CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6341|Reply: 46

Zalim atau menzalimi

[Copy link]
Post time 4-3-2019 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ada diantara kita masih belum sedar yg kita pernah atau sedang menzalimi diri sendiri

Cth:

1.sanggup tak makan semata2 nak jaga body (diet)  
2.terlalu ikut perasaan... Perut kosong tapi tapi tak de selera nak makan.. Terus tak makan
3.kerja terlalu kuat sehingga mengabaikan makan minum dan keperluan utk badan
4.melakukan 1 perkara wlpon sudah tahu risikonya sangat tinggi demi nak cantik seperti ambil ubat2 terlarang..
5.membuat aktiviti yg berat wlpun diluar kemampuan diri kononya nak dpt body yg lawa
6.demi cinta sejati... Wlpun keadaan tidak sihat, perlukan rehat yg secukupnya.. Tapi bila pakwe/awek ajak dating... On jugak
7.sengaja berjaga tidak tidur semata2 layan chat dgn pasangan.. Wlpun dia tahu tubuh badan manusia perlukan tidur yg cukup...

Ini beberapa contoh.... Kalau ada cth2 yg lain forumer boleh ketengahkan... Mungkin apa yg berlaku didalam sedar atau tidak sedar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2019 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Makan itu penting hahahha...
Bila rasa terlebih berat, kurangkan portion mkn
Enjoy exercise etc..
Istilah menzalimi diri sendiri??
Bila sy korbankan masa utk yg tersayang...
Sy korbankan rehat sy asalkan org tersayang happy..


Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Err....Pokchik dizalimi emosi dan lebih lebih lagi fizikal oleh isteri isteri

Hanya tenang semasa berada dalam tandas sambil baca Kosmo atau Harian Metro

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 11:42 AM | Show all posts
farlis replied at 4-3-2019 11:15 AM
Makan itu penting hahahha...
Bila rasa terlebih berat, kurangkan portion mkn
Enjoy exercise etc.. ...

Sanggup korban apa saja utk yg tersayang selagi Dia Tak sound tambah sorang lagi...kheuun?

Kahkahkhkah
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 11:45 AM | Show all posts
PristineOne replied at 4-3-2019 11:40 AM
Err....Pokchik dizalimi emosi dan lebih lebih lagi fizikal oleh isteri isteri

Hanya tenang semasa ...

bukan kau dapat tenang bila waktu bini kau pula 'dizalimi fizikalnya' oleh jantan lain?
Kahkahkahkahkah



Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Mai dah....
Hahahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2019 11:51 AM | Show all posts


wow yg no 2 tu so truth...saya sendiri ada insan tersyg sebegitu sampai
skali dia sakit, muntah2 sampai 7,8 plastik beg
dan...badan mudah masuk angin
bukan senang nak jaga istri dan kebahgiaan rumahtangga
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
no 2 tu biasa sgt. perasaan haru biru..terus jd kenyang. mood pon down.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2019 12:14 PM | Show all posts
ada spital dan doktor tp pilih nak beranak di rumah sendiri

ada pilihan utk vaksin tp tolak...tambah risiko utk penyakit bahaya

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 12:36 PM | Show all posts
lapa ni nk lunch lah

kalo x lunch nti di anggap menzalimi diri
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 12:39 PM | Show all posts
Bila Rindu... tapi simpan je dalam hati

Tu pun menzalimi diri sendiri kan...

#Pergilahengkaupergi
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 02:16 PM | Show all posts
stingerskip replied at 4-3-2019 11:42 AM
Sanggup korban apa saja utk yg tersayang selagi Dia Tak sound tambah sorang lagi...kheuun?

Kahk ...

aku byk yang tersayang... bkn nk hadap laki ja punn
anak2 aku pun org tersayanggg juga..
mak bapak aku lagi..

sian ko stinggggg.. xde org syg ko atau ko pun x reti syg org
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2019 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
e.gurl replied at 4-3-2019 12:39 PM
Bila Rindu... tapi simpan je dalam hati

Tu pun menzalimi diri sendiri kan...

Hahahaha... Salah satu dripdnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2019 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
IKLAN JAP...


How BEDROOM smells after MARRIAGE:
First 3 years....
Perfumes, Flowers,
Chocolate,
Fruits...


