CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: noraidil_06

Poll: Lagenda Berdendang. Mana satu pilihan hati

  [Copy link]
Post time 2-3-2019 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts


Lagu ni.. berbunga2 ati dengar ehehe.. igt part tanjung katong sja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2019 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noraidil_06 at 3-3-2019 10:15 AM

Sambungan Azizah.

Begitulah hebatnya Azizah di dalam hidup P.Ramlee. Anak Azizah yang bernama Fatimah Embi adalah seorang guru yang bertugas di Johor Bahru menceritakan beliau secara tidak sengaja membongkar rahsia ibunya dan hubungkait ibunya dengan lagu Azizah ciptaan P.Ramlee.

Menurut Fatimah Embi, beliau terpaksa memujuk ibunya selama sebulan meminta persetujuan untuk berkongsi kisahnya dengan Berita Minggu ini kerana ibunya itu disifatkan sebagai seorang yang sangat tegas dan berdisiplin.

Fatimah Embi menyatakan juga melalui penceritaan ibunya yang ibunya tidak tahu  yang lagu Azizah itu telah dicipta oleh P.Ramlee untuknya. Wanita misteri yang bernama Azizah ini adalah anak golongan bangsawan dan keluarganya sangat disanjung dan dihormati di Pulau Pinang.

Gambar scene dr Penarek Becha.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2019 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan Azizah..

Dia anak bongsu lapan adik-beradik yang berketurunan Arab Pakistan yang menetap di Kampung Makam, Pulau Pinang. Azizah sering menjaja bunga sutera serata kampung melalui Jalan Senggora, Jalan Pahang, Jalan Siam, Jalan Patani, Jalan Kajang, Jalan Kuantan dan Kampung Jawa. Di Kampung Jawa itulah tempat P.Ramlee yang selalu kelihatan memetik gitar atau menggesek biola bersama rakan-rakannya.

YouTube lakonan semula adegan Penarek Becha.[youtube]PCvBIz1MdZ4[/youtube]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2019 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade lg sambungan citer zizah ni. Nanti i sambung ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2019 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noraidil_06 at 3-3-2019 10:14 AM

Sambungan Azizah...

Kadang-kadang Azizah sering terserempak dengan P.Ramlee yang menungang basikal tua. Setiap kali bersua, P.Ramlee akan mengukir senyuman manis padanya. Kadang-kadang Azizah diusiknya nakal.

Pada satu hari P.Ramlee telah memanggil Azizah, “Hei budak mari sini”. Azizah pergi menghampiri P.Ramlee. P.Ramlee bertanya, “Siapa nama kamu?”, Azizah menjawab sepatah dengan menyebut namanya. P.Ramlee terus berkata, “Besar nanti, kamu kawin dengan aku, nak?”. Azizah tersipu-sipu dan terus berlalu meninggalkan P.Ramlee. [youtube]-DR1Vqe-JBo[/youtube]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2019 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noraidil_06 at 3-3-2019 10:21 AM

Tanpa disedari oleh Azizah, dalam diam-diam P.Ramlee sangat menaruh hati dan memuja beliau. Tanpa diketahui oleh Azizah juga bahawa P.Ramlee telah cuba melamarnya melalui keluarganya sebanyak tiga kali. Tapi ketiga-tiga lamaran P.Ramlee telah ditolak oleh keluarga Azizah.

Semasa meningkat dewasa Azizah tidak lagi menjual bunga. Dia hanya berkurung dirumah kerana dikawal oleh keluarganya. Azizah diasuh oleh keluarganya dengan penuh disiplin supaya beliau menjaga nama baik keluarganya yang dipandang tinggi dan dihormati.

Azizah juga tidak berpeluang untuk bergaul dengan pemuda-pemuda kampung apa lagi hendak menjalinkan hubungan cinta. Malah Azizah menyerahkan bulat-bulat soal jodohnya kepada keluarganya.”[youtube]u6sTge1_fOs[/youtube]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-3-2019 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan Azizah...

Setelah P.Ramlee menjadi pelakon dan penyanyi yang popular pada awal tahun 1950-an. Azizah sangat meminati lagu-lagu nyanyian dan ciptaan P.Ramlee. Satu hari beliau telah mendengar lagu Azizah berkumandang di corong radio. Apabila beliau amati betul-betul bait-bait lirik lagu itu, nyatalah tepat mengenai dirinya – matanya bulat, rambutnya kerinting, hidung mancung. Azizah terkenang kembali kepada pemuda yang pernah mengusiknya dahulu yang ketika ini telah menjadi penyanyi dan pelakon sanjungan ramai. “Ya tidak salah lagu itu dirujuk kepada diriku, bisik hati kecilnya.”

