CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: intan_mahsuri

Split : Koleksi Sajak Terpilih

 Close [Copy link]
Post time 16-6-2004 11:07 PM | Show all posts

Hati

Kita suka bila kita dipercayai -- tetapi kenapa kita tidak suka mempercayai orang lain?

kita suka bila kita disanjungi -- tetapi kenapa kita tidak suka menyanjungi orang lain?

kita tidak suka dicaci -- tetapi kenapa kita suka mencaci orang lain?

kita tidak suka dikhianati -- tetapi kenapa kita suka mengkhianati orang lain?

kita tidak suka dizalimi -- tetapi kenapa kita suka menzalimi orang lain?

kita tidak suka dibenci -- tetapi kenapa kita suka membenci orang lain?

kita tidak suka disakiti -- tetapi kenapa kita suka menyakiti orang lain?

kita tidak suka dikritik -- tetapi kenapa kita suka mengkritik orang lain?

kita tidak suka hak kita dirampas -- tetapi kenapa kita suka merampas hak orang lain?


Kalau kita ingin dihormati -- kita juga mesti belajar menghormati orang lain.
Kalau kita ingin dihargai -- kitajuga mesti belajar untuk menghargai orang lain.
Kalau kita ingin difahami -- kita juga mesti belajar memahami orang lain.
Kalau kita ingin dikasihi -- kita juga mesti belajar untuk mengasihi orang lain.
Kalau kita ingin disayangi -- kita juga mesti belajar untuk menyanyangi orang lain.

Kita suka bila kita dipercayai........
Kita suka bila kita dihargai......
Kita suka bila kita dihormati.......
kita suka bila kita dikasihi....
Kita suka bila kita difahami.......
Kita suka bila kita disayangi........


Kita juga suka bila kita dipuji........
Tetapi..........kenapa kita sering lupa untuk memuji Pncipta dan Pentadbir alam semula jadi?

Kita juga sangat suka bila kita dicintai............
Tetapi kenapa kita sering lupa untuk mencintai dan mencari cinta Rabbul Izzati?

Kenapa kita jadi begini???
Ketuklah hati:pray:
Koreksi peribadi.............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2004 01:54 AM | Show all posts

WANITA, KAU MEMANG ISTIMEWA !!!

Wanita , kau adalah istimewa
Sebagai anak kau harta ayah bonda
Kelahiranmu dulu disambut gembira
Kerana kau adalah perhiasan kehidupan dunia

Kepada keduanya, berbaktilah sentiasa
Berkata-kata dengan mereka, rendahkan lah suara
Kerana itulah akhlakmu yang sepatutnya
Muga-muga hidupmu sentiasa bahagia

Wanita, kau anak harapan.
Keduanya tidak mengharapkan balasan
Cuma doa dan juga ingatan
Namun jasa mereka jangan kau lupakan

Wanita kau anak solehah
Jadilah seperti Fatimah
Yang sangat mengasihi baginda Rasulullah
Dan sangat taat kepada Allah

Dan kini kau telah dewasa
Disisimu telah ada teman setia
Bersama susah bersama gembira
Melalui liku hidup berumahtangga

Kau kini seorang  isteri
Dirumah suamimu sebagai permaisuri
Kepada dirinya tinggikanlah pekerti
Kemuncak agama dan akhlak yang terpuji

Hati suami sentiasa dijaga
Agar rumahtangga aman bahagia
Disisi Allah disediakan pahala
Sehidup semati bersama disyurga

Khadijah jadikanlah tauladan
Yang banyak melakukan pengorbanan
Segala harta habis dibelanjakan
Yang tinggal hanyalah Iman

Kehidupanmu kini berseri-seri
Dengan kelahiran putera-puteri
Gembira hati tidak terperi
Kau kini bergelar ummi

Kau ummi bijaksana
Anak-anak diasuh dijaga
Diajar pendidikan agama
Dari kecil sehingga dewasa

Dalam kandungan sembilan bulan
Ummi sentiasa membaca Qur'an
Penat lelah semua ditelan
Hanya mengharap balasanMu Tuhan

Mengaji Qur'an dan hafalan
Mengira, menulis dan membaca
Wahai anak jadikan amalan
Ummi ajar dengan sempurna

Kau kini sibuk sekali
Mengurus rumahtangga setiap hari
Sebagai isteri dan juga ummi
DAN KAU JUGA SEORANG DA'I

WANITA, KAU MEMANG ISTIMEWA !!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 01:59 AM | Show all posts

Adakah peluang untukku lagi?

