CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5097|Reply: 17

Pasangan kanibal bunuh, perap 30 mangsa untuk dijamah dipenjara 10 tahun je

[Copy link]
Post time 4-3-2019 11:34 AM | Show all posts |Read mode



MAHKAMAH Daerah Prikubansky, di Rusia menjatuhi hukuman penjara 10 tahun ke atas pasangan suami isteri Natalia Baksheeva, 42, dan Dmitry Baksheeva, 35, kerana membunuh dan memakan seorang pelayan wanita dan 30 mangsa yang lain.

Mayat mangsa yang berusia 35 tahun itu ditemui dalam keadaan telah diperap untuk dimakan.

Siasatan mendapati Natalia cemburu lantas memaksa suaminya membunuh wanita itu. Selepas membunuh mangsa, Dmitry mengerat dan berswafoto dengan mayat mangsa.

Rahsia ini terbongkar apabila Dmitry kehilangan telefon bimbitnya yang kemudian dijumpai seorang pekerja pada September 2017.

Pasangan itu juga disyaki telah membunuh lebih 30 mangsa dan memakan daging mangsa sejak 11 tahun dulu.

Dalam satu kenyataan dalam kes mahkamah, Natalia mengaku menyuruh suaminya membekukan mangsa termasuk pelayan wanita berkenaan.

Laporan media sebelum ini yang memetik sumber penguatkuasa undang-undang, menyatakan bahawa pasangan itu telah membunuh dan memakan 30 orang mangsa yang berusia 18 tahun serta turut menyimpan daging anjing dan kucing.

Mereka dikatakan mencari mangsa di laman temu janji dan menjual daging di akademi tentera di mana mereka tinggal.

Kes mahkamah terhadap Baksheeva di Rusia setakat ini mempunyai bukti kukuh apabila pihak berkuasa menemui sisa daging mangsa pelayan yang disembelihnya, di dalam kuali dan peti sejuk dapur mereka.

Mereka ditahan pada Oktober 2017.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2019 12:54 PM | Show all posts
gross ..
siap jual daging manusia kat kem tentera
hanat btol
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat sana tak de hukuman mati
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 03:28 PM | Show all posts
Kejamnya perbuatan
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 10:42 AM | Show all posts
lalu pulak dia makan daging manusia.
meloyakan
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 10:44 AM | Show all posts
baca story ni jer dah rasa mual nak muntah. macam mana lah derang ni tergamak nak makan daging manusia. ewwww
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2019 03:06 AM | Show all posts
nak muntah aku baca kekejaman macam ni gila
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 01:14 PM | Show all posts
loya..kalu tahu..kalu tak tau..dah buat sedap2 daging dendeng atau rendang tok..eluk je orang makan cicah lemang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2019 10:05 AM | Show all posts
macam mana undang2 depa kira la bunuh seramai tu hukum 10 tahun je penjara huhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
10 tahun je ke penjara. nanti keluar ulang lagi makan orang
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2019 01:54 PM | Show all posts
kejapnya penjara..pejam celik pejam celik..dah 10 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 07:22 PM | Show all posts
kejamnya lahaii
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 10:31 AM | Show all posts
Gila sungguh, tak jijik ke? Russian ni masih ramai barbaric
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2019 03:57 PM | Show all posts
ermm camna rasa human flesh..apakah setaraf wagyu beef
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2019 10:49 AM | Show all posts
Macam mana la perasaan keluarga 30 org mangsa yang dia bunuh tu...10 tahun je kena penjara..keluar penjara dia buat lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2019 10:43 PM | Show all posts


Muntahhhhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2019 02:06 PM | Show all posts
jijik betul..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2019 10:17 AM | Show all posts
kanibal.. camne manusia boleh makan manusia dalam dunia yg still ada banyak makanan nie?? gila tul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.706407 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list