CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: intan_mahsuri

Split : Koleksi Sajak Terpilih

 Close [Copy link]
Post time 17-6-2004 02:46 PM | Show all posts
Kenangan
Mengusik jiwa
Kenangan
Membara di dada
Kenangan
ada manis
kenangan
ada pahitnya
kenangan
sering bertamu
kenangan
sering resah
kenangan
memori lalu
kenangan
aku dan kamu
kenangan
kembara cinta dulu
kenangan
masa bersama
kenangan
akan bersemadi selalu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2004 02:48 PM | Show all posts

kumohon

Andai wajahmu tidak mungkin kutemui sepanjang langkahku esok hari aku mohon restu dan rahmat kasih Ilahi agar bayangmu yang kulihat semalam bersatu dengan jiwaku dalam meniti titian amal meninggu sinar mentari pagi menjelang saat-saat nafasku terhenti. :cry:
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 02:49 PM | Show all posts
kesudahan..
yang kucari selama ini

kesudahan...
iman di dada apa kesudahan

biarlah kesudahan diimpit sengsara
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 02:49 PM | Show all posts

Khas buat Sahabatku

Teman Sejak mengenali dirimu Aku semakin sayang padamu Sayang sebagai seorang kawan dan sahabat Pada tika aku keseorangan Dirimu pasti akan menemaniku Dengan gurauan yang mencuit hati Pasti apa saja dilakukan Agar aku tidak kesunyian dan kesepian Pada tika diriku kesusahan Dirimu turut berada di dalam keadaanku Kekadang dalam kedukaan Dikau akan merasa kedukaanku Ada waktunya aku dalam kesakitan Dirimu turut mengalami apa yang aku alami Teman Walaupun adakalanya kita bertikam lidah Hanya kerana salah yang kecil Kekadang hanya kerana pendapat yang bertentangan Mungkin juga kerana ejekan sesama kita Namun semakin ianya berlaku Semakin erat dan kukuh persahabatan kita Tali silaturrahim sesama kita bertambah teguh Teman Tiada kata-kata yang dapat kulafazkan Tiada juga perbuatan yang dapat aku lakukan Untuk menggambarkan perasaan yang terbuku ini Terlalu sukar untuk aku menyatakan yang sebenarnya Teman Dirimu tidak dapat ditandingi Tidak juga dapat digantikan Walaupun dengan wang ringgit berjuta Tidak juga dengan intan permata Bukan harta yang kucari Bukan emas permata Tetapi Hanyalah sebuah PERSAHABATAN Yang penuh dengan KESUCIAN dan KEJUJURAN Penuh dengan KEIKHLASAN HATI Teman Ketahuilah olehmu Bahawa Tiada siapa yang dapat menandingimu Tiada siapa yang dapat menggantikanmu Dalam persahabatan yang begitu indah Bagiku... Engkau adalah satu-satunya Insan di dunia ini yang amat istimewa Yang mengerti akan kesucian sebuah persahabatan Bagiku PERSAHABATAN lebih indah dari ALAM PERCINTAAN... kerana persahabatan akan kekal selamanya......
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 02:50 PM | Show all posts

HaNyA SaTu..

sekali lagi..aku nyatakan..hati ini,cinta ini takkan pernah berubah..
sekali lagi..aku ungkapkan..kasih ini,sayang ini,takkan mungkin terhapus..
kerana..tak pernah ku impikan..diri ini..akan terbelai dengan kasihmu,sayangmu...
hanya satu...
hanya satu yang tak mungkin akan ku sia-siakan..
tika aku tiba-tiba hilang pegangan..dan ketika itu kau hulurkan cinta..ah..sukar untuk dipercaya..tapi itu hakikatnya..
hanya satu...
dan selamanya satu...akan kusemadikan kasihmu di hati ini..
tak perlu aku menghuraikan dengan kata-kata indah..
kerana..hanya hati yang ikhlas..kan menyingkap semua perasaan..
terima kasih sayang..kerana menerima diri ini seadanya..
kerana menyintai diriku kerana aku adalah aku.. hanya satu..
dan hanya satu akan selamanya bertakhta di hati ini..terima kasih sayang...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 02:55 PM | Show all posts
tiada dua
kaulah satu
dalam berjuta
insan yang bertakhta
dalam hati ini

kaulah satu
dalam kalbu
kaulah satu
penyeri hidupku..

