CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2043|Reply: 0

Hakikat Selaput Dara

[Copy link]
Post time 9-3-2019 10:56 PM | Show all posts |Read mode

Istilah Dara diertikan oleh
orang Melayu sebagai
regangan daging tipis yang
menutup sebahagian dari
permukaan lubang faraj. Ia
juga dipanggil Selaput
Perdaraan. Anak Dara adalah
istilah yang digunakan bagi wanita yang belum pernah bersetubuh yang secara
asasnya dianggap masih mempunyai Dara. Hilang Dara pula digunakan oleh
orang Melayu bagi menamakan keadaan bila Dara telah terkoyak. Benda yang
serupa juga dikenali sebagai satu simbol kesucian wanita.
Secara deskriptif Selaput Dara atau Dara itu adalah satu regangan daging nipis
seperti bawang meregang di pintu masuk lubang faraj. Ia sukar dikenal pasti
oleh mata kasar terutamanya oleh lelaki yang melihatnya pertama kali. Dara
dianggap sebagai mahkota wanita semua bangsa semua zaman hatta di zaman
moden dan kemudian dari ini. Sebagai lambang kesucian wanita Dara juga
dijaga dengan baik sebelum perkahwinan. Ia hanya akan diserahkan kepada
suami yang tercinta untuk dipecahkan (dikoyakkan) dengan jimak pertama.
Namun begitu, tidaklah semua wanita dapat mempertahankan Dara. Ia boleh
terkoyak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, apatah lagi jika telah
melakukan hubungan jenis sebelum pernikahan. Satu hal yang patut diketahui
ialah Dara boleh juga terkoyak walaupun tanpa melakukan persetubuhan.
Istilah Gadis atau Anak Dara atau Bikir, sebenarya mempunyai pengertian
yang kurang cerewet. Ia bermaksud wanita yang belum pernah bernikah.
Lelaki mempunyai sifat keegoan, sifat ini amat ketara pada masyarakat Melayu
pada zaman dahulu. Pada masa pertama, suami dibekalkan oleh ibu si isteri
dengan kain putih (atau sapu tangan putih). Semasa melakukan jimak buat
pertama kali, Dara akan terkoyak dan sedikit darah bayu akan keluar. Darah ini
akan dikesat menggunakan kain tersebut. Pada keesokan harinya, kain itu akan
diserahkan kepada ibu si isteri sebagai tanda bahawa kedua-dua suami isteri
tiada bermasalah, si suami mempunyai zakar yang cukup keras untuk
memecahkan Dara sementara si isteri telah dapat mempertahankan mahkotanya
hingga pada ketika itu. Tanda tersebut membanggakan kedua-dua belah
keluarga pengantin. Pada masa sekarang, adat itu tidak berlaku lagi.
Banyak sedikitnya darah yang keluar bergantung kepada bentuk dara. Jika
mazi isteri banyak maka darah bayu akan bercampur pula dengan mazi. Jika
darah amat sedikit maka ia tidak dapat dilihat dengan jelas. Mungkin Dara
terkoyak sedikit saja dan darahnya juga sedikit. Besar kemungkinan suami
telah memecahkan dara tetapi tidak sedar akan fenomena itu. Tidak ada tanda
khusus yang dapat dikenal pada saat Dara dipecahkan. Kalau ada cuma dari
segi kesakitan isteri tetapi kesakitan itu sedikit dan sebentar, ia hilang dalam
keghairahan. Maka jangan mudah menuduh isteri sudah tiada Dara. Ada juga
wanita Daranya bertaut kembali walaupun telah melakukan persetubuhan maka
kaitan Dara dan kesucian hanyalah adat dan bukan syarat.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.633782 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list