CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9454|Reply: 118

[Tempatan] Kajian terkini LPPKN: Bujang terlajak dan risiko hidup sebatang kara selamanya

  [Copy link]
Post time 24-2-2019 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Dilema bujang 'senja' [METROTV]


Kuala Lumpur: Lelaki berusia lebih 50 tahun dan masih belum berkahwin berisiko tergolong dalam kategori bujang berkekalan iaitu tidak akan berkahwin sepanjang usia.

Senario itu juga menyebabkan lelaki berkenaan tinggal sebatang kara sehingga ke akhir hayat yang sekali gus menimbulkan cabaran kepada negara untuk memastikan golongan ini tidak terabai.

Ada pelbagai faktor yang menyebabkan lelaki lanjut usia membujang dan biasanya ia berpunca daripada mereka tidak berkahwin ketika muda.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kesejahteraan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Md Noh Saiman berkata, soal selidik membabitkan kelompok bujang berusia 25 hingga 49 tahun mendapati 86.8 peratus daripada responden sebenarnya ada mempunyai hasrat untuk berkahwin.

Menurutnya, hasil Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-5 (KPKM-5) pada 2014 yang diterbitkan dua tahun kemudian itu mendapati keinginan untuk berkahwin adalah lebih tinggi dalam kalangan lelaki iaitu 90.7 peratus manakala perempuan, 80.3 peratus.

“Didapati purata umur penduduk yang ingin menamatkan zaman bujang adalah usia 31 tahun untuk lelaki dan perempuan.

“Purata ingin berkahwin bagi lelaki bujang pula 32 tahun manakala wanita, 30 tahun. Tiga sebab utama belum berkahwin adalah faktor kewangan, calon sesuai dan kemajuan kerjaya,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, masalah utama bagi lelaki gagal melangsungkan perkahwinan adalah kerana faktor kewangan dengan 56 peratus diikuti alasan tidak menemui calon sesuai (18.4) dan menumpukan perhatian terhadap kerjaya (9.4).

Beliau berkata, berbanding wanita, alasan utama adalah masalah menemui calon sesuai (35.7), masalah kewangan (26) dan fokus terhadap kemajuan kerjaya (18.1).

“Di Malaysia, penduduk yang berusia 50 tahun ke atas akan memasuki kategori pembujangan berkekalan sehingga sampai ke peringkat menjadi cabaran kepada negara apabila mereka bujang dan tua dengan risikonya hidup sebatang kara.

“Golongan ini juga berdepan dengan kemungkinan besar tidak kahwin selamanya sebab sudah melepasi faktor umur produktif untuk berkahwin,” katanya sambil menghuraikan persepsi kahwin lewat dalam kalangan penduduk negara ini bagi lelaki adalah 37 tahun dan wanita, 33 tahun.

Menurutnya, kajian LPPKN itu diadakan setiap 10 tahun sekali dengan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-6 akan dijalankan pada 2024.

Berdasarkan contoh sebelum ini, katanya, ada kes anak lelaki khususnya yang menggantikan bapa sebagai ketua keluarga, memiliki ramai adik-beradik serta penjana sumber kewangan keluarga terpaksa menangguhkan perkahwinannya disebabkan komitmen berkenaan.

“Dia tanggung pendidikan adik-adik dari peringkat rendah hingga universiti, apabila sudah besar, dia kahwinkan pula adik-adiknya. Bila semua itu selesai, dia sendiri sudah tua.

“Pada masa sama, ibunya pula emakin tua dan sudah tidak berapa sihat, lalu dia beralih kepada penjagaan emaknya pula. Bukan sahaja kewangan, malah masa turut dikorbankan untuk insan disayanginya sehingga tanpa disedari waktu berlalu dan usia melepasi 50-an.

“Satu ketika terfikir pula ‘duit pun bukan ada sangat, ibu pula sudah tua. Tak apalah, nak kahwin pun dah susah nak cari calon, mungkin perempuan pun tak mahu lagi’. Akhirnya dia memendam sahaja hasrat untuk berkahwin,” katanya.

Md Noh berkata, biasanya lelaki lanjut usia membujang yang berperangai baik dan normal memiliki hubungan sangat rapat dengan ibu.

Menurutnya, ada juga senario atau situasi ekstrem dengan ada lelaki sewaktu mudanya boleh melakukan hubungan seks tanpa komitmen perkahwinan.

