CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4205|Reply: 19

Siapa pandai ubatkan..terkena sihir dari siam

  [Copy link]
Post time 24-2-2019 04:19 PM | Show all posts |Read mode
Salam...

thread2 yg sebelum ni ada kaitan. aku susah nak dapat jodoh. dipendekkan cerita..tahun lepas dapat detect aku terkene buatan org. dah banyak tempat@orang aku refer. semua tu kata..aku ni dah terkena. antara caye dan tak caye..rupanya kawan ofis aku sendiri yg buat..laki orang. aku tak suka laki tu..tapi laki tu suka aku..


aku sekarang ni pun dah ada yg lain..tp banyak konflik. mula2 mak pak aku suka dia..tp tah macam mana..mak bapak aku tak suka dah dia skrg. suruh aku cari lain. aku taknak. bagi aku..antara ramai2 laki yg aku kenal..dia ni la jaga aku dengan baik. suruh jaga solat..sruh mengaji..jaga pemakanan aku..macam2 nasihat la tak macam org lain yg merosakkan!

baru2 ni..aku terima mesej dari org yg aku tak kenal..mesej dia bunyi camni


"salam cik..dugaan u tu ada penawarnya..sabar la.."

eh dia ni..macam tau2 je. dia PM aku dari apps social.

dia kata "tergerak nak sampaikan. macam bila u berharap..akan ada je tersekat bagai..jadi gagal tertipu..macam dihalang..kecewa..dugaan yang ulang2 pada u"

"rasanya ada orang dendam pada u..guna cara halus"

"i tau ada penah berubat tapi tak pulih cik"

" dia gi buat kat sami siam..kat utara. Allahuakbar"

orang ni macam tau sesuatu. memang betul pun dulu, masa berubat aku diberitahu org ni gi buat kat siam. betul la tu. aku nak mintak orang tu ubatkan..tahhh..aku rasa tak konfiden lak. betul ke kata dia?

sekarang ni sihir tu orang tu hantar balik ke..
atau yang dulu tu..cuma sihir tu tawar je..tapi masih ada lagi?

ada yg kata dalam masa aku kene sihir..aku ni pun ada saka. tu pasal masa kene sihir aku tak sakit sangat sebab saka aku dah "tepis" sihir tu. kadang2 aku ni rasa mcm tak betul. kadang2 boleh fikir waras. dalam masa 2 3 bulan dtg angin kus kus..mengamuk mcm orang giler. hati aku kuat berbisik mengatakan yang bukan2 pasal bf aku. contoh mcm dia curang..dia main2kan aku..dia cuma nak amik kesempatan..dia tanak kawin dengan aku pun..nak perabiskan duit aku. ni "bisikan2 hati" yang merosakkan hubungan.

akhir tahun lepas..masa bf aku nak pick up aku kitorg nak gi dinner. dia kata..masa aku dalam rumah..bila dia tengok muka aku..dia rasa benci..nak marah. bila aku kuar dari rumah..dah jauh. hilang perasaan tu..

macam tu jugak dengan "bisikan hati" mengarut aku tu. aku mesej bf aku marah2 dengan tuduhan macam2 sampai kitorg gaduh. esoknya..takde angin takde ribut...hilang terus rasa marah2 aku..hati n fikiran aku yang fikir bukan2 tu pun semua hilang tetiba...

aduhhh..aku penat laaa...harap bf aku bersabar la..dapat gf yang "sakit" ni...aku nak sihat..tolong la..
kadang aku fikir..aku ni gila ke? ada masalah mental ke? stress sebab keje ke? betul ke ni semua sebab sihir?

masa 1st rawatan dulu kat darussalam gombak..ustaz yg rawat aku cakap..benda tu duduk kat kepalotak aku. dia kawal minda@fikiran aku. tu yg aku kadang2 prangai mcm org gila..fikir ngarut2. bila aku buat tuduhan merepek..pasangan jadi benci dan tinggalkan aku. yang aku terkejut..baru2 ni bf aku ada ckap..

