CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7331|Reply: 117

[Tempatan] Caj Kesesakan Akan Ganti Kutipan Tol

[Copy link]
Post time 23-2-2019 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SABTU, 23 FEBRUARI 2019 @ 8:08 PM

Kerajaan sudah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi lebuh raya sebagai langkah pertama ke arah menghapuskan mekanisma kutipan tol. - Foto hiasan
PUTRAJAYA: Kerajaan sudah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi lebuh raya sebagai langkah pertama ke arah menghapuskan mekanisma kutipan tol.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, berkata ia membabitkan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

“Dengan kejayaan pengambilalihan itu, kerajaan bercadang menghapuskan mekanisma kutipan tol sedia ada, dan sebagai ganti caj kesesakan akan diperkenalkan.

“Melalui inisiatif yang akan diperkenalkan itu, pengguna lebuh raya hanya akan dikenakan bayaran caj kesesakan yang sama dengan kadar tol sedia ada untuk waktu puncak selama enam jam sehari.

“Kadar tol akan dihapuskan sama sekali pada waktu ‘off-peak’ antara iaitu jam 11 malam dan 5 pagi yang mana penggunaan lebuh raya adalah percuma.

“Pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, hasil kutipan caj kesesakan itu akan diguna pakai untuk menampung kos operasi serta penyelenggaraan lebuh raya serta bayaran pinjaman.

“Lebihan kutipan akan disalurkan kepada satu dana pengangkutan awam, diguna untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam seluruh negara.

“Lain-lain perincian berkenaan cadangan ini akan di umumkan oleh Kementerian Kewangan pada masa yang sesuai,” katanya.

Katanya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah berjanji dalam manifesto pilihan raya lalu untuk mengambil alih konsesi lebuh raya bertol dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat, menurut terma perjanjian konsesi sebagai langkah mengurangkan kos sara hidup pengguna lebuh raya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2019 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
“Kadar tol akan dihapuskan sama sekali pada waktu ‘off-peak’ antara iaitu jam 11 malam dan 5 pagi yang mana penggunaan lebuh raya adalah percuma

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
so skrg nama baru tol adalah caj kesesakan.... adoi kahkah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon@Knights masuk mengajar
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini gula-gula PRK tahap kencing manis. Mahacai semua keluar gua tp tak sedar bakal dikencing lagi. Ini baru peringkat cadangan, rundingan pun belum. Seperti yg kita tahu PH ni memang handal buat cadangan tp nanti bila dah sedar tak mampu mereka u-turn kemudian salahkan 1MDB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2019 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 23-2-2019 08:43 PM
so skrg nama baru tol adalah caj kesesakan.... adoi kahkah

Hang tengok la waktu depa buat free tu. Bapa kerat je wey ulang alik tol

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2019 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah kan? Tak elok ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:02 PM | Show all posts
alhamdulilah

kerajaan bn dulu 24 jam tol. masuk pukul berapa pun tetap kena tol.  tu yang macai puja puja sangat


zaman PH berlalu, 18 / 24 jam je kena bayar tol. kalau nak balik kampung ,ramai suka balik malam. TOLL FREE beb. sekupang pun kerajaan tak ambik . YA PERCUMA BEB.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2019 09:02 PM | Show all posts
bayangkan naik tol dari seremban ke penang. 11 malam sampai 5 pagi

sekupang pun tak payah bayar

berapa banyak dah penjimatan
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:04 PM | Show all posts
zaman dulu naik highway pukul 12 malam pun kena cekau

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke
Cmtu kena buang semua AES la bru sesuai sbb nak pecut dr kul 11mlm supaya sampai kul 5 pagi tu mau jugak tekan 150km/h paling koman
Yelah jarak perjalanan yg biasanya amik masa 7-9 jam klu terpksa ikut had laju tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:07 PM | Show all posts
melibatkan 4 highway


Empat lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART, yang dipegang secara majoriti oleh Gamuda.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pastu hang nak caj cmna? Pakai kad touch n go yg sama ka?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:08 PM | Show all posts
clarizsa replied at 23-2-2019 09:06 PM
Ye ke
Cmtu kena buang semua AES la bru sesuai sbb nak pecut dr kul 11mlm supaya sampai kul 5 pagi t ...

buat masa ni plus tak termasuk pun


dekat berita lain cakap melibatkan 4 highway yg dimiliki gamuda je

Empat lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART, yang dipegang secara majoriti oleh Gamuda.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang untung adalah tokey cina dap yang nak hantar barang guna lori malam2
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:11 PM | Show all posts
Knights replied at 23-2-2019 09:02 PM
bayangkan naik tol dari seremban ke penang. 11 malam sampai 5 pagi

sekupang pun tak payah bayar

kalau masuk seremban jam 3 pagi. Keluar penang jam 10pagi.

jem raya. eksiden. benti tidur.


cemane mekanisme pengiraan tol?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2019 09:11 PM | Show all posts
So nak free sila bertolak ke opis sblm pukul 5 yach chuols
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tol yg depa ckp ni tol dlm bandar kan..
Ada effect tak dgn dividen kwsp, th, asb ke ape ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:17 PM | Show all posts
wah bagus... lepas ni mohon pejabat2 jgn bukak siang... bukak malam jer
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:19 PM | Show all posts
Voyagers replied at 23-2-2019 09:08 PM
buat masa ni plus tak termasuk pun

artikata lain, "open" tolled highways. (bayar bila lalu).


jadi cemane mekanisme dia nnt kalau untuk closed system? (jenis bayar bila keluar hiway)?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 4690 Replies : 28
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 12926 Replies : 165
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8797 Replies : 61
Sheriff kutip RM16 juta 5 hari
maklukpenggodaSheriff kutip RM16 juta 5 hari
Views : 7111 Replies : 98
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281056 Replies : 9523
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21515 Replies : 165
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54933 Replies : 2750
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 10082 Replies : 1
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 101294 Replies : 1536

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.431168 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list