CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7192|Reply: 27

Umur Aisyah RA

  [Copy link]
Post time 1-3-2019 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Umur Aisyah RA 16 tahun ketika berkahwin, dan 19 tahun ketika duduk bersama Baginda SAW




Umur Siti Khadijah RA 25 tahun sebaya dgn Baginda SAW ketika mereka berkahwin


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2019 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana lah boleh tersebar fakta salah psl umur.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 09:52 PM | Show all posts


Pendapat yang sangat analytical.  Walau macamanapun, hadith riwayat umur Aishah itu dari riwayat sahih Bukhari.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2019 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Chronologically proven?

Bak mai hadis Bukhari pasal umur Aisyah RA tu. Kita baca sundri. Seingat akak, cukup straight forward ayat hadis tu. Takda konar2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2019 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ibnur replied at 1-3-2019 09:52 PM
Pendapat yang sangat analytical.  Walau macamanapun, hadith riwayat umur Aishah itu dari riwayat ...

Iols xcakap sahih bukhari tu xbetul. Kite pn xtau siapa perawi perawi dan sanad sanad kot ade dari sumber tu dari imam syiah y terlepas pandang
Cuma permainan syiah ni sangat jahat dan banyak


Abu bakar peluk Islam masa Aisyah baru baligh. Umur Nabi SAW masatu 40 tahun
Umur plg awal baligh, 9 tahun

Nabi SAW bernikah dgn Aisyah RA masa umur dia 49 tahun
Agak tepat umur Aisya 18-19 tahun masa tu


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2019 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 1-3-2019 10:03 PM
Chronologically proven?

Bak mai hadis Bukhari pasal umur Aisyah RA tu. Kita baca sundri. Seingat  ...

Setau iols kalau dua hadis bercanggah, hadis lagi satu y meragukan tu terbatal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2019 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgr doc maza kata hadith nabi kawen aisya masa umur dia 6 tahun. 9tahun dh dok sama. Ada hadith lemah kata lebih kurang umur belasan tahun. What ever it is.. Aku terima org dulu2 nak nak lagi tahun ratusan masehi mmg kawen awal. Sekarang umur manusia makin pendek.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2019 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
weezerfan replied at 1-3-2019 11:09 PM
Dgr doc maza kata hadith nabi kawen aisya masa umur dia 6 tahun. 9tahun dh dok sama. Ada hadith lema ...


Kite ikut sirah nabi

Hadis ni berdasarkan perawi2. Ade y sahih malah beribu yang dusta. Y sahih pn entah2 ade dari wahabi atau syiah yang terlepas pndang

Kalu ikut urutan tahun ke tahun mcm post iols kt atas..agak xlogik aisyah umur 6-9 tahun masa kahwin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2019 04:13 PM | Show all posts
antara thread thread yg telah membicarakan soal umur Saidatina 'A'aisyah RA
https://mforum.cari.com.my/forum.php?
mod=viewthread&tid=243986&highlight=perihal%2Bumur%2Baisyah
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2019 04:17 PM | Show all posts
IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-127 : UMUR AISYAH RA
Details
Uploaded by Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub
Published: 23 November 2016



Soalan:
Berapakah umur Aisyah RA ketika mengahwini Nabi SAW ?


Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berdasarkan soalan di atas, isu usia Aisyah RA ketika mengahwini Rasulullah SAW telah menjadi satu polemik dalam kalangan masyarakat Islam khususnya. Ini kerana, terdapat sebahagian pihak yang mendapati setelah melakukan kajian terhadapa isu ini bahawa usia sebenar Aisyah RA ketika mengahwini Nabi SAW adalah enam belas tahun bukannya enam tahun. Sebelum kami membahaskan berkaitan umur sebenar Aisyah RA, suka bagi kami untuk nyatakan biografi ringkas salah seorang isteri Nabi SAW yang mulia dan merupakan salah seorang sahabat Nabi SAW yang banyak menghafal hadith-hadith daripada Rasulullah SAW.

