CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3748|Reply: 10

Pasangan Yang Selalu Bergaduh, Selalunya Mempunyai Anak Lebih Ramai

[Copy link]
Post time 7-3-2019 05:49 PM | Show all posts |Read mode


Pasangan Yang Selalu Bergaduh, Selalunya Mempunyai Anak Lebih Ramai. Jika anda tidak pernah bergaduh atau bertengkar selepas berkahwin bertahun lamanya, ini bermakna hubungan itu ada yang tidak kena.



Mengapa terjadi?

Ia adalah luahan hati anda atau pasangan mengenai pendapat, keinginan dan pencarian kata putus dalam sesuatu perkara.

Perkahwinan adalah sesuatu perjalanan dan ia tidak mudah. Setiap hari adalah perkara baru, maka persefahaman perlu sentiasa dicari.



Pertengkaran Positif



Pertengkaran/perselisihan pendapat yang tidak melibatkan pergaduhan luar biasa seperti terjerit-jerit terhadap pasangan, baling barang atau melakukan kekasaran fizikal.

Perselisihan yang tidak melihatkan siapa menang dan siapa perlu patuh. Sebaliknya pergaduhan ini terjadi secara spontan dan akhirnya keputusan yang terbaik berjaya dicapai.



Pergaduhan yang tidak berlanjutan lebih 10 minit.



Adakah anda pernah mengingati semula detik pertengkaran antara anda dan pasangan? Bukankah ia mampu membuatkan anda tersenyum sendiri apabila terkenang saat itu? Lucu bukan, bergaduh dan bermasam muka hanya kerana memilih warna terbaik untuk kereta baru.



Komunikasi dua hala



‘Yahya sudah berkahwin selama lima tahun. Sudah mempunyai seorang anak dan perkahwinannya dirasakan bahagia dan berjalan baik bersama Farhana kerana mereka tidak pernah bertengkar.


Entah mengapa suatu hari, Farhana memfailkan penceraian. Yahya tersentak seakan tidak percaya dengan tindakan isterinya. Disangka Farhana bahagia hidup bersamanya kerana Farhana tidak pernah bersungut dan menerima segala percaturan yang dilakukannya dalam rumah tangga mereka.


Setelah disiasat, Farhana menjelaskan dia tidak tahan dengan kehidupan tersebut. Malah Farhana rasa terkongkong dan perasaannya bagaikan tidak pernah dipedulikan. Yahya tidak pernah bertanya tentang apa kemahuannya walhal Yahya sedar bahawa Farhana ‘berat mulut’.


Daripada kes benar ini, dapat disimpulkan bahawa hidup berpasangan memerlukan komunikasi. Secara terus yakni baik atau secara pertengkaran kecil. Ini kerana ia medium untuk melontarkan pendapat dan hak masing-masing.


Semakin anda bertengkar maka semakin dalam anda mengenali pasangan. Anda tidak boleh hanya memikirkan apa anda rasa dan mahu, sebaliknya fikir juga perasaan dan kemahuan pasangan anda.


Tipu, jika hidup berpasangan tidak pernah bergaduh. Anda selidik apa yang tidak kena jika anda tidak pernah bergaduh dengan pasangan. Si dia mungkin telah memendam perasaan dan akan meledak bila-bila masa sahaja.




sumber : personapengantin.my


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2019 02:46 PM | Show all posts

mengarut. bila nak projek asyik bergaduh je
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 02:52 PM | Show all posts

ayah teringat cerita miss and mrs smith. asyik bergaduh aje. lepas bergaduh je main, lepas main je bergaduh





Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2019 01:14 PM | Show all posts
Robin dan koyote boleh jawab...sebab derang anak hampir masuk  se Tengah dozen......

Kalau tak kerna terpisah.......

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 11:16 AM | Show all posts
aku rasa ni betul.
bff aku gaduh sampai nak bercerai berai.
call kitorang menangis2.
tup2 share gambar UPT +ve.

anak first dia pon macam tu.
anak second dia pon macam tu.
anak 3rd dia pon macam tu.
anak 4th otw ni pon macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2019 10:21 AM | Show all posts
ada sorang kenalan iols pun mcm tu. asal gaduh besar jek, tup2 few months ada isi. smpai anak masuk 4. akhirnya bercerai juga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2019 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju! Kebanyakkan org terdekat mcm ni. Asal bergaduh besaq ja.. mengandung lah lpas tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 11:40 PM | Show all posts
my sis, siap nak bercerai dah..
tetiba pregnant, lahir dah anak pompuan,
comel ya amat bandingkan adik beradik yang lain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2019 10:17 AM | Show all posts
faraway1 replied at 25-4-2019 11:40 PM
my sis, siap nak bercerai dah..
tetiba pregnant, lahir dah anak pompuan,
comel ya amat bandingkan  ...

Siapa yg pregnantkan your sis tuh???


Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2019 10:19 AM | Show all posts
ixora87 replied at 25-4-2019 05:19 PM
Setuju! Kebanyakkan org terdekat mcm ni. Asal bergaduh besaq ja.. mengandung lah lpas tu

Tetiba teringat robin, onex.....each ada 4-5 ketul Anak....bercerai akhirnya....




Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2019 05:06 PM | Show all posts
Betul la kot. Macam asiah jalil dengan laki dia hatta. Gaduh teruk masuk fb, siap konon2 dah file kat mahkamah. Sekali keluar no 8, no 9, no 10.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.065996 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list