CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2564|Reply: 8

12 Penyanyi Bertopeng Di Rancangan Realiti Televisyen Nyanyian AS?

  [Copy link]
Post time 28-2-2019 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah rancangan realiti televisyen nyanyian di Amerika menggunakan format yang agak pelik, tetapi menarik. Mana tidaknya, cuba anda bayangkan, menyanyi dengan menggunakan kostum yang pelik. Ada yang menggunakan kostum nanas, merak, raksasa, lebah dan macam macam lagi. Yang menariknya, kesemua peserta pertandingan ini ialah artis-artis yang terkenal dalam pelbagai bidang seperti pelawak, penyanyi dan penulis.

Jumlah artis bagi pertandingan ini ialah 12 orang. Terdapat keseluruhannya 10 episod. Bagi setiap episod, sebahagian dari 12 peserta ini akan melalui pertandingan 1 lawan 1. Mereka boleh memilih apa apa sahaja lagu yang ingin mereka nyanyikan. Setelah selesai persembahan mereka, para juri dan penonton boleh mengundi secara live untuk menentukan siapa yang mereka pilih dan siapa pula yang mereka tidak pilih.




(Sumber Foto: FOX Broadcasting Company)








Di akhir setiap episod, artis yang mendapat undian yang paling rendah, akan dibincangkan oleh para juri untuk dikeluarkan . Mereka juga akan mendedahkan identiti sebenar mereka. Antara artis yang telah terkeluar dari rancangan ini, setakat hari ini ialah Tori Spelling, Margaret Cho, Terry Bradshaw, Tommy Chong dan Antonio Brown.


Malangnya, rancangan ini tidak boleh ditonton di televisyen Malaysia. Tetapi, anda boleh melihatnya secara online dengan melanggan rangkaian televisyen Hulu (berbayar). Salah seorang penganalisis rancangan televisyen, iaitu Emily Yahr dari The Washington Post, mengatakan bahawa rancangan ini adalah "salah satu dari rancangan realiti yang paling pelik pada masa ini".





(Sumber Foto: Michael Becker/ FOX Broadcasting Company)







Antara fakta menarik rancangan telivisyen ini ialah, gabungan kesemua 12 artis ini mempunyai 65 pencalonan Anugerah Grammy, 16 album multi Platinum, 16 pencalonan Emmy Award, 9 rancangan Broadway, 4 anugerah Super Bowl dan 4 bintang di Hollywood Walk Of Fame. Sememangnya mereka semua ialah orang - orang yang terkenal.


Rancangan ini diilhamkan berdasarkan format rancangan nyanyian di Korea Selatan bernama "King Of Mask Singer" yang dihasilkan oleh Mun Hwa Broadcasting Corp. Mana tahu, rancangan ini akan dibuat pula di Malaysia nanti. Apa agaknya nama rancangan itu nanti? Penulis rasa, nama  "Raja Penyanyi Bertopeng" mungkin boleh digunakan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2019 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
iols minat rancangan ni.. tapi tgk kat youtube jela.. terhibur sangat dgn peserta n judges
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 05:15 PM | Show all posts
Makin banyak rancangan sebegini dari Korea jadi ikutan diseluruh dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 05:29 PM | Show all posts
korea punya idea memang power2...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Creative betul lah orang2 Korea ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Beat tgok rancangan ni.selalu tgok korea ver.best kalau idol yg rasa mcm xboleh nyanyi tibe2 nyanyi best giler
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2019 09:33 AM | Show all posts
buapakperut replied at 28-2-2019 05:02 PM
iols minat rancangan ni.. tapi tgk kat youtube jela.. terhibur sangat dgn peserta n judges

cuba share link youtube tu. ade yng full episode ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
pai.kacang replied at 4-3-2019 01:33 AM
cuba share link youtube tu. ade yng full episode ke?

takde pulak full episode kat youtube. cuma performance pendek, sesi judge, clue2 dan reveal peserta. chuols nak version ape? yang korea iols tak tengok. yang amerika je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2019 02:38 PM | Show all posts
buapakperut replied at 4-3-2019 01:46 PM
takde pulak full episode kat youtube. cuma performance pendek, sesi judge, clue2 dan reveal pesert ...

yang us. td dah tgk.. memang jumpa yang pendek2 je. xde yang full version
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.064716 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list