After 3 years....
Baby Powder, Johnson's Cream and Lotions,
Baby Oils....


After 15 years....
Tiger balm, axe oil, methylsalicilate ointment
Vicks,


After 40 years....
Spiritual books, watching Tv alone


Four stages of marriage:
Mad for each other,
Made for each other,
Mad at each other &
Mad because of each other


What's Marriage?
Answer- MARRIAGE Is The 7th Sense of Humans, that Destroys All The Six Senses and Makes The Person NON Sense..!


Definition Of Happy Couple -
HE Does What SHE Wants…
SHE Does What SHE Wants


Wife: Dear, this computer is not working as per my command....

Husband:
Exactly darling! its a computer, not a Husband..!!


'Laughing At Your Own Mistakes, Can Lengthen Your Life."
- Shakespeare

"Laughing At your Wife's Mistakes, can SHORTEN your Life...."
- Shakespeare's Wife

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 03:20 PM | Show all posts
Ntah la.. sometimes, i know what i did menzalimi diri.
Tapi, when it comes to your love one, i feel like it is worth it..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedar tgh bersama org yg salah tp hati lembut selalu berkorban..ye mmg bodoh..semoga Allah bg jln
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2019 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ZALIM. Perkataan ini jika didengar sekali lalu mungkin agak berat untuk diterima.

Apa itu zalim?

Zalim bermaksud meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya. Atau dalam makna yang mudah difahami zalim itu bilamana kita melakukan sesuatu yang menganiaya diri sendiri dan juga orang lain.

Dalam satu kelas pengajian tafsir Al-Quran yang sempat saya hadiri, ustazah menceritakan tentang keadaan Nabi Adam. Apa yang menyebabkan Baginda diturunkan ke bumi sedangkan pada awalnya Baginda dan Hawa menikmati indahnya suasana hidup di dalam syurga.



Menyingkap firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 35 dan 36 yang bermaksud:

“Dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggallah Engkau dan isterimu di dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim”.

“Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: ‘Turunlah kamu! sebahagian daripada kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)’.”

Dalam ayat ke 35, Allah telah berpesan supaya Nabi Adam tinggal di dalam syurga serta mengambil nikmat yang Allah kurniakan darinya hanyasanya jangan mendekati pokok khuldi.

Tetapi atas godaan daripada iblis yang dengki maka Nabi Adam terpedaya lalu jadilah dia daripada orang yang menzalimi diri sendiri, yakni orang yang melakukan sesuatu perbuatan yang menganiaya diri sendiri serta orang lain.

Begitu juga keadaannya dengan apa yang berlaku ke atas Nabi Allah Yunus ‘alaihissalam, ketikamana Baginda lari dari umatnya akibat rasa putus asa atas keengganan mereka beriman kepada Allah sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah dalam surah al-Anbiya’ ayat 87 yang bermaksud:



“Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) Dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: ‘Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya Aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri’.”

Setelah Baginda membawa diri, ditakdirkan Allah bahawa Baginda ditelan ikan paus sebagai pengajaran di atas tindakannya yang meninggalkan kaumnya. Baginda terperangkap di dalam perut si ikan paus dan akibat peristiwa itu sedarlah Baginda bahawa Baginda sedang mendapat peringatan daripada Allah.

Saat itu, Baginda tidak henti mengungkapkan tasbih dan berdoa kepada Allah sebagaimana yang dirakamkan dalam surah Al-Anbiya’ ayat 87 yang bermaksud:

“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya Aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”



Sehinggalah tiba waktu yang ditetapkan Allah, Baginda kembali ke daratan sebagaimana yang dirakamkan dalam surah as-Shaffat ayat 145 sehingga 148 yang bermaksud:

“Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit.”

“Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.”
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 01:36 AM | Show all posts
Aku pernah menzalimi seseorang.

