CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 851|Reply: 7

[Tempatan] Pekerja Teknikal Perlu Ada Sijil Diiktiraf

[Copy link]
Post time 23-2-2019 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
ROSLINDA HASHIM | 23 Feb 2019

Mahfuz
A A
ALOR SETAR - Kementerian Sumber Manusia sedang merangka pelan tindakan bagi mewajibkan pekerja dalam bidang teknikal memiliki sijil kemahiran diiktiraf dalam negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) itu akan menjadikan pekerja kemahiran lebih kompetensi terutama untuk berdepan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0).
Menurutnya, cadangan itu akan dibuat menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sebagai persediaan untuk lima tahun akan datang.

“Semua jenis pekerjaan bersifat teknikal harus miliki sijil kemahiran ini, sekarang masih longgar menyebabkan bidang teknikal sebahagiannya dimonopoli pekerja asing, contohnya sektor ubah suai rumah di kawasan perumahan dikendali pekerja asing yang tidak miliki kemahiran yang diperakui badan profesional,” katanya, selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Raudzah.

Mahfuz berkata, syarat baharu ini akan menetapkan agar setiap pekerja memiliki sijil SKM, di mana sektor industri amat menitikberatkan kepada penilaian kemahiran.

“Usaha ini juga antara inisiatif mengurangkan pengambilan pekerja asing dan membolehkan lebih banyak peluang kerja direbut anak tempatan,” katanya.
Mahfuz (dua, kanan) ketika merasmikan Surau Raudhatus Sakinah di SK Tunku Raudzah.

Mahfuz (dua, kanan) ketika merasmikan Surau Raudhatus Sakinah di SK Tunku Raudzah.
Mahfuz yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan berkata, pihaknya akan membentangkan pelan tindakan itu kepada Kabinet sejurus ia lengkap.

“Ini melibatkan kerjasama tujuh kementerian, banyak aspek perlu diperhalusi termasuk pelaksanaan dan bajet,” katanya.

Menurutnya, usaha lain dilakukan bagi melahirkan tenaga mahir dalam negara adalah dengan membenarkan lepasan diploma dan diploma lanjutan bidang kemahiran melanjutkan pengajian ijazah di universiti terpilih, tanpa perlu merujuk kepada kredit mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ini antara usaha perluaskan laluan pendidikan pelajar kemahiran ke tahap lebih tinggi. Pelajar yang kurang cemerlang akademik kini tidak perlu bimbang dipinggirkan susulan bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) boleh menjadi pilihan, mereka juga boleh lanjutkan pengajian,” katanya.

Mahfuz berkata, empat universiti bawah Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang terlibat ialah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

“Pada masa akan datang, lepasan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh melanjutkan pengajian peringkat ijazah selepas memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti Malaysia Kelantan dimeterai,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2019 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman sekarang everything is technical, ingat management Tu arts??? Mana Mau lari hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk rakyat saja perlu usaha yg ori....utk menteri boleh beli yg fake...sekian harap maklum.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku jadi dia... malu aku nak cakap pekerja2 tu kena ada sijil diiktiraf sedangkan aku baru kantoi sijil fake.

Tapi gamaknya dia ni species muka tembok
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 05:25 PM | Show all posts
Oooo, pekerja bawah kene ade sijil. Wajib diiktiraf.
Menteri degree beli pn xpe.
Bile kantoi mule kuar kenyataan sy ade sijil tadika sahaja.
Igt mende ni lawak ke.
Bebal tol la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2019 06:54 PM | Show all posts
warga asing takde sijil tarak sekolah juga dicari majikan taw
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 24-2-2019 05:25 PM
Oooo, pekerja bawah kene ade sijil. Wajib diiktiraf.
Menteri degree beli pn xpe.
Bile kantoi mule  ...

Selagi x resign selagi tu la kena bahan 10 org menteri & yb nie

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.069838 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list