CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 80000|Reply: 341

[Komunikasi] ...BORAK BAWANG @ SANTAI CAFE...

  [Copy link]
Post time 26-2-2019 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2019 11:37 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 26-2-2019 10:39 AM

Budaya Cendol dalam cuaca panas.

Cendol Durian Power, Kampung Baru
Yass, ini merupakan tempat popular bagi warga Kuala Lumpur yang sedang OTW balik dari tempat kerja. Terletak di Jalan Raja Alang, cendol durian di sini cukup popular sehinggakan kami pernah terserempak dengan pengunjung dari Seremban yang sanggup ke sini untuk menikmati cendol durian, wow! Semangkuk cendol durian dijual pada harga RM12 manakala bagi yang naktapau, ia berharga RM14. IG: @nur_asyhikin

Cendol Durian Taman Bolton Sri Gombak (Mels Corner)
Okay, sebelum korang kecam kenapa harga cendol durian di sini (RM15) lebih mahal daripada tempat lain, korang kena cuba dulu rasanya. Memang mengancam bagi penggemar durian dan penggemar cendol bagi yang nak order cendol biasa. Terbaru, penulis juga diberitahu ada sistem drive thrudi sini untuk pengunjung. Kelas! IG: @kuiskandarsyah

Rojak & Cendol, Medan Selera Delima, Seksyen 24 Shah Alam
Sebagai peneraju kepada raja segala cendol durian, Rojak & Cendol merupakan idea genius Mohd Hafez Hamed yang memutuskan untuk menambah durian sebagai salah satu pilihan cendol yang ada. Kali terakhir penulis kunjungi Rojak & Cendol (semalam), harga untuk semangkuk durian cendol adalah RM27. Namun janganlah terkejut kerana mereka ada menyediakan beberapa jenis durian. Ada yang lebih murah sedikit daripada durian D24. Biasalah, harga D24 pun dah mencecah RM90 ke atas. Terpaksalah bayar kalau nak yang sedap, kan? Apapun, rasa dia memang terbaik! IG: @mek_ood

ABC Durian Tok Mat’s Cafe, Medan Selera Seksyen 2 Shah Alam
Kalau korang masih bukan merupakan peminat cendol atau ABC Durian yang tegar, atau masih tak tahu nak buat pilihan cendol yang mana, kami syorkan lokasi ini. Bukan hanya satu perisa tapi sampai dua sekali mereka berikan! Durian campur dengan mangga, hebat kan. Dekat sini pun ada disediakan Coconut Shake Oreo yang sedap. IG: @tokmatscafe

Durian King Cendol TTDI
Port ini sebenarnya sudah menemui orang ramai sejak tahun lepas. To be honest, rasanya tidaklah se-masyuk yang kami harapkan pada peringkat awal. But (that is a BIG but), mereka tidak sama sekali berhenti daripada memperbaiki rasa durian cendol di sini sehingga sedap dan diminati ramai. Kini, semangkuk durian cendol berharga RM15, okay lah kan dengan standard lokasi TTDI?IG: @illyariffin

Cendol Durian Pulut Special Nangka, Taman Cempaka Ampang
Tempatnya simple je, di bawah khemah di tepi jalan. Tetapi disebabkan rasa manis pada durian yang digunakan, semua rasa bahang pun dah tak ingat. Bagi yang pentingkan kualiti durian untuk cendol, ini adalah tempatnya. IG: @arfsml

Warisan Kak Aini Wangsa Maju
Bagi yang menetap atau belajar di sekitar kawasan Wangsa Maju, Sri Rampai dan Gombak, mesti korang pernah dengar tentang cendol durian Warisan Kak Aini. Durian D24 yang digunakan membuatkan harganya lebih berbaloi berbanding tempat lain, iaitu RM10 je. Dekat sini pun ada cendolcombo mangga dan durian pada harga RM17.IG: @warisan.kakaini

Go Local Cafe, Suria Mall Presint 3, Putrajaya.
Penduduk Putrajaya tak perlu lagi merantau keluar kalau nak cari cendol durian. Walaupun secara teknikalnya, Putrajaya bukanlah termasuk dalam kawasan Lembah Klang tapi disebabkan oleh variasi toppingyang disediakan di sini, we just cannot leave this place out. Order je jagung, tapai, laici atau nangka bersama durian korang. IG: @burn_abdul

