Hubungan manusia dan sihir merupakan hubungan yang cukup lama, ia terbentuk sewaktu awal kejadian manusia diatas muka bumi ini sehinggalah hari ini. Berpunca dari perasaan dengki, cemburu, cinta serta kasih dan sebagainya mewujudkan ilmu sihir ini. Untuk membicarakan pengertian sihir secara terperinci adalah terlalu sukar, ini memandangkan sihir terlalu seni untuk dibicarakan.
a) Berkata Ibnu Manzur : “Tukang sihir menampakkan sesuatu yang bathil itu benar dan mengubah sesuatu daripada hakikatnya.Sesungguhnya tukang sihir telah mengubah sesuatu daripada bentuknya yang asal”
b) Ibnu Qayyim: “Sihir ialah berpunca daripada kesan campurtangan ruh-ruh yang jahat (jin&syaitan).”
c) Abu Laits berkata : “Sihir adalah suatu perbuatan yang di lakukan dalam rangka mendekatkan diri pada syaitan dengan bantuan syaitan tersebut.”
TAKRIF SIHIR
Al-Qurtubi dalam menakrifkan sihir menyebut bahawa sebahagian dari jenis sihir memiliki pengaruh terhadap hati seseorang seperti: perasaan cinta, benci, mendapatkan kebaikan dan musibah, disamping itu mampu terkesan kepada sakit badan atau sebuah ungkapan tentang perkara yang tidak nampak pada pandangan kasar manusia tetapi mampu dimiliki bagi mereka yang berusaha untuk menyakiti orang lain seperti menganggu kesihatan, harta kekayaan atau hubungan antara manusia dengan menggunakan mentera dan alat alat khusus.
DALIL AL QURAN
Kedapatan hujjah yang kukuh terhadap sihir ini antaranya dalam surah Al Baqarah ayat 102 (terjemahan). (Tafsir Al-Qurtubi 2/55) “Dan mereka mengikuti apa-apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (Tidak mengerjakan sihir), Hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami Hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, Sesungguhnya mereka Telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (Kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka Mengetahui.”
DALIL HADIS
Rasulullah s.a.w menerangkan permasalahan sihir ini di beberapa keadaan antaranya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Bajalah bin ‘Abdah meriwayatkan bahwa Umar bin Al-Khaththab -Radhiallahu ‘anhu telah menetapkan perintah, iaitu: “Bunuhlah tukang sihir laki-laki maupun perempuan.” Kata Bajalah selanjutnya: “Maka kami pun melaksanakan hukuman mati terhadap tiga tukang sihir perempuan.”
DALIL SIRAH
Pada tahun ke 7 hijriah selepas balik dari Hudaibiyah, seorang penyihir Yahudi yang terkenal telah menyihir Rasulullah s.a.w sehingga Rasulullah merasakan seolah-olah telah bersama dengan isterinya selama enam bulan sedangkan ia tidak bersama. Sehinggalah Rasulullah didatangi oleh malaikat jibril dan mikail berada di kepala Rasulullah dan di hujung kaki Rasulullah lalu di beritahu yang Rasulullah s.a.w telah disihir dan sihir tersebut di letak di dalam telaga Zarwan sehinggalah Rasulullah mengambil bahan tersebut dan ditanam bahan tersebut.
image
SIFAT YANG ADA PADA PENYIHIR
1- Mempersembahkan hidup dan matinya untuk syaitan serta semua milik harta dan keturunan untuk syaitan.
2- Harus bersedia untuk mendurhaka kepada Allah.
3- Harus menjadi keras hatinya dari perasan kasihan kepada mangsa.
Tidak takut dan gentar ketika datangnya jin atau iblis walaupun dalam keadaan yang menakutkan.
Tidak ada perasaan penyesalan apabila ia melakukan khianat dan tidak dibantu oleh iblis dalam kerja terkutuknya dan seharusnya ia sentiasa merintih kepada iblis dalam setiap kerjanya.
Harus ada keyakinan dengan mantap kepada kekuatan syaitan dan harus baginya memusuhi agama Islam.
Seboleh mungkin memencilkan diri dari orang ramai kecuali apabila menjadi satu tuntutan dalam ilmu sihirnya dengan tujuan untuk mendatangkan mudharat kepada manusia.
