CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: intan_mahsuri

Split : Koleksi Sajak Terpilih

 Close [Copy link]
Post time 2-7-2004 02:20 PM | Show all posts
apa yang mampu aku katakan tentangnya?
adakah hati ini terpaut padanya?
sekian lama aku cuba menjawab persoalan ini,
namun jawapanku tetap tidak pasti
kenapa dia mesti pergi?
mampukah aku menghadapi hari esok tanpanya?
persoalan yang selama ini tak pernah aku fikirkan,
menerjah ruang hati yang kian bercelaru,
selama ini,
aku tak pernah jemu menatap wajahnya,
menentang anak matanya,
dan kini,
seraut wajah itu takkan memenuhi ruang mata,
adakah aku mampu?
aku relakan pemergiannya,
atas nama sebuah cita-cita,
hati ini sentiasa berharap,
agar dia bahagia di sana,
adakah dia akan melupakanku?
adakah kami akan bertemu?
aku sendiri tak pasti sama ada aku cukup tabah untuk melaluinya,
hidup ini perlu diteruskan,
dan tanpanya,
hariku tidak akan sama lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2004 02:25 PM | Show all posts
Rangkap Kasih Tarian Madah

Rumi dan Juli
mengungkap dua nama
peri budi berlainan
peri diri berlawanan
namun,
nama itu tetap bersatu
seperti bersatunya air di kali
setamsil berhimpunnya awan di langit
mereka sepasang
mereka sepadan
ibarat camar terbang bebas
menjadi pasangan idaman

belangkas berlari membibitkan kasih
burung menyanyi mengungkapkan gita
Rumi dan Juli
bagaikan roh dan semangat
kasih serta sayang
Laila dan Majnun
Hakim dan Najwa
Cyrano dan Rozanne

bersatu,
menghidupkan nafas afsun
tenggelam dalam kesamaran berahi cinta
mencipta api sayang sejati
menyulam lentera harapan keluli
membait kenangan impian abadi
untuk selamanya....
ingatan selamanya.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2004 02:26 PM | Show all posts
Sebelum ini hidup ku penuh
Dengan keindahan
Warna-warni hidup telah
Menceriakan diri ini
Tiada apa yang difikirkan
Hanya mencari keseronokan
Dan kebahgiaan seperti insan lain
Kini semuanya telah berubah
Keindahan hanya datang kadang-kadang
Warna-warni hidup sudah bertukar
Hitam dan putih
Dua pilihan satu keputusan
Fikiran sudah mula jauh
Tapi entah ke mana
Tiba pula suatu hari nanti
Bakal merubah segala-galanya
Di mana jalan penghujung sudah mula
Difikirkan
Satu pilihan tepat untuk mengembalikan
Keindahan dan warna-warni kehidupan dulu
Mungkinkah tercapai segala impian
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2004 02:27 PM | Show all posts
retak rentak hatiku
menyisip gerimis bertamu
malam ini kekasihku
hatiku mengingatimu

ku tangani cinta di jiwa
dengan doa kudus hatiku
ku tangani rindu di dada
dengan ingatan tulus kepadamu

ku sisipkan pada kenangan
ku sandarkan pada harapan
ku untaikan kasih di jambangan
moga kukuh ikatan yang dijalinkan

ku anyam rindu di hatiku
menjadi hamparan lenamu
ku sulamkan kasih dan sayangku
buat dakapan tidurmu