Biografi Ringkas Aisyah RA
Ummu al-Mukminin Aisyah binti Abu Bakar al-Siddiq RA, beliau ialah puteri kepada khalifah pertama umat Islam. Kuniyyah beliau ialah Ummu Abdillah iaitu dengan nama anak saudaranya iaitu Abdullah bin Zubair. Beliau dilahirkan di Kota Mekah empat tahun sebelum Nabi Muhammad SAW dilantik sebagai Rasul dan beliau telah memeluk Islam ketika masih kecil.

Di samping itu, beliau merupakan antara isteri yang sangat disayangi dan dicintai  oleh baginda SAW sebagaimana diceritakan oleh Amr bin al-Asr RA:

Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW : “Siapakah manusia yang paling engkau kasih ? Rasulullah SAW menjawab : Aisyah RA. Aku bertanya lagi : Kalau dalam kalangan lelaki ? Rasulullah SAW menjawab : Ayahnya (Abu Bakar RA)”.

Selain itu, beliau merupakan salah seorang isteri Rasulullah SAW yang faqih, alim, cerdik dan banyak meriwayatkan hadith daripada Rasulullah SAW iaitu sebanyak 1210 hadith. Ini kerana, beliau juga merupakan tempat rujukan para sahabat RA yang besar dalam bertanya soalan berkaitan agama seperti fiqh, faraidh dan perkara-perkara yang berkaitan dengan amalan Rasulullah SAW ketika berada di dalam rumah. Hal ini diceritakan oleh Urwah bin Zubair RA:

“Aku tidak pernah melihat orang yang lebih faqih di dalam ilmu agama, perubatan dan syair berbanding Aisyah RA”.

Walaupun saidatina Aisyah RA memiliki ketinggian ilmu pengetahuan, beliau turut bersama-sama para sahabat yang lain memainkan peranan penting dalam proses pendidikan dan pembentukan masyarakat ketika itu. Rasulullah SAW wafat ketika usianya 18 tahun dan beliau hidup selepas kewafatan Baginda selama 40 tahun.

Antara kisah yang masyhur tentang Aisyah ialah kisah beliau dituduh melakukan zina dengan seorang sahabat bernama Safwan bin al-Mu‘attal al-Sulami selepas berlakunya perang bani al-Mustaliq. Kisah ini telah dirakam di dalam al-Qur’an :

إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ ۚ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan daripada dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar”. [An-Nur: 11]

Pujian Dan Kelebihan Aisyah RA
Antara Pujian Dan Kelebihan Aisyah RA adalah:

  • Atha’ RA telah berkata : “Aisyah RA adalah antara orang yang faqih, orang yang paling tahu tentang sesuatu perkara dan orang yang paling baik dalam memberi pendapat”.

  • Apabila Masruq RA berkata tentang Aisyah RA : “Telah berkata kepadaku as-Siddiqah anak kepada as-Siddiq, kekasih Rasulullah SAW yang dibebaskan daripada langit”.

  • Al-Zuhri RA telah berkata : “Jika dihimpunkan ilmu Aisyah RA dengan ilmu para isteri Nabi SAW dan ilmu wanita-wanita lain, nescaya ilmu Aisyah RA itu lebih baik”.

Kewafatan Aisyah RA
Aisyah RA meninggal dunia di kota Madinah pada tahun 57 hijrah. Beliau telah dimaqamkan di perkuburan al-Baqi’ selepas solat witir pada bulan ramadhan. Abu Hurairah RA telah menyembahyangkan jenazahnya yang ketika itu beliau adalah Gabenor di kota Madinah pada zaman pemerintahan Marwan bin al-Hakam. Dikatakan terdapat lima orang sahabat yang telah turun ke kubur Aisyah RA, mereka ialah Abdullah bin al-Zubair, Urwah bin al-Zubair, al-Qasim bin Muhammad, Abdullah bin Muhammad bin Abi Bakar dan Abdullah bin Abdulrahman bin Abi Bakar.

