CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rantaikendoq

MIN NURIHI NABIYYIKA

  [Copy link]
 Author| Post time 22-6-2019 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian punya pasal, saya akan update posting2 berkaitan tauhid jalan ulama sufi terdahulu disini...

Assalamualaikum warahmatullahi...
Bismillahi...

Kenapa ruh menjadi amar rabbi, urusan Allah?
Kerana ruh itu telah Allah tetapkan sbg satu bekas wadah bagi setiap diri insan
Untuk menaiki tangga langit demi langit
Hinggalah kamu disucikan dan layak dipangil sbg KEKASEH SUCI MURNI UTK DIJEMPUT BERBICARA DI SIDROTUL MUNTAHA
....
Bagaimana jalan meniti tangga langit ke langit itu?
Iaitu dgn kaedah warisan wasilah sanad mursid yg telah menyusun amalan2 buat ruh itu agar kamu dpt menyusun akal ilmu nafsu kamu dgn amal2 suci bersih LAGI KHUSUS LAGI RAHSIA LAGI TERATUR..zikir2, wirid2, selawat, dan amal solat yg SEMUANYA TELAH BERSIH SUCI...
Itulah JALAN TAREKAT YG TAK TERPISAH BAIK DARI SEGI ZAHIR BATIN HAKIKAT BERMAKRIFAH...
Yang mana telah lamaaaa disusun oleh ulama sufi arifbillah terdahulu yg disebut MUNYATUL MUSOLLI OLEH SYEIKH DAUD ABDULLAH ALFATHONI....

Selagi mana tiada mursid...tiada akan sampai petunjuk jalan dan bimbingan serta amalan yg dpt membantu diri kamu itu agar sampai padaNya dgn layak DIJEMPUT MASUK ke HADRATNYA YG QUDUS SUCI MULIA...

Ibarat seperti seorg pemuda gila yg berlagak pandai spt doktor pakar
Pemuda gila bercerita tentang bab demam panas, demam kura, demam campak, demam cikunguya..
Masalahnya, cerita2 pemuda gila YANG BUKAN DOKTOR tidak tepat bercerita tentamg hal simtom2 dan sakit sakit demam dengi tidak selari dgn kesan demam kura, bahkan kaedah rawatan dan ubatan juga salah
Maka, berlakulah satu PENDUSTAAN DAN PENGANIAYAAN PD DIRI
Kena pula pemuda gila tolol bercerita depan doktor PAKAR...
Sepertinya doktor STRANGE bertemu ANCIENT ONE (guru lama mursid) buat pertama kali..
Maka berhentilah SIKAP BERDUSTA NAFSU MAZMUMAH MENCELA KEJI PD DIRI
Kerana sikap itu menjauhkan diri dari bertemu GURU MURSID
Sepertilah jua FB HAKIKAT INSAN yg dipenuhi posting oleh spesis bangang tolol...
Bercerita bab kencing manis tapi lari jauh kaedah dari sakit jantung, kan ke bangang tolol tu bila SANG DOKTOR MEMERHATI...

Jila dah dpt sanad wasilah mursid, tidak lagi pening nak memahami wahdatul wujud 1 nyawa 1 diri...semuanya SUSUNAN DALAM SOLAT UNTUK SAMPAI LE SIDROTUL MUNTAHA SEIRING witid zikir TERHIMPUN BERJEMAAH ROH AKAL NAFSU ILMU NUR DALAM 1 BEKAS SOLAT...
Itulah perintah WAJIB PERISTIWA ISRAK MIKRAJ....utk BERSOLAT
Tapi kasihan spesis TOLOL BANGANG maseh berpusing sembang tak payah solat, solat daimun , solat itu ini
Ibarat berak seperti penuh peta dunia
Tapi maseh TAK MELALUI MERASAI APA APA, TAK SAMPAI JUA DESTINASI...
Insaflah....cariler mursid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2019 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
KRONOLOGI DAN PERKEMBANGAN TASAWUF DAN TARIQAT

Pada artikel sebelum ini, telah disentuh golongan sufi terawal di zaman Rasulullah SAW iaitu ahli suffah yang menjalankan kehidupan zuhud dan ilmu disamping membantu Rasulullah SAW menjalankan urusan pentadbiran negara,  samada domestik atau luar negara. Diantaranya ialah Salman al-Farisi, Abu Hurairah, Abu Zar al-Ghiffari, Abu Said al-Khudri, Abdullah bin Mas’ud, Saad bin Abi Waqqas, Uqbah bin Amir, Tamim ad-Daari dan lain-lain.

