CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5981|Reply: 2

Siapakah Wahabi Khawarij Di Tahert?

  [Copy link]
Post time 4-3-2019 04:29 PM | Show all posts |Read mode



OLEH: Ibnu Yaakub


Soalan: mengapakah salah seorang pemimpin Daulah Khawarij Ibadhi (aliran ini memisahkan diri dari daulah Abbasiyyah dan berpusat di Tahert dari tahun 761M sebelum dijatuhkan oleh kerajaan Syiah Fatimiyah pada 909M) bernama Abdul Wahab bin Abdurrahman bin Rustum dinisbahkan kepada gerakannya al-Wahabiyah?

Jawapan: perkara ini berlaku apabila ayah Abdul wahab pemimpin daulah Rustumiyah bernama.Abdurrahman bin Rustum cuba mencontohi Sunnah Saidina Umar al-Khattab memilih 7 orang tokoh politik atau tokoh ulama khawarij cuma yang berbezanya beliau memasukkan sekali anaknya yang bernama Abdul Wahab untuk dipilih secara musywarah. Diskusi yang berlaku antara kelompok ink berlarutan sehingga Satu bulan lamanya dan berakhir dengan pemilihan Abdul Wahab sebagai pemerintah seterusnya. Apabila Abdul Wahab menjadi pemerintah, muculnya kelompok yang menuntut ditubuhkan sebuah dewan tetap yang mengawal pemerintahan para pemimpin, idea bermula dari seorang yang gagal mencalonkan diri sebagai pemimpin Daulah Rustumiyah iaitu Yahya bin Fundin. Idea ini ditolak oleh fuqaha' khawarij sehingga mereka melancarkan pemberontakan. Hal telah memisahkan dua kelompok

1. Pro imam Abdul Wahab digelar kelompok Al-Wahabiyah
2. Pro penentang digelar kelompok An- Nakariyah


Pergaduhan menyebabkan berlakunya peperangan yang berakhir dengan kemenangan kelompok al-Wahabiyah. Abdul Wahab berjaya mengembalikan keamanan dan memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin khawarij Ibadhiyah. Baginda berjaya memperkuatkan kerajaanya dengan menyerang wilayah dinasti Aghlabiyah (merupakan dinasti di Ifriqiyah  yang mengakui kedaulatan dan di bawah naungan kerajaan Abbasiyyah) sehingga pemimpinya Ibrahim bin al-Aghlab membuat perjanjian dengan bersedia menyerahkan wilayah2nya ke Daulah Rustumiyah sebagai ganti Daulah Rustumiyah akan akan membiarkan Tripoli dan wilayah di persisiran di bawah kekuasaan Aghlabi.


Pecahan2 kerajaan yang berpisah dari Kerajaan Abbasiyyah    berfahaman khawarij dan Syiah kecuali Umawi di andalus. Kedua mazhab ini dapat menyebarkan akidah mereka ke kawasan Afrika Utara.

Mazhab khawarij Ibadhi dan Shufriyah berjaya meyebarkan fahaman mereka ke beberapa kawasan maghrib (Tripoli, pergunungan Nafusah, Qairuwan, ifriqiyah,Tahert). Hal ini berpunca kepada 2 perkara:

1. Kedudukan kawasan Maghrib yang jauh dari pusat Daulah Abbasiyyah
2. Meraih simpati kaum babar yang merasakan diri mereka dizalimi dan tidak dihargai bangsa Arab.

Faktor ini menyebabkan golongan khawarij berjaya menubuhkan kerajaan yang diidamkan oleh mereka iaitu
1. Mazhab khawarij Ibadhi menubuhkan daulah Rustumiyah (761M-909M)menjadikan kota Tahert sebagai pusat pemerintahannya
2. Khawarij Shufriyah menubukan  daulah Midrariyah (757-909M) yang berpusat sijilmasa

Namun golongan khawarij  ini memiliki kemajuannya, tersendiri. Kerajaan Rustumiyah membangunkan kota Tahert sebagai pusat ilmu pengetahuan, ekonomi, pembanggunan yang maju. Bahkan pemimpinnya bernama Abdul wahab bin Rustum (wahabiyyah) terkenal drngan sikap membaca dan sentiasa membeli buku2 dari baghdad. Kota Tahert juga memiliki perpustakaan yang terkenal dengan koleksi lebih kurang 300 ribu jilid buku sebelum dibakar oleh Syiah Fathimiyah. Daulah Rustumiyah membangunkan perdangangan di lautan dengan Andalusia dan perdagangan di darat dengan Sudan, Ghana dan Sijilmasa.

Kota Sijilmasa di bawah kerajaan Midrariyah berubah menjadi sebuah tempat perniagaan yang besar dan pusat dakwah khawarij Shufriyah


Nota dari penyunting: Wahabiyah ini lah yang sering orang awam terkeliru. Istilah gelar 'Wahabi' pada hari ini sebenarnya tidak dinisbatkan kepada Sheikh Muhammad Bin Abdul Wahab, tetapi sebenarnya 'Wahabi' ialah sandaran kepada nama Abdul Wahab Al-Rustum. Wallahualam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2019 04:20 PM | Show all posts

pening aku pasal wahabi ni

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 04:36 PM | Show all posts
Kerajaan yang bermanhaj Ibadhi sekarang adalah kerajaan Oman.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 4690 Replies : 28
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 12926 Replies : 165
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8797 Replies : 61
Sheriff kutip RM16 juta 5 hari
maklukpenggodaSheriff kutip RM16 juta 5 hari
Views : 7111 Replies : 98
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281056 Replies : 9523
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21515 Replies : 165
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54933 Replies : 2750
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 10082 Replies : 1
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 101294 Replies : 1536

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.072561 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list