Matan Hadith
Setelah kita mengenali serba sedikit berkenaan latar belakang Aisyah RA, kami mulakan perbahasan berkaitan umur Aisyah RA ketika mengahwini Rasulullah SAW dengan mendatangkan beberapa hadith yang menceritakan akan hal tersebut. Antara hadith-hadith yang menceritakan berkaitan umur Aisyah RA adalah:

  • Diriwayatkan daripada Aisyah RA, bahawa beliau berkata:

تَزَوَّجَنِي رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْه وَسَلَّمَ لِسِتِّ سِنِيْنَ . وَبَنَى بِيْ وَأَنَا بِنْتُ تِسْعِ سِنِيْنَ
Maksudnya: “Rasulullah SAW telah menikahiku ketika umurku enam tahun dan baginda SAW telah bersamaku ketika umurku sembilan tahun”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 2547]

تَزَوَّجَنِي النَبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم وَأَنَا بِنْتُ سِتِّ سِنِيْنَ
Maksudnya: “Nabi SAW telah menikahiku ketika umurku enam tahun”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 3605]

تَزَوَّجَنِي وَأَنَا بِنْتُ سَبْعٍ أَوْ سِتٍّ
Maksudnya: “Telah menikahiku (Nabi SAW) ketika umurku tujuh atau enam (tahun)”. [Riwayat Abu Daud, no. Hadith 4285][Imam Abu Daud tidak memberi komentar terhadap hadith ini]

تَزَوَّجَنِي رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْه وَسَلَّمَ وَأَنَا بِنْتُ سِتٍّ ، وَدَخَلَ عَلَيَّ وَأَنَا بِنْتُ تِسْعِ سِنِيْنَ ، وَكُنْتُ أَلْعَبُ بِالْبَنَاتِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW telah menikahiku ketika umurku enam tahun dan baginda SAW telah bersamaku ketika umurku sembilan tahun dan ketika itu aku masih bermain-main dengan budak perempuan yang kecil”. [Riwayat al-Nasa’ie, no. Hadith 3325][Hadith ini dinilai sahih oleh Ibn Hibban di dalam Sahih Ibn Hibban]

Pendapat ulama’ berkaitan umur Aisyah RA ketika mengahwini Rasulullah SAW
Antara pendapat para ulama’ dalam masalah ini adalah:

  • Imam Ibn Kathir RA
“Rasulullah SAW telah mengahwini Aisyah RA tiga tahun selepas kematian Khadijah RA. Pada ketika itu umur Aisyah RA enam tahun dan Rasulullah SAW telah bersamanya ketika beliau berumur sembilan tahun”. [Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah, 3:161]

  • Imam Ibn al-Athir RA
“Rasulullah SAW telah mengahwini Aisyah RA dua tahun sebelum hijrah dan pada waktu itu Aisyah RA masih dara sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Ubaidah”. Dikatakan juga tiga tahun (sebelum hijrah). Telah berkata al-Zubair Rasulullah SAW telah mengahwini Aisyah RA tiga tahun selepas kematian Khadijah RA dan Khadijah RA telah wafat tiga tahun sebelum hijrah dan dikatakan empat tahun dan juga dikatakan lima tahun. Pada waktu itu, umur Aisyah RA adalah enam tahun ketika Rasulullah SAW mengahwininya  dan dikatakan tujuh tahun. Di samping itu, Rasulullah SAW telah bersamanya ketika Aisyah RA berumur sembilan tahun di Madinah”. [Lihat: Usd al-Ghabah, 7:205]

  • Imam Ibn Abd al-Bar RA
“Aisyah bin Abi Bakr al-Siddiq RA telah bernikah di Makkah sebelum daripada Saudah RA dan dikatakan selepas Saudah RA. Telah berlaku ijma’ bahawa Nabi SAW tidak bersama dengan Aisyah RA melainkan di Madinah, dikatakan pada tahun berlakunya hijrah dan dikatakan juga tahun kedua hijrah pada bulan Syawal. Pada ketika itu, umurnya adalah sembilan tahun dan ketika beliau dinikahi umurnya adalah enam tahun dan dikatakan tujuh tahun”. [Lihat: al-Isti’ab, 1:44]