Pada peringkat ini, nama tasawuf dan tariqat belum muncul kerana kedua-duanya masih bersepadu dalam kehidupan mereka.

Dalam lain makna, walaupun pada masa dahulu tidak ada istilah-istilah seperti Usuluddin, Usul Hadeeth, Usul Feqah, Usul tafsir, Rijal, Nahu, Sorof, Balaghah, Tauhid, Aqidah, Tasawuf, Tariqat dan sebagainya, namun hakikatnya kesemua ilmu-ilmu Islam ini adalah berasal daripada Rasulullah SAW sendiri yang diwujudkan dalam bentuk BERSEPADU, iaitu tanpa dipisah-pisahkan diantara satu dengan yang lain.

Ajaran Rasulullah SAW dalam bentuk sepadu itu telah diikuti dengan penuh kesetiaan dan dedikasi oleh para sahabat baginda RA anhum dan sebilangan besar dari kalangan umat Islam di zaman tabi'in dan tabi'ut-tabiin. Mereka masih  mengamalkan Islam yang kamil atau sempurna, dan syumul atau menyeluruh. Mereka semua ini termasuk dalam "Khairul Qurun"(generasi terbaik-hidup dalam 300 tahun pertama Hijrah) seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW : "Sebaik-baik manusia adalah (yang hidup) di zamanku, kemudian orang-orang setelahnya, kemudian orang-orang setelahnya". (Bukhari, no. 2652, Muslim, no. 6635)

Tokoh-tokoh sufi di zaman "tabi'in" (generasi yang mengikut sahabat) yang meneruskan kesinambungan peranan ahli suffah ialah Imam Hasan al-Basri (lahir 21H), Uwais al-Qarni (wafat 35H), Ali Zainal Abidin as-Sajjad (lahir 36H), Muhammad al-Baqir (lahir 54H), Ja'far as-sodiq (lahir 80H), Sufyan as-Sauri (lahir 97H), Ibrahim bin Adham(lahir 96H), Abdullah bin Mubarak (lahir 118H), Malik bin Dinar (wafat 126H), Syaqiq al-Balkhi (wafat 194H), Daud at-Ta`i (165H), Rabiatul Adawiyah (wafat 185H), Alqamah bin Marsad (wafat 120H), Rabi' bin Khaisam, Haram bin Hayyan, Abu Muslim al-Khaulani, Amir bin Abdullah dan lain-lain.

Tokoh-tokoh sufi pada zaman tabiut tabi'in (generasi yang mengikut tabi'in) pula  ialah  Hatim al-Asim, Abu Yazid al-Bustomi(lahir 252H/874M), Siri as-Saqti, Junaid al-Baghdadi (lahir 208H/830M), Bisyr al-Hafi, Fudhail bin Iyadh, Zun Nun al-Misri (lahir 174H/796M), Ali al-Uraidhi (lahir 129H/751M), Ahmad al-Antoki, Zuhair al-Marwazi, Abul Abbas at-Tabari dan lain-lain.

Bagaimanapun pada ketika itu istilah TARIQAH, iaitu  AMALAN AHLI SUFI masih belum timbul lagi. Bermakna dalam teori atau ajaran Tasawuf sendiri terkandung amalan Tariqah. Teori (Tasawuf) dan Amali (Tariqah) menjadi satu perkara yang sepadu, dikerjakan oleh ahli-ahli sufi dengan tidak dipisah-pisahkan diantara satu dengan yang lain.

Itulah sebabnya di zaman Imam Junaid Al-Baghdadi  dan Imam Abu Yazid Al-Bustami, dua orang tokoh ulamak Tasawuf/Tariqah yang besar, mereka  hanya dikenali sebagai ulamak Tasawuf  sahaja dan tidak dikenali sebagai ulamak Tariqah kerana amalan Tariqah pada masa itu terkandung dalam bidang Tasawuf sendiri.