Durian SS2 House, Sungei Pencala
Dulunya, Durian SS2 hanya popular sebagaiport untuk makan durian semata. Tetapi sekarang, cendol durian Musang king pun ada di sini dan menjadi menu yang dicari-cari oleh pengunjung. Selain daripada portioncendol duriannya yang ‘ikhlas’, kalau korang nak ‘belasah’ durian saja di sini pun boleh. Mereka ada menyediakan bufet durian ‘All-You-Can-Eat’ yang bermula daripada harga RM30/seorang hingga RM98/ seorang. Bergantung kepada jenis durian.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2019 11:45 AM | Show all posts

iced matcha green tea latte
My favourite






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni femes kat alor setar. Nasi lan kedah. Kat shah alam ada satu,  area pdg jawa. Dato siti mengidam nak mkn nasi lan ni, tok K naik flight mai beli.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni lagi sinonim.. Kalau kena panas2, merecik... Tapi kalau amal selama 10 tahun, silap2 kerat kaki.
(gambar ihsan google)

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2019 11:55 AM | Show all posts
fahdramli replied at 26-2-2019 10:50 AM
Yg ni femes kat alor setar. Nasi lan kedah. Kat shah alam ada satu,  area pdg jawa. Dato siti mengid ...

Wah. Kena cari ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2019 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Negeri Jelapang Padi ini sangat terkenal dengan sup utara dan masakan gulai. Di sebabkan Kedah juga berdekatan dengan Penang, jadi terdapat juga kedai-kedai yang menyediakan laksa utara. Disebabkan Langkawi merupakan tempat pelancongan yang sering dikunjungi terutama pada musim cuti sekolah, maka kami sediakan banyak pilihan tempat makan yang best di sekitar Pulau Langkawi.

Terdapat juga beberapa kedai makan best di Jitra, Kulim, Sungai Petani dan Alor Star yang kami senaraikan. Jom kita tengok, tempat makan mana yang menepati selera dan menarik perhatian anda.



#1 Wonderland Food Store
Wonderland Food Store
Imej via foursquare

Tempat ini sering sesak dengan pelanggan. Ini kerana ia terkenal sebagai lokasi yang menarik untuk makan makanan laut. Harga yang dikenakan pula berpatutan dan dianggap murah oleh kebanyakan pelanggannya. Namun, pelanggan sebenarnya lebih menyukainya kerana makanan yang dihidangkan lazat sampai ada yang sanggup datang berulang-kali. Hiasan kedainya amat ringkas tapi cukup selesa untuk menjamu selera. Sesuai jika anda datang dalam kumpulan. Antara menu yang mendapat pujian ialah Udang Kam Heong, Salted Egg Yolk Squid dan banyak lagi.



Alamat: 180, Persiaran Mutiara 2, Pusat Perdagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi

Waktu Operasi: Setiap hari (6pm – 11pm)



#2 Pia’s the Padi
Pia’s the Padi
Imej via foursquare

Suasana di sawah padi yang menjadi pemandangan restoran ini merupakan tarikan pertamanya. Ia juga sebab mengapa pelancong memilih untuk makan di sini di samping dapat merasai masakan Melayu atau tempatan. Keadaan di dalam restoran ini santai dan menenangkan, seperti berada di rumah. Ramai pelanggan yang memujinya. Ikan sambal dan rendang daging adalah antara masakan yang disukai pelanggan. Bagi ramai pelanggannya, ini adalah restoran terbaik di Langkawi.



Alamat: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi

Waktu Operasi: Setiap hari (12pm – 3pm, 6pm – 9pm)



#3 Sabai Dee Café

Sabai Dee Café
Imej via foursquare

Sabai Dee Café menghidangkan masakan Thai di restoran mereka. Jadi, ada Tom Yam, sotong kukus dengan jus limau, salad mangga dan banyak lagi masakan Thai dalam menu mereka. Makan di sini membuatkan pelanggan rasa seperti sedang makan di taman. Pepohon hijau yang menjadi hiasan restoran bukan sahaja mendamaikan, tapi juga sangat sesuai untuk mereka yang mahu berehat. Lebih-lebih lagi jika anda makan di bahagian luar. Ditambah pula dengan sungai yang mengalir tenang.