Adakah ruang di hatimu
Untukku menatang kasih?
Adakah peluang untukku lagi
Setelah apa yang terjadi?
Bukan ku sengaja meninggalkan dirimu
Tetapi kerana aku tak pasti
Sama ada ini cinta atau kasih biasa
Aku tidak pasti adakah kau juga cinta
Aku pergi bukan untuk selamanya
Hanya pada jangka masa yang tidak lama
Harapan ku hanyalah untuk menenangkan fikiran
Fikiran yang telah menjadi kabur
Bila ku pergi, hatiku sayu
Ada sesuatu perasaan yang mencengkam sanubariku
Perasaan yang amat menyakitkan
Tetapi ku rela untuk mencari kebenaran
Dan setiap masa aku berjauhan denganmu
Aku rasa bagaikan diriku tidak lengkap
Mukamu selalu berada di fikiranku
Aku rindu sendamu, usikkan mu
Aku rindu padamu!
Kini aku pulang dengan harapan untuk bersamamu
Aku ingin merayu kepadamu
Aku berharap cintamu tidak hilang
Kerana aku amat cinta padamu!
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 01:59 AM | Show all posts

brirasa

Wanita
dia
tentunya waspada
lagi sangsi melintasi musim kering
sambil mengincu bibir
dilangkahnya juga ke dalam kebun sutera
dengan rasa cemas
ditepisnya deruan angin songsang
kadang-kadang dirinduinya
musim manis masa lalu
putih bergetah di kelopak usia
kenyit yang menikam kalbu
seorang wanita lembutnya sukar diduga
membelai anak bangsa
setianya terlalu tebal
mendepani kerenah lelaki
dan selebihnya
semakin sukar aku
mentafsir siapakah kamu
brirasa
taman alor janggus
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 02:00 AM | Show all posts

Durjana Dilema

Mengapa kau menghiruk tanpa peduli?
Tanpa berkais mengharap simpati?
Adakah kau sedar Ayah,
dirimu menggaru kudis sendiri?
Mungkinkah Anak Isteri tiada bererti padamu lagi?

Fikirlah Ayahku, fikir!

Aku bercelaru berdendangan runsingan
Ditemplak hiba mengharu diri

Sejenak lalu pernah ku kenal indah
Dari janin hingga kelmarin
Namun,
Kini selesa hidup lesap bertempiaran
Kelebur lebur segala keindahan
Kekadang lupa akan semua harapan

Dulu Ibu kelatahan riang
Bertukar kini keletihan setiap siang
Sempit terasa meliar mimpi ketika lena
Malap malang meneman lara batinnya

Tika aku di lapangan sedih,
Bisikan lirih mengingatkan aku padaNya
Terisak tersendu ijab dan doa bersepadu
Mungkin lusa akan tiba ...
Mungkin Ayah akan merangkak keluar dari kecamuknya
Mungkin Ibu akan berpalun-peluk bahagia semula
Mungkin aku tiada lagi rasa bersalah

Harapanku Ya Allah,
Janganlah dipasung diri yang sudah mematung
Aku damba esok lusa yang serupa ceria
Usirlah aku dari dilema
Dilema hidup sendirian mendurja...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 02:01 AM | Show all posts

Stereotaip ( Buat BangsaKu )

"Biar mereka persoal martabat keturunanku!"

Yang wujud diungkap sejarah lalu
Secara kolektif ramai kata begitu
Malas, boros bukan lagi aku.

Tidak akan terbiar nasib diriku
Aku mampu bertapak jitu
Mundur bukan patuh kataku
Aku sangkal kau kata aku begitu.

Aku kini berbudaya berani
Ada suara selantang guruh
Kritis dalam menentang tradisi
Menyelinyap pergi pegangan rapuh.

Mitos malas tiada bernasnya
Aku hindar bertaat buta.

Bebalisme bukan diriku
Inteligentsia kini sandaran hayatku
Aku membenteng teori malasmu
Jangan kau stereotaip aku begitu.