Tetapi apabila umat bertambah jauh dari zaman-zaman dan kurun-kurun yang mulia, Ilmu Tasawuf sendiri telah dipisah-pisahkan dari amalannya. Kesibukan masyarakat Islam dalam mengejar duniawi telah menyebabkan Ilmu Tasawuf hanya tinggal teori sahaja dan dijadikan sebagai suatu pembahasan ILMU AKHLAQ semata-mata.

Maka dalam  kurun ke 4-6 Hijrah muncullah pula alim-ulamak sufi yang giat menyusun amalan-amalan Tasawuf berasaskan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah yang dapat dipraktikkan kembali oleh umat Islam supaya hati yang berkarat dapat disucikan kembali dan hubungan dengan Allah SWT dapat diperbetulkan semula. Dari sini timbullah istilah TARIQAH yang digunakan sebagai menunjukkan suatu bentuk madrasah untuk menyepadukan teori dan amali tasawuf secara bersepadu semula sebagai jalan penyucian hati mengikut kaedah-kaedah yang dipeloporkan oleh seseorang Syeikh Tariqah sebagai penyusunnya.

Contohnya Syeikh Imam Abu Ahmad Badruddin adalah penyusun  Tariqah  Chistiyyah, Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani adalah penyusun Tariqah Qadiriyyah, Syeikh Abdullah Asy-Syathari adalah penyusun Tariqah Syattariyyah, Syeikh Bahauddin An-Naqsyabandi adalah penyusun Tariqah An-Naqsyabandiyyah, Syeikh Abu Yazid Al-Bustami adalah penyusun Tariqah Taifuriyyah Imam Muhammad Faqih Muqaddam penyusun Tariqah Alawiyyah/Ba'lawi dan sebagainya.

Perlu difahami juga bahawa keempat-empat imam mazhab adalah merupakan pengamal kesufian dalam diri mereka. Maka sememangnya keempat-empat Imam Mujtahidin itu berguru kepada  guru yang kamil ilmu dan amalannya, bahkan mereka juga menjadi guru dan pengamal Tasawuf/Tariqah.

Contohnya Imam Abu Hanifah berguru dari Imam Ja'far as-Sadiq. Imam abu Hanifah sendiri  merupakan guru kepada ulama Tasawuff/Tariqah yang ternama seperti Syeikh Ibrahim Adham, Syeikh Fudhail bin Iyadh, Syeikh Daud At-Ta`i dan Syeikh Bishr Al Hafi .  Imam Malik berguru kepada Imam Jaafar as-Sadiq , seorang ahlul-bait Rasulullah SAW yang merupakan guru Tasawuf/Tariqah yang terkemuka. Imam Ahmad bin Hanbal pula pernah berguru kepada Syeikh Maaruf Al Karkhi , manakala Imam Syafiee pula berguru kepada seorang guru sufi bernama Syeikh Salim Ar Ra’i .

Dengan sebab itu Allah SWT telah mengangkat darjat Imam-Imam Mujtahidin ini, bukan sebagai ulamak sahaja tetapi sebagai Aulia’ Allah pada darjat WALI ABDAL, NUJABA’ dan AUTAD. Malahan Imam Syafiee sendiri telah sampai kepada martabat WALI QUTUB. Demikianlah yang telah disebutkan oleh pengikut-pengikutnya dari golongan Fuqaha seperti Imam An-Nawawi .

Bahkan tidak terdapat ulamak-ulamak yang agung dan hebat pengetahuannya melainkan mereka telah berguru kepada ulamak-ulamak Tasawuf/Tariqah. Contohnya Imam Al-Ghazali yang sudah bergelar Hujjatul Islam, seorang pensyarah di universiti tetapi berguru kepada Syeikh Abu Ali Al-Farmadi seorang tukang kasut yang pakar tasawuf. Al-Imam An-Nawawi adalah gurunya seorang wali Allah bernama Syeikh Yassin Al-Muzaiyan.

Seperti yang disebutkan sebelum ini bahawa istilah Tasawuf dan Tariqah hanya muncul pada akhir kurun kedua Hijrah, bermakna dalam zaman kemunculan keempat-empat Imam Mazhab Feqah iaitu Imam Maliki, Hanafi, Syafiee dan Hanbali, bidang Tasawuf/ Tariqah masih  bersifat sepadu, iaitu tidak dipisahkan dengan ilmu-ilmu serta amalan-SAW dan para amalan Islam yang lainnya sebagaimana yang dibuat oleh Rasulullah sahabat baginda.