Alamat: KM 19.5, Jalan Wang Tepus, 06000 Jitra

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (6pm – 12am), ditutup pada hari Isnin



#4 Restoran Siti Fatimah
Restoran Siti Fatimah
Imej via foursquare

Restoran Siti Fatimah terletak di Kampung Mata Air dan berhampiran dengan Tok Senik Resort. Restoran ini dikelilingi pepohon hijau, lantas menjadikannya kelihatan redup dan aman. Restoran Siti Fatimah sering dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara. Ini kerana ia terkenal dengan pelbagai masakan Melayunya. Khabarnya ada kira-kira 70 jenis lauk-pauk di sini. Antara kesukaan pelanggan yang ke sini ialah aneka ikan bakar dan ayam goreng. Tarikan kepada pelanggan adalah harga makananannya yang murah selain sifat ramah kakitangannya.



Alamat: Batu 5 , Jalan Kampung Tok Senik, Kawasan Mata Air, Ulu Melaka, 07000 Langkawi

Waktu Operasi: Khamis – Selasa (7am – 5pm), ditutup pada hari Rabu.



#5 Yasmin Syrian Restaurant
Yasmin Syrian Restaurant
Imej via foursquare

Banyak restoran makanan Timur Tengah di Malaysia dan ini adalah salah satunya. Seperti mana kebiasaannya, kuantiti makanannya banyak dan sedap, ruang restoran yang luas dan selesa, serta layanan mesra pekerja-pekerjanya. Antara pilihan pelanggan adalah Shawarma, Mandi, dan aneka roti. Restoran Yasmin menerima kunjungan ramai pelancong asing dan mendapat komen yang bagus dari mereka. Namun, harganya boleh dikatakan agak mahal terutama kepada pelanggan tempatan. Mungkin kerana itulah ia terkenal di kalangan pelancong luar negara.




Alamat: Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi

Waktu Operasi: Setiap hari (12pm – 12am)



#6 My French Factory
My French Factory
Imej via foursquare

Jika anda mahukan sesuatu yang baru seperti makan makanan Perancis, jom datang ke My French Factory. Makanannya sedap dan dihidang dengan menarik sekali. Anda mesti cuba waffle dan crepe kerana pelanggan suka memujinya. Pelayan pula amat mesra pelanggan. Rata-rata pelanggan menyatakan keinginan untuk mengunjungi restoran ini sekali lagi apabila mereka kembali ke Langkawi. Walaupun begitu, saiz tempat ini tidak luas jadi datang dalam kumpulan besar mungkin bukan yang terbaik. Tapi, cubalah datang untuk melihat sendiri.



Alamat: Ground Floor of the Langgura Baron Resort, Jalan Pantai Cenang, 07000 Langkawi

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11am – 11pm), ditutup pada hari Jumaat



#7 Restoran Nasi Campur Top BBQ
Restoran Nasi Campur Top BBQ
Imej via foursquare

Ini semestinya pilhan pelanggan tempatan. Ia mungkin menghidangkan menu biasa-biasa tetapi amat dekat dengan citarasa orang kita. Banyak pilihan lauk-pauk kampung yang sedap untuk dipilih. Harganya pula amat berpatutan. Kerana itulah ia diserbu pelanggan terutama pada waktu tengah hari. Antara pilihan pelanggan ialah ikan bakar. Ikan BBQ juga antara yang menjadi kegemaran.



Alamat: 111, Persiaran Mutiara 2, Kuah, 07000 Langkawi



#8 Kaede Japanese Restaurant
Kaede Japanese Restaurant
Imej via foursquare

Bagi yang ingin makan atau cuba makan makanan Jepun, jom singgah di Kaede Japanese Restaurant. Menu di sini pelbagai dan sedap-sedap pula. Bagi sesetengah pelanggan, mereka menyukainya kerana ia restoran masakan Jepun yang ringkas dengan harga yang berpatutan. Tempatnya yang selesa menjadi pilihan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka makan di sini. Berbaloi untuk cuba makan di sini. Jika anda tak tahu nak makan apa, minta pelayan cadangkan untuk anda.