Berkahwin bagi golongan itu, katanya, adalah menyusahkan sebab golongan berkenaan berpandangan seronok pasal kahwin hanyalah hubungan seksual.

“Jika kahwin, selepas melakukan hubungan seks, kena pula memikul tanggungjawab sebagai ayah apabila mendapat anak, kemudian timbul pula isu hasil mata sepencarian dan pelbagai perkara lain yang dia enggan pikul.

“Dia tidak gembira meninggalkan tabiat haram atau ‘cuci tangan’ dengan kerja maksiat dilakukannya. Kahwin baginya adalah kongkongan. Akibat tak sanggup melepaskan keseronokan orang bujang, masa terus berlalu meninggalkannya. Tanpa sedar dia sudah berusia 50-an dan termasuk dalam kategori bujang berkekalan,” katanya.

Md Noh berkata, selain itu ada juga golongan lelaki enggan berkahwin sebab cenderung terhadap aktiviti tingkah laku seks abnormal.

Orientasi seks bagi lelaki sebegini, katanya, bukan membabitkan golongan jantina berlainan jenis sebaliknya yang sejenis.

“Dia tengok perempuan tanpa ada perasan berbanding dia melihat lelaki. Malah, sehingga di peringkat ekstrem, hubungan seksnya perlu dipandu oleh video.

“Tak dinafikan kita ada juga menerima kes lelaki sebegini yang berkahwin hanya untuk menutup atau mengaburi kegiatan songsangnya itu,” katanya.

Menurutnya, ada juga kes kekal membujang disebabkan sifat segelintir lelaki yang hanya menyukai seseorang wanita.

Situasi yang selalunya membabitkan cinta pertama itu berlaku apabila lelaki berkenaan tidak dapat berkahwin dengan wanita idamannya. Dia membiarkan masa berlalu dan hanya terbayang-bayangkan wanita itu sehingga lanjut usia.

“Masyarakat pula sebaiknya usah melemparkan pandangan sinis kepada golongan usia lebih 50 tahun masih membujang ini seperti gelaran bujang terlajak, andartu dan andalusia sebaliknya menyokong mereka mendapat jodoh. Letak kita di tempat mereka, tentu kita juga akan terasa hati,” katanya.

Tak pernah putus asa cari jodoh

“Esok juga kalau boleh saya nak kahwin. Saya tak pernah berputus asa untuk mendapatkan pasangan hidup. Malah saya sudah berdoa di setiap penjuru Kaabah memohon Allah SWT menemukan jodoh,” kata Datuk Seri Raja Rezza Shah Raja Aman Shah, 58.

Popular sebagai Shah Rezza, pelakon terkenal dialog ‘ya salam’ ketika membintangi filem malar segar Ali Setan itu menjelaskan, membujang sehingga usia lebih setengah abad bukan pilihannya.

Menurutnya, dua kali dia begitu hampir berkahwin namun perkahwinan yang dirancang tidak menjadi walaupun ketika itu barang hantaran sudah disiapkan.

RAJA Rezza Shah. FOTO Muhd Zaaba Zakeria

“Dua kali saya mengalami percintaan serius dengan niat untuk berkahwin. Kali pertama, ketika usia muda dalam lingkungan 20-an. Percintaan kami berpanjangan tujuh tahun.

“Kemudian bercinta yang lebih serius waktu usia saya 31 tahun, juga berlanjutan tujuh tahun. Tapi tak kahwin juga kerana campur tangan keluarga. Jadi, nak kata tak nak kahwin, tidak benar juga sebab saya sudah bercinta hingga tujuh tahun,” katanya.

Pemilik syarikat perunding Nusantara Gems Sdn Bhd yang turut menguruskan majlis perkahwinan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin dan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu berkata, tiada kena-mengena dia tidak berkahwin sebab menumpukan kepada kerjaya termasuk sebagai perunding pelbagai majlis sejak 1990-an itu.

Pada usianya kini, katanya, dia lebih reda sebab sudah berikhtiar dengan pelbagai cara termasuk ketika di Makkah, berdoa di Jabbal Rahmah dan setiap penjuru Kaabah, memohon Allah SWT makbulkan hasratnya untuk berkahwin.

“Bagi saya belum ada jodoh. Ini berbalik kepada soal jodoh di tangan Allah. Tetapi ramai orang ingat sebab lain kerana saya tak suka hebohkan perkara peribadi. Tetapi keluarga dan teman baik saya tahu perkara sebenar.