PERKEMBANGAN ILMU TASAWUF

1. Sejarah tasawuf bermula dengan  kewujudan golongan ahli zuhud  (ascetists) iaitu ahlus suffah di zaman Nabi saw. Antara sahabat Nabi yang demikian adalah Salman al-Farisi. Di zaman tabiin, Hassan al-Basri (720 Masihi) juga mengikut cara zuhud. Bermakna tasawuf itu zuhud dan zuhud itu tasawuf.

Ibrahim bin Adham (777M) dan Rabiatul Adawiyah (801M) pula adalah ahli zuhud yang terkenal di zaman mereka. Pada peringkat ini tasawuf itu lebih kepada kehidupan ZUHUD yang bercampur didalmnya konsep mujahadah dan kecintaan.

2. Kemudian wujud Tasawuf Falsafah, bermula semenjak zaman Zun Nun al-Misri (859M). Beliau memperkenalkan konsep  makrifat  dan maqamat yang mana ahli sufi perlu melalui peringkat-peringkat makam dalam perjalanannya kepada Allah ta’ala.
Abu Yazid al Bustami (875M) pula memperkenalkan doktrin fana’ fi’l-tawhid. Beliau bukan sahaja merupakan seorang tokoh sufi yang agung, merupakan seorang ahli teologi, falsafah dan puitis yang cemerlang.

Bagaimanapun Syeikh Junaid al Baghdadi (910M), mengetengahkan pendapat adalah lebih baik untuk menenggelamkan zauq dalam hikmah bukan menenggelamkan hikmah dalam zauq (merasa dengan deria batin dan matahati).

Abu Talib al-Makki( wafat 129H/996M) muncul dengan kitabnya Qutul Qulub telah merintis penulisan ilmu tasawuf zahir dan batin secara terperinci dan teratur. Ia dijadikan antara kitab rujukan terawal oleh para ulama tasawuf yang datang setelahnya.

3. Kemudian muncul Tasawuf Akhlak atau Tasawuf Sunni dengan bangkitnya Hujjatul Islam, iaitu Syeikh Abu Hamid al-Ghazali@imam Ghazali (1111M) merupakan penyelamat kepada ilmu tasawuf di tengah-tengah kecelaruan umat Islam yang dibanjiri fahaman-fahaman teologi  yang bersifat spekulatif, atau agak-agakan, yang menggunakan akal semata-mata tanpa panduan dalil-dalil naqal, iaitu bersumber dari ahli falsafah Greek dan Yunani. Imam al –Ghazali  berjasa dalam meningkatkan martabat tasawuf dalam kerangka ortodoks, dengan memperseimbang serta mengharmonikan diantara ilmu aqliyah dan naqliyah, syariat dan hakikat.

4. Kemudian Tasauf Makrifat Hakikat oleh Imam Muhyiddin Ibnu Arabi (1240M), dikatakan seorang ahli falsafah sufi yang teragung, menerangkan sejarah dan aspek-aspek tasawuf secara lengkap dan menyeluruh. Pada peringkat ini ilmu tasawuf telah amat matang, menyentuh kepada tahap ketauhidan dan makrifat ketuhanan yang amat tinggi.

5. Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad (lahir 1044H/1634M) telah muncul dengan memberi suntikan dan nafas baru kepada dunia tasawuf dengan menggabungkan tasawuf teori dan amali akhlak zahir dan batin dengan seimbang dan pendekatan yang lebih sesuai untuk zaman mutakhirin.

