CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10253|Reply: 64

[Pelbagai] Mulut laser hati baik

[Copy link]
Post time 4-3-2019 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Wujud lagi ke manusia yg bermulut laser tapi hati baik ni???  Selalunya org yg mulut laser ni bila bercakap tak pandang kiri kanan. Main langgar je.. Eh, diorang ni mmg jenis tak reti jaga hati org ke apa??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2019 10:28 PM | Show all posts
Patut jaga suruhan Tuhan...amar makruf nahi mungkar
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 11:01 PM | Show all posts
konon mulut laser tapi hati baik
macam hipokrit je..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2019 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 4-3-2019 11:01 PM
konon mulut laser tapi hati baik
macam hipokrit je..

Tu la.. Hipokrit sgt.. Org kata kerna mulut badan binasa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Actually my pendapat pula.

Org yg mulut laser ni selalu org yg akan bantu kita semampu boleh. My pengalaman. I ada je kawan mulut laser habis tak reti jaga hati. Tapi Dorang la yg selalu tolong secepat mungkin and semampu boleh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 11:22 AM | Show all posts

Mulut Jahat Tapi Hati Baik?

March
15, 2017

by Naurah Arfan

Selalu jumpa orang yang keluarkan ayat macam ni. Boleh percaya ke?

Di dalam kehidupan seharian kita, selalu kita berhadapan dengan pelbagai jenis ragam manusia. Kata-kata yang biasa kita dengar dari orang sekeliling kita ada yang baik, ada yang buruk - ada juga yang bunyinya seperti baik, tetapi hakikatnya pengisian kata-katanya jika diperhatikan sebenarnya amatlah buruk.

Berborak kosong, mengumpat dan memfitnah adalah perkara paling senang kita terbuat. Lagi-lagi dengan teknologi sekarang; lagi cepat maklumat tersebar.

Bila rasa mahu berkongsi sesuatu perkara, amat jarang yang mengkaji dulu. Selalunya, terus kongsi dan menyebarkan tanpa usul periksa. Lebih-lebih lagi kalau berita sensasi kan?

Boleh jadi seseorang ingin dilihat seperti baik, jadi mereka akan menggunakan perkataan yang seolah-olah baik untuk menyebarkan sesuatu yang buruk.

Kita sering mendengar; “Saya cerita ni bukan nak burukkan dia, sekadar berkongsi agar kita tidak akan mengulangi kesalahan yang sama,” tetapi hakikatnya, mereka berasa seronok untuk berkongsi kesalahan orang lain. Inilah yang dinamakan mengumpat dan boleh jatuh memfitnah jika maklumat itu tidak 100% tepat. Ya, 1% pun tak boleh salah!

Mengumpat adalah apabila kita mula sebut-sebut tentang seseorang yang ada keburukan padanya, dan apabila orang tersebut mendengarnya, mereka tidak menyukainya.

Manakala memfitnah pula adalah apabila kita bercakap tentang sesuatu hal yang tidak benar, selalunya melibatkan soal yang boleh menjejaskan maruah. Hukumnya adalah berdosa besar. Walaupun kita tidak tahu kesahihannya, tetap pegang saham dosa menyebarkan fitnah.



Pernah tak dengar hadis ini?

    RASULULLAH S.A.W bersabda yang bermaksud;

    “Tidak akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus hatinya, dan tidak akan lurus hatinya, sehingga lurus lidahnya.”

Melalui hadis ini, kita belajar bahawa sebenarnya lidah dan hati amat berkait rapat, kerana lurusnya lidah seseorang itu akan membawa kepada lurusnya hati dan keimanan seseorang itu. Jika lidah seseorang itu sentiasa sibuk dengan aktiviti mengumpat, maka apa yang anda rasa tentang gambaran hatinya?

Kes mulut jahat hati baik? Senang cakap dalam bahasa Inggeris-nya; “There’s no such thing!”

Apabila lidah suka mencela atau pun “laser” sebenarnya itulah gambaran hati seseorang.

Hakikatnya, penyakit “lidah kronik” itu adalah juga penyakit hati. Tidak mungkin seseorang itu mengubati hatinya jika lidahnya tidak diubati dahulu.

Mari kita lihat penyakit hati yang menyebabkan seseorang itu mengumpat atau mencela.


SEBAB-SEBAB MENGUMPAT & MENCELA
1. Hilangkan rasa marah. Apabila diri terlampau marah kepada seseorang, tanpa berfikiran panjang, kita mudah menyebut-nyebut keburukan orang lain demi meredakan rasa marah sendiri. Misalnya, apabila Si Polan mendengar sahaja cerita baik tersebar tentang seseorang yang tak disukai, dia mula mengumpat dan mengungkit kisah silam orang tersebut. Kemudian dia akan berasa puas hati dan lega dengan tindakan tersebut. Rasulullah S.A.W. telah berpesan kepada seorang pemuda, jangan kita biarkan kemarahan dalam diri (dan mengulanginya sebanyak 3 kali).

