CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nanny_1

Misteri Rumah Tok.

  [Copy link]
 Author| Post time 7-3-2019 04:43 PM | Show all posts
6. Mimpi arwah tok panggil ikut dia.

Sebelum ni aku ada cerita aku masuk uni area petaling jaya kan?
Okay kali ni aku nak cerita masa aku duduk hostel dekat puchong.
Aku takmau cerita pasal hostel aku ke apa walaupun hostel aku berhadapan kubur
Cuma nak cerita pasal aku mimpi arwah tok laki aku.

Aku ingat lagi dalam mimpi tu tok laki aku pakai baju putih muka bersih,
Dan aku dalam mimpi tu umur dalam 6 7 tahun gitu.
Keadaan macam kat taman permainan dan penuh lalang tinggi dan cahaya terang sangat2
Tok laki aku dari jauh dia cakap “Jom ikut tok nak? Kita main taman permainan”
Aku masa tu angguk dengan tak sebab aku takut mak aku marah aku balik lambat.
Aku rasa was was dengan tok aku.
Lepas tu aku dengar jeritan mak aku “nanaaaa(bukan nama sebenar) balikkkk!!! (gaya mak mak jerit dari jauh)
Aku rasa macam kalut nak lari ke arah suara mak aku.
Lepas tu tok laki aku cakap “takpa la nanti nana (bukan nama sebenar) ikut tok jugak”
Terus aku terjaga dan baru aku sedar aku dekat katil hostel.

Lepas daripada tu elok aku relax sikit aku call mak aku cerita
Mak aku kata kalau aku setuju cakap nak ikut tok laki aku memang aku kena tarik ke alam sana
Erti kata mati dalam tido.

Sapa ada pandangan pasal hal ni boleh la share.

Haritu aku ada tengok 1 movie yang bumi nak musnah dan alien tu ambik anak dia 2 orang bawak ke alam lain. Suasana nak sama macam aku mimpi. Lakonan si nicolas cage tu.

Next story aku nak cerita latest mimpi aku pasal arwah tok perempuan aku belah mak dah ayah aku.
Dorang meninggal beza 4 hari saja. Dan aku mimpi depa berdua kerap sangat sangat.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2019 05:03 PM | Show all posts
7.Mimpi arwah tok perempuan.

Kali ni aku nak cerita tentang tok perempuan aku. Belah mak dan belah ayah. Diorang baru arwah tahun lepas dan beza 4 hari saja. Memang rasa sedih sebab tak sempat nak jumpa. Sebab nampak elok sihat. Sampai sekarang rasa menyesal yang amat sangat dan sebak kalau teringat kenapa kita tak spend time dengan depa. Kalau aku mimpi dorang je mesti bangun dan menangis sebab tak sempat jumpa peluk cium dan cakap bertapa aku sayang kat depa.

First aku mimpi tok perempuan belah mak aku.
Dalam mimpi tu, aku tau dia dah arwah dan aku nampak tok perempuan aku duduk diam dan lipat kain dekat ruang tamu.
Macam rutin dia selalu buat. Lipat kain batik dan baju kedah.
Dan aku panggil mak aku suruh cakap kat tok perempuan aku yang dia dah arwah dia tak patut ada dalam dunia ni.
Once mak aku bagitau macam aku suruh terus tok perempuan aku hilangkan diri.
Dia tak cakap apa langsung, just senyum saja,
Dan aku tak takut langsung dekat dia walaupun aku tahu dia dah arwah.
Aku cuma bagitau tempat dia bukan dekat sini saja.
Walaupun aku tau aku rindu dia sangat-sangat.

Kedua mimpi tok perempuan belah bapak aku selang berapa hari dengan mimpi pertama.
Dalam mimpi tu agak seram sikit dan aku ketakutan
Aku nampak bayang2 arwah kat luar melalui tingkap nako rumah dan cuba masuk dalam rumah.
Kami cuba tutup semua tingkap nako dan akhirnya dia muncul depan aku dengan muka yang sama la
Bukan hantu ke apa
Aku bagitau kat  mak aku ayat sama jugak. “mama tolong bagitau mak (panggilan kat tok) cakap dia takda dah”
Mak aku angguk paham
Dia bagitau kat arwah dan arwah balas “mak tak seronok la duduk sana” dengan muka muram.
Kami takda la seram or takut cuma kami rasa kena sedarkan depa bagi yang depa dah arwah.
Lepas tu tok aku hilang. Aku terjaga dan baca alfatihah.