Kesimpulannya, tasawuf dan tariqat telah melalui suatu proses yang cukup panjang, melalui fasa demi fasa sehingga mencapai kematangannya dalam bidang kerohanian dan kebatinan. Pada artikel yang akan datang, inshallah kami akan cuba bentangkan pengaruh dan kesan tasawuf tariqat kepada dunia Islam dan umatnya dengan menyelusuri sejarah dan geografi dari timur hingga ke barat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2019 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
KAJIAN — Hakikat Qurban Menurut*

*Jalaluddin Rumi*

*Idul Qurban berasal dari dua kata dalam bahasa Arab, Ied dan Qurban. “Ied” dari kata ‘aada  ya’uudu, bermakna kembali’. Qurban, dari kata ‘qaraba-yaqrabu’, bermakna mendekat’. ‘Qarib’ adalah ‘dekat’, dan ‘Al Muqarrabuun’  adalah ‘(hamba) yang didekatkan’.* Qurban adalah “sesuatu yang mendekatkan”. Idul Qurban (Kurban) kemudian bisa kita maknai sebagai sebuah hari dimana kita berupaya  *kembali pada hakikat kemanusiaan*  kita yang mendambakan dekat dengan yang  *Maha Rahim.*

Banyak cara yang bisa kita tempuh untuk mendekat kepada-Nya  (taqarrub Ilallah),    *Maulana Jalaluddin Rumi*   menyebut, sebanyak *helaan nafas* manusia. Allah SWT berfirman, *“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya,dan berjihadlah di jalan-Nya, agar kamu beruntung” (QS. Al-Maidah: 35).*

*“Ketahuilah, sesungguhnya infak itu suatu jalan bagi mereka untuk mendekatkan diri (kepada Allah).” (QS. At-Taubah: 99)*

*“Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu dan berkorbanlah”. (QS. 108: 2)*

Kurban tidak saja bermakna memotong seekor kambing/sapi/onta yang terbaik, melainkan lebih jauh dari itu, yakni *mengurbankan kecintaan kepada selain Allah SWT,* khususnya kecintaan terhadap sesuatu yang mendominasi ruang  *hati* ini, agar *tauhid menjadi bersih,* agar Allah *mengaruniai makna dari ‘Ahadiyah’ secara hakiki.*

Sebagaimana kisah Nabiyullah Ibrahim,as., yang begitu lama mendambakan seorang putra dan dengan khusyu melantunkan doa-doa. Setelah dikaruniai seorang putra yang bernama Ismail, membuat hatinya sedikit berpaling, yang tadinya hanya terisi Allah SWT mulai berbagi, *oleh karenanya Allah memerintahkan menyembelih putra tersayang ini, agar hatinya kembali murni, hanya mencintai Allah SWT saja*. Nah, orang-orang yang mengikuti hakikat kisah ini, dengan jalan *memerangi hawa nafsunya* (mujahadah) pada setiap kesempatan.

*Nama lain Idul Qurban, adalah Idul Adha. Adha memiliki makna penyembelihan.*  Harus ada yang kita sembelih pada hari ini. Bukan persoalan apa kita memiliki harta atau tidak untuk menyembelih. Kita yang termasuk belum memiliki kemampuan untuk menyembelih hewan qurban, sesungguhnya telah diberi kemampuan untuk melakukan prosesi *penyembelihan lain, menyembelih ‘kambing’, ‘sapi’, maupun ‘hewan ternak’ lain yang beranak pinak dalam diri kita.*

*Hewan ternak sesungguhnya tamsil dari dominasi hawa nafsu dan syahwat kita*. Tamsil segala  *kesesatan dan keburukan; kebodohan, kedengkian, ketakaburan, buruk sangka, kemalasan, kecintaan pada hal-hal material dan aspek lainnya yang harus kita sembelih dari diri kita* ♂. Allah SWT menyebut *orang-orang yang buta hati, akal dan pikirannya lebih sesat dari hewan ternak.*

*Maulana Jalaluddin Rumi  dalam Matsnawi Ma’nawi* menafsirkan *empat ekor burung yang disembelih dan dicincang oleh Nabi Ibrahim as dalam surah Al-Baqarah ayat 260 sebagai empat ekor unggas yang ada dalam diri kita.* Keempat ekor unggas itu adalah  *bebek* yang mencerminkan *kerakusan*,
*ayam jantan*  yang melambangkan *nafsu*,
*merak*  yang menggambarkan *kesombongan*
dan *gagak*  yang melukiskan *keinginan.*

Dan menurut  *Maulana Rumi*   kita hanya bisa kembali hidup sebagaimana manusia ketika kita *berani menyembelih keempat unggas ini,* sebagaimana Ibrahim as mencincangnya. Di antara keempat unggas ini, bebeklah yang paling mewakili karakter kebanyakan kita. *Tentang bebek Maulana Rumi bercerita:*

*Bebek itu kerakusan, karena paruhnya selalu di tanah*

Mengeruk apa saja yang terbenam, basah atau kering

Tenggorokannya tak pernah santai, sesaatpun

Ia tak mendengar firman Tuhan, selain makan

minumlah!