  • Imam al-Zahabi RA
“Nabi SAW telah mengahwini Aisyah RA sebelum baginda SAW berhijrah selepas kewafatan Khadijah binti Khuwailid RA. Ia berlaku lebih kurang sepuluh bulan sebelum hijrah dan dikatakan dua tahun (sebelum hijrah). Baginda SAW telah bersamanya pada bulan Syawal tahun kedua selepas pulang daripada perang Badar dan pada ketika itu umur Aisyah RA sembilan tahun”. [Lihat: Siyar al-A’lam al-Nubala’, 2:136]

Hujah Para Ulama’ Yang Mengatakan Bahawa Aisyah RA Mengahwini Rasulullah SAW Ketika Berusia Enam Tahun Atau Tujuh Tahun

Antara hujah para ulama’ adalah:

  • Hadith yang menceritakan berkaitan umur Aisyah RA ini terdapat di dalam Sahihayn iaitu Sahih al-Bukhari dan Muslim yang telah disepakati oleh umat Islam akan kesahihan kedua buah kitab tersebut.

  • Hadith ini mempunyai jalur-jalur yang lain dan ia (hadith) bukan datang daripada Hisyam bin Urwah sahaja dan juga bukan datang melalui jalur orang Iraq sahaja sebagaimana yang didakwa oleh sebahagian pihak.

  • Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Nasaie, Aisyah RA menceritakan bahawa “aku masih bermain-main dengan budak perempuan yang kecil”. Ini menunjukkan bahawa pada ketika itu, usia Aisyah RA masih kecil.

  • Di dalam kitab-kitab sejarah yang besar seperti al-Bidayah wa al-Nihayah, al-Isti’ab fi Ma’rifah al-Ashab, Usd al-Ghabah, Siyar al-A’lam al-Nubala’ dan lain-lain lagi menyatakan bahawa usia Aisyah RA ketika mengahwini Nabi SAW adalah enam tahun seperti yang kami nyatakan di atas.

  • Riwayat ini diceritakan sendiri oleh Aisyah RA dan bukannya daripada orang lain. Ini kerana, Aisyah RA yang lebih tahu akan dirinya berbanding orang lain.

Tarjih
Setelah kami melihat dan menekuni pendapat para ulama’ dalam masalah ini, kami lebih cenderung untuk mengatakan bahawa Aisyah RA telah dikahwini oleh baginda Rasulullah SAW ketika berumur enam atau tujuh tahun berdasarkan hadith-hadith yang terdapat di dalam Sahihayn (al-Bukhari dan Muslim) dan juga di dalam al-Sunan al-Arba’ah. Di samping itu, beliau telah bersama dengan Rasulullah SAW ketika berumur sembilan. Ini kerana, perkahwinan di usia yang muda bukanlah merupakan perkara atau tradisi yang ganjil pada waktu itu. Jika benar Rasulullah SAW telah melakukan perkara yang dianggap melanggar adat, tradisi dan suasana pada waktu itu, nescaya Rasulullah SAW akan dihina dan dikeji oleh masyarakat dan kaum mushrikin pada waktu itu disebabkan perbuatan baginda SAW.

Penutup
Kesimpulannya, polemik berkaitan usia Aisyah RA ketika mengahwini Rasulullah SAW muncul pada zaman mutaakhir ini. Tambahan pula, bagaimana kita ingin menolak sesuatu riwayat atau hadith yang terdapat di dalam dua buah kitab yang telah menjadi ijma’ umat Islam bahawa tidak ada selepas al-Quran kitab yang paling sahih melainkan Sahih al-Bukharidan juga Sahih Muslim. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama dan seterusnya melayakkan kita untuk mendapat syurga Allah SWT. Amin.

Wallahua’lam



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2019 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 2-3-2019 04:17 PM
IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-127 : UMUR AISYAH RA
Details
Uploaded by Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayo ...


Iols dj baca y ni..tp contradict dgn hadis bukhari ttg aisyah bgtau ayahnya abu bakar memeluk Islam ketika dia mula baligh.

Kita sedia maklum selepas 9 tahun abu bakar memeluk Islam barulah aisyah berkahwin dgn Baginda saw

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2019 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih atas thread yang bagus ini. I like
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2019 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 2-3-2019 04:13 PM
antara thread thread yg telah membicarakan soal umur Saidatina 'A'aisyah RA
https://mforum.cari.co ...

