CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 967|Reply: 16

[Tempatan] Kadar levi lanjutan pekerja asing diturunkan

[Copy link]
Post time 23-2-2019 08:02 PM | Show all posts |Read mode
https://www.bharian.com.my/berit ... ja-asing-diturunkan

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menurunkan kadar levi lanjutan bagi pekerja asing berkuat kuasa 1 Mac ini hingga 29 Februari tahun depan, sebagai usaha meringankan beban majikan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata ia adalah untuk sementara waktu dalam tempoh setahun.

“Demi memberikan satu lagi pilihan dan kelonggaran kepada industri, Jemaah Menteri pada mesyuarat 20 Februari lalu bersetuju supaya kadar levi lanjutan bagi pekerja asing diturunkan berkuat kuasa 1 Mac ini buat sementara waktu untuk tempoh setahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kadar baharu yang berkuatkuasa mulai 1 Mac ini hingga 29 Februari tahun depan membabitkan lima sektor iaitu pembuatan, perkhidmatan (restoran/pembersihan), pembinaan, pertanian dan perladangan.

Beliau menjelaskan bagi sektor pembuatan, perkhidmatan (restoran/pembersihan) dan pembinaan, kadar levi lanjutan tahunan yang diumumkan dalam pengumuman Belanjawan 2019 masing-masing adalah RM10,000 dan kadar baharu yang ditetapkan bermula 1 Mac ini adalah RM6,000.

“Bagi sektor pertanian dan perladangan kadar levi lanjutan tahunan yang diumumkan dalam pengumuman Belanjawan 2019 adalah RM3,500 dan kadar baharu yang ditetapkan bermula 1 Mac ini adalah RM2,000.

“Untuk pembantu rumah, levi sedia ada yang sama seperti sebelum ini dikekalkan tanpa perubahan,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan prihatin dengan cabaran yang dihadapi peniaga dan perusahaan dalam keadaan global yang tidak menentu.

“Oleh itu, Belanjawan 2019 mengesyorkan agar majikan boleh melanjutkan tempoh perkhidmatan pekerja asing mereka yang melebihi 10 tahun, untuk tempoh tambahan tiga tahun dengan menanggung pembayaran kadar levi bagi pekerja asing yang ingin dilanjutkan,” katanya.


makin ramai la pemain2 import mai bekereja kat Malaysia.....nak salahkan kerajaan terdahuluuuuuuuuu jugak ka dengan keterlambakan pemain import? wakakakkakakakkakaka

keputusan ini saya lihat hanya menguntungkan pemain industri....apa komen hangpa semua? wakakakakkakakaka

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2019 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Woi orang suruh kurangkan pendatang asing. Bukan suruh hang kurangkan levi pendatang

Ketahian apakah ini
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronok berdendang sayang la para majikan na. Dalam banyak banyak majikan, majikan mana yang ketagih menggaji pekerja asing ?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2019 08:48 PM | Show all posts
Remyda replied at 23-2-2019 08:24 PM
Seronok berdendang sayang la para majikan na. Dalam banyak banyak majikan, majikan mana yang ketagih ...

pemain industri construction and manufacturing la....tu semua pakai pemain import...wakakakkakakakaakaka
depa tuduh anak2 bangsa memilih kereja sedangkan depa nak bayaq murah2 ataih tenaga buruh yang tak dak advancement in career....tapi kaut untung yang SANGAT TINGGI daripada setiap projek...dok kayakan yang duduk bahawa aircond....ini realiti ekonomi yang hangpa pakai..wakakakakkakakaka

nanti ada yang kata takkan nak bayaq rm100 sehari untuk yang tak ada ijazah....habih yang ada ijazah pun ada satu hari tak ada kereja free2 mengulaq bawah aircond hangpa bagi rm100 sehari tu lagu mana? hangpa baik hati ka hangpa bowdow...wakakakakkaaka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:22 PM | Show all posts
MACAM SIAL.



patut utamakan rakyat utk kerja, dia bagi lagi murah utk pekerja asing remain.



Tapi utk pembantu rumah levi tetap sama. no discount.
prihatin la sangat.





Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:29 PM | Show all posts
sekali lagi menimbulkan  persoalan dalam kepala gomen ni hanya semata2 kepentingan puak peniaga je ke dipentingkan?


GST mansuh pergi ke SST: 470 ribu perusahaan kene bayar GST tinggal 80 ribu.
Impak: 390,000 syarikat tak perlu bayar GST / SST.
Tapi kesan pada rakyat: inflasi.
Kesan pada gomen: kurang kutipan 20 billion rial malaysia.



Ini pasal levi perkerja asing:
Impak: Syarikat ladang, pembuatan, construction, restoran, cleaning dapat diskaun bayar levi. Dah cukup tempoh kene hantar balik, boleh simpan lagi.
Kesan pada rakyat: Cleaning, Restoran - banyak rakyat tempatan kerja apa. Sama mcm minah kilang, pembinaan bagai. Ini semua peluang kerja diberikan kpd pekerja asing.
Kesan pada gomen: kurang kutipan levi.







