • 20 Mei 1969 – Menjadi Menteri Kebajikan Am selama empat tahun. Selaku Menteri Kebajikan
  • Jun 1969 – Memberi bantuan kepada keluarga India di Kampung Chubadak dan Kampung Chempedak di Sentul yang menjadi mangsa semasa Peristiwa 13 Mei. Sebanyak 1000 orang dilaporkan menerima bantuan seperti makanan, pakaian dan pelbagai peralatan lain.
  • Jun 1972 – Beliau telah ditewaskan sebagai Ketua Wanita UMNO oleh Senator Aishah Ghani dalam Perhimpunan Agung UMNO.
  • 7 Julai 1972 – Mengumumkan perletakkan jawatan sebagai menteri tetapi akan kekal sebagai ahli parlimen bagi kawasan Jitra/Padang Terap. Perkara ini telah dimaklumkan kepada Tun Abdul Razak selepas pembentangan bajet.
Credit : http://www.ukm.my/pkwtfh/maklumat-tun-fatimah-hashim/

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 01:43 PM | Show all posts

#credit to siraplimau.com
12 NEGARA ASIA YANG PERNAH DIPIMPIN OLEH PRESIDEN / PERDANA MENTERI WANITA1. INDIA
Indira Gandhi





Indira Gandhi iaitu anak kepada Perdana Menteri India pertama, Jawarharlal Nehru mentadbir India pada tahun 1966 hingga 1977. Beliau berjaya memulihkan kemiskinan peladang Sikh di kawasan Punjab dengan memperkenalkan sistem pengaliran dan biji benih bermutu semasa Revolusi Hijau di negara tersebut.


Indira Gandhi juga turut menawarkan kerajaan Pakistan untuk menandatangani perjanjian Simla sebagai usaha menghentikan aktiviti pengganas dan sekaligus memberi jalan buat Bangladesh untuk diiktiraf sebagai negara yang merdeka. Walaubagaimanapun, pada awal 1980an beliau berdepan dengan konflik politik dan akhirnya mati dibunuh pada tahun 1984.
[size=0.8]
[size=0.8]Foto Kredit: alamy.com

Pratibha Patil
Sebelum menjadi Presiden India wanita pertama, beliau giat dalam hal ehwal politik sejak tahun 1960an lagi dengan menyertai parlimen, Parti Kongres India dan menyandang jawatan Gabenor negeri Rajasthan.
Beliau memberi impak besar kepada pembangunan India dengan membantu menyelesaikan masalah pertanian di kawasan perkampungan India yang lebih dikenali sebagai “Krisis Agraria” serta berjaya menegakkan hak asasi wanita tempatan India. Beliau kini giat dalam misi kebajikan selepas bersara dari dunia politik.
[size=0.8]
[size=0.8]Foto Kredit: news18.com

2. SRI LANKA
Sirimavo Bandaranaike
Beliau melakar sejarah dengan menjadi Perdana Menteri wanita pertama di dunia selepas berjaya memenangi pilihan raya Ceylon pada tahun 1960. Beliau juga kembali bekhidmat menjadi perdana menteri untuk dua penggal lagi iaitu pada 1970 hingga 1977 serta 1994 hingga 2000. Sirimavo juga terkenal dalam mengetuai Parti Bebas Sri Lanka dalam jangka masa yang lama.
Walaupun sering digelar sebagai ‘balu yang meratap’ kerana kematian suaminya, Solomon Bandranaike yang memegang jawatan Perdana Menteri, beliau tetap teguh dalam  meneruskan perjuangan suaminya dalam menegakkan polisi sosioekonomi seperti nasionalisasi dalam sektor ekonomi serta mengukuhkan sistem perbankan dan insurans.
[size=0.8]
[size=0.8]Foto Kredit: qz.com

Chandrika Kumaratunga
Pengaruh wanita ini begitu kuat sehingga tersenarai dalam ‘100 Wanita Paling Berkuasa Di Dunia’ oleh Forbes pada 2005. Beliau merupakan anak kepada Solomon dan Somirivo Bandaranaike dan menyandang jawatan perdana menteri Sri Lanka dari tahun 1994 hingga 2005. Beliau mengambil alih peranan ibunya dalam mengetuai Parti Bebas Sri Lanka serta berjaya menghapuskan rasuah dengan memperkenalkan undang-undang baru.
Dalam pucuk kepimpinannya juga, Sri Lanka mencapai peningkatan melalui pertumbuhan ekonomi walaupun negara tersebut sedang berdepan dengan masalah percanggahan etnik serta perang saudara ketika itu. Beliau juga merupakan salah seorang ahli majlis “ Ketua Wanita Dunia”.
[size=0.8]
[size=0.8]Foto Kredit: asiantribune.com