"aku makin benci dengan kau. benci dengan perangai kau"


eh eh..ayat ni sebijik sama macam ayat ex bf aku dulu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2019 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Gi berubat. Cari yg sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 10:52 AM | Show all posts
solat taubat
solat hajat
mintak petunjuk
moga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2019 11:56 AM | Show all posts
fifie_olin replied at 26-2-2019 10:52 AM
solat taubat
solat hajat
mintak petunjuk

dah buat dah semua ni. ingat dah sihat dah..

tup tup baru ni...ada org bagitau
badan pun dah start ada lebam2 balik..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 12:26 PM | Show all posts
NNTI BACA MSG..AKU PM
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 12:42 PM | Show all posts
akk dan pm adik ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2019 12:54 PM | Show all posts
dawie_pizza replied at 26-2-2019 11:56 AM
dah buat dah semua ni. ingat dah sihat dah..

tup tup baru ni...ada org bagitau

sentiasa buat ...jgn putus asa

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2019 01:43 PM | Show all posts
aku dgn bf aku dah baik balik. sehari je kitorang gado. aku sempat cerita " masalah" aku ni kat dia dan dia faham. dia pun nak tolong aku berubat. tapi dia..tak berapa caye sgt aku ni kene sihir

tapi..aku rasa byk kali jugak dia hadap benda yg pelik2 bila dengan aku..contoh: akhir tahun lepas..masa mak aku syg sgt kat dia. mak bg dia kain pelikat abah (bln lepas abah dah meninggal). bila dia balik rumah dia..nak pakai..nak basuh..dia rasa berdebar..hati dia kuat mengatakan.."aku kena pulangkan balik kain ni. kain ni bukan hak aku"

dia rasa tak sedap hati. pastu dia pulangkan balik kain pelikat abah. masa tu..abah hidup lagi tapi..dah start konflik dah. abah fikir bukan2 pasal dia..

ada la aku merawat gitu2 dgn kawan..katanya ni saka aku punya keje..saka aku ni tak suka bf aku..ye la..bf aku jenis jaga solat. ajak family aku berubah suruh jaga solat..mengaji semua. aku ada je suruh bf aku ni azan kat ruang tamu rumah..solat situ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2019 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Saper agaknya yg mesej u tu mcm tau sangat..cer cek no tu saper punya, takut jugak sambil nak mengena..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 02:00 PM | Show all posts
Instead of couple. Mengapa xteruskan ke langkah seterusnya ye?
Kapel2 ni buang masa sbnrnya. Xkira la lelaki itu baik ke, jga solat ke.

Apa kata kawin je. Pastu teruskan dengan usaha berubat ke, jaga amalan kerohanian ke.
Seperti itulah cadangan saya. Xperlu kapel2. Dh ada yg sudi ni. Kawin je terus.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Eii... I pun pernah tiba2 ada nombor tak dikenali whatsapp segala kesulitan yg dihadapi tu ada penawarnya..
Profile picture keris tgk diperasap kot..
I takut x reply terus block org tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2019 12:36 PM | Show all posts
bukan watsapp. tapi mesej melalui akaun tagged.

bukan taknak kawin. tgh kumpul duit la ni. ingat kawin tu senang? tgh macam2 konflik ni..dengan mak tak bagi kawin dgn dia lagi

kalau semua masalah dah setel ke ape..tgk la tahun ni ke..tahun depan ke..dia tu bukan kaya pun. petik jari je esok terus nikah
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 12:19 PM | Show all posts
seiras dgn kes aku... akhirnya aku kawen jugak.. tapi bertahan 6 thn je...
berubat lah.. selain berubat, ilmu agama dlm diri pun kena mantap...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 09:55 AM | Show all posts
Insyaallah boleh diikhtiarkan cumanya kena mai tempat saya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2019 09:41 PM | Show all posts
isteri_ayil replied at 4-3-2019 12:19 PM
seiras dgn kes aku... akhirnya aku kawen jugak.. tapi bertahan 6 thn je...
berubat lah.. selain ber ...

tu la..nak cari calon suami..kena cari yg kuat agamanya. tu pun kadang2 dia tak caye ape yg aku cakap. nak kata dia tak caye..dia sendri nampak ape yg jadi kat aku..dan dia pun ada alami sendiri. sejak dia dgn aku..ada je benda yg pelik2 berlaku.

dia kata dia tak pernah sakit..tak pernah pening kepala. ada 1 pagi..dia sakit kepala sangat. masa tu tengah bertugas. tido sekejap..dia mimpi ada 1 van putih..dalam tu pun penuh dengan orang2 berpakaian putih. dia nak dekat dengan van tu..mujur kawan dia dalam mimpi tu tegur..jangan pegi dekat dengan van tu. dia pun tak jadi pergi. bila jaga..sakit kepala hilang..

aduhh..benda tu tolong la jangan ganggu dia sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 02:29 PM | Show all posts
i doakan tt dapat jumpa perawat yang betul dan sembuhkan penyakit tt.. Benda2 halus ni mmg keje setan.. Selagi ada yg x puas hati, penuh hasad dengki mcm2 cara org buat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2019 04:26 PM | Show all posts
aku taktau benda ni ada kene mengena ke ape.

