CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3728|Reply: 3

EDISI TERENGGANU : SMAASZA gemilang peringkat dunia

[Copy link]
Post time 26-2-2019 08:31 PM | Show all posts |Read mode

KUALA TERENGGANU 26 Feb. - Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) di sini bukan setakat cemerlang dalam akademik malah turut gemilang dalam pelbagai pertandingan termasuk peringkat antarabangsa sepanjang tahun lalu.

Antara kejayaan dicapai sekolah agama tertua di Terengganu itu, menjuarai Pertandingan Debat Bahasa Arab Terbuka Antarabangsa 2018 selain meraih beberapa anugerah termasuk pemidato terbaik dalam pertandingan itu.

Pertandingan debat itu berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama empat hari bermula 27 Julai lalu.

SMAASZA diwakili oleh Imran Sulaiman, Abdullah Hakim Mohd. Nasir dan Sharifah Nur Syakirah Syed Ubaidillah.

Sharifah Nur Syakirah dinobatkan sebagai pendebat terbaik pertandingan akhir, diikuti Imran sebagai pendebat terbaik keseluruhan serta Abdul Hakim sebagai pendebat ketiga terbaik keseluruhan.

Sharifah Nur Syakirah juga merupakan pendebat kelima terbaik keseluruhan.

SMAASZA juga menduduki tempat ketiga dalam pertandingan Debat Bahasa Arab Sekolah ASEAN di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) April lalu.

Selain itu, tiga pelajar sekolah berkenaan turut cemerlang apabila meraih satu anugerah utama, dua anugerah khas dan dua pingat emas dalam Inova 43rd International Invention Show di Zagreb, Croatia dari 4 hingga 17 November lalu.

Tiga pelajar itu ialah Ahmad Aliuddin Zulkifli, Ahmad Fakrul Ismail dan Nur Wadhihah Faisal.

Dalam pada itu, 23 pelajar bersama lapan guru pembimbing serta dua kakitangan SMAASZA yang telibat dalam penyertaan pelbagai program sepanjang 2018, hari ini diraikan dalam majlis Kesyukuran dan Kegemilangan SMAASZA 2018 yang berlangsung di sekolah itu.

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim.

Yang turut hadir, Pengetua SMAASZA, Engku Abdullah Engku Dalam Ahmad. - UTUSAN ONLINE




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2019 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah! Berbunga hati aunty, tumpang seronok!
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebatt...Tahniah ank2 pelajar..tahniah juga kpd semua semua guru2nya
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah cikgu2  yg rajin & students yang baik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.055385 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list