CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4444|Reply: 14

Cawangan Pertama Di Sabah Meriah, Jollibee Bakal Dibuka Di Semenanjung Malaysia

  [Copy link]
Post time 27-2-2019 12:28 AM | Show all posts |Read mode


Setelah membuka cawangan pertamanya di Kota Kinabalu, Sabah pada Disember 2018 yang lalu, kini warga semenanjung dapat merasa keenakan Jollibee apabila mereka bakal membuka 100 lagi cawangan di seluruh Malaysia.




Jollibee merupakan sebuah restoran cepat saji yang berasal dari Filipina. Berikutan sambutan yang menggalakkan, Ketua Pasaran Antarabangsa Jollibee Foods Corporation (JFC), Dennis Flores, usaha menambahkan cawangan di Malaysia merupakan salah satu langkah untuk jenama itu berada di lima senarai teratas restoran makanan segera terbaik dunia.
Sebanyak 100 outlet akan dibuka untuk tempoh 10 tahun itu merangkumi 50 outlet di Sabah dan Sarawak manakala 50 outlet lagi di semenanjung Malaysia.

Terdahulu, Jollibee pernah membuka cawangannya di Malaysia sekitar tahun  1990-an namun terpaksa ditutup kerana krisis kewangan 1997.
Kesemua cawangan Jollibee di Malaysia ini berlandaskan hukum syarak di mana, penyediaan makanan adalah bebas khinzir dan kesemua daging dan ayamnya datang dari sumber sembellihan yang mendapat pengiktirafan halal Malaysia.
JFC kini merupakan syarikat restoran ke-11 terbesar di dunia dan merupakan jenama makanan ringan paling berdaya saing di Brunei.
Apa yang menarik di Jollibee?
1. Ayam goreng rangup 'Chickenjoy'
2. Spaghetti sos tomato masam manis
3. Roti impit sosej
4. Yamburger untuk peminat burger sejati.
Sementara menunggu pembukaannya di semenanjung, jika anda berkunjung ke Kota Kinabalu, jangan lupa terus ke Centre Point untuk menikmati keenakan Jollibee.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2019 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
fastfood lg dan lg
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 03:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkn restoran laki nabila huda tadi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 08:51 AM | Show all posts
jolibee buka di sabah
chicken rice shop ada buka ke di manila?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak tatau pon Jolibi dah hada kat Sabah darul pelipin ini! Musti pelipin2 yang dok KK bangga khuenst!
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 27-2-2019 08:51 AM
jolibee buka di sabah
chicken rice shop ada buka ke di manila?

Jangan main2 dengan Jolibi hokeh! Kat Amereka pon depa mendunia!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2019 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeayyy. Sedap. Ayam dia juicy. Spaghetti pon sedap.  Aku fikir juga bila dia nak masuk malaysia. Di brunei dan singapore lama dah ada.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2019 03:03 AM | Show all posts
errrr tak pernah tau kewujudan...ketinggalan zamannya i
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2019 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 28-2-2019 09:25 AM
Yeayyy. Sedap. Ayam dia juicy. Spaghetti pon sedap.  Aku fikir juga bila dia nak masuk malaysia. Di  ...

I p manila aritu tgk jela kat power plant mall, ingin nak makan haha tapiiii tak dapat la kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 04:31 PM | Show all posts
jollibee ni cam sugarbun la asal dari sarawak n skang meollss tgok da ada cawangan kat johor..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2020 05:54 PM | Show all posts
chicozinn replied at 7-1-2020 04:31 PM
jollibee ni cam sugarbun la asal dari sarawak n skang meollss tgok da ada cawangan kat johor..

Sedap ke Jollibee ni if compared dgn kfc?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 09:54 AM | Show all posts
uda replied at 14-1-2020 05:54 PM
Sedap ke Jollibee ni if compared dgn kfc?

xpernah lagi makan jollibee tapi sugarbun bagi aku sedap lagi dari kfc..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan dah bukak. Rupanya artikel lama naik balik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 08:29 PM | Show all posts
aduh..igt kan dah bukak..bru nak pi try
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2020 05:37 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 27-2-2019 10:13 PM
Akak tatau pon Jolibi dah hada kat Sabah darul pelipin ini! Musti pelipin2 yang dok KK bangga khuens ...

Motip tak tau

Nampak 1 ja,  d center point.  Tmpt lain x tau..

Memang x masuk sini.  Kesian produk jenama asal malaysia tenggelam. X tahu la apa masalahnya. Adakah rakyat malaysia terlalu memilih,  atau masalah brand management?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.083041 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list