Edited by mbhcsf at 11-3-2019 06:49 PM
https://www.malaysiakini.com/news/467350
ni laporan malaysia kini
Wisma Putra memberi jaminan bahawa kedudukan Yang di-Pertuan Agong tidak akan terancam selepas Malaysia menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Putera mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini mendakwa bahawa raja-raja Melayu mungkin tidak lagi relevan selepas Malaysia bersetuju dengan statut berkenaan.
"Kerajaan telah mengkaji secara mendalam dan teliti dari segi semua aspek sebelum membuat keputusan untuk menyertai Statut Rome. "Keputusan dibuat setelah kerajaan yakin bahawa kedudukan dan kekebalan SPB Yang di-Pertuan Agong tidak akan terjejas," kata Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini. Jumaat lalu, Tunku Ismail telah ditanya oleh akaun Twitter "Friends of Johor" sekiranya Statut Rome mengancam kedudukan raja-raja Melayu. Beliau menjawab: "Yes. Kedudukan Raja-Raja Melayu mungkin tidak relevan lagi selepas ini dan kedaulatan raja-raja akan pasti tergugat. Sekali gus ini akan memberi impak kepada status orang Melayu dan agama Islam di Malaysia."
ini laporan sikit je selanjutnya sila baca malaysiakini
tapi ...ada implikasi tertentu dibawakan oleh pihak pembangkang
so kena menilai jugak ni
|