CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11077|Reply: 39

Masih Ingat Winter Sonata? Siri Drama Popular Kegilaan Ramai Ini Bakal Kembali!

[Copy link]
Post time 7-3-2019 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Masihkah anda ingat kenangan siri drama popular Winter Sonata buat pertama kalinya? Bagi remaja pada awal tahun 2000an, siri ini pasti mengembalikan kenangan manis kerana menjadi antara drama terawal dalam mencetuskan kegilaan terhadap budaya negara Korea Selatan.





Kredit foto: Carian Google





Siri terbitan KBS2 itu menampilkan pelakon utama Bae Yong-joon (Joon-Sang) dan Choi Ji-woo (Yoo-Jin) yang mengisahkan sepasang kekasih terpisah secara tragik selepas Joon-Sang terlibat dalam kemalangan dan hilang ingatan sebelum dibawa keluarganya berhijrah ke Amerika Syarikat (AS).


Sepuluh tahun kemudian, Joon-Sang yang telah bertukar nama menjadi Min-Hyung kembali ke Korea Selatan dan terserempak dengan Yoo-Jin yang sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan dengan kekasih barunya.





Kredit foto: Carian Google





Mula ditayangkan di negara asalnya beberapa bulan sebelum Piala Dunia FIFA 2002, siri itu menjadi hit seluruh Asia bermula di Jepun, disusuli China, kemudian ke negara-negara Asia Tenggara lainnya termasuklah Malaysia.


Siri tersebut juga meninggalkan impak besar bukan sahaja terhadap penonton, tetapi juga kepada pelakon utama dan industri pelancongan negara tersebut. Antara impaknya termasuklah;




1. Di puncak populariti siri Winter Sonata, nama kedua-dua pelakon utamanya menjulang tinggi dan menjadi pelakon paling digilai ramai terutamanya Bae Yong-joon.


Di Jepun, Perdana Menteri ketika itu Junichiro Koizumi pernah berkata, 'Bae Yoon-joon lebih popular berbanding saya di negara ini.'





Kredit foto: China Daily







2. Industri pelancongan di Korea Selatan berkembang sangat pesat terutamanya di lokasi penggambaran siri itu seperti Pulau Nami.


Dianggarkan dalam 10 tahun selepas siri itu, pulau berkenaan menerima lebih daripada 10 juta pelancong asing.





Kredit foto: en.yna.co.kr







3. Dikatakan, siri terbabit menjadi terapi kepada ramai penduduk Korea Selatan dan Asia yang terbeban dengan kemelesetan ekonomi pada masa itu susulan krisis kewangan serantau.


Penduduk negara berkenaan memilih untuk duduk di rumah menghabiskan masa menonton TV daripada menghabiskan masa dan wang dengan hiburan luar.





Kredit foto: Carian Google







4. Pengkritik filem Lee Young-mi berkata, orang muda negara itu menjadi lebih yakin untuk memilih kegembiraan berbanding kisah cinta tradisi Korea Selatan yang lebih realistik.


'Makin ramai orang muda enggan berkahwin awal sehingga menemui cinta sejati mereka,' katanya.





Kredit foto: Carian Google





5. Industri perfileman Korea Selatan berkembang sangat pesat ke seluruh Jepun, China dan Asia Tenggara. Walaupun sebelumnya sudah ditayangkan beberapa siri seperti Christmas in August (1998) dan Autum In My Heart (2000), siri Winter Sonatalah yang dikatakan melonjakkan industri perfileman negara itu ke kemuncak.





Kredit foto: Carian Google





6. Populariti siri ini kemudiannya membuka mata negara luar terhadap industri seni di Korea Selatan dan menular ke industri muziknya.


Tidak ketinggalan, ini juga memperkenalkan kita kepada produk-produk kecantikan dan fesyen popular negara tersebut.





Kredit foto: The Star





Susulan impak Winter Sonata yang mendalam dan meninggalkan banyak kenangan kepada remaja awal 2000an, tidak hairanlah The Korea Times melaporkan pengarah Kim Yong-soo bakal bekerjasama dengan penulis skrip asal Yoon Eun-kying dan Kim Eun-hee untuk menghasilkan sekuel kepada siri tersebut.