Selang 2 3 hari baru aku bagitau mak aku.
Katanya kita rindu depa tu depa mai masuk mimpi.
Kalau yang cakap tu setan la. Kalau mai diam senyum tu betui depa.
Hujung2 kena perli “tidoq tak basuh kaki lagutu la”

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 07:54 AM | Show all posts
Menarik ni TT..ada lagi ke..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2019 09:41 AM | Show all posts
addina3606 replied at 8-3-2019 07:54 AM
Menarik ni TT..ada lagi ke..


ada,
saya just kena kacau light-light macam dengar bunyi, nampak bayang2 . jarang la kena hardcore punya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 11:28 AM | Show all posts
nanny_1 replied at 7-3-2019 04:20 PM
sebenarnya mak dan makcik anak angkat je. tok ambik anak cina jadi anak angkat.
tok ada anak  ...

sebenarnya zaman dolu lagi trajis cite nya kan..x de socmed n press, kalu tidak lagi laa hebat.zaman jepun dan komunis, byk cina bagi ank prempuan pada melayu utk dibela,elak anak2 itu dibunuh, dicabul jepun..kat opis meols ni..ada budak yg mak dia n auntie dia 3 orang melayu bela..tapi nenek cina dia sempat jumpa sblm mati..bdk tu citer nenek dia nangis sungguh2 sambil sembah2 anak2 dia yg dia bagi kat orang sambil tak henti2 minta maaf dan dia kata dia x de niat nak bagi org, tapi dia takut anak2 tu kena bunuh..sian meols dengar..sib baik dia smpat jumpa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2019 11:46 AM | Show all posts
puteribaya replied at 8-3-2019 11:28 AM
sebenarnya zaman dolu lagi trajis cite nya kan..x de socmed n press, kalu tidak lagi laa hebat.zam ...



betul.
tok aku jumpa mak dan makcik aku depan rumah dia.
ada orang letak dalam bakul siap surat beranak lagi.
tok aku ambik bela.
mak aku ada cari jugak parents dia.
tapi tak jumpa disebabkan rumah dialamat surat beranak dia dah ambik dek kerajaan
so semua pindah ke tempat lain.
dan makcik aku pulak dia cari mak dia
dia marah mak kandung cina dia katanya kenapa bagi dekat dia kat tok aku
dia takmau jadi islam.
menangis-nangis tok aku dengar ayat dia.
sampai ke hari tok aku arwah dia tak p tengok
sebab benci amat sangat
tapi harta ambik pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2019 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
nanny_1 replied at 7-3-2019 05:03 PM
7.Mimpi arwah tok perempuan.

Kali ni aku nak cerita tentang tok perempuan aku. Belah mak dan bela ...

yg ni myb hg rindu depa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2019 02:23 PM | Show all posts
hunters replied at 8-3-2019 02:07 PM
yg ni myb hg rindu depa...



ha ramai macam tu.
maybe rindu sampai terbawa-bawa dalam mimpi.
masalahnya aku je mimpi
orang lain tak pernah pulak
aman damai je hidup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2019 02:49 PM | Show all posts

8.Highway BKE Kulim

Kali ni story aku nak cerita tentang kisah bapak aku yang ternampak penampakan kaki berjalan di highway BKE Kulim.

Sapa area utara mesti familiar dengan highway ni.
Dia hubungkan antara penang dengan kulim.
Kiranya jalan terus je boleh sampai kulim
Disebabkan jalan yang straight ni la banyak makan nyawa terutama kereta dan moto.

Kes ni jadi masa bapak aku follow geng2 superbike dia ke arah kulim
Dan bapak aku jadi marshall.
Kiranya depan sekali la

Geng moto superbike ni memang jarang masuk laluan moto rasanya sebab tak boleh
Depa pun masuk laluan kereta
Masa tu dalam 2 3 pagi gitu,
Laluan dia tepi sawah padi terbentang luas
Bila siang lawa kemain cuba malam.
Ketakutan dibuatnya tambah2 laluan moto tepi sekali.

Dorang ni jenis balik tengah malam mesti bawak slow ja sebab ambik angin.
Sampai saja satu area tu, lampu moto bapak aku tersuluh sepasang kaki sekerat dari paras betis dan ke bawah sedang berjalan sendiri
Disebabkan gelap malam lampu dia menyuluh ke arah tu je dan nampak sipi2.
Tapi dia yakin tu memang kaki sekerat yang berjalan.
Bapak aku stay calm walaupun dia kata time tu dada dia nak pecah
Balik daripada konvoi tu dia demam sekepoi.
Mungkin terkejut agaknya.
Bila cerita kat mak aku dikatanya “padan muka sapa suruh balik lewat malam, selamat nampak kaki kalau nampak muka pecah?”
Akibatnya penampakan kaki tak menginsafkan bapak aku.
Malah kali ni dia ajak mak aku pulak p konvoi dan tinggal kami adik beradik kat rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 04:33 PM | Show all posts
nanny_1 replied at 8-3-2019 11:46 AM
betul.
tok aku jumpa mak dan makcik aku depan rumah dia.
ada orang letak dalam bakul siap su ...

laaa gitu plakk..moga makcik you terpelihara keislamannya
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 04:35 PM | Show all posts
nanny_1 replied at 8-3-2019 02:49 PM
8.Highway BKE Kulim

Kali ni story aku nak cerita tentang kisah bapak aku yang ternampak penampa ...

haha..g melawan antu tu..challenge
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2019 05:13 PM | Show all posts
puteribaya replied at 8-3-2019 04:33 PM
laaa gitu plakk..moga makcik you terpelihara keislamannya



tah la terpelihara ke idok
tapi time orang puasa dia tak puasa alasan gastrik
tudung takmau pakai alasan migrain
kami pun malas dah nak tegur sebab nanti bergaduh.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2019 02:09 PM | Show all posts
TT... cepat sambung citer.. Ralit baca citer tt.. Citer psl saka nenek belum lagikannn... ka byk lagi kisah2 sblm saka nenek...