Pada satu ketika, selepas habis sekolah menengah aku lepak kampung.
Aku byk kawan kat kampung pada masa tu lah. Skrng ni aku tak rmai kawan
sbb tu aku byk habiskan masa sorang diri. Yela, sapa nak kawan dgn orng yg miskin
tak berharta mcm aku ni. Bila rancang nak gi bercuti je mesti kene tinggal sbb diorng
tknak support aku. Aku pun tak harap sgt duit diorng tpi dah kata kawan sejati.
Belanja lah. Sebelum ni pergi bercuti boleh je belanja. Takkan kali ke-4 tak boleh?
Ok. Just alil bit of rant. Patah balik.
...
Kehidupan dekat kampung ni lain mcm. Sebab? Perhubungan antara jiran lebih akrab.
Makcik tu dgar suara je dah tau kau anak siapa. *hiperbola*
Nak dijadikan cerita. *cerita yng di ada-ada kan*
Kat hujung kampung (lebih kurang 2km) dari rumah nenek, adalah satu masjid.
Depan sikit dari masjid tu ada sebuah rumah. Haa, itu rumah ex aku.
Aku cari awek kat area kampung je, sbb taste diorang low sikit dari perempuan bandar.
Aku yg tak handsome pun diorng nmpak ok. Ini zaman dulu, zaman skrng penilaian diorng
dah upgrade.
...
Mcm mana boleh kenal? Aku pun lupa. Tapi yg pasti aku slalu la jual minyak depan
rumah dia. Naik basikal je masa tu. Haa! Tak silap... Aku tnya spupu aku nombor telefon
budak perempuan tu. Rasanya lah. Tak berapa ingat sgt. Aku pun meng-ayat lah si dia.
Masa tu melalui mesej je guna handset nokia. Yang polifonik tau, bukan mono.
Nak jumpa takut kena hambat dan lagi satu, kat kampung ni cerita cepat tersebar.
Klau kau kantoi dating, kau tunggu. Sejam lepastu motor mak dia ada depan rumah.
Bagi laporan dekat nenek aku. Wuuuuu, malu. Jadi aku ambil langkah berjaga-jaga.
...
Tak lama pun nak ayat walaupun aku ni tak brapa handsome dan suara tak sedap,
berbekalkan hotlink aktif 5/10... Setiap malam aku bergayut. Tak silap aku time tu
ada plan rm1 utk sejam call.. ke mcm mana entah plan dia. Lupa... Yang penting lepas
jam 12 mmg masa utk bergayut (time tu cuti sekolah panjang,btw).
Dlam 4-5 hari tu kami pun berpacaran. Port jumpa pun dekat kedai runcit.
Mana lagi nak jmpa. Beli aiskrim pong, sembang sembang. Aiskrim habis kami pun pulang.
...
Bila cuti skolah dah nak tamat, aku pun meninggalkan kampung. Tentulah rasa sedih.
Bukan dia je, aku pun. Sempat lah jumpa dia ucap "babai". Maaf. Tak ada scene nangis.
Buat diri aku. Diri dia aku tak tau lah nangis ke tak. Selang beberapa minggu, aku pun minta laporan dari spupu aku. Spupu aku ni perempuan dan satu skolah dgn awek aku, rapat
jugalah dua ekor tu. Aku pn mesej spupu aku
"Na, awek aku gimana?"
"Kau pkai ilmu apa dekat dia?"
"Ha?"
"Dah mcm orng angau je aku tgok awek kau tu, kejap kejap cek handphone.
  Klu tak de line sanggup dia cari line nk msej kau."
*jgn fikir bukan bukan. aku tak pernah sentuh dia ok?*
Bila spupu aku ckap mcm tu, rasa berat hati aku. Serius.
Keliru pun ada. Kenapa smpai mcm tu skali awek aku?
Aku pun jadi pengecut dan mula jauhkan diri dari awek aku.
Takut...mungkin.
...
Aku mulai jarang call dia, reply mesej pun lambat. Pretty much an as$hole move
from here and out. Smpailah dia pun tawar hati dan minta putus.
Yeeee, aku sedar dan tak patut buat dia mcm tu. Apa boleh buat, masa tu aku muda lagi
(fourth year in highschool).
*tutup tirai*

Karangan : Veneer
Idea asal : Veneer
Jumlah kredit yang diberi :      /100

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Veneer replied at 8-3-2019 01:36 AM
Aku pernah menzalimi seseorang.

Pada satu ketika, selepas habis sekolah menengah aku lepak kampu ...

Krik krik krik


Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 01:19 AM | Show all posts

Kemurungan aku hari ni dan hampir hampir delete id sbb takde user respond.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.325138 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list