Tetapi Azizah tidak pernah memikirkan dengan lebih jauh makna yang terkandung di dalam lagu itu.

[youtube]Sqm3x6KOop8[/youtube]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2019 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan Azizah...

Azizah hanya tahu tentang peminangan P.Ramlee ke atas dirinya hanya selepas seniman agung itu meninggal dunia. Itu pun secara kebetulan ketika beliau terserempak dengan rakan wanitanya ketika remaja dahulu di pasar. Rakannya itu mencuit Azizah dan berkata, “Eh, dah meninggal dia, ya?”. Azizah terpinga-pinga, “Siapa?” dia bertanya, kehairanan. “Eh, P.Ramlee-lah. Dulukan dia pernah masuk meminang kau. Tiga kali dia masuk meminang, semuanya ditolak,” jawabnya. Azizah menerima berita itu antara percaya dengan tidak. Bisik hati Azizah, “Mungkin ditakdirkan tidak ada jodoh.”

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2019 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu kekecewaan sy berkenaan dgn lagu Azizah, ramai yg tak ambik berat berkenaan lirik.

Kalau google, lirik Azizah p ramlee, akan keluar lirik yg dh diubah suai. Adoyai.

Lirik asal agak berbeza. Yg dinyanyikan semula telah diubahsuai utk music semasa itu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2019 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Lyrics
.Ready.

Rupa mu nan jelita
Gaya kamu nan manja
Membuat aku kini
Jadi tergoda
Siang jadi kenangan
Malam jadi impian
Kerana mu Azizah
Kerana mu Azizah

Mata mu bersinar
Cahayanya memancar
Kalbu ku berdebar
Baru kini digedung
Hati ku cinta berkobar
Oh Azizah

MUSIC

Putih kulit mu
Putih kulit mu
Pandang tak jemu
Manis senyum mu
Manis senyum mu
Mulia hati mu

Putih kulit mu
Putih kulit mu
Pandang tak jemu
Manis senyum mu
Manis senyum mu
Mulia hati mu

Kalau kau menjadi bunga
Biar ku jadi tangkainya
Asal kan dapat bersama dengan mu
Cinta dipadu
Oh Azizah

Kalau kau menjadi bunga
Biar ku jadi tangkainya
Asal kan dapat bersama dengan mu
Cinta dipadu
Oh Azizah


Ini lirik Azizah as in the film Penarek Becha
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 10:56 AM | Show all posts
voted....Malam Bulan Dipagar Bintang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by emelia1509 at 4-3-2019 06:44 PM

Sedih bila kenangkan tan sri p.ramlee ni..
Ntah la, sebak dada iols ni..


Hancur musnah impian mulia

*Btw iols dah vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 01:51 PM | Show all posts
Suka lagu ni

Isteriku cantik tapi garang
Aku dipaksa beli gelang (2X)

Gelang suasa balutan emas
Bawa pulang isteri hempas



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2019 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
aryllis replied at 5-3-2019 01:51 PM
Suka lagu ni

Isteriku cantik tapi garang

Eh x pernah dengar. Ni filem apa?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 02:26 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 5-3-2019 02:00 PM
Eh x pernah dengar. Ni filem apa?

Klu tk salah filem Sabarudin Tukang Kasut (1966)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2019 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
aryllis replied at 5-3-2019 02:26 PM
Klu tk salah filem Sabarudin Tukang Kasut (1966)

Sedap plak lagunya. Tq uols post
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2019 07:29 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 5-3-2019 02:50 PM
Sedap plak lagunya. Tq uols post

Melodi cantik tapi lirik alamakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Done vote...

Search Results
Knowledge result
Berkorban Apa Saja
Song by P. Ramlee

Berkorban Apa Saja (P. Ramlee)
2:22 · YouTube
LYRICS
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...
Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 11:56 PM | Show all posts
Done voting!!

P ramlee ni klu hidup lg mcmane la ye? mesti industri seni malaysia x sehaus dan sesendu sekarang kan? Banyak karya agung allahyarham evergreen x ditelan zaman. Bukan mcm karya org seni skrg.. popularnye hanya ikut musim..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.264546 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list