3. PAKISTAN
Benazir Bhutto
Pelantikan Benazir Bhutto sebagai Perdana Menteri Pakistan pada 1988 menjadikan beliau wanita Muslim pertama yang menyandang jawatan tersebut. Beliau mula menceburi bidang politik selepas mengambil alih posisi ayahnya sebagai pengerusi Parti Rakyat Pakistan. Seperti ayah serta adik beradiknya beliau turut diburu oleh kerajaan militan namun berjaya memenangi pilihanraya dan menjadi Perdana Menteri pada tahun 1988.
Tindakan pihak pembangkang yang sentiasa cuba untuk menjatuhkannya membuatkan Benazir mundur dan bangkit beberapa kali sehingga Presiden Musharraf menawarkan pemerintahan Pakistan bersama pada 2007. Namun kepulangannya disambut dengan tragedi malang. Beliau akhirnya terbunuh dalam ‘letupan berani mati’ sejurus selepas beliau berkempen sehingga ramai orang awam yang turut terkorban dan tercedera akibat kejadian tersebut.
[size=0.8]
[size=0.8]Foto dari Flickr.com

4. BANGLADESH
Khaleda Zia
Beliau mula aktif dalam bidang politik selepas pembunuhan suaminya iaitu Perdana Menteri dengan meneruskan kepimpinan Parti Nasionalis Bangladesh. Beliau juga sering diburu dan ditahan semasa kepimpinan diktator Hussein Mohammad Ershad sehingga beliau menjadi ketua pembangkang dan memenangi pilihanraya pada tahun 1991 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.
Beliau menjalankan beberapa usaha bagi membangunkan ekonomi dengan menggalakkan pelaburan swasta, memperbaiki sistem pendidikan dan meningkatkan peluang ekonomi bagi wanita.
[size=0.8]
[size=0.8]Foto Kredit: REUTERS/Stringer/Files

Sheikh Hasina Wazed
Pada tahun 1996, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Bangladesh dan merupakan wanita kedua yang merangkul jawatan tersebut. Beliau berjaya menghentikan keganasan, dan konfrontasi yang berlaku berdekad lamanya antara kerajaan dan kumpulan politik bersenjata dengan menandatangani perjanjian keamanan.
Beliau juga berjaya memenangi beberapa anugerah seperti “Anugerah Mother Teresa” dan “Anugerah M K Gandhi” atas usaha beliau dalam memperkenalkan keamanan dan demokrasi di negara tersebut.
[size=0.8]
[size=0.8]Foto Kredit: bdnews.one

5. TURKI
Tansu Ciller
Beliau merupakan Perdana Menteri wanita pertama dan satu-satunya yang pernah mentadbir kerajaan Turki.
Walaupun beliau hanya menjadi Perdana Menteri selama 3 tahun sahaja, beliau masih giat dalam membangunkan ekonomi sebagai Menteri dalam Negeri dan pernah menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.
[size=0.8]
[size=0.8]Foto Kredit: tr.sputniknews.com

Sumber: Wikipedia
6. KOREA SELATAN
Han Myeung Sook
Beliau merupakan wanita pertama yang merangkul jawatan Perdana Menteri di negara tersebut. Beliau menyumbang dalam penggubalan undang-undang sebagai usaha mempertahankan hak wanita seperti isutempoh cuti berpantang dan penetapan gaji bagi ibu hamil yang bekerja.
Beliau juga pernah menjawat kedudukan Menteri Kesaksamaan Jantina dan Menteri Alam Sekitar. Nama beliau juga tercatat senarai 100 Wanita Paling Berkuasa Forbes.
[size=0.8]
[size=0.8]Foto Kredit: Getty Images

7. THAILAND
Yingluck Shinawatra
Beliau merupakan Perdana Menteri wanita pertama yang pernah mentadbir Thailand dari tahun 2011 hingga 2014. Susur keluarganya memang cukup terkenal dalam bidang kepimpinan sejak dahulu lagi.
Sekalipun sering dilanda kontroversi dan digelar ‘pemerintah boneka’, beliau telah memainkan peranan dalam memulihkan negara daripada tragedi banjir dengan menawarkan bantuan kepada mangsa dan menghidupkan semula operasi pengilangan besar negara.
[size=0.8]
[size=0.8]Foto Kredit: edition.cnn.com