ku titipkan di angin lalu
bicara kasih berlagu
salam sayang dariku untukmu
di kejauhan dekat di hatiku
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2004 04:02 PM | Show all posts
setiap saat berlalu
tik tak tik tak
mencari warna-warna kesepian
yang kian pudar
terkelu membisu sang dia
teguh berdiri sendiri di sini
kaku kesepian seorang diri
itulah dia jerawat batu
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2004 09:42 AM | Show all posts
keceriaan di wajah mu
mengundang seribu persoalan
baru sebentar tadi kau menghujah
betapa kau kesedihan
tetapi begitu cepat kau berubah
hairan aku melihat dirimu yang satu ini
apakah kau mudah berubah?
aku bertanya padamu
kau hanya tersenyum dan berkata
mengapa perlu aku bermendungan
tidakkah kau tahu
kesakitan yang diiringi mendung
pastinya bertambah sakit
aku hanya diam
mencari kata berbalas hujah
lantas kau tersenyum
aku di sini untukmu
bukanlah untuk berdukacita
walhal kasihku padamu
lebih kukuh dari cintaku padanya
kekasih yang gagal untuk menjadi sahabat
tidak mampu melawan seorang sahabat
sesungguhnya seorang sahabat
mampu membina empayar
aku tersenyum mendengar katanya
kau memegang tanganku
menyusur kesusahan hidupku
dan setiap kegembiraanmu
kau serahkan padaku
betapa berharganya seorang sahabat
aku bisa menjadi bahumu
tatkala kau menangis
dan aku mampu menjadi payungmu
sewaktu kau kepanasan dan kegelisahan
aku tega menjadi suaramu
jika lidahmu kelu
bahkan aku akan menjadi sahabat dan kekasih
jika itu kemahuanmu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2004 10:02 AM | Show all posts
aku terkapai-kapai keseorangan
aku tercari-cari dimanakah diriku sebenar
aku teresak-esak melihat amalanku
aku menginsafi hidupku yang lalu
betapa aku ingin insaf
namun...apakan daya...
hidup itu telah ku lalui
hidup itu telah kutinggal
segala harta benda yang menggunung
telah meninggalkanku
hanya pahala dan dosa menjadi pertaruhan
betapa aku risau dosa ku menggunung
dan pahalaku langsung tidak membukit
aku gelisah menanti hukuman
betapa aku ingin insaf di saat ini
semua amalanku di catat
dan dibacakan
aku tertunduk malu dan hina
betapa aku keji di pandangan Tuhanku
betapa aku hamba yang hina dina
betapa aku ingin menginsafi diri ini
namun segalanya terlewat
betapa aku ingin memutarkan waktu
sewaktu kakiku sebesar dua jari ibuku
betapa aku menyesal...
segala ajaran ibu bapaku hanya muzik
muzik yang tidak berlagu
aku biarkan berlepas berlalu
sedangkan saat ini
betapa muzik itu merupakan mulia
inginku ikuti rentak muzik itu
namun...aku terlewat...
menanti hukuman untukku...
aku hanya ketakutan...
menjadi diriku yang sebenar...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2004 12:51 PM | Show all posts
bangunan-bangunan tinggi
menyentuh langit membiru
menyakitkan pandanganku
mengubah persekitaran
yang dulunya menghijau
menyejukkan mata memandang
kini terbatuk-batukku sewaktu berjalan-jalan
tiada tempat untuk bernafas dengan baik
suasana menyengat panas melekitkan
menyampah tatkala melihat perangai
remaja-remaja yang semakin lalai
berambut warna-warni pelangi
tidak berakhlak sahsiah diri hilang entah kemana
bagai anak kambing kehilangan maknya
dunia kini di penghujung zaman
saat Qiamat hampir tiba
manusia semakin lalai
busy mencarik duit sedangkan
perkara yang lebih penting
amal ibadat!! terbiar begitu sahaja
masa yang diberi dibuang
bertangguhan bersujud kepada Ilahi
sedangkan hukuman yang diberi
sesaat pun tidak akan diberi
tangguhan
sedarlah manusia yang semakin lalai
harta duniawi bukanlah abadi
harta pahala dan amalan membawa ke mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2004 02:49 PM | Show all posts
Penyair mentah beraksi mesta
Kalamnya giat menyusun aksara
Melakar tata mendonan sasa
Kalimat berjasa melantar bicara

Ku lingkar rahsia sebalik mata
Melaut nyata yang tiada lantangnya
Lakon manusia lagak kekata
Mengonon mengandai berpura-pura

Mengibar ikhtiar leraian sengketa
Sedetik cuai telagah bermula
Amuk makhluk menghentam dunia
Yang sedan insan tiada berdosa

Pujangga muda bukan penilik pendita
Namun usaha diterus menepis sengsara
Menepat bakti siangan malamnya