CARA PENYIHIR MENIMBULKAN KESAN KEPADA BADAN
Terjadinya hubungan bahan-bahan ini dengan orang yang di sihir dengan cara :
1- Melalui makanan atau minuman. Orang yang akan disihir harus memakan atau meminumnya agar pengaruh sihir masuk kedalam badan
2- Melalui perantaraan tanah yang ditabur di jalan yang akan di lalui oleh orang yang akan di sihir. Jika orang tersebut melangkahinya maka terkena sihir ini.
3- Melalui rambut, kuku, baju yang ada peluh orang yang akan disihir, ini termasuk bahan yang boleh di tampal di tanam , ditusuk di balikkan patung, ditanam atau di masukkan kedalam sungai atau laut. Jin hamba kepada tukang sihir mengenali orang yang akan disihir dengan bau peluhnya.
4- Melalui angin yang diseru dan di panggil nama orang yang akan di sihir.
JENIS-JENIS SIHIR
1- Sihir pemisah (perceraian)
Berubah keadaan dari cinta menjadi benci, semakin banyak keraguan yang timbul antara suami isteri, saling bertengkar walaupun perkara yang remeh temeh dan sukar memaafkan, berubah bentuk isteri di mata suami dan sebaliknya, orang yang di sihir membenci semua perbuatan yang dilakukan oleh pihak lain, orang yang terkena sihir benci tempat yang di duduki oleh pihak lain, di luar rumah merasa tenang dan apabila pulang kerumah merasa bosan. Bahan yang di gunakan seperti tahi besi yang di tabur di jalan yang di lalui oleh mangsa atau di tanam di mana-mana kawasan rumah
2- Sihir Percintaan (penunduk)
Puncak cinta dan keadaan nafsu yang berlebihan, hasrat yang kuat untuk selalu bersama, tidak ada kesabaran untuk berhubungan badan, kerinduan yang sangat dan selalu ingin bertemu, ketaatan yang buta terhadap pasangan
3- Sihir membatal atau menunda perkahwinan
Biasanya melalui 2 cara jin merosakkan.
a) Jin masuk dan menutupkan keinginan perempuan terhadap orang yang mahu meminang atau menikahinya.
b) Jin tidak dapat masuk tetapi menyihirnya dengan memberi khayalan dari luar, ia memberi khayalan kepada pasangan bahawa ia saling buruk. Dengan demikian maka setiap lelaki yang meminangkan mengundur diri tanpa sebab padahal sebelumnya sudah saling setuju.
4- Sihir yang mengikat lelaki dan perempuan
A) Kepada lelaki :
1) sebelum kahwin alat kelamin berfungsi dengan baik tetapi selepas kahwin maka alat kelamin tidak mampu berfungsi.
2) alat kelamin berfungsi dengan baik di luar rumah akan tetapi apabila mendatangi isteri alat kelaminnya hilang fungsi.
3) Alat kelamin berfungsi dengan isteri ketika bergurau senda tetapi apabila bersama hilang fungsi.
B) Kepada perempuan :
1) Ada penghalang di dalam alat kelamin isteri berupa daging yang menutupi lubang vagina isteri.
2) Ketika ingin mengauli isteri, isteri merapatkan paha agar suami tidak dapat bersama kerana halangan perasaan atau kesakitan.
3) Adanya pendarahan apabila disetubuhi, tetapi apabila menjauhi isteri maka darah tersebut berhenti.
5- Sihir dimandulkan
Tidak dapat zuriat walau pun di sahkan oleh doktor pakar bahawa ia tidak mempunyai masalah.
6- Sihir pukau
1) Menyebabkan seseorang itu kaku, kelu dan tak mampu bertindak balas samada melalui pandangan, pendengaran atau anggota Badan yang lain. Ia sudah berada di bawah penguasaan pemukau tersebut dan bertindak mengikut arahan yang diberi oleh pemukau tersebut.
2) Menyebab mangsa tidur lena tidak mengetahui perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Bagaimana terjadi pukau?
1) pandangan mata yang tajam yang mengandungi racun syaitan (memberi salam dan mengarahkan).
2) Melalui sentuhan dengan berjabat tangan atau menepuk belakang mangsa. Rasululullah menyebut : “Pandangan mata itu merupakan panahan dari panahan iblis yang boleh terkena kepada hati mukmin.”
7- Sihir Gila
Mangsa menjadi sasau, meracau, bertempik, kebingungan, pelupa, kadang kadang tidak sedar diri, mata mangsa terbeliak dan melilau, ditahap yang kritikal berjalan yang tidak ada arah tuju dan tidur tidak menentu dan mula ingin berada pada tempat yang gelap.