“Abang saya berusia 59 tahun ketika meninggal dunia Disember tahun lalu. Tidak berkahwin, mati seorang diri di hospital di Kelantan. Kami sekeluarga tak tahu. Jururawat yang telefon memaklumkan kepada saya.

“Sejak itu, saya betul-betul memikirkan jika tiada isteri perkara sebegini boleh terjadi. Mungkin abang sudah ditakdirkan, cuma kalau boleh saya tak nak perkara seperti ini berlaku kepada saya,” katanya.

Menurutnya, persoalan yang timbul pada usianya sekarang adalah siapa yang mahu berkahwin dengannya kerana bimbang dengan penerimaan terhadap dirinya. Bolehkah seseorang wanita itu menerima dirinya yang sebenar selepas mengetahui imejnya di media seperti di akhbar, majalah dan televisyen sebelum ini.

“Saya nak tanya, rasanya dengan siapa saya akan berkahwin? Saya artis dan kerabat diraja, bukan senang kan saya nak kahwin? Sudah berusia seperti sekarang, banyak sangat fikir. Sepatutnya waktu muda saya kahwin, namun semuanya takdir,” katanya yang gemar ikan goreng dan ikan masin serta makanan yang agak sedikit masin.

Sempat curah bakti kepada ibu

Menyifatkan dia sebagai insan terpilih diberikan banyak masa menjaga ibu dan ayah sehingga ke akhir hayat mereka, itu tanggapan selebriti serba boleh Zainal Alam Kadir yang masih bujang walaupun usia kini sudah 53 tahun.

Menurut anak keenam daripada sembilan beradik itu, dia mendapat kepuasan mencurahkan bakti kepada arwah ibunya Zaiton Mohd Salleh yang menghembuskan nafas terakhir pada 2016 dalam usia 73 tahun.

Lebih-lebih lagi, katanya, ketika itu dia pun sedang menanggung kesakitan akibat dikesan menghidapi penyakit Lupus eritematosus sistemik (SLE).

ZAINAL Alam Kadir. FOTO Amirudin Sahib

“Nak jadi cerita selepas habis kontrak sebagai pengacara dan penerbit MasterChef Selebriti pada 2013, ibu saya dikesan menghidap penyakit Alzheimer atau nyanyuk.

“Saya tolak banyak tawaran termasuk pengacaraan, khususnya di hujung minggu. Masa itu saya lebih risaukan ibu. Saya jadualkan kerja seperti menulis atau mengacara di pentas, tetapi setiap hari Jumaat saya pastikan balik kampung sehingga Ahad.

“Ibu saya bawa ke mana saja dan pelbagai jenis rawatan termasuk rawatan alternatif untuk penyakitnya itu. Saya mampu buat begitu sebab saya bujang, jadi saya rasa Allah sudah aturkan hidup saya sebaiknya untuk menjaga ibu hingga akhir hayatnya,” katanya mengakui tidak sunyi sebab ada 45 anak saudara untuk berkongsi kasih sayang.

Lebih mesra dipanggil Alam, katanya, selepas ibu meninggal dunia kini tumpuan beralih pula menjaga ayahnya Abdul Kadir Ismail, 93, yang diserang angin ahmar.

“Saya sedari Allah kurniakan ganjaran apabila saya mengorbankan diri untuk kesenangan ibu bapa, khususnya waktu mereka sakit, kesakitan saya alami pula perlahan-lahan pulih dan jadi sihat.

“Tekanan saya alami sewaktu awal dikesan SLE dulu sangat teruk. Ini adalah penyakit kronik, insurans pun tak lindungi dan saya kena bayar sendiri. Jadi, ada masa ke untuk saya berfikir soal jodoh? Itu bukan keutamaan lagi dan dah memang lama pun bukan keutamaan,” katanya.

Dia akui hanya terdetik untuk berkahwin ketika masih bertugas sebagai wartawan, itu pun sebab melihat ramai rakan seangkatan sudah berkahwin.

Tetapi, waktu itu, sekitar usia 20-an hingga 30-an dia hanyut dengan dunia glamor dan tidak kisah langsung untuk mencari pasangan hidup.

“Dulu keutamaan sebagai orang bujang masih muda adalah mencari kelab hiburan yang baru dibuka. Sekarang sejujurnya, ke mana saja saya pergi untuk kerja luar, saya akan tetapkan waktu untuk ke masjid.