    Berbasa-basi (tolong mengumpat bersama kawan). Selalunya apabila kawan-kawan sedang sibuk akan hal orang lain, Si Polan pula sibuk menambah perasa, dan lama-lama akan membawa kepada rasa ingin mengumpat. Sebab yang kedua pula, Si Polan takut kawan tidak mahu berkawan dengannya apabila tidak turut serta tumpang semangkuk. Kita akan ikut perangai dan tingkah laku kawan kita; jika kita ikut kawan yang baik, maka baiklah kita. Dan sebaliknya.
    Mengangkat diri, rendahkan orang lain. Seseorang yang sombong dan utamakan diri sendiri akan mudah mulakan umpatan dan memandang rendah pada orang lain kerana mula kabur dari kebenaran.

Contohnya apabila ada orang menegur, terus Si Polan akan menjawab “Aku dah makan garam dulu dari engkau!” Kita perlu ingat, hanya Allah SWT sahaja yang layak sombong.

Allah SWT telah menutup terlalu banyak aib kita, jika Allah buka aib kita, betapa malunya kita, betapa banyak dosa kita! Kita perlu sentiasa berwaspada, selagi ada aib pada diri, selagi itu kita tidak layak berasa sombong kerana Allah Taala yang Maha Sempurna, tiada cacat cela.

    Suka bergurau senda. Dalam bergurau senda, mudah untuk tersasar hingga terngumpat orang lain dengan cara mentertawakan mereka. Perbuatan ini juga dikenali sebagai “trolling” oleh generasi sekarang.

Ingat, jangan undang kemarahan Allah. Nampak mudah dan tiada salahnya bergurau dan mempersendakan? Namun hakikatnya amat buruk.

Mentertawakan orang lain

Jelas di sini bahawa sebenarnya disebalik penyakit lidah terdapat penyakit yang lebih kronik iaitu penyakit hati.

Mengumpat & mencela hanya akan mendatangkan murka Allah. Segala kebaikan yang kita buat, akan jadi sia-sia kerana pahala tersebut akan dipindahkan kepada orang yang diumpat dan dicela. Dan sekiranya tiada amal kebaikan pada kita, kejahatan orang tersebut akan terkena pada diri kita dan kita akan pikul dosa orang yang diumpat atau dicela itu.

Astaghfirullah, berat balasan terhadap perbuatan lidah ini. Jika pernah kita lakukan dosa ini, kita perlu bertaubat, dan meminta maaf kepada orang yang diumpat. Jika tidak, dosa ini akan terbawa-bawa sehingga ke liang lahad.

Apabila kita memohon maaf, jika ianya tidak bawa mudarat yang besar, kita harus sebut dosa itu.

Tak malukah, jika kita perlu berjumpa dengan orang yang pernah jadi “bahan umpatan” kita, kemudian kita menyebut satu-satu perkara yang diumpat? Jika terlalu sukar, cukuplah sekadar mohon maaf dengan ikhlas.

Marilah berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa orang yang diumpat, dan ampunkanlah dosa-dosa kita juga.

InsyaAllah, sama-sama kita berusaha memelihara lidah untuk menjadi lebih baik.

Naurah Arfan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-3-2019 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
friedfishsoup replied at 5-3-2019 09:27 AM
Actually my pendapat pula.

Org yg mulut laser ni selalu org yg akan bantu kita semampu boleh. My  ...

Itulah.. Kdg2 manusia ni mcm2 ragam.. I rasa irg mulut lps ni, dia mmg x reti nk cover2..  Apa yg keluar dr mulut, telus dr hati..  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2019 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 5-3-2019 11:22 AM
Mulut Jahat Tapi Hati Baik?

March

Tq for sharing mod..  Kena muhasabah diri untuk jd yg lebih baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2019 02:37 PM | Show all posts
meolz lagi takot depan pura2 baik... belakang jahatttt

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
I klu jmp dgn org yg mulut laser tp hati baik ni i xde masalah. I boleh laserkan dia balik. Hehe. I pon ad j kawan2 yg mulut laser. I suke bersembang. Sbb boleh ckp direct. Jujur. Xde kona2 baring. Kona2 lipat. Nk mtk nasihat pon rilek jer ckp terus terang. I boleh terima. Nk sentap pon sentap la asalkan yg dia ckp tu mmg betol. Ala sentap kejap j. Lepas tu mmg sdr diri yg apa yg dia ckp tu mmg betol pon. Haha.

Yg i elergik dgn org yg mulut jahat reflect sama dn hati dia yg kotor. Spesis2 yg suke buat2 cite xbetol pasal kita. Dgn kita muka manis baik. Sopan santun ayu segala bagai. Klu berckp dpn2 mmg nampak kita la yg xsopan. Kita la yg kurang ajar. Dia top3 meletop. Ayu baik sume.