8- Sihir Sakit anggota badan
Tandanya mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan, kerap kali di serang sawan, mengalami kelumpuhan pada salah satu anggota tubuh, melumpuhkan semangat dalam melakukan aktiviti seharian.
9- Sihir Pendarahan (Darah istihaadah)
Tandanya darah yang tidak berhenti pendarahan walaupun sudah melalui tahap masa kebiasanya. Menurut ibn Al athir darah isthihadah ialah darah yang keluar dari kemaluan wanita selepas hari hari haid sebagaimana biasa. Jin yang bergerak di dalam saluran darah orang yang disihir tersebut. Biasanya jin akan menendang rahim sekuat hatinya dan darah keluar dari saluran tersebut. Inilah yang berlaku kepada seorang wanita di zaman Rasulullah Hamnah binti Jahsy lalu Rasulullah menyebut : “Sesungguhnya darah itu hasil sepakan syaitan, syaitanlah yang menendangnya”
10- Sihir Santau
Santau di bahagikan kepada dua bahagian:
1) Santau menggunakan bahan yang gatal dan miang lalu di jampi serapahnya untuk di tujukan kepada seseorang.
2) Santau yang menggunakan bahan miang, bisa terdiri dari lipan bara, bisa ular, ubur-ubur, ulat mati berangan dan sebagainya. Di gaul dan di peram beberapa bulan dihantar kepada yang ingin dituju tanpa dibaca. Tanda-tandanya ialah gatal, batuk berdarah dan miang seluruh tubuh badan terutama menjelang senja dan batuk berdarah serta kulit membengkak pecah dan berair disertai rasa bisa. Biasanya kalau sekiranya tahap yang kritikal seseorang tersebut akan Nampak kebiruan dan kehitaman pada jari jemarinya.
11- Sihir Penutup
Biasanya di kenakan kepada peniaga. Antara tandanya, bau hanyir di tempat perniagaan, lesu untuk datang bekerja, pertengkaran sesama anggota kerja yang tak berkesudahan walaupun perkara kecil, seringkali orang melihat tempat kerja tertutup sedangkan kedai di buka.
TANDA -TANDA TERKENA SIHIR
1) Pening kepala yang berpanjangan terutama pada waktu senja
2) Mimpi yang menakutkan
3) Sakit dada dan resah menjelang senja
4) Sakit di dalam perut bagaikan di pulas urat perut atau terasa bagaikan ada benda yang bergerak di dalam tubuh dan sering terasa bagai di tusuk di perut.
5) Mula nampak alam ghaib
6) Berlaku perkara yang pelik di sekitar umpamanya berbau kemenyan, hanyir, wangi dan sebagainya
7) Berlaku sakit yang tidak di ketahui punca dari doktor
8) Terdengar suara-suara yang memanggil namanya
9) Pening atau pengsan apabila dibaca ayat ruqyah kepadanya.
PENUTUP
Mudah-mudahan kertas kerja yang ringkas ini akan berjaya membuka sedikit ruang ilmu agar menambahkan lagi amalan kita di sisi Allah agar kita terjauh dari syirik kepada Allah. Wallahua’lam.
Akhukum fiddin
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Pengamal Perubatan Di Thibbun Nabawi, Shah Alam
ANTARA RAWATAN SIHIR
1) CD Terapi Ruqyah (Mengubati Gangguan Jin Dan Pendinding Diri)
CD Ini Menghimpunkan Beberapa Surah Lazim, Zikir Dan Selawat Yang Boleh Di Amalkan Untuk Memohon Pertolongan Allah Daripada Ganguan Makhluk Halus.
Harga : RM20
Tempahan : xxxxxx
2) CD RUQYAH
Makna ruqyah secara terminologi adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit dan untuk rawatan makhluk halus.
Ayat-Ayat Ruqyah
Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda.
Simptom yang akan didapati selepas mendengar AYAT RUQYAH :
1) Denyutan jantung makin kencang
2) Badan bergegar
3) Terasa ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4) Mengantuk/menguap
5) Batuk
6) Gelisah
7) Panas di tengkuk
Selepas mendengar ayat Ruqyah ini, insyaalah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita dengan izin Allah. Banyakkan membaca Al Quran dan mendengar Al Quran. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar CD ruqyah syariah ini.