“Walaupun saya tidak berpeluang menjadi suami, namun peluang terbuka depan mata untuk saya jadi anak yang soleh,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Februari 2019

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2019 11:28 AM | Show all posts
“Walaupun saya tidak berpeluang menjadi suami, namun peluang terbuka depan mata untuk saya jadi anak yang soleh,” katanya.

baguslah bukan senang nk jd lelaki yg bertanggungjawab sepenuhnya pd ibu bapa...sama mcm aku, aku pilih utk jaga mak yg sakit drpd aku berkahwin...mcm2 org mengata, tak ikut sunnah nabi la katanya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Belajar dgn jamal abdillah...mudah sgt jodohnya
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
lee_sakura replied at 24-2-2019 11:28 AM
“Walaupun saya tidak berpeluang menjadi suami, namun peluang terbuka depan mata untuk saya jadi ana ...

Bakti spt ini yg memberatkan neraca timbangan amal di sana nanti..balasan syurga hendaknya. bukan semua org ada peluang begini
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
sibuk je LPPKN nih
yg buat kajian ni mesti acik gomen kepam muka desa berminyak pakai tudung dgn brooch tergantung kat anak tekak, pakai h/bag LV ciplak dan suka travel ke bandung vietnam krabi dan pakai iphone 6 (hutang dgn kot memot) dan masih menyewa
bagi acik2 kepam spesis ni, kawen dan beranak adalah satu pencapaian terhebat dlm hidup
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kawen dapat bini macam apa je
Tahu mintak duit je
Buat apa baik takyah kawen
Kawen ni bukan pencapaian LA
Amanah dan tanggungjawab
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2019 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 24-2-2019 11:36 AM
sibuk je LPPKN nih
yg buat kajian ni mesti acik gomen kepam muka desa berminyak pakai tudung dgn br ...

Ok this is funny
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kahwin tau buat anak je.. pon x guna..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2019 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Helloo LPPKN.. ramai lg family miskin yg tak reti nak merancang, dak2 wechat pancut merata campak baby dlm longkang.. why don’t you take care of that first?

La ni kes dera berderet2, budak2 jadi cacat or mati kat tgn mak bapak sendiri, bercerai tak bg nafkah anak tu salah golongan bujangkah? Akibat tak merancang la tu.. patut jenis2 pedo, sexual offenders ni yg korang kena castrate kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 12:05 PM | Show all posts
mari kita lihat sapa yang kena...wakakakakkakaka
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 12:08 PM | Show all posts
Leonardo di Caprio
Keanu Reeves
Jake Gyllenhaal
Owen Wilson
John Cusack
Henry Cavill
James Franco
Chris Pine
Gerard Butler
Jared Leto
Chris Evans
Andrew Garfield
Tom Hiddleston
Taylor Kitsch
Zac Efron
Robert Pattinson

semua tu tak kawin lagi. silently being MGTOW.
ada yang dah masuk 30s dan 40s.
personally Keanu Reeves is my inspiration.

nak cari pompuan skang ni bukan nya susah pun, asal kan ada fulus.
kalo bosan boleh la bela gold digger seorang dua.
tapi sampai satu fasa, akan rasa malas dah nak layan sesapa.

bila dah biasa hidup sorang, dia dah x heran lagi nak cari partner.
freedom n inner peace akan jadi priority, more than everything.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 12:10 PM | Show all posts
lee_sakura replied at 24-2-2019 11:28 AM
“Walaupun saya tidak berpeluang menjadi suami, namun peluang terbuka depan mata untuk saya jadi ana ...

ada baca dalam Hadis, Sahabat nak kawin tapi dia mengadu tak mampu.
Nabi tak suruh dia kawin, tapi sebalik nya Nabi suruh puasa.

jadi puasa bagi yang tak mampu kahwin tu pun di kira Sunnah Nabi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2019 12:11 PM | Show all posts
siapa makan cabai Melaka
dia terasa pedas yg amat ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2019 12:15 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 12:18 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 24-2-2019 11:36 AM
sibuk je LPPKN nih
yg buat kajian ni mesti acik gomen kepam muka desa berminyak pakai tudung dgn br ...

hahaha.. terus terbayang- bayang gelagat mereka itu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarla sapa2 nak membujang sampai ke tua pun. Yg penting x menyusahkan orang lain sdh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2019 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bujang pun beban pd negara ke?
Baru sis tau.
Laki biawak, beban tak?
Tabur sperm mcm ex rita Rudaini
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 12:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 12:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepastu duduk pondok buruk....Kerajaan Ada kesah ke????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.083702 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list