Edited by lee_sakura at 23-2-2019 11:49 AM
IPOH: Laluanarah utara selepas hentian rehat Behrang ditutup sementara susulan kebakaranlori minyak di KM372, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) pagi ini.
Menurut laporan awal Jabatan Bomba danPenyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itupada jam 8.51 pagi.
Setibanya di tempat kejadian, iaitukira-kira 50 meter selepas Plaza Tol Slim River, bomba mendapati duabuah lori yang terlibat dalam kemalangan sedang terbakar.
Setakat ini, difahamkanterdapat seorang mangsa yang terlibat.
Operasi pemadaman dan menyelamat melibatkananggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Tapah dan Bidor. Menurut laporan Bernama yang memetikjurucakap PLUS, laluan arah utara dari Slim River ke Sungkai ditutup sepenuhnyasusulan kejadian itu.
Sehubungan itu, pengguna lebuh raya yang mahu ke utaradinasihati menggunakan laluan alternatif sebelum sampai ke Slim River.
Sumber : Astro Awani
|