CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1504|Reply: 28

[Tempatan] Kerajaan cadangkan nelayan menjadi renjer laut

[Copy link]
Post time 23-2-2019 10:10 PM | Show all posts |Read mode

Nelayan dicadang jadi Rela, Renjer Laut

Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my


KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bercadang untuk melatih golongan nelayan di negara ini sebagai sukarelawan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Renjer Laut bagi membantu pihak berkuasa memantau pencerobohan kawasan laut.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, ia ekoran masalah pencerobohan di perairan negara masih berlarutan selain banyak aduan diterima membabitkan isu pelanggaran kawasan zon penangkapan.

Beliau berkata, masalah yang masih tiada penghujung itu menyebabkan negara kehilangan banyak hasil laut.

“Dalam hal ini, kita boleh melantik orang awam terutama nelayan sebagai sukarelawan untuk menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi membantu memantau aktiviti di laut kerana mereka sememangnya mahir dengan selok belok lautan.

ADVERTISING

“Cadangan itu sudah dibincangkan di peringkat kementerian, namun ia memerlukan perbincangan lebih terperinci dengan Kementerian Dalam Negeri.

“Ini kerana ia turut membabitkan soal penguatkuasaan dan keselamatan” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Kecemerlangan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Pelancaran Produk Tuna Shack di Laman Perikanan, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF, Datuk Dr Bah Piyan Tan dan Setiausaha Bahagian Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Habshah Ali.

Sementara itu, Salahuddin berkata, peranan ejen pengembangan DOF di seluruh negara perlu diperkukuhkan kerana mereka adalah barisan hadapan menghubungkan kerajaan dan rakyat.

“Ketika ini, terdapat kira-kira 800 ejen pengembangan DOF di seluruh negara dan mereka perlu meningkatkan lagi pengetahuan terutama dalam bidang teknologi baharu bagi memperkukuhkan lagi peranan dipertanggungjawabkan.

“Dari situ, segala informasi penting termasuk hala tuju baharu MOA dapat disampaikan dengan lebih tepat kepada rakyat,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2019 10:15 PM | Show all posts
kalau jadi ranger mesti kena bawak senapang....amacam? buleh ka?wakakkakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 10:18 PM | Show all posts
maksudnya, mat sabu fail la tu sebagai menhan

sampai nelayan kena buat kerja tldm

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
Mohon berikan helikopter kepada nelayan supaya pemantauan laut akan jadi lebih berkesan, mcm maritim
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
genius cadangan ni.. geliga
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju..nelayan paling kenal kawasan permainan dia org
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2019 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
bkn rela pun dah kena potong bajet?

bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kan dah ada maritim, navy .. polcik tak training cemano nak pertahankan perairan, pertahankan diri pun takleh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2019 11:12 PM | Show all posts
itu hari suruh nelayan jadi petani.
sekarang suruh jadi renjer laut lah pulokk.

orang nak makan ikan la oii.
bila ikan makin kurang, harga pong jadi makin mahal.

kalau dah sibuk jadi renjer, bila masa nak tangkap ikan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Alang2 jadi renjer, baik jadi paskal, navi, Apmm, bomba sekali jimat bajet Negara hehehe hehehe hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 11:59 PM | Show all posts
"SUKARELAWAN", ceh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 03:05 AM From the mobile phone | Show all posts
knp x suruh nelayan jd power rangers trs
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 03:14 AM From the mobile phone | Show all posts
multinicky replied at 23-2-2019 11:05 AM
knp x suruh nelayan jd power rangers trs

bukan kah mahal mahu buat power rangers costume ? .....
jadi jack sparrow murah ...pakai baju busuk buruk jah cuma bagi flintlock pistol jah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 03:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 24-2-2019 03:14 AM
bukan kah mahal mahu buat power rangers costume ? .....
jadi jack sparrow murah ...pakai baju bu ...

haiyooo. blh trs jd pirate klu mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
satu je nak tanya..berbayoo ke FREE? Kan gomen tak dek sen hutang 1 tirriliyun
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 08:23 AM | Show all posts
eh pigi mamposlah kau derngan cadangan bodoh kau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2019 08:25 AM | Show all posts
Nelayan ni selalunya kais pagi makan pagi, kais petang makan petting kau nak susah-susahkan dia jadi renjer sukarelawan, eh bodohnyalaaaaah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 08:26 AM | Show all posts
Kementerian Pertahananlah patut pantau keselamatan dan lindungi nelayan, bukan nelayan nak kena jadi sukarelawan. Kalau tak bodoh tak sah ka Salehuddin?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Piramida replied at 23-2-2019 11:01 PM
Setuju..nelayan paling kenal kawasan permainan dia org

Lepastu Nelayan beli ikan Peceroboh Kat tengah laut
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 08:39 AM | Show all posts


nelayan china nelayan jepun selalu bantu kawal perairan mereka kenapa kita pulak tak galakkan nelayan kita buat benda yang sama?

Kerjasama kan bagus?

Korang ni otak tak terjana sungguh!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.132202 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list