CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5041|Reply: 7

Sejarah Astronomi

  [Copy link]
Post time 4-3-2019 11:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by masorin at 4-3-2019 11:12 PM

Astronomi (Tulisan Jawi: استرونومي; dikenali sebagai Ilmu Falak dari segi bahasa etimologi membawa maksud peraturan bintang) merupakan cabang sains yang melibatkan pembelajaran jasad cakerawala(seperti bintang, planet, komet-komet, nebula, gugusan bintang dan galaksi) yang menghasilkan fenomena-fenomena yang berasal dari luar atmosfera bumi. (seperti sinaran latar belakang kosmik) Astronomi juga sering dikaitkan dengan astrofizik.
Astronomi merupakan cabang sains di mana amatur masih memainkan peranan penting, khususnya dalam menemukan dan mencerap phenomena perantaraan. Ini berbeza dengan astrologi, pseudosains yang cuba untuk meramal takdir seseorang dengan mengikuti pergerakan planet dan bintang. Walaupun kedua bidang mempunyai asal yang sama, mereka adalah berbeza dari segi astronomi menggunakan kaedah saintifik, sementara astrologi tidak mempunyai asas sains.
Entimologi- Astronomi adalah istilah yang berasal dari bahasa Inggeris astronomy, sebenarnya berpunca dari perkataan Yunani, iaitu astro(ἄστρον)=star/bintang dan -nomy daripada nomos(νόμος)=law/culture/peraturan membawa maksud peraturan bintang - "law of the stars".
Sejarah awal
Tamadun manusia awal mempercayai bahawa Bumi adalah rata dan berkedudukan kaku, dengan keseluruhan langit berputar mengelilinginya sekurang-kurangnya sekali sehari. Sesetengah kepercayaan mereka kedengaran pelik di telinga pada masa kini.Sami Vedik India mempercayai bahawa Bumi ini disokong di atas dua belas tiang agung; semasa waktu malam Matahari lalu di bawah, melalui celah antara tiang tanpa mengenai tiang-tiang tersebut. Lebih menghairankan lagi adalah teori Hindu yang menyatakan bahawa Bumi terletak di belakang empat ekor gajah; gajah tersebut berdiri di atas cangkerang kura-kura gergasi, sementara kura-kura tersebut sendiri berdiri di atas naga yang terapung di atas lautan yang luas.
Manusia purba terpaksa bermula dari awal dan kesilapan pastinya tidak dapat dielakkan, tetapi sekurang-kurangnya pencerapan bintang yang berguna dapat dilakukan, dan rekod awal terbukti amat berguna. Kemungkinan,pengkaji langit pertama yang sebenar adalah orang-orang Cina.
Sekitar 3000 S.M. orang-orang Cina mula menggunakan kiraan 'Tahun' yang terdiri daripada 365 hari, yang membolehkan mereka menghasilkan takwim. Ia tidak begitu penting kepada mereka sama ada Matahari mengelilingi Bumi, atau Bumi mengelilingi Matahari; 365 hari setahun adalah tepat dalam kedua-dua kes. Pakar astronomi Maharaja Cina menghasilkan takwim yang boleh digunapakai dan mampu menjangkakan bila berlakunya gerhana.
Bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri,ia merupakan jisim kecil yang hanya 2,160 batu ukur keratan rentas diameter Matahari yang mempunyai keratan rentas sebesar 864,000 batu, terletak lebih jauh berbanding Bulan sehinggakan ia kelihatan hampir sama saiz di langit, dan inilah yang membolehkan gerhana matahari berlaku.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2019 11:14 PM | Show all posts
Fizik kosmologi
Fizik kosmologi, salah satu cabang astronomi, merupakan salah satu pengajian struktur berskala besar bagi alam semesta dan mempelajari persoalan-persoalan asas tentang pembentukan danperkembangan. Kosmologi merangkumi pengajian gerakan jasad samawi dan sebab pertama. bagi sejarah manusia, ia juga merupakan cabang metafizik. Kosmologi sebagai sains telah dipelopori oleh prinsip Copernicus, yang menyatakan bahawa jasad samawi mematuhi hukum fizik yang sama seperti di bumi, dan mekanik Newton, yang mula-mula membolehkan kita memahami pergerakan itu. Ia kini dikenali sebagai mekanik samawi. Fizik kosmologi, seperti yang difahami kini, bermula dengan pembangunan teori Albert Einstein terhadap kerelatifan am pada abad kedua puluh dan cerapan astronomi yang lebih baik terhadap objek yang terlampau jauh kini membantu perkembangan bidang ini.
Kemudahan pada abad kedua puluh membolehkan kita untuk mengagak asal-usul alam semesta dan membolehkan saintis menubuhkan teori Letupan Besar sebagai teori kosmologi yang merintis segalanya, yang kini diterima oleh ahli kosmologi sebagai asas kepada teori dan cerapan mereka. Walaupun beberapa orang pengkaji masih memegang kepada kosmologi alternatif, tetapi secara amnya kosmologi profesional bersetuju bahawa Letupan Besar adalah penerangan tebaik bagi cerapa-cerapan terkini. Fizik kosmologi boleh dikatakan berurusan dengan objek terbesar alam semesta (galaksi, kelompok dan superkelompok), objek terjauh yang paling awal terbentuk (kuasar) dan alam semesta yang awal, apabila keadaan hampir homogen (letupan besar yang panas, pengembungan kosmik dan sinaran gelombang mikro kosmik latar belakang).
Kosmologi agak luar biasa dalam fizik kerana bergantung kepada ujikaji ahli fizik zarah, dan kajian fenomenologi hingga ke teori tali; dari kajian ahli astrofizik; dari kajian kerelatifan am; dan dari fizik plasma. Maka, kosmologi menyatukan fizik pada struktur terbesar dalam alam semesta hinggalah ke fizik struktur terkecil dalam alam semesta


