CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2473|Reply: 48

[Tempatan] Hapus tol bawa negara kepada krisis kewangan

[Copy link]
Post time 23-2-2019 07:28 AM | Show all posts |Read mode
Hapus tol bawa negara kepada krisis kewangan
23 Februari 2019 3:00 AM

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Pemansuhan bayaran tol lebuh raya di negara ini hanya akan membawa kepada krisis kewangan fiskal, menyebabkan cadangan itu sukar dilaksanakan.

Pengerusi Institut Strategi dan Kepim­pinan Asia (ASLI), Tan Sri Dr. Ramon Navaratnam berkata, pelbagai kos seperti kos operasi dan penyenggaraan diperlukan untuk meng­uruskan lebuh raya.


Katanya, kutipan tol yang dibuat selama ini telah menampung kos-kos terlibat untuk memastikan operasi le­buh raya dalam keadaan terkawal.

“Adakah logik semua benda di dunia ini diberi secara percuma? Tidak. Jadi apa yang re­levan sekarang ini adalah pemberian subsidi tol bersasar.

“Kerajaan perlu mencari jalan untuk memberi pengecuali­an tol kepada yang benar-benar miskin, bukan kepada mereka yang memandu kereta mewah Mercedes Benz,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Ujar beliau, janji untuk memansuhkan tol perlu dilakukan dengan penuh bertanggungjawab dan bukan bersifat politik semata-mata.

Sementara itu, penganalisis di AllianceDBS Research, Chong Tjen San berpendapat tidak mungkin bagi kerajaan untuk melaksanakan expropriation clause dalam kontrak dengan pengendali tol kerana akan memerlukan sejumlah besar wang.

“Langkah sedemikian juga akan memberi kesan kepada pasaran bon domestik, menurut RAM Ratings, sektor lebuh raya bertol terdiri daripada 23 penerbit berjumlah RM52.83 bilion bon dan sukuk tertunggak.

“Adalah sukar untuk menga­takan sama ada syarikat konsesi tol menjadi bebas selama-lamanya, tetapi sekurang-kurangnya dalam jangka terdekat, ia bukan kebimbangan untuk mereka,” katanya.

Disember lalu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Mohd Tahir berkata, hasil kajian mekanisme bagi mencapai matlamat pengurangan kadar dan pemansuhan tol lebuh raya di negara ini akan dibentang kepada Kabinet pada Mei 2019.

Beliau berkata, kajian mekanisme berkenaan akan dilaksanakan jururunding audit bebas bertauliah yang akan dilantik pada Januari 2019 bagi membantu kerajaan mencari mekanisme secara jangka pendek, sederhana dan panjang.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2019 07:49 AM | Show all posts
belum apa2 dah u turn. berat nanang
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Betullah kerajaan yg dulu kata. Tapi yg sekarang mengencing rakyat kata boleh buat demi untuk berkuasa....sekarang tak boleh buat pulak
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 07:52 AM | Show all posts
“Adakah logik semua benda di dunia ini diberi secara percuma?   

paler hotak. dulu korang yg berjanji. hasut anak muda jgn byr ptptn. free education konon. bonus 3 bulan konon. air percuma konon...

dah dpt kuasa tiba2 cakap krisis ekonomi klu bagi FREE ???

masa berjanji x nak pikir?  

rakyat peduli apa. dah berjanji tu tunaikan la.  

2hb undi saya, 3hb saya selesaikan semua masalah!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Janji bulan bintang....dah tahu tak boleh tapi janji jugak...dasar munafik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 07:57 AM | Show all posts
saripdolmat replied at 23-2-2019 07:52 AM
“Adakah logik semua benda di dunia ini diberi secara percuma?   

paler hotak. dulu korang yg ber ...

apa pulak x logik. sendiri yg menabur janji. kita negara pengeluar minyak. kita blh bagi free mcm2. itu kata2 mrk sebelum dpt kuasa.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2019 07:59 AM | Show all posts
lostfaith replied at 23-2-2019 07:53 AM
Janji bulan bintang....dah tahu tak boleh tapi janji jugak...dasar munafik.

kann...sebelum berkuasa sakan menghasut rakyat jgn byr ptptn. kejam konon blacklist rakyat travel luar negara

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan yang dulu tak bolah nak bagi bulan bintang. Setakat boleh bg diskaun sahaja. Patutnya dah syukur dah. Kita berhutang byrlah. Yg diskaun dpat guna untuk kurang caj faedah. So kiranya kita byr yg kita pinjam jerlah.Yg sekarang janji macam macam. Habuknpun tarak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2019 08:10 AM | Show all posts
dah berjanji tu tunaikan lah.  hapuskan tol jambatan pulau pinang. tol PLUS.  tol dlm bandar.  terengganu boleh jer buat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 23-2-2019 09:50 AM
lostfaith replied at 23-2-2019 07:52 AM
Betullah kerajaan yg dulu kata. Tapi yg sekarang mengencing rakyat kata boleh buat demi untuk berkua ...


masa  berjanji tujuan nak menang je.bukan tak tau perkara itu memang tak mampu nak dijalankan. itu makna nya tabur janji mcm tabur kenceng. sekarang mula bagi mcm2 alasan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2019 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian pd yg termakan tipu daya
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata2 dari rakyat negara y antara plg bnyk cukai didunia
Kata2 dari rakyat negara y paling banyak tol berdasarkan keluasan negara

Facepalm
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
PH penipu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
PH gali kubur sendiri. ......pemimpin PH  kaya selama sepenggal  jela. ..mungkin pemimpin PH ni nk kuasa dan pangkat untuk isi perut diri sendiri. ...bukan untuk rakyat sebenarnya. ...kumpul la duit selama 5 tahun ni...

Kesian rakyat...keluar mulut harimau. ..masuk mulut buaya. ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 23-2-2019 08:26 AM
masa  berjanji tujuan nak menang je.bukan tak tau perkara itu memang tsk mampu nak dijalankan. itu ...

Taktik tabur janji bulan bintang ni blh pakai sekali jer..klu berani cuba ulang dlm prk Semenyih nak mansuh ptptn bagai
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 23-2-2019 09:03 AM
Kata2 dari rakyat negara y antara plg bnyk cukai didunia
Kata2 dari rakyat negara y paling banyak t ...

Kita ni kan negara pengeluar minyak..negara kaya. mcm2 benda percuma kita blh bagi rakyat. Tol percuma, ptptn percuma, free education, air percuma.  Kata2 sebelum PRU yg sgt manis didengar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2019 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
kat sini ok je ada 2 toll, kat Great Belt Bridge dgn resund Bridge, xde nya ada krisis. makin naik pulak kroner. syok shopping kalau iols turun Mlmo. tak nak toll bayar tax 50% lah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:42 AM | Show all posts
mana @knight ?
nak dengar dia punya sembang uncle kentang
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:50 AM | Show all posts
emmmmmmm
klu xnak tol jgn beli kete
beli moto atau basikal
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Menteri kan gaji banyak pikir lagi cara dapatkan duit dulu masa korang pembangkang pandai lak guling2 protes. skrg korang pejuang rakyat bangkitlah demi rakyat...
Tak perlu nangis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.099393 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list