Awan ku lukis menghujan harapan
Ku tinting pintu penjara amanan
Tenteram, merana dibiar bertembungan

Di tembok langit ku ukir cita
Kelopak debunga baringi ijab pada-Nya
Ku akur aku juga manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2004 02:49 PM | Show all posts
Perjalanan Mencari Kiambang

Dalam mengutus puisi demi puisi
Kehidupan hariku kian tandus
Menakung hasrat mencari erti
Mendamba kuntuman mekar kudus
Menyingkir kosongan esok lusaku

Maksud bukan mahuku segalanya
Hanya kepastian bukan jangkaan semata

Mula langkahku ke pesisir pantai
Ditemani gemawan dan pepasir dipijak
Membelek kerikil disapu ombak
Kepupusan siang aku berarah lain

Dihasut rasa di dalam hati
Langkahku laju seakan pasti

揔iambang itu dipinggir kali!
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2004 02:50 PM | Show all posts
Haruskah aku menjadi aku
Melayari sandiwara ini
Membentangkan segala kebenaran
Tanpa satupun ku selimuti

Aku memang aku
Semua insan tahu
Namun mereka buta
Apa yang tersirat di sebalik aku

Apa ku kejar ialah kejayaan
Yang telah kugengam ialah bahagia
Namun aku pasti
Kegagalan sentiasa memburu
Kekecewaan akan bertandang
Adakah ini perlumbaan
Yang menyakinkan kecurigaan

Emas permata tiada apa
Namun apa ada tanpa emas permata
Walau telah ku dapat bertimbun
Aku mesti mencari lagi
Kerna itulah aku
Aku yang ku kenal
Tidak akan serik, jemu dan kecewa
Dalam mencari makna bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2004 02:52 PM | Show all posts

Untuk yg berkahwin...baca ni!!!

layar rindu yang menerawang di langit rindu,
mengakhiri penantian yang bermusim,
walau dalam hati yang sarat dengan luka,
terubat oleh manisnya pertemuan februari,
aku dan dia...
ditemukan dalam mimpi realiti,
yang menemani hanya bayang-bayang malam,
menghantui keputusan pertalian kasih.

aku dan dia,
menyusuri gelora rindu yang maha hebat,
tak tertahan ditimpa batasan kemanusiaan suci,
dan angin keliru menderu laju
menghasutku bingung dan kacau fikiran
benarkah pilihan ini tepat ke sasaran??

aku dan dia
berlari membawa tali cinta yang panjang
berjuang menyeberangi laut china selatan untuk cinta abadi
aku kagum dengan ketulusan hati dia
tersusun indah dalam kaca keikhlasan raga dia,
insan pertama yng bertakhta di singgahsana jiwa yang kekal dalam ingatan dan album rasa menyuburkan taman lara yang musnah.
aku mula kenal erti bahagia
kejernihan rasa menampar kegebuan semangat sebuah perkahwinan Adam dan Hawa.

aku dan dia,
diijabkabulkan dalam airmata
hari berkocak menyusur pelayaran yang panjang mengimpikan kehadiran zuriat yang manja menyusur kehidupan dalam ketenangan yang meruah kerana aku dan dia adalah isteri yang menyintai suami, adalah suami yang menyintai isteri.

suamiku,
hidup ini tidak mudah kususuri,
kau adalah nakhoda gagah,
punya ego dan karenah,
seperti juga aku..
lembut dalam pasrah zahiriah..
aku adalah isterimu
yang kau bayar dengan pengorbananmu
maafkan aku..
kerana tidak menghidangkan kecantikkan lahiriah buat tatapanmu,
maafkan aku kerana tidak betah menjadi tukang masakmu,
maafkan aku..
kerana mengganggu perjalanan hidup mudamu.