Seperti penjarah yang merangsek rumah-rumah

Dan memenuhi kantongnya dengan cepat

Ia masukkan ke dalam kantongnya baik dan buruk

Permata atau kacang tiada beda

Ia jejalkan ke kantung basah dan kering

Kuatir pesaing akan merebutnya

Waktu mendesak, kesempatan sempit,

Ia ketakutan

dengan segera di bawah tangannya

Ia tumpukkan apapun….
: Dikisahkan oleh  *
Maulana Jalaluddin Rumi,*  
secara indah dalam kitab Mastnawi yang masyhur itu. *Kisah itu bercerita tentang seekor keledai  yang dikandangkan bersama seekor unta,*

*keledai itu berkata:*
*‘Kepalaku selalu menunduk kebawah, kendati demikian, aku masih selalu jatuh.*

*Sementara kepalamu tegak, dan pandanganmu lurus serta melihat keatas, tetapi engkau tidak pernah jatuh, apa sebabnya?*

*Sang Unta menjawab: ‘Dengan kepalaku tegak dan lurus aku bisa melihat jauh. Kalau ada lubang, aku bisa menghindarinya.’*

*Mendengar itu si keledai menangis, ‘Bimbinglah aku, tunjukkan kepadaku jalan yang lurus, sehingga aku tidak jatuh lagi.’*

*Sang Unta menjawab: ‘Dengan mengakui kelemahan diri, kamu sudah terselamatkan. Berbahagialah sekarang, karena kamu sudah terbebaskan dari sesuatu yang jahat.’*

Terbebaskan dari sesuatu yang jahat, yakni keakuan atau ego!

*Tujuan♂ utama bertasawuf* adalah mengalahkan *keakuan*  atau ego, hal ini tidak boleh terlupakan oleh para salik, bukan malah membangunnya. Sebagaimana sebuah hadis yang menyatakan bahwa: ‘Man arofa nafsahu faqod arofa rabbah’

*Barang siapa mengenal dirinya (nafs-nya atau ego-nya), maka ia mengenal Tuhannya.*

                             *
Ya Allah kumpulkan kami dalam golongan Abil Faidl Tijani
dan anugerahkan pertolongan kepada kami ini dengan anugerah hamparan kewalian Sang Penyempurna Wali Pembesar yang Tersembunyi.

Idul Qurban 1440 H
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2019 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Diantara asal usul eksistensi Wali Allah dimuka bumi.

Syekh Muhammad Al Kansusi ditanya seputar keberadaan wali yang senantiasa eksis dibumi ini, beliau menjawab :
"seorang Wali yang bertemu dengan Wali Khidir berkata : ketika Rasulullah saw meninggal dunia, bumi mengeluh dan curhat kepada Allah "wahai tuhanku, tidak akan ada lagi seorang Nabi yang berjalan diatasku hingga kelak hari kiamat", atas curhatan ini Allah menanggapi dengan mengatakan : aku akan menjadikan beberapa orang dari umat ini hati mereka seperti hati para Nabi, aku tidak ada akan meniadakan mereka darimu". Bumi bertanya : berapa mereka? Allah menjawab : 300 aulia, 70 nujaba', 4 autad, 10 nuqaba, 7 urafa, 3 mukhtaruun, 1 ghauts,  jika yg 1 mati akan diganti dari yg 3, yg 3 dari yg 7, yg 7 dari yg 10, yg 10 dari yg 4, yg 4 dari 70, yg 70 dari 300, dan yg 300 dari umat manusia yg lain, begitu terus hingga kiamat."
-ATM-
#        _ 3/806
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2019 11:37 AM | Show all posts
SUFI

Syeikh Fawzan: "Sufism is not from Islam." => https://youtu.be/z6fVkVmnzfI

Contoh bebal sufi =>
https://youtu.be/uDh4s02Hfkw

"Sesungguhnya tasawwuf itu adalah tipuan makar paling rendah, hina dan tercela. Setan telah membuatnya menipu para hamba Allah dan memerangi Allahعَزَّ وَجَلَّ dan rasulNya. Sesungguhnya tasawuf adalah sebagai topeng kaum Majusi agar ia terlihat sebagai seorang yang Rabbani, bahkan juga topeng semua musuh agama Islam. Bila diteliti ke dalam akan ditemui di dalamnya ajaran Brahmaisme, Budhisme, Zaratuisme, Platoisme, Yahudisme, Nashranisme, dan Paganisme."