Dengan mendegar CD RUQYAH ini, insyaAllah mampu menyembuhkan pelbagai penyakit – penyakit misteri dengan Izin Allah :-
-Fikiran runsing/jiwa gelisah
-Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
-Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan
-Ketengangan dalam rumahtangga
-Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
-Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
-Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
-Menguatkan hafalan dan pembelajaran
-Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
-Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan
Cara Menggunakan CD RUQYAH Ini :
CD RUQYAH ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin,kerana fadhilat ayat-ayat Al Quran ini amat mustajab bagi mengusir jin jahat/sihir serta memagar diri kita.Selain itu pesakit juga perlu memperbanyakkan membaca Al Quran dan zikir.
Cara Khusus Untuk Tujuan Tertentu :-
1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd Ruqyah ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
2)Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
3)Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
4)Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,sentiasa pasangkan cd Ruqyah
5)Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.
Set CD RUQYAH di bahagikan kepada 4 bahagian iaitu :
Sihir ni mmg x membantu pun. Baik dari segi orang yang menghantar mahupun y terkena sihir.
Biasa orang sihir orang untuk jatuhkan orang tu, hasad dengki, x puas hati. Fine dia hantar sihir, puas hati dapat buat orang merana? Puas hati tapi hati tak tenang pun. Lama-lama akan rasa tenang, dan rasa orang pulak nak dengki dia pulak sedangkan sebenarnya rasa dihantui dengan dosa2 sihir tu.
Semua tahu sihir tu salah satu dosa besar. Menyekutukan Allah. Jangan terikut sangat kesedapan didunia, dunia ni sementara aje.
Post time 5-3-2019 12:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pernah la kena santau. Ya Allahu Akbar..hanya Allah SWT je yang tahu. Sampai pergi pakar kulit KO pun tak baik2, last drop ubat sapu tu mak aku cakap nak bawak aku jumpa ustaz. Alhamdulillah sekarang sihat sebab berubat.
Punca? Entah la. Aku tahu mmg si jahat ni betul2 nakkan aku siap bawa jumpa keluarga dia tapi aku rasa seperti di paksa2, bukan kemahuan aku. Aku mmg benci jika tengok dia atau dengar suara dan memori aku dgn dia byk yg blurr, mcm mimpi. Tapi bila dia ajak keluar, aku kena ikut. Seingat aku, aku ada mimpi ular hitam berkilat besar tidur atas dada aku sebelum aku kena gatal2 tu.
Sebenarnya, masa tu aku ada pilihan sendiri walaupun aku dgn yg x jadi tu x couple,memang dah merancang ke alam perkahwinan tapi entah mcmana tiba2 dia menjauhi aku sampai 3 bulan tak contact. Tak pela, dah tertulis jodoh aku dgn suami aku sekarang.
Kalau kedai makan sebelah perak kena hati-hati kalau musim santau- ada yang tengah mencuba ilmu kadangkala...atau iri @ dendam terhadap saingan perniagaan...
Contoh dulu Ipoh. Heboh kata ada santau. Ada yang nak minum air dlm gelas, mujur baca dulu. Tetiba gelas pecah...katanya lah. Viral camtu sampai takut semua nak mkn kat kedai
Post time 9-3-2019 01:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
I dulu selalu was2 sama ada terdapat gangguan atau tidak. Apa2 yg pelik terjadi, I guna logik je. Bertahun2 I ignore mimpi, bau wangi masa dok kat bilik hostel campus, kena tindih masa tido kat rumah, lebam2 on my legs.
In the end I buat istikharah, minta Allah beri petunjuk samaada I perlu pegi rawatan atau tidak. I went to Darul Syifa Bangi and to get second opinion pi pegi Darussalam Gombak. Both confirmed the same thing.
saya dh byk dgr cerita tentang sihir ni terutama sampai ada antara mangsa yang meninggal dunia.
sesungguhnya perbutan sihir ini amatlah terkutuk apatah lagi sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.
Jiran asaya juga antara mangsa yang terkena perbuatan ini.
nk cari ustaz bukannya mudah dan semuanya menjadi. Hanya Allah sahaja yang berkuasa untuk menyembuhkan segala penyakit.
marilah kita sama-sama berdoa semoga kita semua dijauhkan dari segala kejahatan dunia dan perbuatan sihir & segala perbuatan yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada kita.
n ada yg letak besi bat (tak sure sgt nama) sejenis besi utk buat parang bawah pasu. and penah kena dgn sihir guna patung,habih sakit badan.
nasihat i,,cari yg betul2 merawat secara islam,biarlah lambat asalkan x bercampur dgn benda lain pulak,