moga-moga..
kau suamiku di dunia dan di syurga,
aku bidadarimu di mahligai Tuhan,
anak-anak kita..
penerus perjuangan..
cinta dan cita-cita
yang tidak tertunai oleh kita.
kekasihku, temanku dan suamiku..
terim kasih kerana hadir mewarnai impian dan mimpi malamku,
terima kasih kerana sudi menerimaku seadanya,
maafkan segala kekuranganku,
terima kasih atas segalanya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2004 02:52 PM | Show all posts
Telah sekian lama sayang,
Ku pahat nama mu di hati,
Tak ingin rasanya berpisah,
Cinta mu penawar sepi ku,
Ungkapan akhir lahir di bibir mu cinta palsu....
Ku lempar segala kesalan demi cinta ku pada mu,
Walaupun aku bisa tenggelam, mungkin terkubur dalam kelemasan.....
Namun rinduku ini semakin mendalam .... kasih di hati nyala bagai bara....
Teguhnya tangkai bagai cinta ku,
Namun berbunga hampa...
Pedihnya ku hadapi perpisahan....
Biarpun harapan ku telah hancur berderai kan ku hiasi cinta ku laman rindu......
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2004 02:54 PM | Show all posts
waktu itu...
kita masih bersama
ke mana saja kita tetap bersama..
bergembira, bergelak ketawa, bersedih berduka...
kita tetap bersama..

masa itu..
kita masih bersama...
kehidupan yang gembira..
suka dan duka..
aku cuba beri yang terbaik sebagai sahabat..
tapi...
tak diduga.. begini akhirnya..

saat itu...
kita semakin jauh..
tidak lagi bersama seperti dulu..
tidak lagi semesra dulu..
masing-masing dengan hal dan kehidupan sendiri...
mencari dan mengikut haluan sendiri..
segalanya..
tiada lagi seperti dulu..
janji dan kegembiraan itu..
hilang entah ke mana..
tanpa diketahui apakah silapnya..

detik ini..
baru ku tahu..
kita tak lagi sehaluan ...
kita masing-masing..
punyai kehidupan sendiri...
baru ku sedar..
yang kita..
harus mencari perubahan hidup yang abadi...
maafkan aku..
andai aku yang merubah segalanya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2004 02:55 PM | Show all posts
Cinta Kita
Hadirnya ia tidak pernah diduga
Dua hati berbeza bersatu menjadi satu
Perginya ia tidak pernah dipinta
Satu hati bersama terpisah menjadi dua
Semuanya atas ketentuaan dari-Nya

Cinta Kita
Bila kasih mula bersemi
Segalanya bahagia tanpa derita
bergurau senda ketawa riang
Bagai impian menjadi kenyataan

Cinta Kita
Bila kasih berubah arah
Segala kebahagian tetap derita
Bergurau senda ketawa riang
Bagai mati dalam bernafas

Cinta Kita
Kamu umpama penawar segala racun
Kamu juga penghibur di kala sepi
Tapi kini
Kamu umpama insan sezalim firaun
Pemusnah kebahagian yang diimpikan

Cinta Kita
Aku seperti seorang puteri
Dilayan dijaga dibelai
Dengan penuh kasih sayang
Tapi kini
Aku seperti boneka
Diguris dicalar hati
Langsung tidak peduli

Cinta Kita
Ungkapanmu umpama api membakar
Terbakar hangus hati ini
Tapi aku insan mengharap
Terpaksa akur atas kemahuaanmu

Cinta Kita
Bila hati terkunci sudah
Tidak guna pujuk rayu segala kebaikan
Jika itu kebahagiaan dirimu
Aku terima dalam terpaksa

Cinta Kita
Berat benar hati ini
Meninggalkanmu segala kenangan
Tetap tertanam dalam hati
Walau kamu berlalu sudah

Cinta Kita
Lapang sudah dada hati
Simpulan terikat terlerai sudah
Itu semua permintaan kamu
Walau terluka terpaksa rela

Cinta Kita
Telah berakhir episod ini
Kamu dan aku berjalan berbeza
Satu arah berlainan tujuaan
Pasti kebahagiaan milikmu abadi