(Syeikh Abdurrahman alWakil. Mashra'ut Tasawuf m/s 19)
https://almanhaj.or.id/1025-hakikat-tasawuf.html

Rujukan ilmu sahih agar maklum perbezaan kritikal antara mazHab Syafi'i atau mahZab Sufi = www.yufid.com

=====================

WAHABI

Mantan Syeikhul Azhar, Atiyyah Saqr: "Apa itu Wahabi?" = https://youtu.be/lBxuzHYoJ5M

Ustadz Fathul Bari: Kisah saya jumpa hantu wahabi => https://youtu.be/2p2MD4WrGhI

"Wahabi adalah istilah yang digunakan oleh orang muslim dan kafir untuk mengelirukan orang awam agar menjauhi ajaran Islam yang tulen." => http://www.madeenah.com/a-message-to-the-bbc-it-is-islam-n…/

"Malangnya orang Islam juga bersubahat menyebabkan kekeliruan dengan memomokkan sesiapa yang bercanggah dengan amalan tradisi, kepercayaan khurafat dan bid'ah dalam agama sebagai Wahabi." (Haneef James Oliver, Mitos Wahabi ms 4)

Mitos Wahabi => https://books.google.com.sg/books

Panduan menapis perosak kemurnian agama => https://m.facebook.com/story.php ... ;id=100011569869942
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2019 11:39 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-9-2019 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kilokahn replied at 6-9-2019 11:39 AM

Yg tu kenyataan sebelum dia benar2 beroleh kebenaran dalam ilmu sufi, belaja kasi habus jgn amek sekerat sekerat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2019 04:58 PM | Show all posts
kasi up jalan tarekat assufiyah....
mari celik dan sedarkan manusia2 bertohan sembah hawanafsu tanpa sedar
yg bertohan sembah ilmu tanpa sedar
yg bertohan sembah forum tanpa sedar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2019 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Saja nak tahu, saja2 org seperti awak hingga berlaku adanya org tertentu utk menembak org2 yg beriman, termasuk dalam golongan umat baginda Rasullullah saw yg dimaksudkan itu ke tu? Hehehhehehe. Ayat2 poyo dan perasan itu, keep in record ye..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2019 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Saja nak tahu, tak teringin tembak saya tiap2 hari ke? Alahai, depan2 pun okey juga tu. Hehehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2019 10:07 AM | Show all posts
dovob replied at 24-11-2019 10:03 PM
Saja nak tahu, tak teringin tembak saya tiap2 hari ke? Alahai, depan2 pun okey juga tu. Hehehehehe

ni nak habaq kasi sedar diri sikit sampai bertahun dok bangang tolol
sembah hawa nafsu sesatmu saka koyal
nabi ajar sahabat ajar tabien...sampai pd ulama2 aswj yg mewarisi sptmana Allah sebut dlm quran
para ulama perawis nabi saw..FAHAM KE BUTA SAKA NIZAM SESAT?
so bila kamu xde mursid, xde guru...kamu bergurukan setan la NIZAM KALDAI...
kamu TAK TAHU KE, NABI AHMAD SAW, sblm menjadi nabi dan rosul, beliau bermula sbg
seorg PEMUDA SALIH TAQWA DAN JUA SBG SEORG ULAMAK...
MASEH BUTA PERUT HATI LAGI KE NIZAM KALDAI??

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2019 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
rantaikendoq replied at 25-11-2019 10:07 AM
ni nak habaq kasi sedar diri sikit sampai bertahun dok bangang tolol
sembah hawa nafsu sesatmu sa ...