Gomen PH ni mmg KPI sesama dia ialah nak tunjuk sapa paling bangang sekali ke?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2019 09:39 PM | Show all posts
Atau gomen ni sekarang ada piala kejuaraan pusingan siapa paling efektif meranapkan negara?


PTPTN: Result first class tak dapat scholarship conversion dah.
(Ini hasil polisi dari pembuat2 dasar yang pakai sijil akademik tipu).


Tabung Haji: Dirampok, diranapkan.
1. Kos operasi 4.2% seahun.

2. RM 19bn dari aset pulak terikat SPV Urus Jamaah yg kene pegang sampai cukup haul utk 2.5% setahun.

3. Makanya belen aset TH harus digemblengkan utk dapat pulangan purata 7.725% setahun semata2 utk TH jana cukup pendapatan utk menampung kos operasi 4.2%.

Ko rasa? TH nak buat cemana tu???



EPF: Sbb Socso tak cukup duit, ada ura2 nak satukan Socso dan EPF. Supaya gomen tak perlu naikkan caruman Socso. Boleh??


Aset Hospital = Nak di REITkan. ???


So utk siri kejohanan meranapkan negara bulan Februari 2019 ni piala pusingan ni jatuh kat sapa?






Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:43 PM | Show all posts
makin byk la pekerja asing kt negara kita ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2019 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tk da dalam manifesto dan tidak menguntungkan rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 02:02 AM | Show all posts
Dah cakap zaman berzaman.. puak2 dok jaja Banglasia ke hulu ke hilir ni.. padahal geng2 depa yakni tokey2 gak banyak amek pekerja asing ..

Waktu kerja depa rembat pekerja asing ramai2.. waktu berpolitaik, depa hasut rakyat kununn banglasia kaa pakistan kaa indon kaa ke hulu ke hilir....

terkesima macai2 kerna kebodohan sundri mempercayai taktik politaik murahan ... macai2 mana tahu apa.. dok berkuntum depan laptop ka apa kaa smbl2 sembang kencang sana sini ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 10:54 AM | Show all posts
untung tauke
untung untung and untung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2019 11:18 AM | Show all posts
silencekiller replied at 24-2-2019 02:02 AM
Dah cakap zaman berzaman.. puak2 dok jaja Banglasia ke hulu ke hilir ni.. padahal geng2 depa yakni t ...

itulah yang tersirat yang saya cuba sampaikan...tapi takut ada yang gelaq saya racist nanti...wakakakakkakak
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 12:41 PM | Show all posts
CharlesDera replied at 24-2-2019 11:18 AM
itulah yang tersirat yang saya cuba sampaikan...tapi takut ada yang gelaq saya racist nanti...waka ...

takpa digelar apa pun... berani kerna benar... bukan macam macai2 bodoh tuu... politaik cakap banglasia .. depa pun angguk, tadah & hasut benda sama ..

Kalo dah bengap pun sangat.. takan xleh nak pikiaq... depa mai sini sebab ada kerja.. sapa yang paling banyak amek depa ni?? tokey2 gak.. time politaik jaa banglasia ke hulu ke hilir.. bisnes time kasi angkut ramai2.. macai2 gak tetap bodo... 1 sen pun tarak dapat ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2019 12:44 PM | Show all posts
silencekiller replied at 24-2-2019 12:41 PM
takpa digelar apa pun... berani kerna benar... bukan macam macai2 bodoh tuu... politaik cakap bang ...

habih pru kena tipu konon nak bagi anak bangsa kereja terutama yang graduan...yang graduan tu la yang berkempen tak berbayaq jadi ahcai kat internet..laih2 kena tipu...tak tau la depa tu ada kabel2 kan...wakakakakakka
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Armanja mana satu juta peluang pekerjaan
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
CharlesDera replied at 24-2-2019 11:18 AM
itulah yang tersirat yang saya cuba sampaikan...tapi takut ada yang gelaq saya racist nanti...waka ...

Nyata sesangat.

Peralihan GST ke SST melibatkan 390,000 syarikat berdaftar gst kini Tak bayar SST. Kaum apa yg 390,000 syarikat ni?

Dan kosnya apa: gomen hilang 20bn pendapatan Dan rakyat Tak merasa Pon penjimatan dari penurunan komponen basket CPI sbb harga Naik. So yg untung? 390,000 peniagaan 'kaum itu' la 20 bn masuk poket.


Sama mcm pekerja asing ni.
Kot perladangan boleh paham rakyat Malaysia mungkin memilih.

Tapi pembuatan? Restoran? Perkhidmatan pembersihan?


The fuck?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2019 04:02 PM | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 24-2-2019 03:59 PM
Nyata sesangat.

Peralihan GST ke SST melibatkan 390,000 syarikat berdaftar gst kini Tak bayar S ...

tidak menghairankan "kaum" ini sehabih boleh menghasut kaum2 lain untuk mengundi parti yang so called multiracial tapi didominasi dari segi keahlian dan sokongan oleh "kaum" itu....takpa..saya berharap untuk tahun2 yang akan datang...dengan usaha kita menyampaikan maklumat yang tepat dan bukannya misleading...ramai anak2 bangsa kita akan faham dan tahu siapa yang hendak diundi dan dipilih untuk memegang tampuk kerajaan....wakakakakakaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.075867 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list