Aku berkaliber, aku Melayu!”
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2004 02:02 AM | Show all posts

Arus ( Dari perspektif kehidupan )

Adrelina merancak cemas ku tawan
Dari rangkak aku berlari
Mengejar sesuatu pasti tak pasti
Arus membadai naluriah berani

Gerak arus tiada putus
Halang diri dari merakus
Berasak arus harus ku tembus
Ku ingin asah ijab nan kudus

Arus menendang aku terlentang
Bangun semula membengis suara

Walau arus membengking diri
Cuba memberkas memasung hati
Aku tetap mahu berlari

Akan ku capai apa ku impi
Akan ku peluk berang mentari
Arus akan jua menyepi
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 02:02 AM | Show all posts
Jagalah hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2004 02:03 AM | Show all posts

Kasih Baby

Baby...
Sucinya kasihmu...
Baby...
Usah menangis lagi ye..
Ayang ada ni..
Baby jangan risau ye..
Ayang tak pergi jauh..
Baby...
Baby jangan sedih..
Ayang hadir tanpa janji..
Ayang hadir dengan kasih suci..
Ayang hadir..atas kehendak Illahi..!
Baby..jangan la macam tu...
Ayang pun rindukan baby..
Baby...
Cinta Ayang tak akan berbelah bagi..
Tak akan berubah hati..
Tak akan kurang..walau seinci..!
Baby Ayang ni...satu penghargaan yang terlalu besar..
Satu kurniaan yang terlalu indah..
Baby...
Cinta Ayang semakin dalam terhadapmu..
Semakin dalam..tiada siapa yang tahu..
Hanya Dia, diriku, dan dirimu..
Babyku..lihatlah sinar itu..
Ia seterang sinar kasihmu..!
Lihat pula air itu...
Ia setenang raut wajahmu..
Baby..jangan lupa..
Penghargaanmu seiring pengorbananku..
Kita hanya satu..tiada dua..!
Baby..bawalah Ayang terbang bersamamu..
Akanku genggam erat tanganmu..
Supaya kita..tetap satu..!
Baby..dirimu memulakan segalanya..
Jangan pula dirimu yang menamatkannya..
Kerana...kisah cinta kita, tiada penghujungnya..!
Baby..hanya satu..yang memiliki hatiku..
Baby tau..
Ayang pun rindukan baby..
Ayang pun perlukan baby..
Dan yang pasti..Ayang pun cintakan baby..
Usah ragui kepentingannya...
Babyku...
Nadiku...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 02:05 AM | Show all posts

mimpi

biarlah kita masih terpisah oleh masa
biarlah kita terpisah di antara dua benua
izinkan diri ini memohon diri
memilih jalan hidupku sendiri
seandainya masih ada rasa cinta di antara kita
biarkanlah ia terpandam di balik awan
lepaskan semua hasrat yang pernah kita ungkapkan dulu
aku tertunduk, bisa mengerti kesudahannya
aku pejamkan mata,menerima semua kenyataan
sehingga kini,hanya sang bayu yang menjawab segala keresahanku
memimpin tanganku untuk berjuang menghadapi setiap cabaran
baru semalam kita mesra,baru semalam cinta tersemai indah
namun,semua sudah kabur,hilang dari ingatan
sampai di sini,aku berhenti.
sekianlah..wahai kekasih
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 02:06 AM | Show all posts

Iqra'

Iqra'
Bacalah kalimah dari naskhah TuhanMu
Diturunkan khas buatmu
dan seluruh umat manusia
Usah dibiar kalam Allah itu ...
berlumut diperbaringan
Usah biarkan kitab Allah itu...
bersawang dipergantungan


mengapa kau biarkan selaput habuk
menjadi pembalut senaskhah Al-Qur'an
lupakah kau pada keagungan Tuhan ?
mahukah kau kempunan pada segala janji Tuhan
sanggupkah kau tercampak ke api neraka milik Tuhan


jangan baca jika hatimu buta
tapi bacalah...
jika jiwamu masih ada rasa
imanmu masih segar dijiwa
cintamu pada akhirat
... masih kekal dimata hatimu


bacalah ia
jika tidak ....
kau akan menyesal

jangan baca andai hatimu buta meskipun matamu melihat cahaya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 02:09 AM | Show all posts

Anak Reformasi

Aku anak Reformasi
menentang segala korupsi
menyanggah kolusi
sehingga aku mati

Bila ahli korporat
menjadi anjing keparat
maka di situlah aku
membuang segala yang karat

Aku anak Reformasi
menjunjung keadilan
menjulang ketelusan

Tapi apa rupa padah
bila pejuang berpaling tadah
bila semuanya adil
tetapi ada yang lebih adil

Kemana kan ku bawa diri
bila kroni silih berganti
sedang nasib rakyat tidak berubah
apabila diktator menukar jubah