Thread sana xmembincangkan umur mengikut kajiaan terkini ulama. Hnya "xde kejutan pn org dlu2 kawen umur 9 tahun"

Just kajian dan penakulan ulama y baru ni, agak sukar disangkal
Sedangkan kita hnya pegang dn percaya 3-4 hadis bukhari mengenai umur aisyah bernikah

Tapi kite menidakkan timeline usia Rasulullah saw dalam peristiwa2 Islam, dimana umur aisyah juga ditunjukkn dalam peristiwa2 tersebut

Simple math..dan ade hadis y bercanggah dgn hadis lain dalam kitab y sama, jika kita buat pengiraan umur

Perbincangan ni y kite nk bg pencerahan..
Hadis bukhari adalah sahih, dan dikumpul dari pelbagai perawi hadis
Kite pn xtau kalau ade unsur syiah berjaya lepas dlm hadis bukhari kerana zaman dlu hadis palsu beribu ribu kiraannya

Mohon jgn salah faham..iol masih pegang hadis bukhari keseluruhannya adalah sahih, walau tidak satu dua hadis kerana itu hnya pendapat iols y cetek, contohnya kisah umur ni

Harap momod bole tgk sape y kaji ttg umur aisyah ni, mcm y iols paste kt first komen
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2019 05:22 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 2-3-2019 05:34 PM

sebenarnya nak memahami  usia perkahwinan Saidatina A'aisyah RA dengan Nabi Muhammad saw ni tak banyak masalah sebab ada sumber sahih yg diriwayatkan oleh hadis sahih  yg di atas.
Dan tak ada apapun isu nak menerima hadis itu  : sebab disahihkan oleh Bukhari dan imam Bukhari ni memang berauthority dalam mengkaji hadis sahih dan kita hormati dan akui authoritynya.beliau ade justifikasi, persoalannya kita sendiri dah dapati justifikasi beliau?

Ulama hadis zaman dulu lebih dekat dengan sumber hadis dalam memahami hadis hadis berbanding ulama moden sekarang yg kita ketahui dalam realiti di luar dikatakan pakar hadis. kita pun belum pelajari tentang hadis dan bagaimana kita boleh terus bersoal tentang kredibiliti imam Bukhari?

adil ke sebegitu, tidak , bukan? kita masih belum tahu justifikasi Imam Biukhari yg sahihkan hadis itu.

Ini Imam Bukhari dan cara hidup dan authority beliau memang diakui dan hanya mereka yag layak dan berilmu dengan ilmu berkenaan hadis  yang layak membincangkan soal kesahihan hadis2 ini. sebab depa tahu aspek mana nak dibincangkan.


okay now tang hadis sahih Bukhari  tentang perkahwinan Aisyah - ni ada yg kata Anas bin Malik tak sahihkan hadis itu atas alasan Hisyam bin Urwah ni pada ketika itu sudah tua dan telah tinggal di Kufah , Iraq setelah beliau ni berpindah dari Madinah.
So , ada sumber  yg kata Anas bin Malik ni tak sahihkan sumber ini
dan lagi satu tetakut sumber ini dicemari elemn syiah
kita sedia maklum yg syiah memusuhi  sahabat nabi dan tak suka pun aisyah.



okay now : masalahnya bukan usia sebenar tu jadi hal dan bukan soal sangat pun si Rasulullah saw ( tu rasul tu - the perfect man yg nak kahwini wanita wanita yg secara  automatic masuk syurga tu dan wanita ini tak boleh dikahwini lelaki lain dah )  tapi hal ini dijadikan modal untuk banter hentam cerca rasulullah saw oleh golongan  tertentu - terutamanya  yg human rights atau liberal yg tak nak terima konsep - kerasulan, kenabian dan  penerimaan yg rasulullah saw itu adalah insan yg istimewa = sebab ada banyak lagi tentang rasulullah perihal diri baginda saw dan segalanya yg kita tak tahu dan di mana ini dikupas  dalam kitab 2   bagaimana baginda ni special amat rehad untukpublic access...so masalah dengan pemikiran sekular ini ialah mereka tidak berkongsi pandangan alam atau world view  atau cara org Islam seperti kita melihat realiti dan kebenaran baginda saw yg merentasi batas geografi dan masa. dan ada kalangan mereka akan menggunakan ini against Islam. jadi hal ini jadi isu pulak zaman sekarang.