8. FILIPINA
Corazon Aquino
Tokoh ini merupakan Perdana Menteri Filipina pertama dan dikenali sebagai ibu demokrasi moden yang komited dalam mengembalikan keamanan dan keadilan di negara tersebut. Dalam waktu kepimpinannya, beliau berjaya membayar semula hutang negara serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sebanyak 3.4%.
Beliau memberi nafas baru kepada pemerintahan Filipina yang sebelum ini penuh keganasan atas kepimpinan diktator. Selepas pemerintahannya, beliau masih giat dalam memberi pandangan dan menghalang penyelewengan kuasa politik. Beliau juga aktif dalam aktivti kebajikan dengan menubuhkan PinoyMe iaitu yayasan yang menawarkan bantuan kewangan kepada golongan miskin.
Gloria Macapagal Arroyo
Gloria mentadbir Filipina sebagai Presiden dari 2001 hingga 2010. Beliau sebelumnya mula mencevuri bidang politik melalui posisinya sebagai pembantu Setiausaha Jabatan Perdagangan dan Industri serta pengarah Tekstil dan Pakaian sehingga menjadi industri paling penting dan berjaya meraih jutaan dollar untuk pembangunan negara.
Semasa kepimpinannya, beliau menyumbang dalam pelbagai sektor termasuk  pembangunan dalam bidang pendidikan, ekonomi, meningkatkan peluang pekerjaan dan perniagaan serta pertanian.
9. INDONESIA
Megawati Soekarnoputri
Megawati merupakan Presiden Indonesia yang kelima yang memerintah dari tahun 2001 hingga tahun 2004. Merupakan anak kepada Presiden Indonesia pertama, Soekarno, beliau kemudian mengikuti jejak ayahnya menjadi Presiden Indonesia dan mencatat sejarah sebagai Presiden wanita Indonesia pertama.
Walaupun cara kepimpinannya banyak dikritik, beliau telah menyumbang dalam menstabilkan keseluruhan proses demokrasi dan memulihkan hubungan antara perundangan, eksekutif dan ketenteraan.
[size=0.8]
[size=0.8]Megawati Soekarnoputri / Foto Kredit: harianindo.com

Sumber: Wikipedia
10. TAIWAN
Tsai Ing Wen
Beliau merupakan presiden wanita pertama yang mentadbir Taiwan sejak 2016 serta pengerusi Parti Demokratik Progresif yang aktif memperjuangkan keadilan sosial setempat. Kepimpinannya memperlihatkan peranan kerajaan dalam menyokong kumpulan minoriti dalam masyarakat seperti golongan miskin, wanita, kanak-kanak dan orang asli Taiwan.
Beliau turut mengembangkan lagi sektor ekonomi Taiwan dengan membanyakkan hubungan ekonomi dengan negara luar di samping mengekalkan hubungan perdagangan baik dengan China.
[size=0.8]
[size=0.8]Tsai Ing Wen / Foto Kredit: South China Morning Post

11. NEPAL
Bidhya Devi Bhandari
Sebelum menjadi Presiden Nepal, beliau memegang beberapa jawatan penting seperti Menteri Alam Sekitar dan Populasi pada 1990 dan Menteri Pertahanan pada 2009.
Bahkan, beliau telah mengetuai Pertubuhan Wanita Nepal selama dua dekad. Beliau mentadbir Nepal sebagai Perdana Menteri wanita pertama dari tahun 2009 hingga 2011.
[size=0.8]
[size=0.8]Bidhya Devi Bhandari / Foto Kredit: constitutionnet.org

Sumber: India Today
12. SINGAPURA
Halimah Yacob
Ingat lagi tak, Halimah Yacob baru sahaja diisytiharkan sebagai Presiden Singapura pada tahun lalu (2017) setelah 16 tahun terlibat dalam bidang politik.
Beliau telah menyandang jawatan Presiden wanita pertama Singapura, dan Presiden Melayu pertama dalam 47 tahun, iaitu selepas Yusof Ishak, di awal penubuhan negara tersebut pada tahun 1965.
[size=0.8]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.380419 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list