Tentunya ku teruskan
membuka jalan untuk keadilan
untuk perjuangan yang takkan basi
kerana aku Anak Reformasi
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 02:10 AM | Show all posts

Kerdilnya insan

Kerdilnya insan
Disini tempatnya insan berdiri,
Sujud kepada Illahi,
Deraian air mata berlinangan,
Terkenang kerdilnya insan,
Laungan talbiah bergema,
Setiap kata penuh makna,
Yang tersurat dan yang tersirat,
Menyedarkan kerdilnya insan,
Kaki melangkah mara,
Mulut berkumat kamit,
Hati penuh dengan sendu keinsafan
, Terbayang kerdilnya insan,
Mohon keampunan,
Mohon keberkatan,
Penyesalan tidak terhingga,
Kerana kerdilnya insan,
Kini insan mula terjaga,
Dari hidup yang penuh keingkaran,
Gaung kemaksiatan yang membinasakan,
Itulah kerdilnya insan,
Allah maha esa,
Allah maha pemampun,
Allah maha mengetahui,
Akan kerdilnya insan,
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 02:11 AM | Show all posts

PEREMPUAN...

Insan..
Yang bergelar 'PEREMPUAN'...
Mudah baginya untuk menyayangi..
Dan mudah juga baginya untuk dikhianati...
Insan..
Yang bergelar 'PEREMPUAN'...
Sering menjadi perhatian..
Dari mata-mata yang tidak punya perasaan..
Perempuan..
Diberi keutamaan, yang hanya bertakhtakan kepalsuan..
Hakikatnya.. insan yang bergelar 'PEREMPUAN'..
Sering disalah-ertikan.. oleh segelintir manusia..
Yang mencari kepuasan..
Usah dipertikaikan salah siapa..
Keegoan.. yang bertintakan pendustaan..
Tidak mungkin disedari..
Oleh insan bergelar 'PEREMPUAN'..
Wahai insan yang tidak punya simpati..
Sekalipun engkau tidak peduli, ketahuilah..
Bahawa insan yang bergelar 'PEREMPUAN' ini..
Perlu dihormati...
Perlu dihargai...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 09:47 AM | Show all posts

nak callenge bee ni

Lelaki,
Priamu bak salju
menjadi peneraju
bangsa dan negara
tonggak dan harapan
penyeri hidup berkeluarga

LELAKI,
lagakmu ego
namun budimu pekerti
dicurah racun kautaburkan bunga

LELAKI
perkasanya mu
menjadi idola seni
insan bernama
WANITA
kelak ko kan tahu
bahawa insan dulu dan kini
bernama LELAKI
sepi dan sunyi
menyelami hati mu
WANITA

LELAKI lah LELAKI
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 09:50 AM | Show all posts
sudah tiadakah lagi kegembiraan itu
sehingga kau sanggup menyakiti hati ini

sudah tiada lagikah kesepian ini
sehingga kau sanggup mendendami aku

sudah tiada lagikah kedukaan ini
walaupun kau sudah disisi

sudah dan sudah..... tiada kesudahan nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2004 09:53 AM | Show all posts
kita suka diipuji --- sukar menerima pujian

kita suka dimaki --- sukar menerima sakian

kita suka mengumpat  --- sukar untuk menerima umpatan

kita memang suka --- kadang-kadang tidak suka

suka menjaga tepi kain orang ---- anie angkat kain jemuran, hujan dah turun
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 09:55 AM | Show all posts
hilir natal mudik batahan
hanyutlah bemban dengan uratnya
harus lapar boleh ku tahan
hati rindu meranalah jawapnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 10:15 AM | Show all posts

Kau YanG BerNAmA SeRi

Seri,
Malam siang asyik terbayang
Kelibat manja mu
Mengusik kalbu
mengeletek hati ni
menggeletar segenap ruang
kosong tulangku

Seri
manisnya diri
bak bidadari
penyeri pagi hari
makan bersama roti
nyaman sekali

seri
kembang mekar setiap hari
kuntuman sepi
haruman syurgawi
rias ungu mu diselimuti
embun pagi

Seri
mentari pagi
seri
bunga seri pagi
seri
seri kaya haji
itulah kisah seri

bodek::bodek::bodek::music::music::music::music::music:
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 11:36 AM | Show all posts
seri,
kenapa ko berseri-seri2
sedangkan ko tak menari.
apatah lagi utk berlari.

seri,
kenapa ko tercari-cari,
bila terangnya cahaya mentari,
ko tutup dengan jari-jemari,
utk lindungi diri sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.297745 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list