Rumah kg dolu2 mesti ada satu ruang kt dlm umah, untuk mandikan jenazahkan.. Umah i kt kg, mmg ada ruangan nih.. smptla i tgk arwah tok n nenek yang meninggal selang 100 hari dimandikan.Tapi, ruang tu skrg ktorang dah ubah, dah xde dah..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2019 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
farlis replied at 9-3-2019 02:09 PM
TT... cepat sambung citer.. Ralit baca citer tt.. Citer psl saka nenek belum lagikannn... ka byk lag ...

Rumah kami takda rasanya. Tapi ada tiang seri. Tingkat atas kosong je yang ada orang tingkat bawah bahagian dapur. Kalau p dapur sorang2 malam2 confirm dari ekor mata perasan ada something perhati dari atas tangga ke bilik pengantin tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2019 01:36 AM | Show all posts
alaaa... bile pulak boleh baca sambungannya nih?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2019 09:24 AM | Show all posts

Baru jadi kes ni pagi tadi,

asal tido je mimpi mamat muka terbakar pakai baju security.
padahal sebelum tido aku tak tengok langsung cerita hantu or apa2.

first mimpi terjaga pukul 2 pagi.
aku mimpi mamat muka terbakar pakai baju security putih dan pakai vase kuning safety duk berlegar-legar dekat tingkap nako bilik aku.
kebetulan bilik aku memang langsir takda. basuh.
dia berlegar-legar nak masuk dalam rumah.
dan aku terjaga kebetulan pukul 2 pagi dan dengar anjing melolong dari jauh.

dah terjaga dah susah nak tido balik dengan jantung dup dap dup dap.
bila dah tido aku mimpi mamat sama kali ni ada depan muka aku.
aku katil 2 tingkat.
kiranya dia berdiri depan aku memang muka dia sama tinggi dengan katil aku.
tapi jauh 2 3 tapak.
tetiba terjaga aku bukak mata takda pun sebenarnya.

aku syak mak bapak dengan adik aku bawak balik dari mana2 la ni sebab depa baru balik konvoi dari sadao bike week.

kejap lagi aku cerita pasal dengar bacaan sami siam dekat telinga kiri aku masa aku terbangun pukul 3 pagi.
disertai dengan sesi mengintai dari makhlus mana tah kat pintu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2019 11:12 AM | Show all posts
terbaik tt .menarik kisah-kisah yang tt alami ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2019 11:14 AM | Show all posts
lagendahidup replied at 11-3-2019 11:12 AM
terbaik tt .menarik kisah-kisah yang tt alami ni



gangguan light2 je.
jarang nampak yang hardcore walaupun mata ni jahat dok melilau cari.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2019 11:25 AM | Show all posts

9. Mantera siam di tepi telinga.

Last cerita pasal mimpi tadi aku ada janji  nak cerita pasal mantera siam.

sebenarnya benda ni jadi tahun lepas.
masa tu hari hari aku akan terjaga tepat pukul 3 tanpa sebab musabab.
just terjaga je.
orang kata suruh bangun solat.

ada 1 hari, lupa hari apa yang pastinya hari bekerja.
aku terjaga pukul 3 pagi.
dan aku rasa bising tepi telinga kiri.
bila aku try dengar bebetul telinga kiri kanan nak tengok dari mana asalnya datang benda tu
rupanya hanya telinga kiri je dengar.
kanan sunyi sepi
dia seakan2 mantera siam yang tok sami baca.
lama jugak aku dengar dan aku tak paham sepatah haram.

nak dijadikan cerita katil aku sebelah pintu je.
so kepala katil aku betul2 mengadap pintu kalau pintu terbukak.
dalam tempoh dengar mantera siam tu aku terangkat kepala dan tengok ke pintu separuh terbukak,
aku terperasan ada benda gelap mengintai dari tepi pintu.
macam bayang-bayang.
lama jugak dia mengintai.
boleh nampak mata tajam dia dibalik tepi pintu.
time tu aku tak rasa takut langsung cuma curious.
aku turun katil pergi kat pintu.
takda apa pulak.
then mantera tu pun hilang macam tu je.
bagitau mak aku dikatanya aku tido tak basuh kaki,

aku cuma pelik berapa kali aku mimpi ada makcik suruh aku ngaku aku anak dia dan ada tok sami di ruang tamu rumah aku.
dan ada mimpi aku jumpa bayi tepi sungai tersangkut kat batu. aku ambik bayi tu dan dukung bawak balik rumah

rasanya masa kemas rumah kampung dulu aku ada jumpa tangkal tok laki aku.
macam di pintal kemas dan dalam dia ada besi dan ayat2 siam.
nanti balik aku check kalau mak aku simpan lagi dan aku ambik gambar letak sini
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2019 03:52 PM | Show all posts
nakk sgt baca..tp kena kiv dlu, sbb la ni opis sensorg... takuttt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.303268 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list