Kredit foto: Korea Times





Walaupun belum disahkan barisan pelakon barunya, penerbitan siri baru ini menimbulkan persoalan: Adakah peminat fanatik siri asal akan kembali memberikan sokongan? Kita nantikan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2019 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
harap pelakon kekal samaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2019 10:50 AM | Show all posts
adila39 replied at 7-3-2019 10:44 AM
harap pelakon kekal samaaaa

Pelakon asal dah tua sis

Mungkin sambungan kisah anak mereka pula tapi pelakon asal buat cameo sebagai ibubapa
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 7-3-2019 02:50 AM
Pelakon asal dah tua sis

Mungkin sambungan kisah anak mereka pula tapi pelakon asal buat cameo  ...

ooo ye la.. hehehe mybe version cinta org tua?..

alaa jd parents? xmoh la... better xpayah. yeah pelakon muda yg bestla harapnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tetiba teringat kak hazamia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2019 10:57 AM | Show all posts
Kurex replied at 7-3-2019 10:55 AM
Tetiba teringat kak hazamia

Dialah yg pertama mempopularkan lagu cover Korea ke BM kan?

Apa dah jadi dengan dia?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2019 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 7-3-2019 10:57 AM
Dialah yg pertama mempopularkan lagu cover Korea ke BM kan?

Apa dah jadi dengan dia?

Entah..diam dah dia.. Sakit lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Iolss tak pernah habis tengok winter sonata ni.. Yg membuatkan iolss jatuh cinta dgn drama korea adalah drama all about eve, STAIRWAY TO HEAVEN & jewel in the palace.. Start dari situ la iolss tengok drama2 korea.. Time 2000 iolss baru standard 2 tp dah twngok drama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2019 11:34 AM | Show all posts
suka tgk masa part diaorg sekolah je....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 11:45 AM | Show all posts
WS ni cerita dia...hero sngt la minimum bercakap
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
meols punyalah minat cerita ni sampai anak kucing sekor2 dpt nama jun sang & yoo jin
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39: harap pelakon kekal samaaaa


Bukan dah mati ke pelakon lelaki tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nazzse at 7-3-2019 06:23 AM
aijinmisaki replied at 7-3-2019 05:09 AM
Bukan dah mati ke pelakon lelaki tu?


Second hero, bunuh diri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2019 01:54 PM | Show all posts
nazzse replied at 7-3-2019 01:42 PM
Second actor, bunuh diri

Hah? aku miss cerita ni

kenapa bunuh diri?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 02:27 PM | Show all posts
" bagai kan siang tiada mentari,bagai malam tiada cahaya purnama..tanpamu tiada erti hidup berdua..ke akahir masa kau ku cinta... "

drama best..lagu best..pelakon best..lagu saduran pun best....

sequel belum tentu best walaupun kekalkan pelakon...

xsilap dulu si KANG jun sang buta...
mcm mane agaknye sequel nnt..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh...x sabar nak tgk.
Harap x ubah jalan cerita.
Best2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2019 02:53 PM | Show all posts
Beribear replied at 7-3-2019 11:22 AM
Iolss tak pernah habis tengok winter sonata ni.. Yg membuatkan iolss jatuh cinta dgn drama korea ada ...

kat tv, channel berapa entah astro, ada cerita pasal cucu-cicit Jangeum ni, tajuk cerita; "Jang geum oh my grandma"
pasal adik-beradik 3 orang terer pasal makanan

aku minat Jewel in the Palace sampai sanggup beli dvd box set dia, beratus ringgit.
tapi lepas beli tak sempat tengok, last2 berhabuk
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 02:56 PM | Show all posts
haliamerah replied at 7-3-2019 02:27 PM
" bagai kan siang tiada mentari,bagai malam tiada cahaya purnama..tanpamu tiada erti hidup berdua..k ...

kan, aku kecik lagi waktu cerita ni keluar. baru 8 tahun. tak minat tengok drama, tak paham
tapi lagu dia memang melekat dalam kepala kalau keluar.
Hazami nyanyi lagi senang la budak nak hafal waktu tu


Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 03:02 PM | Show all posts
Walaupun drama ni ngetop habis tapi i tak pernah tengok. Takat kenal lagu dia yg ada versi hazami nyanyi je. Time tu iolls sekolah lagi. Tak ambil port drama romance terlebih mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka lagi watak bae yong joon dlm drama hotelier.. Dlm Ws nie mcm hmmm sikit..  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.086016 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list