oh, tentulah kan
byk lagu texas sy suka
texas ni salah satu dari singers yg saya beli CD nye
sy hanya ada CD Guns and Roses, Heart dan Mayumi Itsuwa aje
Actually nak buat diy product especially skincare ni bukannya mudah. Banyak benda jugak nak kena beli awal2. Guna banyak duit jugak la...contohnya nak buat sabun muka, nak kena beli penimbang, pH pen, NAOH, essential oil, bekas silikon, hand blender dll...nak kena pikit packaging lagi macamana...boleh kata banyak benda jugak la nak kena sedia awal2 tu..
Nak buat sabun ni, kena tahu nak calculate nisbah NAOH dengan minyak yang kita nak gunakan. Kena tahu berapa percent saponification yang kita nak. Memang banyak jugak nak kena belajar. Tapi, hati2 kalau nak jual sabun. Sebab dia punya pH tu agak tinggi untuk kulit kita. Normally pH sabun 8-10. In long term, mungkin akan merosakkan kulit. Sebab kulit kita punya pH dalam range 5.5.
Actually process buat sabun tu guna bahan kimia ye..Naoh @ KAOH...kimia ni tak semua merbahaya..boleh kata semua benda di alam maya adalah dari sebatian kimia..gula dan garam pun bahan kimia...apa yang penting dalam penggunaan bahan kimia, adalah menepati sukatan piawaian yang di benarkan...
Actually..kelapa sawit ni dia mempunyai stearic acid. Membantu untuk mengeraskan sabun. Memang kebanyak penDIY yang buat sabun ni ada letak minyak kelapa sawit sebagai salah satu campuran minyak. Tapi ragu2 pulak nak guna minyak yang dah digunakan..ha..ha...
Betul sangat..nak buat cosmetic tu kena pastikan ruang kerja tu dah disinfectant dulu...kena pakai glove, mask and kalau boleh pakai baju makmal atau baju yang betu2 bersih. Peralatan yang nak digunakan pun kena disinfect jugak. Untuk memastikan barang yang kita nak jual tu betul2 bersih dan tiada pencemaran.
Iols pun ada buat jugak skincare diy. Kalau nak buat produk, memang satu rumah kena bersihkan dulu. Kena lap semua habuk2. Meja kena spray dengan alkohol dan termasuk semua peralatan.
pakai balance tiles and daun paku pakis yg curi kat hall...
Rajinnya adila berbunga-bungaan...iols ni nama je landscape architect..tapi bab bunga2 ni tak berapa minat sgt. Kat rumah memang zero bunga. Tapi bila dah makin berusia ni, teringin pulak nak hias rumah dengan bunga2an...
Macamana nak insert gambar ye...try dulu satu..Ha..jadi pun. Ni my latest creation. Cleansing oil ni dia sama je facial cleanser, tapi dia mild sikit la. Sebab tak guna sabun. Kalau sapa2 yang kulit sensitif ni memang sesuai sangat guna cleansing oil ni.
Iols dulu ada rosasea..di mana kulit kat tepi hidung tu akan jadi flaky dan merah2 kalau silap guna sabun muka. Tapi kalau tak guna sabun, tak boleh jugak..sebab iols ni suka pakai mekap. Memang cleansing oil ni bagus untuk buang mekap, sebab memang sifat minyak akan dissolve minyak. Basuh guna pencuci muka biasa pun tak akan jadi sebersih seperti guna cleansing oil ni.
Sebelum ni buat untuk kegunaan sendiri je. Sebab nak beli dekat drugstore alahai mahalnya. Tapi kawan2 dok tanya apa rahsia kulit licin...licin kerrr..ha..ha.. So iols bagitau la guna cleansing oil ni. So diorang la yang galakkan untuk jual.
Cleansing oil ni senang nak guna. Letak minyak kat tapak tangan, pastikan muka kita kering ye. Lepas tu lumurkan minyak kat muka, urut lebih kurang satu minit. Lepas tu campur air, urut sampai la bertukar menjadi cecair kesusuan. Lepas tu boleh bilas macam biasa. Kalau mekap tebal, boleh buat double cleansing. Tapi kalau mekap tak berapa nak tebal, tak payah guna pencuci muka dah. Cukup guna cleansing oil je...
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Ha..ha..ig baru bukak..sebab nak asingkan ig personal dengan IG yang jual..nanti bila dah banyak gambar iols share kat sini ye...nanti chuols semua tahu la muka ahkak macam mana...maluuu..