HANYALAH SATU - NORA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2004 02:59 PM | Show all posts
sudah kusiram kubaja kusemai
iman didada tak jugak cukupnyua
lantaran dosa menodai jiwa
haruskah ku seksa merana
Reply

Use magic Report

zaireena This user has been deleted
Post time 17-6-2004 03:09 PM | Show all posts
sudahlah....
usah kau kesali kesilapan dulu..
kerana yang berlaku tetap berlaku...

jangan kau siksa jiwa dan raga
kau kelak juga yang merana..

kau suburkan lagi iman didada..
lepas kau siram hendaklah kau jaga...

sudah cukupkah pengisianmu nanti
untuk dibawa ke penyudahan hari??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2004 03:15 PM | Show all posts
akan kusiram benih iman
akan kusemai semangat cinta Ilahi
akan ku rapatkan kembara talkin
akan kumusnahkan gelodak dihati

kini aku gembira
sudah hilang kekecewaan di dada
berpasangan bersama unggas lalu
mengejar cinta yang tulus dan suci
Reply

Use magic Report

zaireena This user has been deleted
Post time 17-6-2004 03:16 PM | Show all posts
Aku memang mahu pergi
sejak dolu lagi...
tapi mengapa kau tahan hati
hingga tak mampu berganjak lagi...

kalau aku yang pergi
bukan aku yang menyesal...
tapi kau yang merana sepanjang zaman...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 03:22 PM | Show all posts
aku merana
kalau pergi jangan bawak anak bini
pergi sorang diri
nak makan cari sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 03:24 PM | Show all posts
Originally posted by adlismel at 17-6-2004 15:22:
aku merana
kalau pergi jangan bawak anak bini
pergi sorang diri
nak makan cari sendiri


anak bini kena tinggal
sebab aku anak tunggal
kalau nak makan sendiri
lain kali jangan berbini
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 03:30 PM | Show all posts
nak makan kena ada bini
masak kepala ikan berkari
kalau tak de bini
goreng belacan campur kari
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 03:32 PM | Show all posts
makan aku spon sendiri
sapa nak belanja sipersilakan diri
kalau boleh kena kasi
cukup bulan kahwin lari
Reply

Use magic Report

zaireena This user has been deleted
Post time 17-6-2004 03:33 PM | Show all posts
sungguh ko tiada hati
lelaki apakah ko ini??
sanggup ko tinggalkan anak bini

tak belaskah ko melihat mereka menangis
sedangkan ko melangkah bengis...

memang ko boleh makan carik sendiri
tapi kalau mereka mati??
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 03:53 PM | Show all posts
aku menyesal pegi
rindu anak bini
basuh baju tidak sekali
aku menyesal kini

aku janji tanak buat lagi
anak bini dirindui
air masak minuman rugi
megi kari makananku kini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2004 04:01 PM | Show all posts
iman hanya senipis kulit bawang
mampukah melindungi jutaan halangan?
dewasa ini bukanlah seperti dahulu kala
umpama langit dan bumi jauh berbeza

akal dan nafsu menguasai iman
iman bagaikan tahi jalanan
akal dan nafsu mengemudi kehidupan
syurga terbang neraka menjelang

manusia dan binatang banyak bezanya
tetapi sekarang sama sahaja
manusia membunuh binatang juga
bezanya manusia berakal binatang tidak pula
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 04:46 PM | Show all posts
serian tu nama daerah kat sarawak
seri tu nama makcik yang jual kuih kat tepi jalan
kuih seri muka tu aku memang makan
seri aji bagus untuk masakan
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 04:48 PM | Show all posts
aku tidak bermain api
mersun tu jauh sekali

sesekali bermainmata
bila terpandang seorang wanita
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 04:57 PM | Show all posts
Originally posted by Robab at 17-6-2004 15:53:
aku menyesal pegi
rindu anak bini
basuh baju tidak sekali
aku menyesal kini

aku janji tanak buat lagi
anak bini dirindui
air masak minuman rugi
megi kari makananku kini


baguslah kalau kau sudah sedar diri
kalau tak nanti merana diri
carik susah diri sendiri
lama lama nanti gantung diri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.391969 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list