View: 5539|Reply: 60
|
[Tempatan]
Tiket cuma RM370-RM700. 8,000 peminat diserang 'histeria' tengok k-pop Blackpin
[Copy link]
|
|
8,000 peminat 'histeria' tonton aksi Blackpink
SHAH ALAM: Jeritan kira-kira 8,000 penonton bergema dalam Stadium Tertutup Malawati, di sini, sebaik sahaja kumpulan terkemuka Korea, Blackpink, muncul di pentas bagi memulakan Konsert Blackpink In Your Area Kuala Lumpur, petang tadi.
Bagai diserang histeria, peminat tegar yang menggelarkan diri mereka Blink itu terus teruja apabila empat tunjang utamanya muncul memanaskan pentas bersama lagu berhantu kumpulan terbabit, Ddu-Du Ddu-Du.
Membariskan hampir 20 dendangan termasuk lagu popular penyanyi lain, persembahan Jisoo, Jennie, Lisa dan Rose nyata membuatkan adrenalin penonton terus memuncak sepanjang dua jam mereka beraksi.
Bukan sekadar pilihan lagu dan tarian, setiap elemen meliputi penataan pentas, sistem pencahayaan, mainan grafik hingga kesan khas membabitkan bunga api dan asap menggandakan keterujaan khalayak.
Malah, kemunculan Blackpink yang juga sinonim sebagai ikon fesyen nyata memenuhi jangkaan apabila tampil bertenaga, menghiburkan dan bijak memanipulasi pentas bersama aksi comel mereka.
Pandai mengambil hati peminat Malaysia, mereka tidak ketinggalan melayangkan ucapan manis dalam bahasa Melayu yang tentunya disambut sorakan gemuruh.
Ayat seperti 'saya rindu kamu', 'kamu sangat bagus' dan 'saya cinta kamu' yang diluahkan secara bersahaja membuktikan kumpulan itu turut membuat persediaan rapi sebelum singgah ke mana-mana negara dalam siri jelajah ini.
Bagai diucapkan Rose, dia berbesar hati menerima sambutan luar biasa sebaik sahaja tiba di Malaysia, selain terharu melihat kehadiran Blink yang turut membawa sepanduk dan lampu tertera nama kumpulan itu.
Sementara itu, wajah puas jelas tergambar usai konsert apabila rata-rata peminat yang hadir mengakui berbaloi mengeluarkan wang antara RM370 hingga RM700 bagi menjadi sebahagian daripada sejarah kemunculan pertama kumpulan berkenaan di negara ini.
Antara seleksi lain yang diperdengarkan pada konsert yang bermula jam 6.30 petang itu ialah Forever Young, Stay, Whistle, Boombayah, Playing With Fire dan See U Later.
Terdahulu, jualan tiket konsert anjuran Macpiepro itu meraih sambutan luar biasa apabila ia habis disambar peminat tidak sampai dua hari kaunter dibuka, sekali gus mendorong pihak terbabit 'mengikat' Blackpink untuk konsert kedua di lokasi sama, petang esok. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak salah aku ada yg jual balik tiket tu dgn harga 11k kan |
|
|
|
|
|
|
|
Lisaaaaaaaa jomm kaweeennn |
|
|
|
|
|
|
|
kalo amoi kpooop ni lalu sebelah aku pun aku x tau diorg ni rretis kpork
ingatkan cina jual henfon mcm kat lowyat tu
aku cuma kenal psy je..itupun sbb dia gemuk busuk x hensem mcm maikel ang |
|
|
|
|
|
|
|
igtkn kumpulan dari afrika, psl nama black |
|
|
|
|
|
|
|
EEEE tak minat langsung |
|
|
|
|
|
|
|
Murah pulak. Bkn biasa ribu riban |
|
|
|
|
|
|
|
Burong_Hantuk replied at 24-2-2019 12:21 PM
EEEE tak minat langsung
Makcik dah tua kertu. Ni zaman budak2 skrg makcik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tgh aku baca tred ni kluar plk cite konsert ni kat melodi. Amboi dikk rmai nyer bebudak, pkai duit loan blaja ke dik smpai beli tiket 370-700 tu.
Budak pompuan yg rmai histeria, apa yg best sgt tgok blackpink joget pkai spender je hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Eh bkn pkai spender tp pkai skirt nmpk spender |
|
|
|
|
|
|
|
My sisters pegi.
Ank i x dpt izin dad. Sian dia.
Hrp2 ade peluang pegi, bile dia dh besar |
|
|
|
|
|
|
|
Byk duit budak- budak skrang. Iols dah umur kertu baru mmpu pegi concert. Sporting parent skrg bg approval budak2 pg konsert. |
|
|
|
|
|
|
|
enjoy betul jadi penyanyi yg ramai peminat ni, goyang2 punggung, kepala tangan atas pentas dah boleh buat duit juta juta... sampia peminat semua terjerit2 hampir jadi gila.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 23-2-2019 07:41 PM
kalo amoi kpooop ni lalu sebelah aku pun aku x tau diorg ni rretis kpork
ingatkan cina jual henfon ...
yang i kenal k pop ini kaki plagiat electronic europe ... |
|
|
|
|
|
|
|
spice girls pon sekarang tengah buat tour khuens...cuma tak tau la datang mesia ke tak...kalau ada iols nak pegi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|