juga

jadi....akan juga wujud golongan yg berusaha untuk membersihkan rasulullah saw dari cercaan dan fitnah di atas maka lahirlah golonga yg cuba kaji balik hadis2 ni - dan ini ada pros and cons - satunya ialah adalah dalam menjustifikasi sesuatu itu , contohnya hadis hadis itu dikaji balik secara tak langsung kita menyah authority imam imam besar yg kita sendiri pun tak tahu justifikasi mereka mensahihkan hadis itu ? kita kena tahu justifikasi imam bukhari dulu then baru adil, dan kena juga tahu bagaimana diskusi hormat kritis dalam mempersoalkan hadis sahih si A dengan si B dan si C.

kita tak tahu secara jelas pun status hadis hisyam tu pada imam malik .


so - dalam bab perkahwinan siti aisyah RA dan Rasulullah saw - apa yg kita org Islam patut iktikad dan faham ( ini lebih penting dari  soal sumber hadis , authority siapa perawi yg lebih sahih dalam hal ini ) ialah rasulullah saw adalah manusia istimewa dan pengalaman  kerasulan baginda dan baginda terima ilmu itu pun istimewa - konsep tanzil  ni - elemen tanzil ni penting difahami . Ini sangat penting . jadi tak jadi soal manusia yg bernama muhammad bin abdulllah ni yg mana akhlaknya AL Quran ini mengahwini si wanita bijak seperti ini. Aisyah pun tak didera atau ditindas secara fizikal , emosi dan seksual pun dan personaliti Aisyah dalam mana konteks sirah tak menunjukkan personaliti abused lady pun ( nauzubillah ) .

so bagaimana kita nak  tanggapi hal ini ?

ini tidak dapat tidak bergantung pada sejauh mana kita ni umat Islam

fahami - ilmu, dan jenis ilmu

apa ilmu tanzil / pengenalan dan ilmu ilmu

apa yg dikatakan authority ilmu dan apa yg dikatakan  ilmu itu

adakah kita dari golongan yg TERIMA sahaja apa yg  kita tengok demgar di mana mana media sosial?asalkan imam itu ini dan dia kata itu ini maknanya ia betul



saya ketika membicarakan hal ini di CI atau d board RSF , terus terang saya katakan saya akan menyatakan hadis ini dan pendpaat imam Malik ttg hads ini  tapi kan implikasi negatif yg timbul ialah  tyanpa saya sedar ialah apa yg dinamakan  intellectual relativisme . Imam Malik berhak atas ilmu dan kapasiti yg sekufu dalam soal ini berijtihad  dan beliau berilmu. so tak pa kalau depa nak debate sesama depa.

but now bila saya fahami adab dan ilmu dan konsep authority maka saya nak  katakan bahawa mereka  yg mensahihkan dan yg mempunyai reserved opinion about the hadis mempunyai justifikasi memasing. yg penting

APA SEBEBANRNYA IMPACT kita as muslim  dalam hal ini?

nak jawab - kenalilah baginda as the PERFECT MAN , tuntutlah ilmu  yg bermanfaat , hadiri acara ilmu atau kelas kelas ilmu dari  pandangan alam islam hingga ke faham makna agama dan ilmu.

carilah sumber sumber ilmu dari mereka yg berilmu dan expert  yg kita yakini siapa guru dan background mereka.








Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2019 05:29 PM | Show all posts
ibnur replied at 1-3-2019 09:52 PM
Pendapat yang sangat analytical.  Walau macamanapun, hadith riwayat umur Aishah itu dari riwayat ...

sebenarnya  timbulnya usaha yg dikatakan '  pemurnian '  usia ni sebab polemik hujahan tentang perkahwinan rasulullah saw  dengan A'Aisyah dengan rasulullah saw dan ada golongan yg justifigy begini. even umur Siti Khadijah pun ada dah hujahan sedemikian dalam perihalan usia kahdiajah dan nabi Muhammad saw.

