CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7731|Reply: 72

[Tempatan] Highway Slim River ke Sungkai ditutup...2lori terbakar

  [Copy link]
Post time 23-2-2019 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by lee_sakura at 23-2-2019 11:49 AM




IPOH: Laluanarah utara selepas hentian rehat Behrang ditutup sementara susulan kebakaranlori minyak di KM372, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) pagi ini.

Menurut laporan awal Jabatan Bomba danPenyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itupada jam 8.51 pagi.

Setibanya di tempat kejadian, iaitukira-kira 50 meter selepas Plaza Tol Slim River, bomba mendapati duabuah lori yang terlibat dalam kemalangan sedang terbakar.

Setakat ini, difahamkanterdapat seorang mangsa yang terlibat.

Operasi pemadaman dan menyelamat melibatkananggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Tapah dan Bidor.
Menurut laporan Bernama yang memetikjurucakap PLUS, laluan arah utara dari Slim River ke Sungkai ditutup sepenuhnyasusulan kejadian itu.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya yang mahu ke utaradinasihati menggunakan laluan alternatif sebelum sampai ke Slim River.

Sumber : Astro Awani



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2019 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian aku tgk yg terbakar tu ... tu driver dr lori mana?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk dia lari dari api tu sadis sgt.. ada sorang tu dah dekat .. tapi takot lori meletup pun ye juga..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada tengok video mangsa tu tengah berguling sambil api marak. Sedih tak terkata
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tertengok video masa mangsa berguling menahan sakit api marak seluruh badan. Then ada pula video masa mayat mangsa belum ditutup kain. Maybe baru sgt kejadian, polis, bomba, ambulans belum sampai and org awam pun belum sempat cari kain, payung, suratkhabar tolong tutup. Sedih sangat tgk tak terbayang kesakitan dia. Salam takziah, kepada mangsa dan ahli keluarga semoga tabah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2019 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihannya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah....kesiannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2019 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah kesiannya.. anak siapa la tu..suami siapa la tu n bapa siapa la tu..moga tabah familinya..sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya...moga keluarganya tabah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Video mangsa msih bergerak2 mlawan api tu sngt mnyentuh hati dn sanubari..
Ayah siapa kah...anak siapakah....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah kesiannya. Iols ada tengok video tadi tapi yang dah rentung. Salam takziah buat keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
[UPDATE] Terbakar lepas rempuh lori rosak [METROTV]
Rosman Shamsudin

ANGGOTA polis menutup mayat mangsa yang rentung dalam kemalangan. FOTO Rosman Shamsudin

METROTV
PEMANDU lori tangki membawa muatan diesel rentung selepas kenderaan berat dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori lain yang mengalami kerosakan dan berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 372 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Slim River, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pada jam 9.05 pagi pihaknya dihubungi pegawai PLUS Slim River memberitahu berlaku kemalangan maut dan terbakar di tempat kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan membabitkan tiga lori yang memandu dari arah selatan menuju ke utara.

“Sebuah lori membawa muatan besi berhenti di lorong kecemasan kerana brek angin mengalami masalah, manakala sebuah lagi dari syarikat sama dan membawa muatan sama turut berhenti membantu.

“Apabila selesai membantu, kedua-dua pemandu lori berkenaan masuk ke dalam kenderaan masing-masing untuk meneruskan perjalanan dan seorang daripada pemandu berkenaan melihat lori tangki terbabit yang bergerak dari laluan tengah terus ke lorong kecemasan.

“Lori tangki itu kemudian melanggar belakang lori kedua membuatkan lori berkenaan merempuh pula belakang lori pertama yang berhenti di lorong berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, akibat pelanggaran itu lori tangki yang dipercayai membawa muatan diesel itu terbakar dan merebak ke lori yang dirempuhnya.

“Lori yang berada di hadapan sekali tidak terbakar dan pemandu kedua-dua lori muatan besi itu terselamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Lori pertama dipandu Mohamad Jurid Bakar, 45, yang beralamat di Kampung Sena, Pekan, Pahang dan lori kedua dipandu Kamarul Azwar Abu Bakar, 34, beralamat di Batu 18 Kampung Pulau Maharaja Mukim Padang Perahu, Jitra, Kedah, manakala identiti pemandu lori tangki yang maut terbakar belum dikenal pasti,” katanya.

Wan Kamarul Azran berkata, susulan kejadian itu lalu-lintas sesak sepanjang lebih empat kilometer dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan itu.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) PLUS akan dimohon bagi membantu siasatan dan polis sedang menyemak butiran mangsa melalui syarikat lori tangki yang beralamat di Jalan Subang Kampung Baru Sungai Buloh, Selangor.

“Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu akan dibawa balik ke IPD Muallim untuk pemeriksaan oleh pihak Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM),” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
ANGGOTA polis menutup mayat mangsa yang rentung dalam kemalangan. FOTO Rosman Shamsudin

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...takziah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2019 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Isterinya mengandung anak ke 4 sedihnyaaa ya Allah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahuu... tragis nya rentung...high risk kn bwa lori minyak ni..takziah utk family
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga roh dicucuri rahmat...semoga anak2 Dan keluarganya diberi perhatian masyarakat
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga rohnya dicucuri rahmat. Takziah kepada kluarga terlibat. Sedihnya huhuhu...tgk mangsa berguling2 atas jln
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.089435 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list