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2019 03:08 AM | Show all posts
ko kopi pes kat mana ni

senang buat kredit
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa kte sekolah dlu system solar ada 9 planet.. start 2006 Pluto tidak lg termasuk dlm system solar tp lebih kepada dwarf planet, antara sebab ahli astronomy jumpa banyak lagi drawf planet lebih kurang pluto dan ciri-ciri yang sama, jarak orbit dlm solar sistem pun amat panjang, ada 3 sebab tak cukup syarat sistem suria

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2019 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
izik kosmologi
Fizik kosmologi, salah satu cabang astronomi, merupakan salah satu pengajian struktur berskala besar bagi alam semesta dan mempelajari persoalan-persoalan asas tentang pembentukan danperkembangan. Kosmologi merangkumi pengajian gerakan jasad samawi dan sebab pertama. bagi sejarah manusia, ia juga merupakan cabang metafizik. Kosmologi sebagai sains telah dipelopori oleh prinsip Copernicus, yang menyatakan bahawa jasad samawi mematuhi hukum fizik yang sama seperti di bumi, dan mekanik Newton, yang mula-mula membolehkan kita memahami pergerakan itu. Ia kini dikenali sebagai mekanik samawi. Fizik kosmologi, seperti yang difahami kini, bermula dengan pembangunan teori Albert Einstein terhadap kerelatifan am pada abad kedua puluh dan cerapan astronomi yang lebih baik terhadap objek yang terlampau jauh kini membantu perkembangan bidang ini.
Kemudahan pada abad kedua puluh membolehkan kita untuk mengagak asal-usul alam semesta dan membolehkan saintis menubuhkan teori Letupan Besar sebagai teori kosmologi yang merintis segalanya, yang kini diterima oleh ahli kosmologi sebagai asas kepada teori dan cerapan mereka. Walaupun beberapa orang pengkaji masih memegang kepada kosmologi alternatif, tetapi secara amnya kosmologi profesional bersetuju bahawa Letupan Besar adalah penerangan tebaik bagi cerapa-cerapan terkini. Fizik kosmologi boleh dikatakan berurusan dengan objek terbesar alam semesta (galaksi, kelompok dan superkelompok), objek terjauh yang paling awal terbentuk (kuasar) dan alam semesta yang awal, apabila keadaan hampir homogen (letupan besar yang panas, pengembungan kosmik dan sinaran gelombang mikro kosmik latar belakang).
Kosmologi agak luar biasa dalam fizik kerana bergantung kepada ujikaji ahli fizik zarah, dan kajian fenomenologi hingga ke teori tali; dari kajian ahli astrofizik; dari kajian kerelatifan am; dan dari fizik plasma. Maka, kosmologi menyatukan fizik pada struktur terbesar dalam alam semesta hinggalah ke fizik struktur terkecil dalam alam semesta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya memang suka tajuk macam ni. Astronomi, astrofizik.
Seronok baca. Dulu ada Dr Mazlan dari Planetarium Negara kot. Yang selalu explain pasal astronomi, pasal komet la selalu kat tv dulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2019 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Panjangnya penerangan btw, info yang berguna. Kipidup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Astronomi dari segi bahasa etmologi membawa maksud peraturan bintang - "law of the stars". Astronomi juga dikenali sebagai Ilmu Falak iaitu ilmu kaji bintang. Ilmu Falak atau Astronomi merupakan cabang sains yang merangkumi pemerhatian / pencerapan dan penjelasan mengenai perkara yang berlaku di luar Bumi dan atmosfera bumi. Astronomi juga sering dikaitkan dengan astrofizik.
Astronomi merupakan beberapa cabang sains di mana amatur masih memainkan peranan penting, khususnya dalam menjumpai dan mencerap phenomena perantaraan. Ini berbeza dengan astrologi, pseudosains yang cuba untuk meramal takdir seseorang dengan mengikuti pergerakan planet dan bintang. Walaupun kedua bidang mempunyai asal yang sama, mereka adalah berbeza dari segi astronomi menggunakan kaedah saintifik, sementara astrologi tidak mempunyai asas sains.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.118269 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list