View: 2686|Reply: 7
|
Aibkan Pegawai Felcra Mengamuk Di Ladang Sawit, Individu Dikecam Tunjuk Video Se
[Copy link]
|
|
Tular di Twitter mengenai pegawai operasi Felcra yang mengamuk dan menengking sekumpulan stafnya di sebuah ladang sawit. Video itu dimuat naik lovelydarshan dengan kapsyen yang agak provokatif.
Menerusi video, kelihatan pegawai berkenaan memarahi stafnya kerana membuang beg baja sawit tanpa menggunakannya semula.
Malah, dia turut menyindir mereka kerana mengambil jalan mudah dalam melakukan pekerjaan.
Bagaimanapun, ramai netizen mengecam tindakan lovelydarshan memuat naik video berkenaan, sebaliknya tindakan pegawai terbabit mendapat pujian tinggi.
Namun, lovelydarshan dan segelintir pengguna lain mengkritik pegawai terbabit kononnya tidak tahu prosedur operasi standard (SOP) penggunaan beg baja berkenaan.
Bagaimanapun, beberapa individu lain tampil menjelaskan bahawa ia sebenarnya masih boleh digunakan.
Berikutan penularan video yang tidak diketahui hujung pangkalnya itu, beberapa netizen termasuk staf Felcra sendiri tampil menjernihkan suasana.
Kredit foto: Twitter
Anda pula di pihak mana? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak dgr yg baik je tak kemanalah.. tegur macam tu utk kebaikan. Bukan dia mencarut atau maki hamun. Hari ini semua benda nak diviralkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bekerja ni adat lah kalu kena bambu dgn boss.. baru kita x leka.. kadang lps kena marah tu baru kita belajar n sedar silap kita. Tp kalau hr2 asyik kena marah tengking je.. berhenti je lah.. iols pon stress. |
|
|
|
|
|
|
|
perlu ke sampai jerit2 emo camtu
tak profesional la |
|
|
|
|
|
|
|
No need maki hamun. Kadang2 bila benda tu reusable label lah pada plastik tu. Benda lain boleh spend. Benda merapik rapik. Takkan lah printing pada plastik tak boleh buat. Lepas tu kalau bangan taknak reuse then makilah. |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2.. 10 kali cakap baik2 taknak dengar.. sekali je tengking.. terus org upload video kecam2. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tgk video perempuan yang kena tengking tu.. dia sendiri kata agree dengan coo tu. boleh cari kat ig |
|
|
|
|
|
|
|
aku agak yg sebarkan ni org umnobnpas ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|