Cinta Kita
Walau perit susah atau senang
Hanya ILAHI pemisah segalanya
Selagi diri mampu bernafaz
Salagi diri masih bernyawa
Walau diri tertimbus tanah
Sayang dan kasih hanya
" ALIF "
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2004 02:56 PM | Show all posts
Ku kesunyian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2004 05:31 AM | Show all posts
Cinta itu bahaya
Sekali terjebak pasti sukar
Untuk melepaskan diri
Kerana akibatnya payah diramal
Di antara suka atau duka
Di antara janji sehidup semati
Yang mungkin susah ditepati
Namun sayang yang dicurah
Pasti melimpah ruah
Biarpun cinta itu berlainan nama
Cinta sejati
Cinta sebelah tangan
Cinta tiga segi
Atau cinta terpendam
Semuanya mengabdikan diri
Atas nama cinta yang hakiki
Cinta sejati yang tiada bersyarat
Yang memerlukan pengorbanan
Yang mengharapkan kegembiraan
Pada insan yang disayang
Sedalam lautan setinggi langit
Itu kata yang selalu digambarkan
Sejauh mana cinta yang ada
Ketika dilamun asmara
Tapi sebanyak gelak ketawa
Pasti ada tangisannya
Tempoh yang akan dihadapi
Sungguh cukup lama
Banyak dugaan yang akan ditempuhi
Mungkin sesiapa yang percaya pada cinta
Sanggup hadapi segala dengan sabar
Akan melihat hasil yang sebenar
Keeratan yang menghubungkan tali ikatan
Kekekalan yang pasti memuaskan...
Itulah cinta pada aku yang di sini..

Sebenarnya aku dalam ketakutan
Akan kebenaran cinta sejati
Kerana cinta tidak sempurna
Tapi kasih sayang dicurah melebihi segala Ia juga tidak mengenal siapa
Baik atau jahat
Cantik atau buruk
Segalanya berlaku tiada terduga
Kenikmatan yang dirasai tidak tergambar
Perasaan yang melanda seribu satu macam
Saling faham memahami
Saling kasih mengasihi
Saling mengambil berat satu sama lain
Serta cuba memberi kegembiraan sebaiknya
Pada aku cinta adalah persahabatan
Kerana dari situ kita akan lebih mengenali
Antara satu sama lain
Juga kita kan menilai segala tentang dia
Adakah dia yang terbaik buat kita?
Kerana kemesraan sudah ada
Yang perlu hanya merapatkan diri
Biar terjalin ikatan yang berkekalan...
Kerana terlalu mudah mengambil hati
Tapi terlalu sukar menyanyangi.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2004 05:33 AM | Show all posts
Mentari pagi menyimbah cahaya
sinaran menerangi kegelapan
melodi unggas berirama syahdu
berkicauan tanpa jemu
tiadakah kamu duka?
Jalak pula menunjuk bakat
kelebihan memanggil mentari
lena semalam telah hilang
embun salju balik ke sarang
sepi.....

Indah ciptaan tuhan tiada guna
hatiku bercelaru setiap masa
keresahan yang kian melebar
mutiara kata tiada indah
kerana hati ini
sayu .....

Mindakan kelmarin
yang telah ditaburi dosa
akhirnya aku sendiri tersiksa
mindakan hari ini
yang telah memahatku seribu duka
dek kegagalan masa lalu
mindakan esok
yang pasti masih ada
belum tentu menjengahkan bahagia
melankolinya hatiku
berpuitis di malam syahdu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2004 05:34 AM | Show all posts
Aku suka menulis
Mencari ilham
Menghasilkan puisi dan
Bermadah pujangga..

Aku suka menulis
Sajak cinta dan sayang
sepasang kekasih
bak Mumtaz dan Shah Jahan..

Aku suka menulis
Luahan hati dan rindu
sepasang kekasih
bagai Uda dan Dara..

Aku suka menulis
walau tak sehebat mana
dan hanya suka-suka
tapi aku tetap bangga
menjadi seorang penulis..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2004 05:35 AM | Show all posts
Senja nan berlabuh
bagaikan memberikan tanda
bahawa

esok belum tentu ada
untuk kau
untuk aku
namun yang pasti
malam akan menjelma
dengan rela
atau terpaksa kita terima

esok belum tentu ada
untuk kau
untuk aku
namun yang pasti
hari ini telah menjadi realiti
walau kita bahagia
walau kita derita

esok yang belum tentu ada
untuk kau
untuk aku
namun kita persiapkan jua bekalan
walau di mana kita berada
esok yang bakal ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.080368 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list