Alamat: 919, Jalan Sultan Badlishah, Alor Malai, 05000 Alor Setar

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (1145am – 330pm, 545pm – 940pm), ditutup pada hari Isnin.



#9 Kuah Town Seafood
Kuah Town Seafood
Imej via foursquare

Sebagaimana namanya, restoran ini menyediakan hidangan laut gaya masakan Cina. Tapi, jangan risau sebab ia halal dan anda akan mendapati ramai pelanggan muslim makan di sini. Kuah Town Seafood cemerlang dari segi mutu masakan, harga, kebersihan, keselesaan dan layanan mesra pekerja-pekerjanya. Pemiliknya iaitu seorang wanita turut dipuji pelanggan kerana kemesraannya. Restoran ini amat sesuai bagi mereka yang datang berkumpulan atau bersama-sama keluarga dan anak-anak.



Alamat: 33, Persiaran Dayang, Kuah, 07000 Langkawi

Waktu Operasi: Setiap hari (12pm – 3pm, 6pm – 11pm)



#10 Restoran Top D’ Gurun
Restoran Top D’ Gurun
Imej via foursquare

Ia terletak 1km dari Gunung Jerai. Restoran ini terkenal dengan hidangan masakan Melayu utara. Lauk-pauknya ringkas, termasuk ulam-ulaman dan daging salai brsama-sama air asam, namun amat disukai sesiapa sahaja yang mengunjunginya. Malah, ikan bawal gorengnya juga menjadi kesukaan pelanggan. Harga makanan di sini boleh dikatakan murah. Menurut ramai pelanggan, ini adalah antara restoran terbaik mereka pernah kunjungi. Lebih-lebih lagi apabila pelanggan boleh makan sambil duduk bersila di lantai.



Alamat: Depan Simpang 3, Guar Nenas, 08300 Gurun

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (830am – 530pm), ditutup pada hari Jumaat



#11 Akar Lima
Akar Lima
Imej via foursquare

Namanya cukup unik. Suasana kampung dan seperti di rumah pula amat santai dan menenangkan untuk mereka yang mahu menjamu selera. Selain tempat duduk di dalam premis, mereka juga turut menyediakan meja di luar agar pelanggan boleh makan berbumbungkan langit. Makanan yang disediakan adalah masakan tempatan dan Barat yang juga turut dipersembahkan dengan cantik. Mereka yang suka mengambil gambar makanan untuk Instagram mereka pasti akan menyukainya.



Alamat: Lorong Laksamana, Kampung Pas Tumpang, 09000 Kulim

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (12pm – 3pm, 5pm – 10pm), ditutuppada hari Isnin



#12 Overstepped Café Sejati
Overstepped Café Sejati
Imej via foursquare

BBQ Sticky Lamb Rib, Korean Spicy Lamb Rib, dan Bombay Chicken Chop adalah sebahagian menu yang anda boleh dapati di Overstepped Café. Makanannya sedap dan mengambil masa yang tidak lama untuk dapat pesanan kita. Harganya boleh tahan tapi anda boleh dapat potongan harga jika mendaftar sebagai ahli. Namun begitu, pelanggan rata-rata menyatakan yang harganya berbaloi dengan kelazatan makanan yang dipesan, suasana, dan layanan mesra yang diberikan.



Alamat: C97 & 98, Tingkat 1, Jalan Indah 2, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (12pm – 12am)



#13 Nasi Dagang Pak Malau
Nasi Dagang Pak Malau
Imej via foursquare

Makan nasi dagang dalam ketenangan suasana seperti di kampung halaman dengan pemandangan sawah padi menghijau terbentang luas. Masakannya sedap dengan hanya bahan-bahan yang segar digunakan bagi menjaga kualitinya. Pilih sahaja mana-mana di antara daging, ayam dan ikan untuk dijadikan lauk nasi dagang. Semuanya sedap. Harganya boleh dikatakan agak tinggi tetapi semua itu tidak menjauhkan pelanggan daripada mengunjunginya untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya.