26/2 - aku perasan ada lebam kecik bawah lengan
28/2 - aku kuar dgn bf aku..aku perasan masa nak beli baju ketiak aku timbul bintik2 merah gatal. FYI..aku tak pernah ada alergik n gatal2. cuma mgkin ada alergik dgn udang galah sungai. aku dah lama xmkn ni

maki lama gatal makin merebak..aku ingat alergik deodoren..tp aku peratikan..bukan tgh2 ketiak gatal..tepi2 dia. dua2 belah lak tu

beli ubat sapu utk gatal..ada la kurg sikit

8/3 - aku kuar dgn bf smlm..nak beli kasut. makin menjadi2 gatal. dua2 belah telinga..kat bahu..lengan..dah penuh bintik2 halus n gatal..dua2 belah lengan. kat pinggang..kiri kanan. org kata kene ludah jin eh? aduhhh..pesal aku kuar dgn dia je..makin menjadi2 ni..

dlu penah skali kuar mkn mlm dgn dia..bgn tido..nahhh..dua2 mata bengkak..gatal. mak ingat gado dengan bf nangis sampai bengkak mata. masa tu syak..sebab ada mkn udang. tp udang biasa bukan udang galah sungai. tu pun 2 ekor kecik je..



Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku paham perasaan ko tt.
Aku pon tengah hadap setan sentet mana tah ni sesat.
Selalu aku baca ruqyah dan manzil sendiri hilang dah esok. Ni dekat seminggu dia buat perangai.
So mmg kene pergi berubat balik.
Salu benda mcm ni ko kena berubat lama. Kalau tanak berubat lama, ko kena berubah jadi baik. Amalan kena jaga. Pergaulan kena jaga.
Aku ni alhamdulillah dapat suami yang paham. Kalau tak dah lama dia tinggalkan aku yg mental dan gila ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2019 11:45 AM | Show all posts
Edited by dawie_pizza at 13-3-2019 11:46 AM
lalabeez replied at 12-3-2019 09:01 PM
Aku paham perasaan ko tt.
Aku pon tengah hadap setan sentet mana tah ni sesat.
Selalu aku baca ruq ...

mcm lebih kurg je. salah aku jugak la. dulu je aku ada masa nak baca ruqyah n manzil. skrg waktu keje tak sama. bgn pegi keje..balik keje dah penat. xsempat nak baca2 ni.

Alhamdulillah la..bf aku pun agak memahami. aku ada pesan kat dia..aku risau mental aku dtg balik. skrg ni aku tgh waras. takde langsung kat hati atau terlintas kat fikiran ape2 yg buruk kat dia. tp dtg anginnya mcm haritu aku mengamuk sakan..sebab kat fikiran dan hati aku ni..terngiang2 n seolah2 hati ni [mungkin keje setan tu] bgtau yg dia tu curang. main2kan aku n nak tinggalkan aku..sampai aku bg pelempang kat dia. sejak peristiwa bergaduh sakan tu. aku mintak maaf byk2 kat dia. aku story semua yg terjadi kat aku. kadang aku takut dgn diri aku sendiri. mental tu dtg tetiba..aku tak bleh nak kawal prasaan n perbuatan. tuduh dia yg bukan2

skrg ni dia nampak..pesal tah..asal keluar dgn dia..badan aku gatal2..sebelum tu ada lebam. dia pun tau gatal2 aku ni kene sembur setan katanya. aku xde alergik n tak pernah pun kene camni
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 12:13 PM | Show all posts
dawie_pizza replied at 13-3-2019 11:45 AM
mcm lebih kurg je. salah aku jugak la. dulu je aku ada masa nak baca ruqyah n manzil. skrg waktu k ...

meh pm tepi akak soh anak akak Dian tgk kan apa yg kacau awak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.220479 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list