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2019 10:07 PM | Show all posts
isu ni isu lama sejak ratusan tahun dulu, SYIAH WAHABI nak melemahkan Islam
mereka target para sahabat dan istri2 nabi yg memegang sumber ilmu dr warisan nabi saw
maka mereka mencela dan memburukkan serta melemah lemahkan sumber2 hadis

hadis nabi saw ada rukun mempelajari dari mursid2 yg sampai tali sanad pd nabi sahabat
orang sekarang dah keliru bila kebanyakan rekod2 hadis , ada beberapa hal yg tak dpt dijelaskan dgn sumber ilmu dan akal...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2019 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya takdak fakta nak beri. Tp bila bersembang dgn mak ttg umur siti khadijah dan aisyah semasa berkahwin dgn rasulullalah saw, satu je soalan mak sy kata, takkan la ustaz mak, ustaz tok hang duk cerita dari dulu salah kut?
Sy pun terfikir, semenjak adanya teknologi penyebaran ilmu di hujung jari dan bukannya pergi merantau mencari ilmu, makin byk fakta fakta sejarah agama yg kita belajar dari dulu dipersoal.
Teringat kisah sahabat yg merantau berbulan bulan hanya untuk dapat satu hadis sohih.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2019 11:36 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 1-3-2019 08:08 PM
Macam mana lah boleh tersebar fakta salah psl umur.

Yang ni kajian oleh orang yang terkemudian, berdasarkan beberapa hujjah yang dipegang.
Dalam isu akademik, berdasarkan kajian-kajian dari sumber yang berbeza boleh timbul perbezaan kesimpulan.

Isu umur 'Aisyah RA merupakan isu akademik. Bila timbul perbezaan pendapat, kita lihat hujjah mana yang lebih kuat. Dalam isu akademik, adalah lumrah dan kebiasaan timbul beza pendapat dan 'school of thoughts'

Dalam Islam, bukan nombor umur yang dijadikan had kemestian (dalam berhukum isu nikah), akan tetapi dari segi kematangan. Cumanya pada zaman sekarang dah jadi norma ditetapkan berdasarkan had umur, maka timbul isu ini.

Cuba google the 'youngest mother', adakah setiap masa dan keadaan boleh ditetapkan had umur kematangan setiap orang tu sama? Sudah tentu tidak.

Samada umur 'Aisyah RA 9 atau 19 tahun ketika hidup bersama Rasulullah SAW, ia tak menjadi isu yang besar, apabila sudah mencapai umur matang (baligh). Ia hanya menjadi isu bagi pihak yang anti-Islam dan nak memburuk-burukkan Islam...

WAllahu a'lam





Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 01:03 PM | Show all posts
mnm77 replied at 3-3-2019 11:36 PM
Yang ni kajian oleh orang yang terkemudian, berdasarkan beberapa hujjah yang dipegang.
Dalam isu  ...

Setuju.

Kalau umur perkahwinan Aisyah jadi isu masa zaman dia berkahwin dengan Rasulullah, lagi teruk benda ni dijadikan modal untuk menghina Rasulullah waktu tu. Sahabat-sahabat tak persoal pun. In fact saya pernah tanya tentang sahabat-sahabat lain yg berkahwin pada umur seperti Aisyah, jawabnya ada. Tp say lupa lah pulak...

Jadi, kita boleh deduct, umur ni normal untuk berkahwin pada zaman tersebut. Sekarang je kecoh terlebih.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 02:42 PM | Show all posts
baulu replied at 5-3-2019 01:03 PM
Setuju.

Kalau umur perkahwinan Aisyah jadi isu masa zaman dia berkahwin dengan Rasulullah, lagi ...

Bahkan pihak yang anti-Islam zaman Rasulullah SAW pun tak guna isu umur ni, sedangkan mereka buat fitnah macam-macam terhadap Nabi...


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.270341 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list