Alamat: Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (8am – 2pm)



#14 No.8 Curry House
No8 Curry House
Imej via foursquare

Jika anda peminat kari, anda pasti teruja apabila mengetahui tentang tempat ini. Sudah tentulah kari kepala ikan menjadi antara hidangan kari yang menjadi pilihan pelanggan. Ditambah pula dengan hidangan sampingan lain seperti sayur-sayuran, cukup melengkapi hidangan anda. Ruang restoran pula luas dengan hiasan ringkas yang menarik dan selesa. Tak perlu cakap banyak. Anda mesti datang ke sini sendiri untuk mencuba dan memastikan jika kari mereka betul-betul menepati citarasa anda!



Alamat: 8A, Jalan Lumpur off Jalan Putra (Off Jalan Putra) 05100 Alor Setar

Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 3pm)



#15 German Food Corner
German Food Corner
Imej via tripadvisor

Siapa sangka ada restoran masakan Jerman di Malaysia dan ia terletak di Langkawi! Ramai pengunjung berpuas hati dengan masakan mereka. Malah ada yang mengatakan ia lebih sedap daripada masakan asli dari Jerman yang mereka pernah rasa. Ini mungkin kerana chef mereka yang memang berasal dari Jerman. Harga makanan pula amat berpatutan selain suasana dan lokasi sangat memuaskan. Apa dalam menu mereka? Bayangkan makanan barat dan selebihnya adalah untuk anda terokai sendiri di sana.



Alamat: Oriental Village, Cable Car, 07000 Langkawi

Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 8pm)



#16 Tanjung Tirai View Café
Tanjung Tirai View Café
Imej via foursquare

Ia terletak di tepi laut. Jadi, pemandangannya indah terutama ketika waktu senja. Tambahan pula ia dibuka lewat petang sehingga tengah malam. Jadi, ramai yang datang makan sambil melihat matahari terbenam walaupun hiasan kedai ini ringkas sahaja. Banyak pilihan hidangan makanan laut dengan gaya tempatan ada di sini. Masakannya sedap dan harganya murah. Itulah sebab mengapa ramai yang suka makan di Tanjung Tirai View Café. Jika keliru hendak makan apa, pelayan mereka boleh mengesyorkan hidangan terbaik untuk anda.



Alamat: GF11 & GF12, Kompleks Jeti Pelancongan Kuah, 07000 Langkawi

Waktu Operasi: Setiap hari (5pm – 12am)



#17 Nasi Lemak Haji Ali
Imej via foursquare
Imej via foursquare

Nasi Lemak Haji Ali sudah beroperasi kira-kira 50 tahun lamanya. Jadi, ia sudah memiliki reputasi yang bagus, sekurang-kurangnya di kalangan penduduk Kedah. Lauk yang paling terkenal untuk nasi lemaknya adalah ayam goreng. Mereka juga ada menyediakan beberapa jenis kuah untuk digandingkan dengan nasi lemak seperti kari dan kurma. Bersedia untuk beratur pada waktu puncak. Terpaksa menunggu tapi tetap berbaloi.



Alamat: Jalan Seberang Perak, Taman Pesisiran Tanjung Chali, 05050 Alor Setar

Waktu Operasi: Setiap hari (430pm – 230am)



#18 Alor Setar Breakfast Station
Alor Setar Breakfast Station
Imej via foursquare

Kecil dan ringkas. Gerai makan ini hanya dibuka bermula waktu bersarapan sehingga makan tengah hari. Sarapan mereka pula bukan setakat nasi lemak dan roti jala, tapi ada pilihan menu lain yang menarik. Oletto, contohnya, adalah hidangan yang sering mendapat pujian pelanggan. Oletto mengandungi sosej, keju dan telur yang dibalut dengan roti jala. Selain itu, mereka juga ada roti bakar bersama-sama telur, roti jala dengan sardine, hot dog bersos cili, barbeku, dan mayonnaise. Sebenarnya ada banyak lagi hidangan tapi anda perlu datang dan mencubanya sendiri.



