View: 1327|Reply: 2
|
"Perompak Bodoh,"-Jumpa Kunci, Nak Bawa Lari Ferrari Tapi Tak Tahu Pan
[Copy link]
|
|
Cubaan untuk mencuri sebuah kereta Ferrari gagal! Ini semua gara-gara perompak yang tidak tahu cara untuk mengendalikannya.
Mail Online melaporkan, sekumpulan perompak itu merompak sebuah kediaman di Streetly, West Midlands.
Pada mulanya mereka hanya membawa lari beg, jam tangan dan perhiasan mewah namun kembali semula ke rumah tersebut kerrana menjumpai kunci Ferrari dalam beg yang dicuri.
Mereka datang dengan memecahkan garaj dan cuba mengeluarkan Ferrari 488 yang dianggarkan bernilai £200,000.
Malangnya kenderaan tersebut terpaksa ditinggalkan di tepi jalan kerana tidak tahu cara memandunya.
Pemiliknya Toni-Leigh Evanx berkata,
"Mereka cuba mengundurkan kereta dari tempat parkir tapi nampaknya pencuri bodoh itu tidak tahu cara mengendalikannya."
Kumpulan penjenayah itu meninggalkan kesan darah di tempat kejadian dan ia dapat membantu polis untuk menangkapnya. -CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali curi Axia je lah |
|
|
|
|
|
|
| |
|