View: 1963|Reply: 4
|
Lepas Beranak, Tinggal Bayi Atas Mangkuk Tandas Balai Polis
[Copy link]
|
|
Seorang wanita tergamak meninggalkan bayinya dalam bilik mandi balai polis sejurus selepas melahirkannya.
Dalam kejadian yang berlaku di balai polis Mueang Chiang Mai itu, pegawai-pegawai yang bekerja syif malam telah dimaklumkan oleh seorang tukang cuci.
Dia yang sedang mencuci bilik mandi di bangunan tersebut mendengar suara tangisan.
Foto: Khaosod
Bayi tersebut ditemui di atas penutup tandas dengan darah penuh di lantai.
Laporan Khaosod menyatakan bayi tersebut dilahirkan sejam sebelum ditemui.
Keadaanya sangat lemah dan suhu badannya rendah selain uri masih ada dibadannya ketika ditemui.
Foto: Khaosod
Ibunya masih belum ditemui dan bayi tersebut dikejarkan ke Hospital Maharaj Nakorn Chiang Mai.
Pihak berkuasa sedang meneliti rakaman CCTV dan telah mengenal pasti beberapa suspek yang berpotensi.
Namun sukar kerana terdapat acara yang berlangsung berhampiran balai dan orang awam banyak masuk ke situ untuk menggunakan tandas. -CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aduh....sedehnya sama naseb bayi tuh |
|
|
|
|
|
|
|
sian budak tu.............. |
|
|
|
|
|
|
|
dia nerves panik tula jadinye... |
|
|
|
|
|
|
|
nsb baik tak mati lg baby tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|