Alamat: No.24, Batu 3, Jalan Langgar, 05460 Alor Setar

Waktu Operasi: Setiap hari (730am – 1230pm)



#19 D’ Madinah Corner
D’ Madinah Corner
Imej via foursquare

Ia terkenal dengan masakan barat. Uniknya, ia dihidangkan dalam talam. Harganya pula boleh dikatakan murah. Jadi, ramai yang datang ke sini bersama-sama dengan ahli keluarga mereka. Malah, D’ Madinah Corner turut menyediakan set untuk keluarga yang cukup untuk dimakan oleh 4 hingga 5 orang. Restoran ini bersih dan kemas selain mempunyai pekerja-pekerja yang mesra. Pendek kata, makan di sini menyenangkan hati.



Alamat: No.27, Taman Temusu, Padang Temusu, 08000 Sungai Petani

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (5pm – 12am)



#20 Laksa Penarak
Laksa Penarak
Imej via foursquare

Peminat laksa, jom makan laksa di Laksa Penarak. Menurut beberapa pelanggan mereka, ini adalah tempat yang menyediakan laksa terbaik di Langkawi. Suasana di sini amat santai dan bersih. Ia menarik pelanggan dari pelbagai tempat dan latar belakang. Kalau laksa bukan pilihan, mereka turut menyediakan hidangan tempatan yang lain seperti kuey tiaw Thai. Harga makanan di sini pula murah-murah. Jadi, tidak mustahillah ramai yang datang ke sini.



Alamat: No.24, Gerai Majlis Perbandaran Tasik Teluk Kedah, Jetty Point, 07000 Langkawi

Waktu Operasi: Khamis – Selasa (1230pm – 11pm)



Kesimpulan
Anda suka kedai makan yang mana? Atau anda ada cadangan tambahan lain? Jangan lupa untuk memberi cadangan tempat makan best di Kedah yang lain untuk kami masukkan dalam senarai ini.

Oh, yang penting jangan lupa share artikel ini ya.

Selain tempat makan best di Kedah, kami juga mempunyai artikel tempat makan menarik yang lain untuk anda baca.

Tempat Makan Best Di Sungai Petani
Tempat Makan Best Di Jitra

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2019 11:58 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 26-2-2019 11:15 AM

Rindu ni baq hang...laksa Penang...










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2019 12:05 PM | Show all posts
fahdramli replied at 26-2-2019 10:57 AM
Negeri Jelapang Padi ini sangat terkenal dengan sup utara dan masakan gulai. Di sebabkan Kedah juga  ...

Laksa Penarak
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 12:07 PM | Show all posts
tq mod seri for tag nnt i drop komen k
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 12:08 PM | Show all posts
seribulan replied at 26-2-2019 11:45 AM
iced matcha green tea latteMy favourite

iced matcha green latte di tengahari yg terik....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 12:14 PM | Show all posts
Edited by AlterEgo at 26-2-2019 12:16 PM



thank you for tagging momod @seribulan

tetiba teringat Bubuk Lambuk, antara menu "budaya" berbuka yang sought after

yang famous yang Masjid Jamek Kg Baru kan? ada versi/tempat lain bubur lambuk yang WOW ke?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2019 12:17 PM | Show all posts
AlterEgo replied at 26-2-2019 11:14 AM
thank you for tagging momod @seribulan

tetiba teringat Bubuk Lambuk, antara menu "budaya" be ...

Ala favourite ni, nak cari pasar malam nanti
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 26-2-2019 12:05 PM
Laksa Penarak

Langkawi tu kak mod, kg halaman iols.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2019 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
fahdramli replied at 26-2-2019 11:47 AM
Langkawi tu kak mod, kg halaman iols.

Ni tengah heboh feri terbakar kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2019 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 26-2-2019 11:07 AM
tq mod seri for tag nnt i drop komen k

Orait co-mod
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2019 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
AlterEgo replied at 26-2-2019 11:08 AM
iced matcha green latte di tengahari yg terik....

Sedapkan. Ni tadi minum jus oren sedap terik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 02:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 03:03 PM | Show all posts
lunch td budaya ais kacang lagi dah seminggu disebabkan cuaca agak panas....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 03:17 PM | Show all posts
ismaha replied at 26-2-2019 03:03 PM
lunch td budaya ais kacang lagi dah seminggu disebabkan cuaca agak panas....

apa ni is

pencemaran mata betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.204765 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list