Rupeeenyaa sume tu fake jer nyahhh. Blakang2 dia suke ckp bnd xelok pasal org. Suke laga2 kan org. Suke mengadu domba. So org akan npk dia suci murni. Dan org nampak kita ni teruk. Padahal yg dia cite tu 0.01% jer yg betol. Yg lain sume menipoooo. Yg tu meols elekgik. Hehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 5-3-2019 11:22 AM
Mulut Jahat Tapi Hati Baik?

March

TERBAIK! !!!!!segala yg di paste oleh cik seri. ....SETUJU 100000%
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang yg bermulut laser ni...kita baca ja atau dengar ja dengan diam ... .bukan level kita pun taraf mcm tu. ...biasanya yg mulut laser ni orang yg tak berpelajaran tinggi. ..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 5-3-2019 03:22 AM
Mulut Jahat Tapi Hati Baik?

March

terima kasih for this.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
paling bagus muhasabah diri. tgk diri sendiri bfr komen org atau pun judge org.. bagi nasihat pun tgk dulu diri sendiri. hmm i had my lesson recently and alhamdulillah cepat sedar. So bila nak kondem org or tegur org tu betul atau x..i keep reminding myself now... semoga Allah ampun kan dosa kita semua.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2019 09:55 PM | Show all posts
RainbowPink replied at 5-3-2019 05:32 PM
I klu jmp dgn org yg mulut laser tp hati baik ni i xde masalah. I boleh laserkan dia balik. Hehe. I  ...

kdg2 kita pun tatau apa dlm hati org tu.. bab ni pun i alergic sungguh..
now, apa2 cerita psl family, i keep it to myself...
tak penting xyah cerita..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2019 09:59 PM | Show all posts
adila39 replied at 5-3-2019 09:44 PM
paling bagus muhasabah diri. tgk diri sendiri bfr komen org atau pun judge org.. bagi nasihat pun tg ...

i pun dh tua2 ni, apa2 tgk dulu diri sendiri..
Muda2 dulu, darah panas, pantang terjentik, meroyan saja..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2019 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
farlis replied at 5-3-2019 01:59 PM
i pun dh tua2 ni, apa2 tgk dulu diri sendiri..
Muda2 dulu, darah panas, pantang terjentik, meroya ...


betul la farlis... masa muda pun sama naive and emo... so bila dah usia ni... harap i xlah simply melulu je.. yes manalah ada manusia perfect. Tapi bila Allah bagi rasa guilt tu.. makna dia nak kita ingatla... so i remindla diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
farlis replied at 5-3-2019 09:55 PM
kdg2 kita pun tatau apa dlm hati org tu.. bab ni pun i alergic sungguh..
now, apa2 cerita psl fa ...

Betol. Better keep it to ourselves jer. Atau dgn org2 yg kita percaya. I dh kene skali dgn org yg mcm ni mmg xla i nk percaya dh. Ckp pon camtu2 jer. Mls nk layan sgt. Tau dh. Depan lain. Blkg lain. Huhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 12:18 PM | Show all posts
dulu rasa statement ni OK je, lisan manusia prone to berkata sewenangnya tapi tak dimaksudkan sebab hati baik.. tapi benda ni macam dah excuse untuk menyakiti tanpa sengaja dan memberi "card"    tapi selalu reflect diri jugak:

"Takkan lurus iman seorang hamba hingga lurus hatinya, dan takkan lurus hatinya hingga lurus lisannya" (HR Ahmad)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 12:51 PM | Show all posts
Hurm... ada pengalaman pasal yang ni. Sampai sekarang simpan.

Just nak share ajelah ye. Kawan mak mulutnya aduh laser yang amat, baik hati iye lah tapi jenis baik hati yang mengungkit. Hal masa kita kecik buat benda yang kita sebagai budak kecik yang xde akal panjang lah kot, jenis nak main aje. Ha sampai sekarang bila jumpa, x kiralah depan orang ke pae ke dia konon berseloroh bercerita ng orang hal tu. Konon barang y kita main tu mahal, dah keje ni patut minta gantilah bagai.

Baik tu baik, bila time dia melaser orang x fikir perasan, tapi bila kita menjawab balik kemain dicanangnya dengan semua kawan2 yang kita kurang ajar, malukan dia depan orang semua. Tapi ni bukan hipo lah... ni kes dia dengan mak hipo. Mak kita bercakap biasa pun dia boleh sentap dan melaserkan mak hipo. Kalau tak kerana kawan yang lain bertanya kes tu betul ke x, haruslah orang ingat mak kita ni jahat yang amat sebab malukan dia (Padahal kawan-kawan yang lain cakap xde pun rasa mak kita buat mcm tu)

Hurm... Maaf lah... bila bercerita pasal ni, macam yang kita semua tahu. Jaga perasaan orang juga dituntut dalam islam kan? Sebab itu disarankan bila bercakap tu kena berlapik dan berhalus.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.566801 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list