Yang sesat itu adalah mereka2 yg menyangka baik perbuatan mereka sekalipun ianya ilham kejahatan dari-Nya, sedangkan ketika Allah swt datangkan bukti2 nyata dari-Nya, langsung tidak beriman kepada-Nya.

Seburuk manusia itu melihat selain Allah swt ketika berbicara, kerana mencari keuntungan sedikit diatas dunia.

Berbahagialah, mereka2 yg hina lagi tercela, ketika merencanakan sesuatu, Allah swt datangkan awan gelap berupa amaran, sebelum dtg apa yg telah tertulis, keatas mereka2 yg kafir kepada-Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2019 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
rantaikendoq replied at 25-11-2019 10:07 AM
ni nak habaq kasi sedar diri sikit sampai bertahun dok bangang tolol
sembah hawa nafsu sesatmu sa ...

Sejak bila, ulama2 awak itu layak masuk ke syurga-Nya? Bukankah, diakhir zaman, wujudnya ulama yg memandang dunia?

Rasullullah saw pernah mengkhabarkan :
"Diakhir zaman, yg paling jahat, ulama yg memandang dunia. Tabiatnya busuk bak bau bangkai. Siapa tercium kan mati jiwanya"

1) ulama yg menghalalkan apa yg diharamkan-Nya
2) ulama yg mengharamkan apa yg dihalalkan-Nya

Kiamat tidak akan terjadi melainkan yg haram dihalalkan, yg halal diharamkan.

Siapa punya kerja? Ulama fasik!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2019 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila yg fasik menyangka layak diampunkan-Nya, juga terlupa ada hadis2 yg menjelaskan keberadaan mereka, makanya, kekallah di dalam neraka jahannam (buat selama2nya)

Agama itu nasihat. Nak bantah? Kekallah dalam neraka jahannam (buat selama2nya)

Bila tiba saatnya, Allah swt datangkan matahari terbit dari arah barat, tak ada sebarang PENGAMPUNAN terhadap mereka2 yg fasik nelainkan mereka2 yg memperbaiki kerosakkan yg dilakukannya SEBELUM itu. Jika tidak insaf, lagi sehasta utk masuk ke syurga,  Allah swt tarik (kesemua yg terlibat) masuk ke dalam neraka (kekal melainkan sedikit)

Mudah2an, sebelum tiba saat itu, mereka yg berkenaan berlumba2 mencari keampunan-Nya. Buat apa nak cari sebab, utk bergantung selain Allah swt?


Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2019 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ash-Shams:7 - Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
Ash-Shams:8 - Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
Ash-Shams:9 - Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Ash-Shams:10 - Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
Ash-Shams:11 - (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;
Ash-Shams:12 - Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),
Ash-Shams:13 - Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"
Ash-Shams:14 - (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).
Ash-Shams:15 - Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).



Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2019 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila saya dah nyatakan apa yg bakal berlaku, saksikanlah akibat dari apa yg diusahakan selepas ini ya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2019 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Seseorg yg cuba memasang perangkap ke atas org yg beriman kepada Allah swt, berada dalam kategori melampaui batas. Bila Allah swt datangkan sesuatu berupa awan gelap, menjelaskan perihal apa yg pernah berlaku, jika rasa2 nak sangat, teruskan sahaja. Baru boleh tahu, siapa yg sebenarnya disesatkan oleh-Nya
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2019 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila diri sendiri standard remote in control, jgn lupa siapa yg control alam ini....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2019 09:40 AM | Show all posts
dovob replied at 25-11-2019 08:42 PM
Bila diri sendiri standard remote in control, jgn lupa siapa yg control alam ini....

hehe, dah panas ye saka meroyan xde guru mursid
dok perasan xabes xbes gi???

apa syarat sah tauhid? dok sembang syirik la dosa la
apa dia syarat sah tauhid? habaq mai lekaih
tak lepas yg tu toksah sembang lainlah...
kasihan nizam bangang berforum

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
rantaikendoq replied at 26-11-2019 09:40 AM
hehe, dah panas ye saka meroyan xde guru mursid
dok perasan xabes xbes gi???



[youtube]eNJCwGx6Se4[/youtube]

Bila hak2 org yg dianiaya tidak diberikan, Allah swt berikan neraka kepada mereka yg menganiaya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.064847 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list